Taaruf.
alhamdulillah.Kaifahalukum al-ann? Kegembiraan dan kesedihan seorang mukmin adalah suka duka imani. Ia suatu tarbiyah amali yang menuntutkan teori dan praktikal agar seiringan. Perasaan seorang mukmin itu adalah perasaan yang islamic. Gembira kerana ber'amal dengan tuntutan iman. Em segala kesyukran dirafa'kan ke hadrat Allah swt, rafiqul darbi..Tuhan yang Maha Agung, yang memiliki kerajaan langit dan bumi. Dialah Allah, Tuhan yang memiliki kekuatan kasih sayang yang amat luar biasa. Lalu dititipkanNya pula kepada kita secebis dari kasih sayangNya, agar kita pula saling berkasih sayang dan mencapai kedamaian bersama. Itulah suatu nikmat yang sangat besar di bawah naungan rahmatNya..insya-Allah....dosa-dosa yang melumuri sekian lama semogakan gugur satu-persatu bagaikan dedaun di musim luruh. Kiranya disana ada kekurangan dalam perhambaan kita kepada Allah swt, semoga Allah mengampunkan kita.
Taaruf memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan sesebuah usrah/ukhuwah. Ia sebagai titik mula suatu perkenalan yang akrab. Bertaaruf sehingga terbinanya jambatan hati antara kita dan sahabat. Ia suatu peringkat di mana kita cuba membentuk keserasian bersama. peringkat mencatukan matlamat dan rasa hati. peringkat menjadikan orang asing itu sebagai sahabat akrab, sehinggakan kita dapat merasai apa yang sahabat kita rasai. Inilah yang As-syahid IHAB sifatkan sebagai, Asas utama kekuatan amal islami adalah terletak pada taaruf. Sekiranya permulaan taaruf berlansung dengan cara yang tidak syar'ie, proses taaruf juga tidak syar'ie, maka taaruf kita adalah taaruf yang bermasalah. Ia adalah suatu disiplin yang miliki peraturan tersendiri yang perlu dipatuhi. Taaruf yang berkesan selalunya meninggalkan kesan yang amat mendalam di hati kita.
Kata ayah, berselisih faham juga adalah salah satu dari proses taaruf. kerana itu, islam didik kita cara untuk menghadapi situasi ini kerana ia juga merupakan suatu proses kita mengenali sahabat kita. Saya teringat kadangkala kita suka menangis apabila berlaku perselisihan faham dengan sahabat2 rapat, seakan-akan dia tidak memahami kita, tiada keserasian dan sebagainya. Namun, proses ini sebenarnya mengajarkan kita untuk lebih memahaminya dalam situasi itu. Sekiranya kita tidak sabar menghadapi proses ini, terburu-buru, maka taaruf akan menjadi sangat longgar. Kerana itu, selalu berlakunya putus hubungan dan sebagainya....na'uzubillah.. inilah suatu hakikat yang nak kena kita rasa. Kepentingan sesuatu perhubungan tidak hanya berlansung pada kadar memenuhi keperluan hidup semata-mata, tetapi islam tetapkan matlamat dalam sesuatu perhubungan itu. Pastikan ia tidak sia-sia.
Saya teringat, bila adik-adik saling berebutkan sesuatu, ayah selalu kata...taaruf tak kuat lagi di antara kami. Sungguh menghairankan, sedangkan kami telah bersama semenjak lahir. Tapi benarnya juga kata ayah, bersama itu hanya salah satu dari proses taaruf. Ia seakan-akan tali yang mengikat hati-hati. Disiplinnya memerlukan pada komunikasi lisan, komunikasi hati, perlu cuba untuk memahami, ketahui apa yang disukai dan tidak disukai, yakin padanya, jujur bersamanya dan sebagainya. Taaruf mendalam sehingga kita dapat menyelami rasa hatinya.terbina jambatan hati.Mungkin kerana itu, taaruf kunci perpaduan ummah. Perkenalan itu membuahkan kasih sayang. Kata sahabat saya, maryam..inilah contoh yang dibawa dari peristiwa hijrah Nabi saw dan muhajirin dari mekah ke madinah. Contoh taaruf yang berlansung antara dua kaum. Taaruf yang menjadi paksi kekuatan dan perkembangan Islam . Taaruf yang menjadi titik tolak tamadun ummah.
Oleh itu, marilah sama-sama kita perkukuhkan taaruf di kalangan kita. Insya-Allah. Mudah-mudahan Allah merahmati kita.Insya-Allah.Marilah berkasih sayang dan saling bermaafan.
NurtaQwa08

2 comments:
Assalamualaikum warahmatullah...boleh ana dapatkan email anti?
untuk lebih taaruf =)
salam.. entry ini memberikan ana pengertian yang lebih mendalam tentang taaruf.. sebelum nie ana fikir dalam taaruf dan bersahabat, tak patut ada perselisihan.. perselisihan adalah pengakhiran dalam sesebuah persahabatan.. hari nie baru ana faham.
Post a Comment