Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megahan di antara kamu serta berbangga-banggaan dengan banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanaman-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya. Itulah kurnia Allah, diberikanNya kepada siapa yang dikehendakiNya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar". (QS:Al-Hadid:20-21).
Allah memulakan ayat ini dengan perintahNya yang keras dengan ayat "Ketahuilah". Hal ini disebabkan masih ramai manusia yang lalai dan tidak memahami tentang hakikat dunia. Persepsi yang salah, atau pemikiran yang dangkal menjadikan seseorang itu bekerja mati-matian menghabiskan umur hanya untuk dunia. ( ? ) dari segi bahasa bererti: yang dekat dan yang rendah. Sedangkan sesuatu yang dekat, untuk memperolehinya tidak memerlukan banyak jerih payah, tidak perlu memerah tenaga, kecuali bagi yang lemah atau lumpuh. Sedangkan sesuatu yang rendah tidak layak untuk dijadikan tujuan hidup, kerana tabiat manusia yang dewasa selalu rindu kepada kemuliaan, ingin ketinggian dan tidak suka kerendahan dan kehinaan. Demikian pula dengan dunia ini, di hadapan orang yang benar-benar dewasa, panjang pemikirannya, kuat jiwa dan mentalnya, mereka tidak akan menghabiskan waktunya untuk bersusah payah mengejar dunia. Mereka tidak akan menjadikan dunia sebagai tujuan hidupnya. Dan siapakah yang lebih berhak menyandang gelaran matang, berjiwa kuat, jauh pemikirannya kecuali mereka yang langsung mendapat bimbingan wahyu Allah. Merekalah orang-orang beriman:"Janganlah kamu merasa hina, janganlah pula bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman" (QS. 3:139). dan juga firman Allah: "Shibghah Allah, dan siapakah yang lebih baik shibghahnya dibanding Allah ?.." (QS.2: 138).
Seorang mukmin yang dewasa dalam keimanannya tidak akan sanggup menghabiskan waktunya sekadar untuk mengurus dunia dan menjadikannya sebagai tujuan hidupnya. Kenapa? Allah berfirman:"Kehidupan dunia tidak lain hanyalah permainan, senda gurau, perhiasan dan berbangga-banggaan di antara kamu..."Jika kita tinjau, siapakah yang suka kepada permainan dan menghabiskan waktunya untuk bermain-main kalau tidak kanak-kanak? Dunia adalah senda gurau, sedangkan mereka yang senang menghabiskan umurnya dengan senda gurau adalah yang lemah akal dan kurang pemikirannya. Merekalah yang sering menangis hiba ketika barang mainannya hilang atau diganggu orang, kerana ilmunya hanya setakat itu dan menganggap permainannya sebagai benda yang paling berharga, Allah berfirman:"Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari orang-orang yang berpaling dari peringatan Kami, dan tidak mengingini kecuali kehidupan duniawi. Itulah sejauh-jauh pengetahuan mereka..." (QS.53; 29-30).
Jelas dari sini bahawa seharusnya seorang muslim, lebih-lebih lagi para da'inya, tidak menjadikan kehendak hatinya mengikut pasang surut keduniaannya, terangkat izzahnya karena terangkat status ekonominya, sebaliknya akan jatuh izzahnya kerana jatuh taraf ekonominya. Islam mengajar umatnya bahawa izzah terdapat pada keislaman dan keimanan, bukannya pada kekayaan atau kedudukan yang tinggi."... padahal izzah itu hanyalah milik Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman ..." (QS.63:8).Ada pun bagi seseorang da'i, bagaimanakah seharusnya mereka memandang dunia ini? Sebelum itu, perlu ditegaskan pengertian da'i dalam ajaran Islam, iaitu mereka yang telah memilih jalan hidupnya untuk menegakkan kalimah Allah, dengan satu harapan iaitu mendapat keredhaan Allah. Da'i adalah pegawai akhirat yang bekerja keras di dunia ini untuk membolehkannya memetik hasil di negeri yang abadi.
Kerja sebagal da'i tidak boleh disamakan dengan kerja sebagal pegawai swasta yang sanggup bertungkus lumus hanya untuk mendapatkan gaji yang lumayan, atau penjual dagangan yang setiap hari berkeliling mencari pelanggan demi nafkah hidupnya. Tetapi da'i bekerja untuk sosialisasi nilai yang diharapkan membolehkannya mendapat syurga Allah.Da'i mengajak manusia untuk cinta kepada Islam, lebih rela berkorban untuk Islam. Da'i menyeru manusia untuk lebih mencintai Allah dan ajaranNya, ini berarti dia sendiri harus lebih cinta kepada Allah. Dan cinta kepada Allah tidak akan mungkin sama dengan cintakan dunia, kerana orang yang cinta kepada Allah akan rela membelanjakan seluruh dunianya demi untuk menegakkan kalimatullah, sementara orang yang cinta dunia akan rela menjual agamanya untuk memperolehi keuntungan dunianya. Dia akan menjadikan aktiviti-aktiviti yang bersifat agama untuk kepentingan peribadi. Allah SWT sangat mencela jenis-jenis da'i yang terlalu cenderung kepada dunia. Allah juga menyediakan balasan yang sangat ngeri bagi orang-orang yang lebih mengutamakan dunia dibandingkan akhiratnya."Ada pun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya)" (QS. 79:37,38,39).
Hadis Rasulullah SAW banyak menganjurkan kepada kita supaya zuhud terhadap dunia. "Zuhudlah kamu kepada dunia nescaya Allah akan mencintaimu, dan zuhudlah kamu terhadap apa yang dimiliki orang, nescaya mereka akan mencintaimu". Rasulullah berpesan kepada Mu'az: "Hindarlah olehmu sifat bermewah-mewahan, kerana hamba Allah itu bukanlah orang yang bermewah-mewahan".Cinta dunia akan menyebabkan kekikiran yang merupakan penyebab rosaknya umat. Rasulullah SAW bersabda: "Baiknya generasi awal umat ini kerana zuhud dan yakin, sedangkan rosaknya akhir umat ini kerana kikir dan banyak angan-angan".Selanjutnya Allah menggambarkan perumpamaan dunia, "Seperti hujan yang tanaman-tanamannya mengagumkan para petani kemudian tanaman itu menjadi kering dan kemudian hancur".
Orang yang cinta dunia digambarkan seperti petani pada ketika melihat tanam-tanaman yang tumbuh menghijau, hatinya begitu senang dan terhibur. Tetapi nasib tanaman itu ternyata sangat menyedihkan, di mana dalam waktu yang singkat telah berubah menjadi layu dan kering satu persatu lalu hancur. Maka petani pun kecewa, ternyata apa yang dia harap terhadap hasil tanamannya tidak kunjung tiba dan dia pun kembali dengan tangan hampa.Alangkah malangnya nasib petani itu, tapi malangnya cuma di dunia, hilang hari ini, besok boleh dicari lagi. Tetapi, lain halnya dengan orang-orang yang rakuskan kehidupan dunia, malangnya dia akan mengakibatkan bencana, kerana malang di akhirat, malang untuk selama-lamanya.Setelah Allah gambarkan nilai dunia dengan jelas dan nyata, supaya semua orang yang mahu menggunakan akal dan hatinya faham dan mengerti. Dalam ayat berikutnya Allah jelaskan apa yang sepatutnya direbut oleh manusia:“Berlumba-lumbalah kamu kepada keampunan dari Rabbmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi”. (QS.57: 21).ltulah syurga, kebahagiaan yang abadi, dan merupakan sebuah kebahagiaan hakiki seharusnya direbut dan dikejar oleh manusia. Sebenarnya, kesanggupan seseorang untuk melepaskan keterikatannya dengan dunia, dan berlumba untuk akhirat, bergantung kepada tinggi dan rendahnya iman dan keyakinannya terhadap Allah dan hari Akhirat.Allah berfirman: "Maka bagaimanakah kamu akan dapat bertaqwa jika kamu tetap kafir terhadap hari yang menjadikan anak-anak beruban." (QS. 73:17).Para-para sahabat berjaya berlepas diri dan benar-benar zuhud terhadap dunia, kerana yakin akan hari akhirat. Mereka rela menyerahkan seluruh atau sebahagian besar hartanya untuk diinfakkan fi sabilillah kerana mereka benar-benar yakin akan janji Allah. Demikian juga yang berlaku kepada Saidina Abu Bakar, Umar dan lain-lain ketika mereka mendengar ayat-ayat azab dibacakan, mereka menangis ketakutan, kenapa? Mereka yakin bahawa hal itu akan terjadi, sedangkan mereka belum tahu samada diri mereka selamat atau tidak daripada siksaan pedih yang digambarkan dalam ayat-ayat tadi.
Ada pun manusia di zaman kini, merasa enggan untuk berinfak kerana belum yakin akan kebenaran pahala yang berlipat kali ganda. Ketika dibacakan ayat-ayat mengenai azab di akhirat mereka masih boleh ketawa…. kenapa? Kerana mereka belum yakin bahawa hal itu akan betul-betul terjadi. Oleh yang demikian, kita sering melihat manusia berbunuh-bunuhan, hasad, dengki dan yang seumpamanya hanya disebabkan oleh urusan yang kecil, iaitu harta dunia. Sa'id bin Musayyab meriwayatkan: "Dari Rasulullah SAW, bahawa: "Nilai dunia di sisi Allah bandingannya tidaklah lebih berat daripada sebelah sayap seekor nyamuk". Mahukah kita berebut semata-mata untuk mendapatkan sebelah daripada sayap nyamuk, sesuatu yang amat kecil, ringan dan sedikit?
Wallahu A'lam bishawab.

No comments:
Post a Comment