Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum. Syukur dirafakkan ke hadrat Allah swt, kerana dalam penyusunannya memungkinkan kita untuk terus bernafas di dalam hidayahNya, merasai ketinggian islam dan mengecap keimanan dalam suasana fahsya'i wal mungkar ini..walaupun tersangat sukar mempertahankan iman yang secebis ini, namun masih juga Allah mengasihani kita dan mencurahkan rahmatNya..Semoga nikmat ini juga akan turut dirasai oleh saudara-saudara kita yang lain..agar manisnya dikecapi bersama..Sebelum terlewat, selamat kembali buat sahibahku "N-A-Z-A-R" dari bumi Riyad. Semoga pengembaraan itu adalah pengembaraan taqwa.
...hm kiranya sudah lama kita tidak bertemu, lantaran waktu yang terlalu mencemburui ruang taaruf kita..begitulah saya kira kehidupan kita yang sentiasa bergalaskan tanggungjawab terhadap diri, keluarga, pelajaran serta tanggungjawab yang utama iaitu kepada deen yang suci dan mulia ini. Sesungguhnya taklifan ini tidak akan pernah habis, tidak akan pernah tamat selagi berlangsungnya perjalanan hidup kita. islam itu adalah suatu perjuangan dan ia akan terus larut dalam diri seorang pejuang. Alhamdulillah..beginilah berlangsungnya kehidupan kita..Islam larut di dalam diri kita, dan kita larut di dalam islam. Apakah nikmat yang paling bahagia selain ini ?
Lewat waktu ini, terlalu banyak ikhtibar dan tarbiyah. Ujian datang menyerbu pundak iman yang sekelumit. Ia mengetuk-ngetuk pintu iman bagaikan tidak kenal erti lelah.. Disana, terasa kekerdilan diri jika dibandingkan dengan mereka yang Allah pilih menempuhi marhalah ini lebih awal dari saya. Rasanya cabaran itu lebih hebat dari banjir tsunami atau katrina. Islam yang dilanda kedagangan. Islam yang asing di dalam kehidupan masyarakat Islam. Terlalu asing sehingga syariatnya juga tidak dikenali dalam kaca mata mereka. Benarlah kata seorang sahabat, Kalau kita melihat orang yang tidak pakai tudung, jangan memandang dia hina, janganlah kita merasa angkuh dan hebat dengan diri kita kerana sekiranya kita diuji sedemikian, kita tidak tahu adakah saat itu kita mampu menghadapinya dalam keadaan beriman atau kufur. na'uzubillah.. Inilah waqi' yang ada kini. waqi' yang mana masyarakat tidak dapat membezakan yang mana satu syariat islam dan yang mana satu syariat taghut..Semoga Allah mengekalkan rasa izzah di dalam lubuk hati ini agar kita merasa tinggi dan mulia dengan islam. Memahami tuntutan ini, perlu untuk kita faham islam, kenal jahiliah dan berwaspada dengan realiti.
Saya teringat pada seorang kenalan. Saya senang menggelarkan dia Margaret Marcus, doa saya dia kelak bakal menjadi Maryam Jameelah ke-2, insya-Allah. Sejak kali pertama bertemu, hati sudah tertaut rindu. Dia bercerita tentang kehidupannya, nadanya gembira tapi kadankala berselang-seli dengan rungutan dan keluhan. Saya juga tidak pasti dia gembira atau sedang resah dengan kehidupannya. Rambutnya yang kebiruan, agak menceriakan saya kerana saya suka warna biru. Biru yang mendamaikan hati. hm..katanya, dia tidak tahu kenapa islam tidak boleh terima orang-orang yang sepertinya, kenapa islam hanya menerima orang-orang yang bertudung saja seperti kamu (itu mungkin ditujukan pada saya) Apa bezanya kamu dan saya (dia) ? Hanya kerana rambut saya ? itu yang saya tidak faham. seolah-olah islam tidak langsung memberi kebebasan untuk umatnya memilih...hina sangat ke saya (dia) kalau saya pakai macamni (Berskirt labuh dan tshirt)..baik sangatke bila kamu berpakaian kurung? Sangat tak adil..islam macam mengamalkan dasar diskriminasi..So, what for i'm standing for islam...(kata-kata ini berbaur emosi bukan?)..Saya tidak ada jawapan untuk persoalan yang berbaur emosi. saya cukup kenal fitrah ini, bila emosi mendominasi akal, pasti segala rasional kan ditolak mentah-mentah. Saya juga seorang mar'ah sepertinya.
Dia agak marah. Itu saya tidak kisah..Margaret Marcus yang bijaksana dan logistic..kata teman-teman, pandangla dia dari kaca mata dakwah. Sungguh pandai dia menangkis kata, membidas hujah dan membelit rasa..semakin hari, semakin petah..semakin menjauhi Allah. Semoga Allah membantuNya..Moga Allah menajamkan akal dan lisan kita untuk menyampaikan sesuatu yang melunakkan hatinya..Semoga dia bakal menjadi Maryam Jameelah ke-2..
Teman-temanku, sudahkah kalian memohon ampun dari kedua ibubapa?
barangkali ada kita tersilap laku dan terkasar bahasa...
Tanpa ibubapa siapalah kita..Redha ibubapa redha Allah jua..
1 comment:
istimewa margaret marcus...moga Allah bantu dia.
nis,satu kuliah ngan anti ke?
Post a Comment