Monday, June 18, 2007

Kematian Hanya Sekali


P.e.r.i.n.g.a.t.a.n.H.a.t.i

"Kematian yang sungguh indah bagi pejuang agung yang menghabiskan seluruh hidupnya untuk jihad.." [Prof.Dr.Yusuf Qordhawi]
"Kita memilih jalan ini dan kita akan menamatkannya dengan syahid dan kemenangan" [As-syahid syeikh Ahmad Yassin]

Sesungguhnya kematian itu adalah pasti. Kehidupan pula sesuatu yang perlu diteruskan. Tetapi kata ayah, bagaimanakan bentuk kematian yang kita kehendaki ? adakah kita ingin mati sebagai seorang yang beriman atau sebagai orang fasiq [nauzubillah].


Kalau kita ingin mati sebagai seorang yang beriman...jadi, apa perancangan kita ? Bagaimana keimanan kita setakat hari ini ? Bagaimana ketaatan kita kepada Allah swt ? Bagaimana Hubungan kita dengan Allah.. ? Bagaimana dengan bekalan yang kita ada ? Sudahkah kita bersedia untuk MATI ?


2 Penyakit yang melanda Umat Islam akhir zaman iaitu :

Cintakan DUNIA dan takut akan MATI.

Doa Rasulullah saw : "Ya Allah, Janganlah ya Allah Engkau jadikan dunia itu suatu kerunsingan buat kami..akan tetapi jadikanlah Akhirat itu kegembiraan buat kami.."

Maafkan ana, ana memetik kata-kata dua orang sahabat..tanpa keizinannya terlebih dahulu.tetapi ana tahu, mereka mengizinkan.kerana apabila kita bergelar seorang penyeru, penyampai, pendidik..maka setiap patah kata yang keluar, adalah milik pendengar.. =)
" Ana doa pada Allah, janganla lagi matikan ana dalam keadaan sekarang. Kerana kalau keadaan sekarang, ana masih tidak yakin pada tahap keimanan ana. dan ana yakin, ia masih ditahap futur dan lemah. Apa yang ana dapat bawa menghadap Allah sekiranya ana mati dalam keadaan iman yang lemah..ana akan tergolong dalam kalangan orang yang rugi.astagfirullah."
" Ana teringat ustaz kata masa dia sedang sakit..Ya Allah, kalaula Engkau rasa perjuangan, sumbangan dan tenaga aku untuk Islam hanya setakat ini..Aku redha untuk kembali padaMu.."

"Sesungguhnya aku terlalu cemburu kepada teman-teman seperjuanganku..Mereka telah terbunuh dan kembali kepada Allah sebagai syuhada..dan aku juga mengimpikan untuk mengikut jejak langkah As-syahid Hassan Al-Banna, As-syahid Abdullah Azzam, As-syahid Makmum Dhar serta As-syahid Syed Qutb.." [ Dr.Yusuf Qordhawi ]


Kematian pastikan datang..Sudahkah kita bersedia ? Kematian yang sebagaimanakah pilihan Kita ? kematian hanya sekali, jadikannya pada jalan Allah...n.

*Beberapa hari lalu, ana terbaca wasiat Dr.Abdul Karim Zaidan..Banyak sekali manfaatnya. Dr.Abdul Karim Zaidan merupakan Pensyarah Kesusasteraan Islam di University Baghdad. Almarhum seorang yang pakar dalam bidang perundangan dan telah banyak menghasilkan buku-buku perundangan Islam dan masih menjadi rujukan sehingga kini. Al-Fatihah untuknya..sesungguhnya..pemergian itu suatu kehilangan yang besar buat umat islam kini..
  • Ikhlas kerana Allah, bekerja utk mencari keredhaanNya, bukan kpd penghormatan dari manusia. Amal yang dikerjakan secara rahsia lebih baik dari amal yg didedahkan.
  • Mencapai makna UKHUWWAH ISLAMIYAH yang sebenar di antara kamu dan saudara2 kamu dgn menubuhkan usrah di tempat kamu belajar atau menetap.
  • Sentiasa menyoal diri kamu apakah yg telah kamu sumbangkan utk da'wah kamu? Apakah kamu mampu utk membawa seorang saudara baru ke dlm da'wah kamu?Jadikan slogan kamu dlm hal ini dgn sebuah hadith: "sesiapa yg dua harinya bersamaan(tiada peningkatan) maka dia termasuk dlm gol.yg rugi" Maksudnya seorang muslim hendaklah menjadikan amal solehnya lbh baik dan meningkat dr hari ke hari.
Jazakillah kepada Siti Farah Lokman..anti jayyid jiddan. Barakillah..

No comments: