
Assalamualaikum wrh...
Sahabat-sahabatku..
syauq jiddan !
Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang..Bila hati bersatu, cintakan pasti bertaut..Insya-Allah..
Buat Cik wardah di hatiku, damainya dihati bila terpandang wajahmu.. manis senyuman menghulurkan salam, lembut tutur bicara tersusun bahasa... terhapus sudah titis air mata... =) terima kasih sudi mewarnai dunia saya beberapa hari ini dengan warna-warna yang indah. Kasih dan sayang membentuk titian rindu, menghubungkan hati yang lama terpisah...Semoga perjalanan pulang disulami dengan kegembiraan dan rindu yang terubat..
Teman-teman yang dirahmati Allah swt...
Saya membaca buku tulisan Ustaz Hasrizal AJ berjudul ’Aku terima Nikahnya’..Sebenarnya, saya berkira-kira sendiri sebelum ini, adakah sesuai saya membincangkan tentang perkara ini di ruangan dhoif ini. Menyedari ia adalah satu fasa kehidupan yang sgt penting yang diletakkan oleh IHAB sebagai rukun amal yang kedua yang sangat besar dan sangat penting kedudukannya dalam menentukan kelansungan dakwah kita, perbincangan ini saya letakkan sebagai antara priority kita dalam masa sekarang. Pembinaan baitul-muslim perlu melalui proses-proses yang betul insya-Allah... Tentang saya, tentang kalian yang membaca..disana ada sesuatu yang membuatkan saya rasa sangat tertarik. Sungguh ! kalian milikilah buku ini, baca dan fahami ..fokusnya ma’syoru syabab yang bakal melangkahi dunia pernikahan..Matlamatnya satu, jalan berliku..Bagi saya buku ini mengajarkan kita bahawa cinta kepada manusia itu perlu dibina di atas cinta kepada Allah swt.
Em....
Sungguh pantas masa berlalu.. banyak kenangan-kenangan yang masih segar di ingatan ini..saat kanak-kanak, remaja dan kini sedang meniti usia muda, usia kematangan..bagi saya, saat memilih sudah berlalu, kini saatnya untuk kita saling memahami, saling menyatu-padukan fikrah, keserasian dan juga matlamat. Agar masing-masing pasti di atas laluan mana yang bakal kita lalui nanti. Kita pastinya memiliki banyak kelemahan, kedhoifan yang tidak tertampung, semoga keaiban-keaiban ini tidak menjadi fitnah dalam perhubungan sesama insan. Menyedari kita pastinya tidak akan mampu menghadapi ujian-ujian dengan bersendiri, saya yakin keberkatan dan keredhaan Allah swt pasti akan selalu menyelamatkan kita dari bahaya ajakan musuh-musuh Allah swt. Musuh terbesar, Syaitan dan hawa nafsu..
Bila kita berbincang tentang perkahwinan, saya teringat pesanan ayah. Kata ayah, kita doakan kepada Allah swt semoga kita dan dia menemui titik persamaan dalam menilai erti kehidupan. Jika persamaan itu ada, itulah Rahmat Allah yang cukup besar buat kita. Dalam berjuta-juta insan, Allah swt temukan kita dengan seorang yang memandang kehidupan sama sepertimana kita memandang kehidupan. Mintalah bantuan Allah dalam mencari ketetapan hati. Sekiranya dia tercipta untuk kita dan kehadiran dia mampu memberi manfaat untuk deen islam yang hanif ini, mampu memberikan ketenangan kepada kita, keluarga..semoga Allah mendekatkan hati kita dan dia dengan cara baik. Tetapi sekiranya tidak, biarlah Allah jauhkan dia dari hati kita juga dengan cara yang baik..mudah-mudahan Allah mengurniakan untuk dia yang terbaik dan untuk kita juga begitu...Insya-Allah....Sehingga ke tempoh itu, masing-masing salingla menjaga diri..Insya-Allah, laluan masa depan pastikan senang dan mudah dengan bantuan Allah swt....
Emm..’afwan. Saya bukanlah selayaknya untuk bercerita tentang ini..justeru, agak segan pula..
Sedikit lagi tambahan yea...
Untuk sahabat-sahabat saya yang masih mencari..mungkin pesanan ayah saya yang tak seberapa ini boleh kalian kutip sedikit sebanyak. Insya-Allah..yakinlah pada Allah. Disuatu tempat, disuatu ketika..pasti Allah temukan kalian dengan seseorang yang benar-benar sesuai selari dengan doa quddus kalian. Janganlah selalu merasa runsing, Allah ada penyusunanNya. Di saat kesabaran itu memuncak, lahir buah-buah kemanisan. Laluan yang dihampari dengan cinta-cinta yang bertaburan, kita semua salingla menguatkan hati..itu bukanlah milik kita. Mahukah kalian mengutip kaca-kaca yang pecah, yang bertaburan sementara menemui permata yang berkilauan, di saat itu tangan-tangan kalian sudah pun berdarah dan terluka dek tajamnya kaca..janganla begitu. Marilah kita menerima perancangan Allah di atas perancangan kita....
Saya faham merasainya pasti tidak sama dengan mengatakannya. ..
Tetapi percayalah, kita juga insan yang dianugerahi dengan fitrah yang sama. Sehingga ke tempoh yang Allah tetapkan, kita salinglah memagari diri, menjaga perasaan dan membatasi pergaulan agar tidak timbul fitnah yang mengoncang peribadi kita sebagai seorang muslimah...Lantaran kita mendambakan sebuah perkahwinan yang dihiasi dengan kasih sayang dan keimanan yang tinggi kepada Allah swt....
Akhirul kalam....
Marilah kita saling mendoakan, semoga kelak rumahtangga yang kita bina akan menjadi sebuah taman yang memiliki keindahan yang tersendiri, dipenuhi kasih sayang dikalangan ahlinya, selamat dengan benteng syariat serta subur dalam melahirkan da’e dan murabbi, generasi penerus dakwah islam insya-Allah. Semoga Allah swt menjadikan kita hamba yang bersyukur....amien...
Akhirul kalam....
Marilah kita saling mendoakan, semoga kelak rumahtangga yang kita bina akan menjadi sebuah taman yang memiliki keindahan yang tersendiri, dipenuhi kasih sayang dikalangan ahlinya, selamat dengan benteng syariat serta subur dalam melahirkan da’e dan murabbi, generasi penerus dakwah islam insya-Allah. Semoga Allah swt menjadikan kita hamba yang bersyukur....amien...
________________
'Afwan..
Barakatillah...post ini khususnya buat wardah dihatiku...ismuki manqusyun fi qolbi...
ana sentiasa disisi anti..insya-Allah..
11 comments:
Assalamualaikum ukhti...
Sabda rasulullah saw 'dunia adalah perhiasan dan sebaik perhiasan adalah wanita solehah'
serikandi penyejuk mata, penawar di hati
assalamualaikum wrh..
alhamdulillah...akhirnya anti bercerita ttg ini.hehehe =)
boleh ana tahu, entah angin dari negara mana yang datang mengetuk pintu hati anti..utk bercerita perihal jodoh dan ketentuan Allah swt.
inilah kehidupan. Allah telah ciptakan kita berpsang-pasangan agar darinya kita temui ketenangan dan ketenteraman...
selamat berjaya final xm.ana doakan anti dan sahibah2 semua
salam.hai shah..bkn main lagi anti .hehe.jgn di usik cik anis kite ni.nnti insya-Allah anti takkan baca lagi post2 mcmni tau kat kebun ini.hihii.
Alhamdulillah, mei nanti shbt anjurkan seminar perkahwinan, insya-Allah ada sijil. Pkcik Soleh yg kendalikan, di masjid putrjaya..bleh tgk borang di lmn web haluan.insyaAllah.mudah2an usaha yang sedikit ini dinanungi rahmat Allah swt.
slm ptmuan.
ym, sh, jzk.ana dh tgk yG.
nis, kami ziarah nti nie.
study molek.mg tabah spjg fatrah imtihan ni.inA, sama2 jg hub.dgn.Allah.
wah2
meriah nampak semua.terus happy jer bila citer psal wlimah.ye ye jer antnna nie.ihih
ana jmpa k.timah syarha smlm..tny2 die ttg kisah syabab.best ttg kehidupan di syiria
salam anis..aishah..maryam dan lain2..
membina baitul-muslim mmg memerlukan pd perancangan rapi.krn kita sdg membina masa depan generasi baru...
tumpang bahagia..
moga gagasan dhuat ini terus menerus menjulang nama islam
...angin lalu dari russia~~~
salam
insyaALLAH, kita semua mendamba baitul-muslim yang dicurahi mawaddah, sakinah dan rahmah...
mudah-mudahan Allah memelihara hati kita semua.
Mari menyintai ALLAH !
insyaallah..ana akan manfaatkan ilmu n tazkirah yg ada di cni…syukran jazilan yea pada semua..
” la yuham wa la yarham”
sabda rasullullah saw…”
jika kamu tidak menyayangi kamu tidak akan disayangi
Ahamdulillah..
sahibh2ku yang solehah ...
Alhamdulillah...
suatu keberuntungan.
Post a Comment