Monday, February 02, 2009

Pilihan di tangan kita..


a.s.s.a.l.a.m.u.a.l.a.i.k.u.m w.r.h

Apa khabar iman anda hari ini ? Ada menyumbang sesuatu untuk deen ? Sudahkah mendoakan saudara-saudara kita ?
Marilah kita sama2 merasainya..rasai kesusahan mereka..rasai ratapan mereka.. Ujian Allah hadir bersama kasih sayangNya..Harapan selalu terpatri...


Seruan dakwah..adakah ia seruan yang sia-sia ? ..


'Jika da'wah adalah nafas2 yg terhembus setiap saat, maka jagalah agar ia tetap terhirup dan kita tetap hidup karenanya..
Jika da'wah adalah pedang-pedang yang siap dihunuskan...maka jadilah dalang-dalang yang akan memainkannya di medan laga
..

Jika da'wah adalah jalan yg panjang..maka jgn berhenti sebelum kita temukan penghujungnya yg terang benderang..
Jika da'wah adalah bunga..maka serbukkanlah rekahnya agar ia terus menebarkan wangi ke seluruh penjuru dunia...



Sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah...


Suasana di Perak yang mendukacitakan. Entah apalah yang sedang berlaku, yang sebenar-benarnya disebalik eksploitasi sulit itu. Hilang ketelusan, berpaling tadah dari kesetiaan persatuan..adakah itu sifat orang islam..? Di sebelah pihak lain, usahlah dicerita..kita juga maklum, matlamat sentiasa menghalalkan cara. Asalkan apa yang diingini mampu diraih, nah segalanya bisa saja dilakukan..undang-undang yang Allah swt buat pun mereka berani langgar, inikah pula undang-undang yang mereka buat kan...hm.begitulah, akhirul zaman...


Pincangnya pembentukan individu muslim...semakin hari sistem pembentukkan itu semakin rosak dan akhirnya lahir individu yang tidak mampu berfungsi seperti mana yang dikehendaki. kalau berfungsi sekalipun, ia nescaya tidak memberi apa-apa manfaat untuk orang lain.


hm..


yea teman-teman..


kita diberi pilihan..samada memilih untuk tunduk kepada Allah swt atau tunduk kepada syaitan dan hawa nafsu sebagai raja..samada beriman atau kufur..manusia akan jadi terbaik jika beriman dan akan tersungkur bagai binatang ternak andai engkar..Kaman kana mukminan kaman kana fasiqa? la yastawun..Allah swt lontarkan pertanyaan kepada kita dalam surah as-sajadah..adakah sama diantara oeang mukmin itu dengan orang yang fasiq ?..sudah tentulah tidak sama.. hidup merupakan satu ujian...untuk menguji siapa terbaik amalnya..terbaik dunia...terbaik akhirat. Dunia adalah kebun bertanam bekal perjalanan hari akhir. imma jannah au an nar. pilihan pada kita..


Ana teringat kata-kata pakcik RB, anda kena bersedia, yang mana satu pilihan..kalau anda gagal merancang untuk masuk syurga, maka anda sedang merancang untuk menuju ke neraka.
Justeru apa pilihan kita.. ? Iman atau kufur ? Beramal soleh atau toleh? laksanakan kerja-kerja islam atau sekadar duduk bersenang lenang? amal jami'e au e nafsi?

Decide NOW ! Do not DELAY !

huwal haqqu yahsyudu ajnadahu

2 comments:

Anonymous said...

teringat nasyid ni..

Jikalau ISLAM dipuncak tinggi
akanku terus jua mendaki
jika ia di hujung dunia
kerana ISLAM ku terus berjuang..

Anonymous said...

Assalamualaikum wrh..
anis apa khabar?
bagaimana kehidupan selepas walimah ni?semoga rahmat Allah swt sentiasa bersama anis. Nik terharu sgt baca catatan anis kali ni.benar sekali kata pakcik rusdi, jika kita tak rancang utk ke syurga,maknanya kita sdg rancang utk ke neraka..nauzubillah...sama2 kita merancang dr sekarang.jgn berlengah lagi..