
Assalamualaikum wrh...
Sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah..
kaifahalukum fi hazal yaum?..Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnianya, kita masih diberi kekuatan untuk hidup bersama islam dalam suasana hari ini...
Alhamdulillah, Allahu'aziz masih memberi kita keupayaan untuk menaip, membaca, mengingat dan sebagainya..bila dikaitkan perkaitannya, terasa Ar-rahmannya Allah swt kepada kita..kebolehan yang kita ada ini, semuanya dengan izin Allah swt...
Setiap manusia itu diberi anggota, pancaindera, dan bermacam-macam lagi nikmat, agar mereka bersyukur. Allah mengurniakan kita ‘resources‘ agar kita dapat gunakan untuk memperoleh syurga-Nya. Perniagaan yang diterangkan oleh Allah di dalam Al-Quran adalah suatu perniagaan yang sangat menguntungkan. Perniagaan yang mendatangkan keuntungan mengatasi seluruh isi dunia ini, yakni kebebasan dari api neraka. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha untuk menggunakan sebaik mungkin segala resource yang telah Allah kurniakan kepada kita agar dengan usaha ini, kita semua akan beroleh redha dari Allah SWT…amin..
hm..Selamat Tahun Baru Hijrah..
1 Muharam, 622M.. dulunya permulaan hijrah Rasulullah saw dan orang-orang islam, dari kota mekah ke kota madinah demi menegakkan syiar islam.. kini, 1430 tahun sudah berlalu.. Islam yang kita nikmati kini adalah hasil dari pengorbanan mereka..
1430H..berlalu bersama kekurangan yang perlu dimuhasabahkan kembali...moga-moga tahun baru yang hadir kini...semoga ia membawa sinar baru..arus baru..perubahan baru..insya-Allah..ruhul jadid..!
bangkitlah segera wahai pemuda
jangan terlalaikan oleh buai dunia..
No comments:
Post a Comment