Saturday, July 26, 2008

Bicara Hati [Selingan]


Bismillahirahmanirahim.... Alhamdulillahi rabbil 'alamin...wassolatu wassalamun 'ala khatimul ambiya iwalmursaleen..wa'ala alihi wasohbihi ajma'en... Setinggi-tinggi kesyukuran kita rafakkan ke dada rabbi..pemilik arasy yang maha tinggi..pentadbir yang maha memiliki masa..bergerak terus masa kita..tanpa menunggu walau sesaat mungkin. "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beramal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran serta berpesan-pesan pada kesabaran.."


Alhamdulillah...

Kesekian kalinya, masih lagi Allah swt mengizinkan kita bertemu di atas kudrat-kudrat kita yang lemah. Maafkan ana jika kebun ini sunyi sepi tanpa khabar berita, tanpa gurau senda seperti biasa..juga hilang serinya bila tiada pesanan-pesanan keimanan dan majlis ilmu disini..beberapa detik. Barangkali ini lahir dari sifat ana yang kurang yakin..tidak sensitif dan disiplin diri yang rendah. Maafkan ana jika disana ada yang merasa terabai, ada yang merasa kurang perhatian dan maaf juga yea jika dikalangan kalian merasakan ana tidak bersungguh-sungguh dalam medan munaqasyah ini...Benar, beberapa minggu ini..kuliah sudah bermula. Tumpuan beralih pada kuliah yang ana rindui itu. Cuti 2 bulan..


Kalian pula bagaimana ?..tidakkah merasa rindu pada sesi perkuliahan ? sesi menimba ilmu secara lansung...Jadual kita berubah..tanggungjawab juga berubah..ha apa kata, minggu ini kita merangka kembali jadual priority kita. yea ana pasti, disini ttu masih ada yang belum membuat jadual priority bukan ?..yok..kita buat bersama-sama..ana juga, masih banyak yang perlu diubah-ubah..insya-Allah..kita berusaha utk menjadi individu muslim yang teratur dalam kehidupannya. Miliki jadual yang banyak..contohnya, jadual sebagai pelajar, jadual sebagai hamba kepada Allah swt, jadual sebagai anak, sahabat, suami..isteri..pekerja..dan sebagainya...


Kewajipan itu lebih banyak dari masa yang kita ada....


[[P u s t a k a M u k m i n ]] Allah izin beberapa hari lalu, ana sempat singgah di sebuah kedai buku kegemaran ana..tinjau-tinjau..byk betul novel-novel cinta yang berwajahkan islam sekarang kan..subhanallah..sejak bila agaknya semua novel-novel ni ada yea..? ana tak perasan pula. Inilah sifat yang tidak peka..masya-Allah.emm..kalau dibilang-bilang..mmg banyak.pelbagai tajuk. Satu perkembangan yang menggembirakan ana, betapa generasi baru ini melahirkan lebih ramai penulis-penulis islam Tapi itulah, semoga ia memberi panduan dan tidak mengecewakan kita. Alhamdulillah, Allah izin usia ana pun dah meningkat tua, jadi bahan-bahan bacaan berbentuk novel kurang mendapat perhatian ana. Maklum sajala bak kata Prof.Hamka.."...kini tiada lagi khayalan-khayalan masa mudaku..dikala itu, darah yang bergemuruh..keinginan terawang-awang..segalanya indah."


Tetapi...


apa yang ana sangat kagumi, kedai buku tu, tidak ada menjual komik-komik..tidak ada majalah-majalah yang tidak soleh..juga bahan-bahan bacaan yang memuatkan cerita-cerita murahan..tentang tahyul, amalan-amalan khurafat..yang mana bahan bacaan ini lansung tidak dapat membawa kita kembali kepada Allah swt..masya-Allah, asalkan kita tahu..apa-apa saja yang tidak menghubungkan kita dengan Allah swt..adalah sia-sia belaka..justeru itu, mahukah kita menjadi manusia yang gagal memanfaatkan masa? ....


Yea teman-teman yang dikasihi lagi dirindui...

Izinkan ana merungkai sedikit sifat masa cuti ana baru-baru ini. Alhamdulillah... Cuti kali ini, ana terasa cukup indah dan bermakna. Disamping keluarga dan sahibah-sahibah keArah yang sentiasa segar dan mekar memayungi laut cinta ana.. Bermacam-macam pengalaman dan aktiviti yang sempat diluangkan bersama. Bermacam-macam cerita yang dikongsi. Disana, lebih terjalin ikatan taaruf.. jauh disudut hati, terasa mengalir satu perasaan kasih yang begitu mendalam terhadap mereka. ehem..kalian cemburu ? ehe..ana tahu sahabat-sahabat ana sangat penyayang...Kasih sayang itu dari Allah swt....



Bermula cuti dengan ziarah ke Matri sempena ihtifal 2 dekad..sehinggalah kepada penutup cuti dengan Program Harapan ke IPT..[walaupun Allah izin ana tak dapat hadir]..tapi subhanallah, ana tahu dari buah bicara kakak tercinta, Nur Aisyah, ana tahu ia sangat berharga..



IPT itu medan kerja, Medan Ilmu dan Medan Amal..suatu medan yang subur dengan jiwa-jiwa baru yang hajat kepada islam dan perubahan. Melihatkan kepada suasana disekitar ana, semoga Allah perteguhkan akhlak dan lisan ini..keberanian..itu adalah anugerah. Semoga Allah swt menganugerahkan kita sebuah keberanian untuk berdepan dengan suasana ini. Permulaannya dengan beruzlah syu'uriah tammah [pengasingan hati]..sehinggalah kini, moga Allah beri sedikit keberanian untuk kita cuba mencorakkan suasana yang tidak soleh itu menjadi suatu suasana yang kita hajati...insya-Allah..


Sahibah-sahibah yang disanjungi...


doakan ana...
mudah-mudahan semester baru yang kita tempuhi ini, memberi satu keazaman yang luar biasa kepada kita. Marilah kita sama-sama meningkatkan diri kita serta memperbaiki hubungan kita dengan Allah swt..mengorak langkah menjadi mukmin baru yang lebih tawadhuk dan cekal....biiznillah...

[Maafkan, jika diantara kata-kata ini masih gagal dipraktis...Doakan...]

No comments: