Monday, May 07, 2007

Selingan ( Iman )


Wahai tuhan yang maha membolak-balikkan hati, kuatkanlah hati kami agar keyakinan kami tak berubah supaya kami sentiasa tabah..Tuhan, engkau rasakanlah kami sentiasa bersamamu..supaya kami rasa ada kawan melindungi kami..agar kami tidak merasa sepi di dalam hidup ini..agar kami merasa malu melanggar perintahMu…

Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillahi nahmaduhu wa nasta’inuhu wa nastaghfiruh…

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah swt, masih lagi memberi qudrat kepada kita untuk berubudiyyah kepadanya serta menghidupkan amal-amal islami samada secara fardhi atau secara jama’ie. Sesungguhnya, tanpa qudrat ini, tidak memungkinkan kita untuk berada seperti hari ini, untuk merasai kemanisan berhubungan dengan Allah swt secara praktikalnya. Alhamdulillah, semoga Allah melindungi usia kita agar senantiasa dalam pengabdian kepadaNya..kalaulah usia kita habis disini, kita perlu merasa bimbang jika kita meninggal dunia dalam keadaan hati yang masih penuh dengan rawasib2 kekufuran dan fasiq..( nauzubillah ) ..Mudah-mudahan, tiada yang kita sembah melainkan Allah swt dan insyaAllah, kepadaNya jualah kita akan kembali…

Ada suatu waktu, ana ceritakan dari hati seorang sahabat..melangkaui hati seorang wanita. Kerana kasih seorang sahabat itu sudah cukup melahirkan suatu sinar di hati ini. Entah kenapa, gerangan sahabat ana ini begitu istimewa pada ucapan dan pandangan redupnya. Sehinggakan, ana sering merasa sebak bila melihatnya..terasa kekerdilan diri ini yang sering leka dan tergelincir dengan keasyikan hidup seharian. Dirinya, sungguh istimewa..Dirinya, sungguh mengetuk pintu hati ini…dirinya, sungguh membangkitkan kekuatan..dirinya, tiada pengganti yang setara. Alhamdulillah.Bagi ana, Allah sungguh menyayangi diri ini. Pernah semalam, saat kita bersama, ada khabar yang kurang enak dari diri ini..kata dia “sabarlah..hanya gerhana anti..hanya gerhana.matahari masih belum terbenam…masih ada ruang waktu untuk anti berusaha.sabarlah..marilah disisi ana..ana sentiasa menemani”…Sungguh, sudah begitu banyak dia menanggung bebanan ini..Semoga Allah memuliakannya sebagai seorang mukminah yang sejati..Insya-Allah..

Meniti hari-hari baru dalam kehidupan yang sentiasa bersilih ganti, adakah iman kita sentiasa segar dan diperbaharui ? ataukah kita mengalami saat merundum dan kemerosotan iman dan istiqomah?..Bagaimana ubudiyyah kita kepada Allah swt. Adakah semakin terasa akrabnya dengan Tuhan azzawajalla..ataukah semakin longlai dan tidak terkecap manisnya kasih Tuhan ? Hidup ini, benar2 memerlukan kepada pemerhatian, kajian baru dan tindakan. Iman, adalah neraca kebahagiaan seorang mukmin. Betapa hidup ini hambar tanpa Iman..justeru, Kita harus mencari iman, menjaga, memelihara dan memastikan ia terus di hati kita. Apabila hati beriman, maka berimanlah seluruh jasad..Jika fasiq hati itu, maka fasiqlah seluruh jasad..

Hidup ini tidaklah terlalu panjang untuk kita berhenti dan berlengah-lengah. Tidak pula terlalu indah untuk diangan-angankan..tidak juga terlalu singkat sehingga kita harus berputus asa dari berusaha dan merancang. Rasulullah saw mengajak kita menjadi Mukmin. Mukmin yang hidupnya telah pun diatur oleh Allah swt. Tidak ada separuh-separuh..melainkan kita harus menerima seluruhnya. Ketaatan dan kepatuhan kepada Allah swt. Inilah neraca hidup mukmin. Hanya perlu taat. Kerana ketaatan mukmin kepada Allah swt lah yang menjadikan mereka mulia dan terbilang.

Demikian, ana teringat kata seorang sahabat.. “ hari ini, kita selalu beriman secara main-main. Tidak teguh dalam akidah, keliru dan kacau-bilau dalam soal istiqomah. Tidak serius dalam beramal soleh. Sedangkan ia persoalan tentang syurga dan neraka. Suatu persoalan yang serius. Samada kita mahu ke syurga atau neraka..if we have no qualification to enter Al-jannah, then we are having a potential to enter An-nar..” ..Mungkin inilah juga yang pernah Imam Al-maududi katakan dalam bukunya The Fundamental Of Islam.. “ We have no other choice..whether you choose to obey Allah or not..Whether you choose to enter Al-jannah or not” . Kata sahabat ana lagi, Untuk jadi Ahli syurga, Allah dah sediakan piawai atau peraturan-peraturan yang perlu kita patuhi. Disana, ada beberapa ciri yang perlu ada pada diri seorang ahli syurga. Begitu juga, untuk menjadi ahli neraka, tidak senang…ada syarat yang harus dilengkapi oleh ahli neraka (nauzubillah)..Justeru, kita pula bagaimana ? umat terdahulu telah pun membuat pilihan mereka..masa mereka telah pun berlalu, kini kita, apa pula pilihan kita..? Apa perancangan kita …? Innallaha la yughayyiru ma biqaumin hatta yughayyiru ma bi anfusiihim..

Sedikit peringatan buat diri ini terutamanya. Entah kenapa, bahang kelalaian semakin terasa. Kenapa agaknya dengan diri kita…sibukkah, sehingga baca al-quran tidak terasa lazatnya…walaupun solat, masih tidak terasa tenteram, meskipun duduk bermusahabah sepanjang hari, masih tidak ditemui titik kerunsingan…Mudah-mudahan mendung iman kan berlalu berganti dengan iman yang bergemerlapan..Marilah sama-sama kita memohon ampun kepada Allah swt dan saling mendoakan sahabat dan saudara kita. Moga dinaungi Rahmat Allah senantiasa. Amien…

______________________________________
MESSEGE BUAT MEREKA :
* Messege Buat Kuntum - Cik kuntum, silakan bermessege. Shout box tu, bukan milik mana2 pihak =) syukran atas email saudari..Moga dirahmati Allah sll. * Messege Buat Khazinatul Asrar saya - doakan hamba. Tiada perantara bukan bererti lupa..cintaNya kita buru bersama..hp. * Messege Buat Semut_Api - Buku Zero to Nero dan Murobiyyah suksess, anda boleh cuba dapatkan di Kedai Buku Pustaka MUKMIN, Jln masjid india. Novel Tautan Hati, baru dipasarkan.Insya-Allah..barangkali, sudah ada dikedai2 buku biasa..wallahuwa'lam.

+ NurtaQwa08+

5 comments:

Anonymous said...

Selagi ada nyawa dan selagi ada cintaMu.semoga RahmatMu menyaluti hidupku.dalam serba kedaifan mengajar aku erti sebuah kehidupan..
Pintu kelalaian, Pintu kealpaan, pintu kedurhakaan..semoga tertutup rapat. Serapat-rapatnya.

Anonymous said...

Subhanallah..byk btul nilai tarbiyyah dlm nvel tautan hati.mg sme2 kita grab the input...

Anonymous said...

Assalamualaikum ....
saudari...
sungguh terharu membaca messege saudari.Nama saya Nurul Aisyah Binti Sajaruddin. Asal selangor, sekarang menuntut di tahun 2 Univ.Teknologi Malaysia, fakulti kejuruteraan kimia.Saudari boleh panggil nurul.tapi kalau nak panggil Kuntum,boleh juga.saya sudah biasa keduanya.
saudari pula?
saya sudah lama mengenali saudari melalui blog ni.cuma saudari saja tidak mengenali saya....he..he..

Anonymous said...

Ya ….ar-Rahiim..
Jalan yang engkau bentangkan dihadapanku laksana belantara yg mesti ku tembus dimalam gelita.
Aku takut tersadung.
Aku takut tersalah arah.
Untuk itu,
aku perlu lentera dari Mu,
agar mataku boleh melihat jalan yang harus kupilih.
Kalaupun jalan yang ku pilih
penuh dengan bebatuan runcing dan kerikil-kerikil tajam.
Aku juga perlu alas kaki dari MU, agar nikmat pabilaku melangkah agar tidak sakit aku rasakan…

HambaMU lemah ya Arhaman rohiminn..

-Saudagar-

Anonymous said...

Permata...
permata yang tertimbus..
permata yang tenggelam dalam arus jahiliah moden..
permata yang menjadi serpihan yang tersia..
permata yang kian hilang sinarnya..
permata..
permata islam..
permata yang menjadi pusaka para tentera islam..

dunia baru yang gemilang..
dunia baru untuk permata bergemerlapan kembali...
sepanjang zaman.....