Saturday, August 22, 2009

Mukmin dan Pemakanan (1)


Assalamualaikum wrh...

Alhamdulillah, kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana menyusun pertemuan kita. Insya-Allah, harapan saya pada pertemuan ini dalam rangka untuk kita sama-sama membina rasa rendah diri pada Allah swt..Dialah ALLAH, tuhan yang maha agung, maha gagah, maha berkuasa, maha memiliki sifat-sifat yang terpuji..sedangkan kita..hanyalah seorang hamba sahaya yang memiliki segala sifat-sifat kelemahan dan kedhoifan.. memang benar kata akhi, awwalu deen ma'rifatullah... Permulaan kepada agama itu dengan kita mengenal Allah..saya juga teringat dia kata suatu ketika dulu, man 'arafa nafsihi faqad 'arafa robbihi...sesiapa yang mengenali dirinya maka dia akan mengenali tuhannya..Jika kita benar-benar kenal siapa diri kita, kita pasti akan kembali kepada dustur Allah swt..beriman dengan sifat-sifatNya..Asma'ul husna...


em...
hari ni, hari kedua kita berpuasa..saya masih mendoakan diberi kekuatan yang berganda oleh Allah swt..semoga khalifah kecil ini juga terus tabah dan sabar menghadapi bulan ramadhan.. hari-hari yang perlu dijalani dengan menahan diri dari makan dan minum..Semoga Allah swt memeliharanya. Semalam rahmat Allah buat saya..Alhamdulillah..hari pertama ramadhan, dapat rasa masakan dari air tangan akhi..Hari ni akhi oncoll lagi..kali pertama rasanya kami berbuka tanpa antara satu sama lain..jauh di sudut hati..sungguh-sungguh sebak dan sayu..tapi tak mengapalah, bila melihatkan kesabarannya, insya-Allah..moga Allah kurniakan saya juga kesabaran seperti itu.. Jika difikirkan kembali, kalaula tahap iman itu boleh diukur, pasti malulah rasanya... berapa ramai isteri yang ditinggalkan suami dan redha suaminya pergi berjihad..bertahun-tahun..saya pula hanya sehari semalam... masya-Allah..


yea teman-teman yang dikasihi...


Semalam akhi penuhi hajat saya untuk ke Bazar Ramadhan. macam-macam makanan ada..semua rasa nak makan..tapi alhamdulillah, Allah izin..teringat pula bahawa orang mukmin tu sabar dalam memilih makanan..Al-muslim yanzu ila tho'ami..muslim itu teliti dalam pemakanan..kita tak boleh ikut suka je nak makan..berbeza dengan orang-orang bukan muslim, mereka makan dari apa-apa saja yang mereka mahu..kadangkala jika kalian pernah tengok di Astro..Asian Food Channel..kita tengok ada dikalangan mereka yang makan ulat, serangga, daun-daun yang dikhuatiri manfaatnya dan sebagainya..makanan yang kotor dan jijik itu bukan dari makanan orang2 mukmin..


Bulan ramadhan..adalah bulan tarbiyah..sangat rugilah kita jika seharian sudah berlawan menahan lapar dan dahaga tetapi bila tiba waktu berbuka, kita makan..makan semahu-mahunya. Sedangkan..apa yang sepatutnya..kita makan untuk kekuatan kita beribadah dan berpuasa lagi keesokkannya..kita makan untuk meningkat rasa kehambaan kita kepada Allah swt.. saya teringat kisah Hassan al-Basri..bagaimana orang soleh mendidik anaknya menjadi soleh..Pada suatu petang, HAB membawa anaknya berjalan-jalan di pinggiran kota Baghdad..Mereka lihat orang makan-makan di tepi warung sambil bergelak-ketawa..Kata HAB.. sungguh hairan..dihari Allah swt membebaskan ummat manusia dari azab nereka, masih ada orang yang bergelak ketawa kekenyangan...


Begitulah teman-teman..kadangkala kita dpt lihat jelas tamaiyyuz (perbezaan) antara orang2 soleh makan dengan orang2 biasa makan..bila kita lihat kumpulan orang2 yang soleh makan, subhanallah kita sendiri rasa alangkah bahagianya mereka menikmati makanan itu.. penuh tertib, penuh kesyukuran dan rendah hati..mereka menikmatinya dengan qalamul qolil..bercakap sedikit sewaktu makan..berbeza dengan kumpulan orang biasa makan..mereka makan dan berbuka sambil bersuka-ria..bercampur gaul lelaki dan perempuan dan sebagainya..ada juga yang diwaktu siangnya sibuk menyiapkan juadah berbuka..bermacam-macam di sediakan..tetapi kasihannya, sudah kepenatan di waktu malam.. Mereka akhirnya tidak mampu untuk meneruskan pengisian ramadhan yang lainnya di sebelah malam...

Status kita pula bagaimana ?...

Insya-Allah, kita tangguh dulu perbincangan kita kali ini ke suatu waktu. Semoga Allah swt merahmati kita insya-Allah...

ohya, disini..saya sertakan beberapa check-list pengisian di bulan ramadhan..jazakillah buat sahibah yang dikasihi kerana mentitipkan check-list ini untuk kemanfaatan bersama.. Melihatkan check-list ni, saya terasa maha sempurnanya Allah swt.. di saat kita berhajatkan sesuatu tu, tetapi kita tidak mampu melakukannya ..Allah swt anugerahkan insan lain yang lebih berkemampuan untuk bantu kita..kan?..

Check-list Ramadhan


insya-Allah...selamat menjalani ibadah puasa....


2 comments:

Izza said...

salam anis.
betul apa yang ditulis tu.disaat bulan ramadhan ni ada org suka sgt sbb ada bazar ramadhan.everyday boleh makan besar, masjid juga providekan makanan..antara rahmat bulan ramadhan..penuh dengan makanan..tp bg kita bukan itu matlamat utama kita..insyaallah,kita makan utk kuat dan utk laksanakan tugas2 yng lebih besar...

Shirah said...

Salaman'Alaik..
jazakillah kheiran kathira' utk check list ni..memudahkan urusan =)...
semoga di kasihiNya sentiasa.