Thursday, August 13, 2009

Jauh dari tarbiyah..

Assalamualaikum wrh...

Teman-teman yang dirahmati Allah swt...
Apa khabar iman kalian? iman saya..kondisinya masih dalam tempoh pemulihan..marilah kita saling mendoakan..agar iman yang lemah kan kembali pulih dan bersemangat..bukan ciri-ciri mukmin jika dia terus membiarkan imannya di tahap yang sama seperti semalam.. lagi jauh dari ciri-ciri mukmin itu apabila dia reda imannya terus menurun..Proses tarbiyah itu sendiri merupakan satu proses membaik-pulih iman..syaksiah..untuk benar2 menjadi insan kamil yang islam kehendaki..Semoga Allah swt membantu kita semua..insya-Allah..


Pagi tadi, ayah bercerita tentang perkembangan remaja PESAT di KTD..mmg benar..dengar cerita remaja-remaja yang soleh ni, hati terasa berkembang mekar.. kata ayah, melihatkan wajah2 mereka ni..bersih jernih..nampak matang dari usia..memang jika Allah swt pilih seseorang pemuda itu untuk mengenal hakikat islam dan iman itu sendiri, sememangnya pemuda itu pemuda yang cukup bertuah..sebab kita tahu potensi orang muda berbanding dengan orang tua..cukup besar..Semangat pemuda itu yang selalu menyemarakkan perjuangan islam..


Mungkin melihatkan potensi yang besar inilah UDMZ selalu berpesan..Semangat orang muda perlu bergabung dengan bimbingan orang tua.. "..Hamasatul syabab wa hikmatul syuyuk..".. Orang tua perlu tenaga orang muda untuk menerajui perjuangan islam..manakala orang muda pula perlu kepada orang tua dalam mendapatkan bimbingan yang soheh..Insya-Allah..Semoga kekuatan dan kesolehan itu Allah swt titipkan juga buat kita..


Ayah kata, ayah rasa cukup cemburu tengok mereka..sebab apa? sebab usia. terasa ingin kembali ke waktu muda..macam2 ayah nak buat..kita jadi ahli fikir, perancang dan pelaksana utk kerja-kerja islam..yea, teman-teman..kita pula masih dikurniakan usia muda..bagaimana pula cita-cita dan keazaman kita ? hari ni, bila saya dengar cerita dan keazaman ayah, terasa Allah swt benar-benar memberikan saya rezeki yang cukup besar. Ar-rahmannya Allah swt.. Mungkin juga ini salah satu ubat utk rawatan hati...insya-Allah..


Melihatkan wajah ayah saja, mmg terasa satu kekuatan..spt deru-deru dakwah dan tarbiyah yang sentiasa hangat..mmg terasa dekat sekali, bila kita jauh dari proses tarbiyah itu, hidup ini seperti kosong tak bernyawa..walaupun hidup..seakan-akan tiada ruh. Kita hanya hidup sama seperti orang lain..pergi kelas, balik kelas..rehat..macamana kalau sekali Allah swt tarik nikmat dan keseronokkan berada dalam proses tarbiyah..hingga menyebabkan kita rasa kita tak perlu lagi pada proses ini...nauzubillahi min zaalik..alangkah malangnya...


Suasana dan arus dakwah & tarbiyah itu akan terus mengalir..Pernah anak-anak as-syahed Hassan Al-banna berkata .."..ayah terlalu sibuk untuk memberikan perhatian yang sepenuhnya pd kami kerana urusan ummah ini lebih besar dr urusan keluarga..tetapi ayah telah melarutkan kami dalam dakwahnya..sehingga kami benar-benar merasai dakwah ayah dalam hidup kami.." ..Dalam konteks ini, saya kira apabila matlamat ibubapa itu jelas dan anak-anak melihat kehidupan ibubapa mereka, hingga akhirnya....mereka sendiri akan faham ...dan mereka menjadi saksi dan penonton kegigihan ayah dan ibu mereka dalam melaksanakan kerja-kerja dakwah..seperti kata RB, kena bina syu'ur dalam diri anak-anak hingga mereka rasa seronok punya ayah seorang da'e dan kami pun nak jadi macam ayah...


teringat kata-kata ayah dulu....


ayah rasa cukup takut, bimbang dan cemburu utk lepaskan anak-anak jauh dari keluarga kita..ayah bimbang kalau sistem lain yang tak islamik lebih kuat untuk tarik kalian. Kita dah bina perasaan ini bersama-sama berbelas-belas tahun..kita dah bina keyakinan kita bersama-sama.. tapi ayah tahu tarikan di luar sana..lebih hampir..kena jaga keimanan pd Allah betul2..kerana keadaan diluar sana mungkin boleh merubah kita sedikit sebanyak, tapi mereka takkan mampu merubah iman kita klu kita jaga btul2..


bila direnung-renungkan kembali..betapa besarnya peranan ibubapa dalam memastikan kelansungan dakwah n tarbiyah itu dlm kehidupan anak-anak mereka...


Dimasa akan datang...bagaimana pula corak yang bakal kami bina dlm keluarga ini ? Kekuatan, kemampuan dan kelayakan itu tidak akan lahir sekiranya kita sendiri tidak melalui, tidak duduk dalam proses tarbiyah itu...macamana nak bentuk anak-anak dalam dengan iman jika ibubapa sendiri tak berupaya bentuk diri mereka dalam iman...


Baiklah teman-teman..


Sehingga disini dulu..insya-Allah, semoga perkongsian ini Allah swt kira sbg suatu ibadah...memang beginilah, bila berbicara hal-hal yang tarbawi, hati terasa tenang..terasa nikmatnya kehidupan ini...insya-Allah, saya juga yakin kalian juga pernah merasai, bagaimana bila kita bercakap dengan seseorang..hati merasa damai dan senang.....


wslm..

5 comments:

Anonymous said...

Ibubapa bukan ingin mewariskan harta untuk anaka-anak mrk..ttpi mereka ingin mewariskan kerja-kerja dakwah buat anak-anaknya..sebagai kesinambungan risalah ini..
semoga kita tetap di atas jalan dnt ini.insyaAllah

halawatul iman said...

salam anis...hati akan tenang bila kita dapat bercakap dgn seseorg yang dapat mengingatkan kita kembali kpd matlamat utama kehidupan ini...maradhatillah..

NurtaQwa08 said...

insya-Allah kak..sama seperti jika bercakap ngan k.aisyah la..=)

halawatul iman said...

sama jugak bercakap dengan anis =)...kak dok kb nie..cuti sekolah kan...tp,mak n ayh ada kat bangi...

NurtaQwa08 said...

iye? oh pkcik rasyid dh pindah sini ek? bilala dpt jumpa kak.hajat sgt ramadhan ni dpt berbuka n terawih sekali ngan kak..kak asma dh selamat lahirkan bayi perempuan yg kedua..k.aisyah ziarahla alang2 di kelantan..