
Peristiwa dan keadaan semasa yang menimpa umat islam ini, perlu diambil iktibar daripada kita semua. Yang paling penting, kita perlu sentiasa berdoa dan berusaha membantu dari segenap sudut berdasarkan kemampuan kita. Cumanya, dalam keadaan diri ana terutama, bergantung sangat dengan doa, dan usaha boikot mana-mana product yang ditaja penuh oleh rejim anti-islam. Ini yang kita kena alert. Mungkin sesetengahnya merasa leceh, tapi benda ‘leceh’ ni lah yang banyak membantu ekonomi ketenteraan mereka. Yang bleh kita boikot, kita
Sekadar selingan, beberapa hari lalu, seorang sahabat ana bertandang ke bilik. Kami agak rapat antara satu sama lain. Dia bawakan beberapa jenis makanan untuk kami makan bersama. Ana agak hairan kerana bilik kami tidaklah jauh. Dan beberapa minggu kebelakangan ini, ana sangat sibuk dengan waktu perkuliahan yang tidak tetap, oleh itu tidak punya cukup waktu untuk berbual2 dengannya seperti dulu.. Dia tanya ana, bagaimana kehidupan ana. Ana seperti biasa bercerita tentang kesibukan ana, perkuliahan, assigment dan juga tentang masalah sikap ana …dia masih mendengar, hinggalah ana tanya oh ya, kenapa tiba-tiba dia nak makan bersama ana. katanya, nak ziarah ana.. kalau ana tidak punya cukup masa untuk berjumpa, berbual-bual, jadi kami tentu ada masa untuk makan bersama, kerana manusia walau sesibuk mana lazimnya akan berhenti seketika untuk mengisi perut pada waktunya. Kerana itu dia bawakan makanan. Jadi, kami dapat berbual banyak perkara..Hm. Apa reaksi anda dengan akhlak sahabat ana ni? …Alhamdulillah. Betapa alertnya dia pada ana. Dia dah bagi ana satu tarbiyah petang tu. Betapa dalam kesibukan, kita sepatutnya tidak mengabaikan insan-insan yang mengharapkan perhatian kita. Ukhuwah itu seperti bunga. Ia perlu disiram, dibajai dan dibelai agar ia tidak layu. Ukhuwah akan memberikan kekuatan. Kalau nak dikira, ana tidaklah sesibuk itu sehingga tidak punya masa untuk berbual-bual, Cuma kadangkala kita bertangguh untuk menghubunginya.. em. Inilah yang buatkan ana perlu sangat pada sahabat ana ni. Dia selalu beri unformal tarbiyah kat ana. Semoga kami menjadi sahabat di dunia dan akhirat.
Hari-hari yang berlalu, masa semakin meninggalkan kita. Sedang tanggungjawab semakin berat dan banyak. Terdayakah kita memikul bebanan ini bersendirian ? Semoga Allah tidak sibukkan kita dengan dunia sehingga mengaburkan tuntutan ukhrowi. Terus-terang ana katakan, ana sendiri masih belum kuat untuk memikul beban taklifan ini. Terlalu banyak yang perlu diperbaiki, dikikis dan di bina. Sekadar peringatan buat diri ana. Manusia, semakin hari semakin jauh dari Allah subhanahu wata’ala…kita pula bagaimana ?
Wallahu a'lam...
14 comments:
assalamualaikum wbt akak...
btol la lame x npk akak.mesti sibuk kan.
moga2 akak terus mantap;)
anis...hari nie 25 April...
selamat merdeka...
tak sabo jumpe anis kat hiMega07...
dtg tau.......
kite ambik gmbar banyak-2
lama tak buka blog awak anis.lama ek tak menulis sumething? isk isk.da abey xam.jelous ar.maan najjah wa mumtaz.bile nak dtg bumi irbid?
nur maisarah
irbid
lame xdgr kabo.sejak bertunang nih,anis tumpu kat 'orglen' dah.hoh3
takper ar
nak wat cam ner..tirah bukan tunang anis...takbley bagi anis kebahagiaan.uwaa
[gimik2]kahkah
anis,apakhabar anda skrg???
hrm...
hebat sahabat anti tu..alhamdulillah.ana pon prnh alami situasi tu.once,wktu tuh ana doa sgt,moga sahibah tu tetap jadi sahabat ana di dunia dan akhirat.alhamdulillah,Allah susun,kat IPT,ana jumpa dia lagi.indahkan Allah izin? simple tpi sempurnakan.
ya Allah...tirah nih
buat gimik jer rupernyer.
kitak pengen gimana maksudnya lorh !
hehe
tirah yang cemerlang
tirah yang gemilang
tirah yang terbilang..
terbilang..because u are muslim
Insshaallah
anis,betul tu kata anti,punyai sahabat yang soleh adalah sebaik2 anugerah selepas iman dan islam.
eventow our biah tak berapa islamic,since we have sahabat yg soleh,inshhaallah terjaga segalanya.coz,suasana usually tak menyumbg byk for our syaksiah, mlainkan shbt lh yg byk give influence to built up our akhlak and iman.
alhamdulillah,tulah antara nikmat dri Allah ta'ala.she's a gift.anugerah dari langit,hadiah dr laut..bg ana, after that is knikmatan to be in dkwh n trbiyyh, combination of shbt yg soleh,biah and manhja islami....lets us pray for this nikmat..aminn....
ana setuju ngan pendpt husna.
trs-trg ana akui,bl ana di UKM,ssna byk jg larutkan ana,sem pertama ok lgila,bl msuk sem 2,ana byk disibukkn ng meetg,assgmnt.
so,mmg byk kli ponteng hlqt.mmg leh nmpak kesn yg ketara.mula2 xrs apa2,tp 3mnggu aftr that,ana dh rs cm mls lngsung nk gi progrm.
tp alhmdulillah,tmn-tmn rpt x pnh jemu mngjak.skli tuh,depa ni bt ziarah rmai-rmai ke blik ana,bw mknn byk-2,bw mjlh ksukaan ana,jg bw album lm yg prnh kmi ambl bsm dlu.
from that dy,ana rs tersentak,ya Allah..aku nih dh jauh ng depa.mlu tak terkira.skrg alhamdulillah.ana dh tekad,x kan mengenepikn usrh.wutever comes,insyaallah, usrh must comes 1st.
btul kter kak azra dulu,ia umpm dhn utk kiter berpaut.without it,kte akan hnyut di telan arus deras di kmpus
universiti adalah tapak serangan ideologi dan spiritual. Tanpa kekuatan hati,kita akan tewas.Terlalu kuatnya arus itu.
Abdullah naseeh 'ulwan "universiti adalah tempat penyembelihan pemuda,oleh itu hendaklah kamu berwaspada dan menjaga diri kamu agar tidak menjadi mangsa penyembelihan jahiliah"
Minni
Nailah
Universiti melahirkan dua jenis graduan..grduan yang berfikiran sekular atau yang masih memandang berat hukum agama....
terlalu kuat cabaran
serangan pemikiran yang amat dasyat.tanpa persediaan hati, kita tidak akan mempu menghadapinya. Bagi ana, ada 3 formula utk selamat di IPT..
1. Hubungan dengan Allah
2. Teman akrab yang soleh
3. kesinambungan progrm2 tarbiyah
this thing yang isnyaallah,bleh bantu kita built up our saksyiah...
apa pndgn antunna?
wah.alhamdulillah.rupanya kalian berbincang di sudut ini yea.tak tahu pula ana.hihi..
maryam,alhamdulillah.jayyid.bagus sgt formula anti..
Cik Kuntum.. =) sila bersama sentiasa..selamat berkenalan...
..diha,sarah,ada,tirah,husna..syukran..
=)
IPT merupakan ladang yang subur untuk kita semaikan benih2
tarbiyyah..kite adalah the cream of the society yang telah
dilepaskan ke masyarakat sebagai agen perubah..
nis,jom kiter sume kongsi2 yang antunna sume dpt masa HiMega hari tuh.aku xgi,so nak input.
Post a Comment