Bismillahirahmanirahim...
Alhamdulillah. Bertemu lagi kita di taman ini. Perkebunan yang terus-menerus tanpa kenal erti penat dan lelah. Menanam dan terus menanam..Hasilnya mungkin tak seberapa..mungkin lambat dan terpaksa menunggu lama..namun, itu sedikit pun tidak melemahkan semangat kita..malahan kita yakin insya-Allah..kita berjuang dan berusaha..tetapi Allah yang memberikan kita kejayaan dan kemenangan. Biiznillah...
Syukur sangat-sangat...
sahabat-sahabat sekalian masih setia disini..meskipun kadangkala kebun ini kesepian juga lantaran hambatan realiti tugas sebagai Hamba Allah, isteri, pelajar dsb..Insya-Allah, ana cuba perbaiki akhlak ana pada kalian, juga pada kebun ini. Yelah..kataorang bila kita mengikat hubungan kita atas nama persahabatan, kita wajib menunaikan hak-hak sahabat kita. Iman dan ukhuwah adalah perkara yang paling penting dalam fasa kehidupan kita sbg para pekerja Allah swt..Paling minimum dalam ukhuwah adalah berbaik sangka [husnu zon] dan paling maksimum adalah melebihkan keutamaan sahabat berbanding keutamaan sendiri [itsar]...insya-Allah, percayalah..dari keikhlasan itu akan lahir kasih yang tulus...
Maryam jameelah yang dikasihi....
Tiada siapa yang tahu kita mengenalinya disini sebagai MARYAM JAMEELAH..biarlah ia kekal menjadi rahsia dalam doa kita..ana melihat dirinya seorang yang mempunyai potensi yang cukup besar buat islam sekiranya rawasib-rawasib yang ada kini, digilap dan dibasuh sebersih-bersihnya. Masakan tidak teman-teman.. dia mempunyai pemikiran yang telus tentang sesuatu, ada keberanian, ada kesungguhan..ada keazaman yang kuat, mempunyai pengaruh dan sangat penyabar. Barangkali dia lebih baik dari diri ini. ini yang ana rasakan...
Semester baru...
Kali ini, ana lihatkan beberapa perubahan pada dirinya. Ada yang lebih baik dari masa lalu..tetapi ada juga yang kurang ana senangi..Apa yang baiknya kali ni, rambut cantik dia tu tinggal tidak berwarna lagi. Alhamdulillah. ini kesungguhan yang paling ana tsiqah padanya. kalau kalian kenal dia..hm..kalian juga ttu akan gembira hanya untuk perkara ini...kemudian ana lihat kukunya sudah bersih, tiada lagi pewarna2, lukisan2 dsb..telinga, hidung juga sudah tidak bertindik disana-sini..patern pakaian juga berubah wajah..hm.cuma tinggal lagi dia masih kurang percaya bahawa islam melandaskan kita supaya menutup aurat dan tidak sekadar mendirikan solat semata-mata...nah, dia ada hujah yang tersendiri..biarkan saja kan..hm bagaimana pandangan kalian?..ana percaya, masa akan membuatkan dia lebih bebas berfikir dan menilai. tidak ada lansung persamaan di antara mereka yang mentaati perintah Allah swt dengan mereka yang mengengkarinya...
Proses didikan itu memerlukan kepada kesabaran. Masa adalah separuh dari rawatan...oleh itu, bersabarlah sedikit dengan masa...dalam perkara-perkara tertentu, kita tidak perlulah gopoh dan mengejar masa. Ada sesetengahnya kita perlu lepaskan dia buat seketika..Biarkan saja ia berlalu..jika hati dia berhajat pada kebaikan, insya-Allah dia tentu akan kembali pada kita. Ana teringat kata seorang cendikiawan barat..dia kata.. "memberikan seseorang masanya sendiri adalah pengiktirafan kepada kebebasannya.." ..
Teman-temanku tersayang..
Ana baru saja beli buku UMMU ANAS..'Anak-anakku, Bangunlah'..
Subhanallah.best sangat2.
Kalian usahalah untuk mendapatkannya yea..Buku ini insya-Allah benar-benar mengetuk jiwa dan membangkitkan iltizam kita..kadangkala juga seperti berada dalam pangkuan dan pujukan seorang ibu..Disaat berjauhan dengan ibu kita, bila baca saja buku tu..ha insya-Allah..terasa kembali ke sisi ibu, bersama harapan-harapannya..
Insya-Allah..akhirul kalam..beberapa intisari yang boleh kita kongsi bersama;
1. Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan iman buat kita dan seluruh ummat islam. ghalibnya yang berlaku..ummat islam lemah kerana iman dan jiwa umat islam terpisah secara total..tidak ada kesinambungan di antara keduanya.
2. Bersabarlah sedikit apabila kita berhadapan dengan teman2 yang nak kita seru kepada islam. Mungkin mereka banyak karenahnya, banyak soalnya, banyak takwilan2nya..barangkali juga dia berambut merah..mungkin berseluar ketat ..dsb..biarkan sajalah yea..kita tidak berhajat kepada luarannya..tetapi kita berhajat kepada HATInya..Hati adalah sasaran utama tarbiyah.
3. Berusahalah..kalau tak banyak pun, paling tidak ..sedikit..utk kita mencari hati-hati yang nak kepada islam. jangan kita menghukum seseorang itu tidak layak..berilah hak mereka seadilnya. Kita yang harus berkerja..kerana jika kita tidak bergerak maka dakwah itu tidak akan berjalan...
Semoga Allah swt merahmati kita dan menaungi kita di dalam lautan kasih sayangNya..amien.

1 comment:
salam anis.maaf lama tak menjenguk awak.anis, saya suka sangat coretan awak yang nie.terkesan di jiwa yang beku ni.terima kasih krn selalu disisi.
Post a Comment