Friday, August 17, 2007

Kebahagiaan yang Maknawi


Bismillahirahmaniram..
Alhamdulillahirabbil 'alamin, hamdan yuafi ni'mah wa yukafiu maziidah. ya zhal jalali wal ikrom..
Puja dan puji kepada Allah subhanahuwata'ala, selawat serta salam buat junjungan besar, da'e dan murobbi ; Rasulullah saw. Para sahabat dan ahli keluarga baginda..Para pejuang Allah swt, sesungguhnya, keteguhan dan kekuatan iman mereka, menjadi contoh tauladan terbaik..


Apa khabar teman-teman? Bagaimana iman kalian pada hari ini?
adakah ia di tahap yang memberansangkan ataukah ia sedang merundum?


Marilah sama-sama kita menyelidiki diri kita, barangkali disana ada yang perlu diperbaiki secara padu dan intensif. Kita semua ingin mencari kebahagiaan. Kegembiraan dan ketenangan yang didamba adakah letakknya pada wang ringgit? atau terletak pada jawatan? atau juga pada paras yang menawan ? ataukah bahagia itu apabila megahnya sebuah rumah atau pada kecantikkan pakaian dan hiasan? Atau juga bahagia itu ada pada kemahsyuran ? Inikah kebahagiaan yang dicari ? ataukah kita berpura-pura untuk bahagia dengan cara sebegini ?....benarkah ini kebahagiaan, kegembiraan, ketenangan yang hakiki dan abadi ? ...Iman adalah jawapannya. Akan bahagiakah kita tanpa I.M.A.N ?


P.R.O.L.O.G


Seorang teman ada bertanya, 'bagaimana mencari pasangan yang soleh' ? [Maafkan ana ye, bagaimana ana harus menjawabnya, sedang ana bukanlah orang yang faqeh dalam hal ini..-)] .. Mencari pasangan yang baik dan soleh adalah suatu kewajipan ke atas diri kita bagi memastikan 'amaliyyah taurithud da'wah dapat berlangsung dalam kehidupan rumahtangga kita kelak. Insya-Allah. Pernikahan bukan sekadar memenuhi tuntutan fitrah dan naluri semata-mata bahkan orang-orang mukmin meletakkan pernikahan itu sebagai batu asas dalam mempertingkatkan amal-amal soleh. Kata pakcik RB, dalam rumahtangga kita perlu berlaku proses pembinaan insan soleh, pembentukan, pembesaran mereka dititik-beratkan. Perlu untuk kita pastikan warna rumahtangga kita berbeza dari rumahtangga biasa..


Di Mana Kita ?


Sehari dua ini, ana mencari-cari ruang waktu untuk ana taaruf diri sendiri dengan lebih mendalam. Proses taaruf ini ana kira sebagai suatu proses yang amat penting sebelum melangkah ke tahap yang lebih jauh. Ramai yang mengenali orang lain, tetapi lupa untuk mengenali dirinya sendiri..Sedangkan dalam sebuah hadias 'Barang siapa yang mengenali dirinya, maka dia mengenali Allah' ...


Di sana, di dasar hati..masih banyak kemelut yang belum disingkirkan. Ana tahu, sebagai seorang pemuda, kelemahan itu pasti ada, cumanya bagaimana cara kita menangani dan mengawalnya. Tetapi insya-Allah, ikhlas ana perkatakan disini, sangat sukar untuk kita melawan arus fitrah. Adakala, ia menghimpit dipundak rasa..hendak di buang jauh-jauh seumpama kita sedang menolak suatu Rahmat, bila disimpan walaupun dikunci dalam sebuah peti yang kebal, tetap juga kadangkala ia melumpuhkan ketahanan diri kita. Adakala prinsip juga bisa tergadai. Inilah sifatnya..Kata Allahyarham Prof.Dr.Hamka ketika menulis novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck..'Di usia itu, aku bisa menulis kerena darahku yang bergemuruh, jiwaku sentiasa bergelora, khayalan-khayalan datang sehinggakan aku boleh jadi buta kerananya..' ...Gara-gara ini, bukankah kita sering lupa..?


Bukanlah ana mengatakan ia bersalah. Tentu tidak begitu Insya-Allah. Harus, apa yang Allah ciptakan itu tidak pernah memberikan kita apa-apa bebanan, melainkan kita sendirilah yang menjadikannya seperti suatu bebanan, tidak lain, hanyalah kerana ada waktu ia tidak sabar, hm adakala perasaan itu merisaukan ana...amat merisaukan ana. Apa yang harus kita perkatakan lagi...Kita yang berusaha membina tembok benteng syariat itu, adakah wajar kita juga yang meruntuhkannya ? Na'uzubillah...kerananya sudah ramai yang menjadi korban...korban kepada cinta yang tidak syarak..na'zubillah...kerana itu, harus dan harus untuk sabar, sehinggalah ke suatu detik di mana termaterai sebuah ikatan pernikahan...Moga kita terus melangkah menuju redha Ilahi dengan meneruskan tahapan pembinaan ummah melalui pernikahan yang dibina atas jalan da'wah. Ana berkeputusan, sabar adalah jalan terbaik.....insya-Allah.Kalian pula?


Semoga Allah memelihara diri kita..Pelihara dan terus memelihara kita dari terus dibuai arus yang tidak soleh..Ini, khasnya buat diri ana sendiri, kerana wajibnya yang mengatakan itu harus mengamalkannya dulu dari yang mendengar. Kata seorang sahabat, 'Itulah hakikat kebahagian, ketenangan, cinta, kasih-sayang, keseronokan dan segala perasaan lain walaupun ia perasaan yang negatif pada nilaian sesetengah manusia. Semuanya menjadi amat bermakna dan berfaedah lagi bermanfaat, apabila ia berlandaskan iman, Islam, juga taqwa..Insya-Allah...

::NurtaQwa08::

3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum.maaf mencelah.Pada pendapat ana,cinta itu suatu fitrah.Kemana halanya cinta itu yang akan menentukan samada ia bakal menjadi fitrah atau tetap kekal sebagai fitrah.Sebenarnya,apa yang penulis sampaikan ini,memberi kesan juga pada ana.

Pasangan yang soleh adalah seindah perhiasan.Walau kabur dipandangan mata,ia tetap berkilauan dari pandangan hati..Usia muda yang penuh pancaroba.semoga Allah sentiasa bersama kita.

bilela nak jumpe akhowat sume ek?

Anonymous said...

insya-Allah anis. Pandanglah sesuatu tue dari kaca mata taqwa. InsyaAllah,ana yakin dari hati anti pasti ada juluran hidayah yang menaungi.kita sama-sama doakan...

Anonymous said...

Assalamualaikum sahibah sume..

mcmne nadwah semalam?sori tak dapat hadir.ana sedang berkursus di Pahang.insyaallah,semoga kehadiran sahabat sahibah akan menguatkan islam.

waqi' kita yang semakin teruk, kemaksiatan, kekeliruan amal, dimanakah posisi kita dalam arus islam dagang ini ?

sume disini kirim salam :-