Thursday, May 24, 2007

Selingan ( Pesanan Ukhuwah )


A s s a l a m u a l a i k u m W B T

Berbincang tentang Ukhuwah cikgu rasa terpanggil untuk memberi sedikit pandangan.Sebenarnya pengertian ukhuwah banyak kita boleh perolehi dari buku2 dan penyampaian2. Permasalahannya untuk dihayati dan dilaksanakan dalam kehidupan kita.

Kalau kita tanyakan pada diri kita, berapa kali kita memaafkan sahabat kita tanpa diminta apabila berjanji tapi dia terlewat 1 jam atau 2 jam. Berapa kali kita mendengar dengan penuh sabar disamping memberi kemaafan ketika sahabat kita mencemuh atau mengatakan sesuatu yang pedih pada kita. Berapa kali kita memaafkan sahabt kita ketika dia berlaku kasar kepada kita......memberi kemaafan tanpa diminta

Inilah minimumnya ukhuwah. Mungkin kita rasa apa yang dia lakukan kepada kita tidak patut, tetapi bukankah manusia boleh melakukan berbagai-bagai kesilapan. Mungkin kita rasa kita cuma buat sebagaimana yang dia buat...jadi apa bezanya kita dan dia. Bukankah ukuran kita ialah mardhatillah, pahala dan syurga Allah...jadi jika kita bersabar bukankah kita semakin hampir denga apa yang Allah janjikan. Oleh itu cikgu rasa kalau kita fikirkan ukhuwah dari sudut kita menerima dari orang lain...kita tidak akan menemuinya sampai bila-bila. Tetapi UKHUWAH itu ialah apa yang kita berikan dan semua yang kita berikan itu adalah demi mencapai keredhaan Allah dan kita tidak mengharapkan terima kasih dan penghargaan bahkan kita lebih suka jika tidak ada terima kasih dan penghargaan itu kerana takutkan hilangnya keikhlasan kita.

Cikgu nak kongsi satu pengalaman yang cikgu lalui sendiri. Cikgu pernah tinggal di suatu tempat dan cikgu diberi amanah untuk menjaga kebajikan. Bertahun-tahun cikgu memerhatikan kalau2 ada yang perlu pada khidmat dan pertolongan. Kalau ada yang akan pindah kesitu cikgu akan carikan rumah, bersihkan rumah, pastikan bila sahabat tu akan berpindah, sediakan tenaga2 untuk turunkan barang dan sebagainya. Bukan setakat itu sahaja, ada yang perlukan perhatian lebih...bagi yang ada masalah kewangan dan sebagainya kadang2 sampai setahun dua baru selesai.

Sampai satu masa cikgu berpindah ketempat lain, dihati kecil cikgu mengharapkan akan dapat layanan yang sama kalau tak pun sebahagian dari yang pernah cikgu berikan. Tetapi apabila sampai ketempat baru, walaupun sudah dimaklumkan kedatangan cikgu dengan satu lori yang sarat dengan muatan namun tidak sesiapapun disana. Tuan pada rumah yang cikgu sewa pula cakap yang rumah tu dah dibasuh tetapi rupanya tidak. Jadi tidak ada sesiapa yang bantu untuk turunkan barang untuk dibawa masuk kedalam rumah yang masih kotor. Lepas tu pulak cikgu terpaksa cuci rumah dalam keadaan penuh dengan barang2. Pindahkan barang ke bilik2 cuci diluar bilik, kemudian pindahkan keluar pula. Terpaksa cuci sebahagian2 demi sebahagin, hampir sebulan baru siap.

Jadi rasa2nya apa perasaan kita kalau peristiwa tu berlaku pada kita.

Inilah medan untuk kita menghayati dan melaksanakan ukhuwah yang sebenar bukan dalam medan ilmu atau usrah2 dan sebagainya. Inilah masanya untuk kita berbaik sangka, masa untuk kita memberi kemaafan dan mencari jawapan yang terbaik untuk kita memaafkan orang laian. INILAH minimum dari ukhuwah....jika inipun tidak ada, maknanya ukhuwah itu masih belum wujud dalam diri kita...mungkin kita tahu apa itu ukhuwah seperti sebahagian dari masyarakat bukan Islam yang kenal dan tahu tentang Islam tetapi tidak menjadikan dirinya MUSLIM.

Oleh :CAB
____________________________________________________

Practical Ukhuwah. teringat kata seorang teman, ana pertama kenali dia dengan nama "hurul'ain". Katanya, bila kita bersama, berdekatan..terasa sayang dan indah..itu bukanlah lagi dikira kemanisan ukhuwah, tapi bila berjauhan dan datang ujian, tetapi kita masih meyakininya, bersangka baik padanya malah mendoakannya, itulah kemanisan yang sebenar...

sekadar selingan, ana teringat cerita seorang sahabat, suatu ketika semasa dia ditingkatan 1, dia perlukan tshirt putih untuk minggu orientasi. Allah izin, dia tak miliki satu pun. Kemudian ada seorang senior meminjamkan sehelai baju putih yang masih baru dan kemas. Selepas dia guna, dia kembalikan balik, tapi senior tu kata..tak perlu pulangkan.anggap saja sebagai hadiah. Selang beberapa tempoh masa, senior tu pula meminjam baju daripadanya. Kemudian senior tu kembalikan baju tu dalam keadaan yang sangat bersih, kemas, wangi dan bergosok...lebih baik dari keadaan asal baju tu..Waktu tu, terus dia doa kat Allah, mudah2an senior ni akan jadi sahabat dia di dunia dan akhirat. Syaksiah senior tu memberikan dia tarbiyah yg cukup besar. Sekarang, alhamdulillah..Allah izin..dia satu kampus dengan seniornya itu, satu rumah, satu HQ..Itulah penyusunan Allah swt. Kerana itu, setiap pertemuan itu..kdgkala mmg petanda Allah nak beri kita sahabat yang soleh. dan yang paling penting, kalau kita hajat pada sahabat yang soleh, kita kena doa..minta ngan Allah..insya-Allah..

Insya-Allah, semoga Allah merahmati Cikgu Azmi..Untuk PeWaris, pasti mengenalinya. Dia amilin dan juga murobbi Insya-Allah. Mudah-mudahan, di hari yang penuh keheningan ini, walaupun masih hujan..semoga ana dapat menberikan sesuatu dan kalian dapat menerima sesuatu...Namun, semuanya dari Allah belaka..insya-Allah...wallahuwa'lam.

No comments: