
Bismillahirahmanirahim…
Asbahna wa asbahalmul qulillah..walhamdulillahila syarikalah..la ilaha illah huwa wa ilaihin nusyurr…
Alhamdulillah..di kesunyian pagi yang indah dan nyaman ini, marilah sama-sama kita mengingati Allah swt..kehebatanNya..kebesaranNya..keagunganNya.. Mudah-mudahan hati-hati yang kering
Apa khabar sahabat-sahabat sekalian ?
Semoga Allah swt sentiasa memimpin kita...menunjukkan kita jalan-jalan keredhaanNya..
Insya-Allah...
.....
Teringat pada kata-kata seorang sahabat...jadual harian seorang mukmin itu sebenarnya penuh.. kalau betul-betul kita senaraikan, memang tak menang tangan kita nak laksanakan..hm. Terkedu juga rasanya..bila dimuhasabahkan kembali, masa-masa yang berlalu dalam kehidupan saya sangat banyak berlebihan. melihatkan sifat rendah hatinya menuturkan peringatan itu, hati tertunduk malu.. mungkin, inilah tandanya saya tidak merancang betul2 utk menjadi seorang mukmin.. entahlah.. dalam kita kata sibuk merancang, kadangkala kita juga gagal merancang dengan betul.. mengikut pendapat sahabat saya itu ( semoga Allah swt merahmatinya ).. iman itu ada waktu naik dan turun. Di saat iman meningkat, kita melaksanakan ubudiyyah kita pada Allah swt dengan berkobar-kobar..di saat iman lemah pula...kita sedang mujahadah lawan keadaan lemah iman itu..
hm.. barangkali kerana itulah kita perlu sentiasa istiqomah duduk bersama-sama dengan sahabat yang soleh..suasana yang soleh.. dengan itu, di saat iman kita menurun, kita tidak terlalu jauh dari Allah swt. Suasana yang soleh akan sentiasa menghangatkan jiwa kita..meskipun di saat ia malap...
Begitulah hakikat sebuah kehidupan..Ubudiyyah kepada Allah swt adalah intipati utama dalam perjuangan...
Baiklah, hingga jumpa lagi nnti..jaga diri baik-baik yea.. Sentiasa menjaga DnT..penerusan tarbiah itu penting bagi memastikan suasana keimanan itu ada di sekitar kita...dan ingatlah Allah swt sentiasa agar DIA juga tidak lupa pada kita..
No comments:
Post a Comment