Saturday, May 31, 2008

Kehilangan (1)


Bismillahirahmanirahim....
Alhamdulillahi nashkurullah...nahmaduhu..wa nasta'ihunu wa nastaghfiruh. wana'uzubillahi min syururi anfusina, wa min sayyiatia'manina.. manyahdillahu fala mudhiilalah..


Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah swt dengan penuh rasa kehambaan di atas segala nikmat-nikmatnya. Nikmat berada di dalam iman dan islam, nikmat mengecapi kewibawaan ukhuwah, nikmat kefahaman islam yang siddiq serta kurniaan-kurniaan lain yang berdiri di atas sifatNya yang Ar-Rahman. Yang paling penting, untuk kita merasai kelazatan bertuhankan Allah swt. Nikmat kita mengenal Allah. Ada orang lain yang tidak mampu mengenal TuhanNya. Tenggelamlah dia dalam alamnya, terpisah hubungan dengan Allah swt [Na'uzubillah]. Sesungguhnya, kita khuatir, sekiranya kita termasuk dalam kalangan orang yang tidak cukup untuk bersyukur kepada kurniaan Allah swt...



Teman-teman dan sahabat-sahabat yang dikasihi....


Dalam dunia yang mana, masyarakat semakin menjauhkan diri daripada Allah swt, masih ada beberapa kerat hati-hati yang masih mahu tunduk kepada Allah swt, mendirikan solat 5 waktu sehari semalam, bertahmid, berzikir kepadanya dalam tidur dan jaga..Insya-Allah, kita harapkan..kitalah generasi itu...yea teman-teman, Insya-Allah, pada siri perbincangan kali ini, ana ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan kehilangan, suatu perbincangan yang ana kira perlu untuk kita telitikan sebagai peringkat awal untuk kita menghasilkan momentum pada proses tarbiyah kita insya-Allah. Topik ini, ana rumuskan dari penyampaian RB pada TOT KIPDA, KTD beberapa hari lalu. Mudah-mudahan Allah memberkati kita, insya-Allah ...


Dunia kini di ambang kehancuran....
Melesetnya nilai-nilai akhlak, hilang himmah dan sensitiviti, kerapuhan akidah..kita kembali menyaksikan masyarakat islam hari ini berada di suatu daerah, manakala islam pula berada di suatu daerah yang lain. Ianya sangat gharib dan tidak berhubungan di antara satu dengan yang lain melainkan hanya dalam urusan pernikahan, kematian dan beberapa urusan rasmi sahaja. Islam yang ada pd kita hari ini hanyalah beberapa kerat dari seluruh system yang sempurna itu. Dunia kini di ambang kehancuran bukanlah berpunca dari penyakit tetapi kerana bankrupnya ummat itu dalam bidang nilai yang menjadi pelindung kepada dunia. Bila nilai itu di ukur bukan dari kaca mata syarak, ia jadi nilai yang tidak betul.


Em..


Apa yang ana maksudkan disini, reality kita lihat masyarakat kita keliru dalam menafsir nilai yang syar’ie. Yang halal itu dianggap pelik dan yang haram itu dianggap benar. Contohnya mereka melihat orang yang menutup aurat semacam suatu benda yang jelek dan aib..tetapi yang membuka aurat pula dibangga2kan. Natijahnya, nilai-nilai yang Allah nak, tidak ada dalam masyarakat itu…akhirnya ia akan membawa kepada kebinasaan.


Kita hari ini, apabila hilang benda yang kita sayang, menangis cari kesana, kemari..tetapi apabila kita kehilangan iman di dalam hati kita, adakah kita merasainya ?


Teman-teman yang dikasihi…


Alangkah sedihnya..apabila hilang iman dan kita tidak merasainya..kita tidak dapat nak rasa kerana kita tidak menghargainya. Kehilangan itu tidak dirasai dan yang lebih parah lagi apabila manusia telah menyesuaikan diri tanpa nilai iman itu. Na’uzubillah. Di dalam buku Muhammad Qutb..’Hal Nahnu Muslimun’ [Adakah kita Muslimun], dia menceritakan apa yang hilang dalam masyarakat kita..Katanya sebab apa kita hilang islam yang syamil dan kamil itu ..kerana aktiviti-aktiviti ibadah menjadi aktiviti2 formal dan suasana kehidupan insan bertukar..menunaikan haji seolah-olah pergi melancong sahaja, membayar zakat sekadar untuk melepaskan dari cukai dsb. Kita hairan, macamana system yang sangat sempurna dan lengkap ini tinggal menjadi kerangka sahaja ?...


Inilah yang Muhammad Qutb sifatkan bahawa ummat hari ini sebenarnya kehilangan ROH.. kehilangan terbesar iaitu apabila ROH itu mati dan kita tak dapat nak rasa bahawa ia telah mati. Na’uzubillah. Kalaulah serpihan kayu masuk dalam jari kita, kita akan menjerit sakit, tapi dapatkah kita bayangkan macamana bendasing2 yang masuk dalam hati kita, menjerit hati dan roh kita sebab ia disumbat dengan benda lain yang bertentangan dengan fitrahnya… tapi kita tidak dengar..hinggalah hati itu mati..


Inilah akibatnya teman-teman…dapatkah kita merasainya..?


Kita baca quran hari ini, tidak terasa getarannya pada hati, tetapi Umar Al-Khattab baca sepotong saja ayat quran..sampai pengsan. Takutnya dia pada janji-janji Allah yang benar…hm..ya Allah, inilah akhirul zaman..


Ana teringat satu kisah, seorang pemuda yang sampai di suatu kawasan, tanya dimana tempat solat. Kemudian beberapa orang disitu seperti terkejut dan tanya, ‘kamu solat?..kami tidak.kerana hanya orang tua yang solat..’..Allahu akbar. Bukan setakat solat yang khusyuk..malah solat yang lalai pun mereka dah tidak buat. Ada orang..takut nak bawa imej soleh..takut kalau orang tengok dia mentaati Allah…nak jadi orang-orang biasa yang biasa mendurhakai perintah Allah swt. Sbb mendurhakai Allah itu diangap biasa…


Kemudian terfikirkah kita..adakah kita kaum muslimin yang setia kepada ISLAM ?....


Sesungguhnya, kalaupun kita tidak bersama-sama islam..Allah swt sedikit pun tidak akan mengalami sebarang kerugian..bahkan, kitalah yang rugi..Gerabak itu akan terus bergerak meninggalkan orang-orang yang bermalasan dan akan terus mengangkut mereka yang mahu terus bersama ISLAM..insya-Allah…


Baiklah teman-teman, ana kira..baik saja kita sambung perbincangan kita dalam waktu lain pula. Insya-Allah…mudah2an perbincangan yang sedikit ini, mampu mengetuk hati-hati kita yang keras, mampu mengalirkan air mata keinsafan..untuk kita merasai bahawa kita ini sedang mengalami ancaman kehilangan iman…untuk kita merasai pupusnya nilai-nilai syarak dalam masyarakat kita..dan untuk kita merasai..perlunya untuk kita memantapkan lagi tarbiyah dzatiyyah [ pendidikan jati diri] ke atas diri kita..bagi melahirkan insan-insan yang akan membantu memulihkan masyarakat kita dan menarik mereka dari ambang kehancuran ini….


Sahibah-sahibah tersayang…


Jazakumullah. Pengalaman TOT-KIPDA..sungguh suatu pengalaman yang luar biasa. Bagi ana dan insya-Allah bagi kalian jua. Kak Aishah yang menguatkan jiwaku..Amirah yang menghiburkan..Hajar yang berkebolehan dan berani..Aisyah Amirah..Kak Atiqah, Kak Shiqin..Kita kombinasi TM yang mampu mencipta momentum yang berbeza..Insya-Allah…=). Bersama adik-adik KTD, sangat meriangkan hati. Inilah harapan. Generasi pewaris yang diharapkan menggalaskan tanggungjawab dakwah..bermula dari asas2 mengenal islam yang syumul ini..Insya-Allah, moga Allah menguatkan kita dan mengurniakan kita kesabaran dalam mentaatinya..Insya-Allah…


Dafa'na jahilyyah..fa'amsaqna bil islam

Bertemu lagi yea....

Assalamualaikum wrh....

11 comments:

Anonymous said...

Suatu kehilangan yang perlu untuk dirasai. Kehilangan yang akhirnya membawa umat islam ke jurang kehancuran. Ana teringat kata2 yg sll pakcik sebut, manusia itu sekiranya mrk tahu api neraka itu hampir dengan mereka, nescaya mereka akn cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan diri mrk..

tetapi mereka tidak tahu dan tidak yakin pd Allah swt...

Anonymous said...

Assalamualaikum w.r.h

bila anis sebut ttg topik ni,
nisa tgk mmg kdn hari ni byk lahirkan manusia2 yg serba boleh.boleh buat yg Allah suka dn bleh juga buat yg Allah xsuka.

em.sbnrnya,mrk tak faham apa itu islam.bkn skdr agama,anutan tapi ia adlh kehidupan.

bila siri 2 pula?

=)

syukran atas perkogsian ilmu.moga Allah bantu kita

Anonymous said...

islam yang semakin hilang nilainya.
Apa yang tinggal hanyalah rangka-rangka dari islam yang sebenar.yg tinggal bukan islam yang syumul,tapi islam juzui yang diambil secara bebas menurut kemahuan hati.
pendek kata,islam itu disesuaikan ikut kehendak sendiri,bukan kita yg menyesuaikan diri ngan sistem islam.

ana petik dari bku risalah tarbiah yg dirumuskan tu.

Anonymous said...

salam buat penulis..cik anis..
InsyaALLAh,
agar kita merasainya bersama
kehilangan iman yg perlu utk kita bimbangkan..

SHABAS TOT-KIPDA !..lain masa, jemput ana juga.

Anonymous said...

Tahbih !

mabruk atas kejayaan urusetia dan fasilitator TOT-Kipda..
ana dah baca dari kedua2 blog. Pengalaman antum suma sungguh menarik.

Nk tgk jg gmbar2 sahibah..shbt je ada.huhu

Anonymous said...

Dafaa'na jahiliyyah famsakna bil islam !

Anonymous said...

alhamdulillah
mg generasi pewaris lebih mantap dan memiliki himmah yang tinggi insya-Allah...

"Sebaik-baik zaman adalah yang dapat meninggalkan generasi pewaris yang lebih baik dari sebelumnya"

dr muthiah said...

jzkk kak anis
tarbiyyah dzattiyah...
hugungan yg baik dgn Allah...
kerasnya hati...

astagfirullahal 'azhim...

sungguh serba kekurangan diri ini

Anonymous said...

insya-Allah.
na'am..tarbiyah dzatiyyah perlu kita bina bersama-sama. Proses membaiki diri dari dalam.sessguhnya ia memrlukan kekuatan.

Krisis jati diri, krisis iman..sampai bila kita harus berkrisis dengan Allah....astagfirullah

Anonymous said...

salam..maryam.anis dan rakan-rakan pembaca.

baru jer bincang ngan yam tadi ttg topik kehilangan..

masya-Allah.
kalau kita tidak berubah dan melakukan perubahan,kita akan terus dilanda kehilangan.

ana teringat kisah seorg shbt,dia kata dulu bila lihat org2 yg minta sedekah,dia rasa kasihan dan hiba sangat,tapi entah mengapa kini,bila tgk mrk, rasa mcm ..'alah,lagi2 minta sedekah'..inilah krn hilang senstiviti terhadap ummah.hati boleh jadi keras juga krn kurang sadaqah...

NurtaQwa08 said...

Bila bersama kalian,terasa kekerdilan diri..
=)