Bismillahirahmanirahim...
Salam sejahtera buat teman-teman sekalian. Mudah-mudahan sentiasa dalam pantauan hidayah Allah s.w.t.. Kesihatan badan, kita sedari..bagaimana dengan kesihatan hati..sudahkah kita rawati ?
yea, ana sangat merindui sahibah-sahibah di Terengganu, yang tersendiri dan gemar berkongsi.. Beberapa minggu lalu, bertemu buah hatiku Busyro Afifah. Malu pula untuk mengakuinya [kiranya dia membaca] ..sebenarnya, ana gemar menyontohinya dalam beberapa perkara. Jazakillah yea. Semoga kita sentiasa bersama. Oh ya, tidak lupa teman-temanku yang sentiasa akrab, kalian pernah dengar nasyid La takhda'u ?..nasyid Dunia Baru Islam ?..yea itu khususnya buat kalian..Selebihnya yang indah, biarlah menjadi rahsia kita bersama....oh jangan silap faham pula yea, rahsia itu bukanlah bererti lokek untuk berkongsi..cuma belum tiba masanya untuk bercerita...=)
hemm...
Alhamdulillah. Masih berbaki rupanya cuti kita bukan..? Terasa sekejap sudah masa berlalu. Senarai aktiviti yang ingin kita laksanakan hanya beberapa saja yang bertanda, selebihnya masih terbiar menanti tindakan kita. bukankah begitu ?...Tetapi walaubagaimana pun, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kita kepada Allah swt, rabbil 'alamin yang sentiasa mempermudahkan urusan-urusan kita, yang sentiasa memberikan perhatian tatkala kita benar-benar memerlukan bantuanNya. Kiranya DIA tiada, maka siapalah yang dapat menyelesaikan masalah-masalah kita sesempurna itu..Kata seorang sahabat, kita seadanya pada hari ini hanyalah kerana rahmatNya..Alhamdulillahirabbil 'alamin..
Teman-teman yang dirahmati Allah swt....
Syukran di atas keprihatinan terhadap teman ana yang kita disini kenali sebagai 'Maryam Jameelah'.. Insya-Allah, kisah yang ana ceritakan ttg dia adalah suatu realiti. Dia bukanlah kisah yang direka, justeru itu bagi yang menuntut kisah selanjutnya atau kata orang 'the ending' pada kisah ini, pastilah ana yang dhoif ini tidak dapat memberikan jawapannya. Hanya Allah dan Rasul yang maha mengetahui. Kita sama-samalah mendoakan dia ye. Di tengah-tengah kotaraya yang penuh pancaroba ini, semoga Allah mengikat hatinya bersama-sama dengan orang-orang yang soleh. Dia istimewa orangnya. Fitrahnya bersih. Barangkali ada dikalangan kalian yang hajat sangat nak kenal dia bukan?..yea ana tahu..usahla malu untuk mengakuinya.hehe..insya-Allah, ada kesesuaian waktu, jika diizinkan Allah, bolehlah kalian mengenalinya..Insya-Allah...
Apa yang dapat kita pelajari dari kisahnya...yakni...
Disana masih ada hati-hati yang berhajat kepada islam. Tidak kisahlah apa warna rambutnya, bagaimana gaya pemakaiannya serta bagaimana mereka berfikir. Kerana apa yang kita hajatkan adalah hati mereka. Dekatilah mereka serta tawan hati mereka. Paling penting, jangan sesekali kita bersikap prejudis terhadap mereka..Antunna bayangkan jika kita berada ditempat mereka..kita tidak tahu mampukah kita bertahan atau menjadi lebih dasyat dari itu. na'zubillah.. kalau mereka diberi peluang untuk kenal Allah, barangkali mereka lebih baik dari kita...
Begitulah...Manusia itu sering memberontak bila kurang kasih sayang dan perhatian. Justeru itu hampirilah mereka dengan kasih sayang. Jika kita menaburi mereka dengan ketaksuban dan sifat gopoh-gapah, nescaya mereka akan menjauhi kita. Biarkan masa berlalu, walaupun natijahnya kita tidak tahu bila, tapi insya-Allah kita harus yakin...Allah itulah Tuhan, yang memberikan hidayahNya kepada sesiapa sahaja yang dia kehendaki. Namun begitu, setiap usaha itu perlulah didirikan atas kehendak untuk melahirkan natijah. kalau kita usaha dan tidak berhajat kepada natijah, ha itu lain pula jadinya..Orang islam itu sifatnya mempunyai impian terhadap masa depan islam.. Justeru itu, dari kejernihan fikrah islam ini, kita mengharapkan suatu hari nanti, Islam akan kembali gemilang..itulah yang kita cita-citakan..insya-Allah...inilah yang dinamakan sebagai Usrah Muntijah..Pendidikan/tarbiyah yang mempunyai misi/natijah..
Insya-Allah, mudah-mudahan Allah swt merahmati kita semua. Dunia hari ini diibaratkan seperti sarang fahsya'i wal mungkar..yang mana kebenaran itu masyarakat lihat sebagai ekstrem..yang mereka mahu, islam yang simple. yea betul, islam itu sederhana. Tapi bukanlah bererti islam itu boleh pilih-pilih..Nak solat tapi tak mahu tutup aurat... Sama juga ada sesetengah tu, nak pakai tudung, tapi nak pakai juga baju ketat2, seluar ketat2..tudung pun cukup2 untuk kepala saja..Itu bukan tutup aurat tu, itu tutup kepala namanya.hehe..[astagfirullah..moga Allah lindungi kita]..tapi teman-teman, mereka ini tak bersalah..sistem yang menyembelih mereka. Mereka menjadi mangsa..
Sebenarnya ana berpendapat, jika tidak ada usaha-usaha dakwah untuk menyelamatkan diri dan masyarakat ini, mangsa seterusnya adalah generasi anak-anak kita. na'uzubillah.
takutkan ?...
Oh yea...
Adakah aktiviti ziarah sedang rancak bergerak di kalangan kita semua ?..bukan sekadar ziarah di blog saja yea..kalau boleh kita berziarah ke tempat sahabat-sahabat kita, saudara-saudara kita. Ziarah itu satu method terbaik dalam membina mawaddah fil qurba..jambatan hati..Macam IHAB, setiap minggu dia akan berjalan-jalan di pelusuk tempat untuk berjumpa sahabat-sahabatnya, kadangkala hanya bersua muka dan memberi salam saja. Mudah saja, tapi jarang kita dapat luangkan masa. Ini barangkali ana lah yang ditujukan.. masya-Allah, ana terasa kepentingan ziarah ni hinggakan sampai satu tahap tu kita akan rasa kalau tak ziarah sahabat kita, kita tidak akan tahu keadaan dia yang sebenarnya. Sakitkah dia, susahkah dia, adakah dia memerlukan bantuan kita...dan insya-Allah, lepas saja ziarah..terasa rahmat Allah mencurah-curah. Antaranya..ketenangan hati...
Insya-Allah...
Sehingga ini saja.
Mudah-mudahan apa yang kita sembang-sembangkan menjadi sesuatu yang tarbawi. Sesuatu yang dapat kita kutip manfaat serta kebaikkan darinya. Betapa indahnya merasa susah kerana Allah..rindu kerana Allah..Di hina kerana Allah, dicerca kerana Allah, menangis kerana Allah..marilah kita memperbaiki diri kita..insya-Allah, diri ana terutamanya. Disana masya-Allah, sungguh banyak......
jaga diri baik-baik yea.jumpa lagi.. Assalamualaikum wrh..

10 comments:
salam anis.
hehehe..
anis nie bertuah betol.bersembang-sembang mcm real jer.nak tergelak pun ada.buleh bayang macamana seriusnya anis saat ni...
Tapi alhamdulillah.tersentak adah bila anis tanya tentang aktiviti ziarah.sangat betol tekaan anis.dah lama tak buat.sibuk kononya.
Insya-allah,kena susun balik jadual.
Allahu yubari fik
assalamualaikum wrh..
16hb, hrini hari lahir mashitah.Semua dah ucapkan selamat pd dia ?
insya-Allah, sangat bagus peringatan anti.aktiviti ziarah mmg sll kita rasa aktiviti biasa.kdg2 bila saudara kita ditimpa musibah baru nak ziarah.astgfirullah.sedangkan antara hikmah ziarah itu untuk menaut tali persaudaraan.satu teguran buat diri ana juga insya-Allah.
maryam jameelah, subhanallah.betul tu anti.ana mmg hajat nak kenal dia.lagipun,nama ana pun maryam jameelah =)
sembang2 yang bermanfaat,mg Allah merahmati.tapi jangan lagha pula...
peringatan bersama insya-Allah =)
salam..
syukran - nasyid yang terbaik.
Maryam jameelah - semoga Allah memberkati dirinya dan dengannya memeriahkan lagi suasana islam di sana.
dakwah Ammah - insya-Allah anis,seperti kata anti..sasaran dakwah tidak boleh pilih-pilih orang.islam untuk semua.siapalah kita untuk menentukan siapa yang berhak mendapat hidayah Allah.hinanya kita....astagfrullah.bimbang kalau2 kita tidak ikhlas.nzb
mudah-mudahan kita lebih prihatin terhadap kdn shbt2 dan saudara2 kita.
jzk.sembang yang bermanfaat. Mentarbawikan amalan biasa, kata sufiah,mari menjadikan tabiat itu suatu ibadat.hehehe..
=)
'afwan.sama2 kasih.. =)
ceria betul yea. hem.ada apa-apa yang boleh dikongsi bersama?
salamun alaiki...
apa khabar?
anis,tak bagitahu pun anis ada blog ye...kenapa anis tak letak di ruang perkongsian?
anis,fana doakan moga anis sentiasa di dalam rahmat dan keberkatan ilahi.sentiasa sabar dan tabah serta menjadi muslimah harapan.
syukran buku yg diposkan.fana dah dapat.hadiah yang istimewa.suka sangat.moga Allah murahkan rezeki anis.
salam perjuangan
alhamdulillah nis.ceria kerana terhibur.mg hiburan tak melaghakan hati.
kita semua berjauhan tapi mengapa terasa berdekatan......
usrah muntijah, semoga apa yang kita usahakan mendapat nilai disisi Allah swt
mari kita perbaharui niat kita. mg ikhlas
Insya-Allah.moga ikhlas menyulami amal.
subhanallah betul tu.kita bukan nak tawan rambut dan luarannya,tapi kita nak hati dia.
ciri-ciri orang yg perlu kita
rapati :
1)yang hajat pada kebaikan
2)yang ada akhlak yang baik
3)yang boleh kita pengaruhi
yg paling penting : khuluk hassan.
luaran itu adalah terjemahan pada hati.kerana itu kita perlu sasarkan tarbiyah itu pd hati.insyaallah.
jiwa seorang da'e ni penuh dan subur dengan kasih sayang. macam ana kat sini,seorang ustaz,syeikh thoha...insyaallah semoga allah memberkatinya,dia berpesan sekiranya kita mahu mendekati manusia,kita kena pikat dulu hati dia.dengan apa cara skali pun,jgn pndang rendah pd dia,krn Allah buat sstu itu bersebab.kalau kita pndang rendah pd dia,bererti kita juga pndang rendah pd Allah swt...
insyaallah,
semuga allah swt membantu kita dalam memahami seni utk berkasih syg
mari menghidupkan budaya ziarah..
=)
salam ....
mg cuti bermanfaat !
Post a Comment