Thursday, May 14, 2009

Jiwa seorang Ummi..


Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillahirabbil'alamin, hamdan yuaffi ni'mah, wa yukafiuu maziidah..ya zhal jalali wal ikrom..


Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt di atas nikmat-nikmatnya yang tidak bersempadan. Nikmat yang terbesar yakni, nikmat iman dan islam..suatu nikmat yang tiada tolok bandingnya..nikmat yang amat didamba-dambakan oleh setiap insan..insya-Allah..


Al-fatihah buat Umi Halimaton..


Dikeheningan pagi jumaat ini, marilah sama-sama kita mensedekahkah Al-fatihah dan bacaan ayat-ayat suci al-quran buat insan yang kami gelarkan 'ummi' ini. Mudah-mudahan Allah swt sentiasa memberkatinya..mencucuri rohnya serta menempatkan beliau disisi hambaNya yang soleh..Terkedu rasanya bila semalam akhi tunjukkan masej yang di foward oleh sahabat-sahabat WT. Innalillahi wainna ilaihiraji'unn.....



Ummi adalah tulang belakang UDMZ..pencetus semangat juang. Semenjak kecil dipangkuannya, ummi seorang yang penyayang, ramah, berjiwa kental dan bersungguh-sungguh. Sudah berbelas tahun berlalu, tetapi hangat berada di pangkuan ummi suatu ketika dulu, terasa masih basah di ingatan ini..Sudah lama tidak jumpa, Allah izin..ummi pergi lebih awal...
Khabar dari ayah, sahabat2 kelantan mula bertolak ke perlis lewat tengah malam semalam, untuk bersama2 UDMZ..dan sebagai penghormatan terakhir buat Allahyarhamah Ummi...Allah lebih mengasihiNya.. Berada disisiNya adalah sebaik-baik kehidupan....


Meskipun kita mengetahui hakikat kebahagiaan itu saat kembali kepangkuanNya..Entah kenapalah kesedihan itu sukar dibendung-bendung jua kan..? Bagaimanalah hati itu bisa dirawat...


hm hari ni bermula tamrin siswa untuk MQ (Mu'ayyid Qawwiy) peringkat nasional di KTD..Barangkali Busyro Afifah juga menyertainya. Terhidu dari mesejnya semalam. Beberapa minggu lalu, kak sanihah menyampai khabar. Sudah lama tidak ketemu sahibah-sahibah. Rindu..usahlah diceritakan lagi. Sangat-sangat. Syauq Jiddan ! Tapi itulah penyusunan Allah. Disini, tak kurang juga kewajipannya..ikutan musyaqoh, justeru tidak dapat bersama-sama..'afwan...

1 comment:

halawatul iman said...

semoga Allah tempatkan arwah ummi bersama orang-orang yang soleh...
alhamdulillah anis,prog berjalan dgn baik...terasa percutian benar2 terisi..harap dpt amalkan ilmu yg dah diperolehi..doakan yer