Kepada anakku, Al-Walid Di kegelapan yang hitam pekat ini aku menatapmu dengan mata hatiku aku datang dari jauh menuju fajar baru dengan cita-cita yang mengharu biru kalbu untuk mengangkat panji Islam kembali seperti dahulu.
Muqaddimah [Dr. Al-Habr YusufNur Ad-Daim]
Buku yang berada di hadapan para pembaca ini " Ath-Thariq ila Al-Quluub" adalah karya Syaikh Abbas Hasan As-Siisi, seorang tokoh da'i yang mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman tentang rahsia hati. Jika Anda bertemu dengan beliau, Anda akan tertarik dengan akhlaknya yang sangat baik, raut wajahnya yang ceria dan bersahabat, serta sorot matanya yang menyejukkan. Itu jugalah yang saya alami tatkala pertama kali bertemu dengan beliau. Anda pun akan langsung menyukainya jika anda bertemu dengannya. Semakin lama Anda bergaul dengannya, maka semakin dalam pula rasa suka Anda terhadapnya, kerana Anda akan mengetahui bahawa beliau adaiah orang yang penuh dengan pengalaman dan sibuk dalam dakwah, sehingga seakan-akan tidak mempunyai waktu lagi untuk mengurus permasalahannya sendiri dan permasalahan anakanaknya. Semua pemuda yang berjuang di jalan dakwah merasakan belaian kasih sayangnya.
Beliau menganggap mereka semua sebagai anak-anaknya sendiri dan mereka pun menganggapnya sebagai orang tua sendiri, sehingga timbullah saling pengertian dan saling berbagi rasa. Jika beliau berada di antara mereka, beliau akan menjadi sebahagian dari mereka, hampir-hampir tidak bisa dibezakan. Sifat tawadhu'nya sangat tinggi. Saya ingin agar para pemuda melihat kehidupan generasi pertama hasil didikan Asy-Syahid Hasan Al-Banna —semoga Allah memasukkan beliau ke dalam syurga-Nya— agar mereka mengetahui dampak positif dan tarbiyah qur'aniyah dalam membentuk pejuang-pejuang dakwah.
Generasi pertama itu benar-benar telah mengetahui rahsia hati manusia. Oleh kerananya, langkah yang mereka tempuh memang diorientasikan untuk membersihkan hati mereka dengan hidayah llahiah terlebih dulu, baru setelah itu mereka memberikan pengetahuan dan pengalaman yang mereka dapatkan kepada orang lain. Buku ini ditulis dengan gaya bahasa yang mudah difahami dan dibuat semenarik mungkin. Anda tidak akan bosan tatkala membacanya, bahkan Anda akan merasakan belaian kasih sayang yang menyentuh jiwa, sehingga Anda akan terus-menerus merindukannya.
________________________________________Buku yang berada di hadapan para pembaca ini " Ath-Thariq ila Al-Quluub" adalah karya Syaikh Abbas Hasan As-Siisi, seorang tokoh da'i yang mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman tentang rahsia hati. Jika Anda bertemu dengan beliau, Anda akan tertarik dengan akhlaknya yang sangat baik, raut wajahnya yang ceria dan bersahabat, serta sorot matanya yang menyejukkan. Itu jugalah yang saya alami tatkala pertama kali bertemu dengan beliau. Anda pun akan langsung menyukainya jika anda bertemu dengannya. Semakin lama Anda bergaul dengannya, maka semakin dalam pula rasa suka Anda terhadapnya, kerana Anda akan mengetahui bahawa beliau adaiah orang yang penuh dengan pengalaman dan sibuk dalam dakwah, sehingga seakan-akan tidak mempunyai waktu lagi untuk mengurus permasalahannya sendiri dan permasalahan anakanaknya. Semua pemuda yang berjuang di jalan dakwah merasakan belaian kasih sayangnya.
Beliau menganggap mereka semua sebagai anak-anaknya sendiri dan mereka pun menganggapnya sebagai orang tua sendiri, sehingga timbullah saling pengertian dan saling berbagi rasa. Jika beliau berada di antara mereka, beliau akan menjadi sebahagian dari mereka, hampir-hampir tidak bisa dibezakan. Sifat tawadhu'nya sangat tinggi. Saya ingin agar para pemuda melihat kehidupan generasi pertama hasil didikan Asy-Syahid Hasan Al-Banna —semoga Allah memasukkan beliau ke dalam syurga-Nya— agar mereka mengetahui dampak positif dan tarbiyah qur'aniyah dalam membentuk pejuang-pejuang dakwah.
Generasi pertama itu benar-benar telah mengetahui rahsia hati manusia. Oleh kerananya, langkah yang mereka tempuh memang diorientasikan untuk membersihkan hati mereka dengan hidayah llahiah terlebih dulu, baru setelah itu mereka memberikan pengetahuan dan pengalaman yang mereka dapatkan kepada orang lain. Buku ini ditulis dengan gaya bahasa yang mudah difahami dan dibuat semenarik mungkin. Anda tidak akan bosan tatkala membacanya, bahkan Anda akan merasakan belaian kasih sayang yang menyentuh jiwa, sehingga Anda akan terus-menerus merindukannya.
Bismillahirahmanirahim...Buku "Bagaimana Menyentuh Hati", tulisan Syeikh Abbas Asiisi, saya baca dari ukht syaheed awwal. Insya-Allah..buku ini sangat menarik. Syeikh Abbas Asiisi seorang ilmuan islam yang telah lama bergiat aktif dalam medan dakwah. Beliau melihat generasi muda perlu didekati kerana potensi mereka yang sangat luar biasa. Mereka perlu disayangi, diberi perhatian dan dipujuk. Senyuman adalah sedekah yang paling mudah...
No comments:
Post a Comment