
Bismillahirahmanirahim..
Sebenarnya untuk kita mengenal Allah SWT dalam kehidupan kita hari ini adalah hasil dari sebuah pengorbanan yang tinggi dan agung. Jauh lebih besar dari pengorbanan seorang ibu yang melahirkan dan membesarkan anaknya. Tanpa pengorbanan yang besar dan mulia ini kita tidak akan mengenal Allah sebagai Ilah dan Rabb. Namun manusia sering saja melupakan jasa dan budi yang begitu besar ini kerana kelalaian dan keangkuhan kita berdepan dengan hakikat kebenaran sebenar
Di
Dan kita pun tidak menghayati keperitan dan kesukaran yang ditempuhinya agar keimanan dapat tumbuh dan subur dijiwa ummat ini maka kita tidak dapat merasai betapa agungnya cinta yang dimiliki oleh Insan teristimewa ini iaitu Rasulullah SAW. Sekiranya kita benar-benar mengenali dan menelusuri detik-detik kehidupannya maka kita akan menangisi pengorbanan dan kehilangannya. Kita, bahkan akan merasa rindu padanya..rindu untuk bertemu dengannya...
Lelaki ini yang hidup dalam kemiskinan tetapi dipenuhi hatinya dengan kasih sayang yang tidak ternilai. Dia bahkan tidak memiliki katil atau alas untuk tidur melainkan pelepah-pelepah tamar yang kasar hingga membekasi tubuhnya yang mulia tetapi dia memiliki cinta agung dan harapan yang menggunung agar kita mengenal Allah dan hidup dibawah naungan hidayahNya.
Satu kisah untuk direnungi....
Ketika perang Uhud, ketika mana tentera kafir Quraisy menyerang untuk kali kedua, tentera Islam dalam keadaan tidak terurus. Musuh-musuh mengambil keputusan untuk merempuh dan membunuh Rasulullah SAW. Ketika itu hanya ada beberapa sahabat yang masih bersama baginda. Akibatnya baginda sendiri tercedera parah, muka, lutut dan bibir bawah baginda luka-luka. Begitu juga tudung kepala baginda pecah, manakala mata rantai baju besinya masuk ke dalam pipi baginda. Apabila tentera Quraisy berundur kerana menyangka Rasulullah SAW telah mati, Abu Ubaidah mencabut satu pergelangan besi (dari baju besinya) di wajah baginda hingga patah satu batang giginya. Kemudian beliau mencabut satu lagi besi yang terbenam ke wajah baginda Rasulullah SAW yang mulia itu hingga tercabut satu lagi giginya.
Untuk apa segala pengorbanan ini…
Untuk apa darah-darah dari tubuh baginda yang mulia ini mengalir dan membasahi bumi…
Untuk apa segala kesusahan dan keperitan ini dilalui oleh baginda…
Semoga pengorbanan dan kasih sayang Rasulullah SAW ini terbalas, marilah kita tanamkan kembali cinta dan kasih kita padanya supaya ianya tumbuh dan subur di dalam hati kita.. Semoga baginda sentiasa bersama kita selamanya, di dalam jiwa dan hati kita, dalam harap dan keasaan kita.
Semoga Baginda selalu hidup bersama kita dan kitapun selalu memandang baginda sebagai contoh dan ikutan kita. Semoga baginda SAW sentiasa hidup di dalam nurani kita, menghiasi jiwa kita, mengisi harapan dan kecintaan kita dan membangunkan suatu keperibadian yang mulia sebagaimana yang diharapkan oleh Rasulullah SAW.
Semoga masa-masa yang akan kita lalui nanti dapat mengundang kerinduan kita pada manusia mulia ini, semoga hari-hari yang bakal kita lalui nanti dapat mengimbau kembali liku-liku hidup baginda yang penuh kesukaran dan keperitan, penuh pengorbanan dan kasih sayang supaya semua itu tidak kita sia-siakan....
[CAB]
8 comments:
pengorbanan Nabi, utk ummat manusia..namun ada yg punya 'telinga', ada juga sebaliknya..
subha-nallah....
i love to read. since its touching my heart about how we should concern to our prophet pbuh.
may Allah bless HIM...inshaallah
subhanallah..
sesungguhnya rindu dengan rasulullah..=.>
salam alaikum akak, dikesempatan ni nak cakap jazakillah khairan atas kiriman buku2 yang sgt diha hargai tu=).. sgt happy=).. iAllah cuba dimanfaatkan sebaiknya dan dijadikan sumber kekuatan dalam mengharungi jln ni..
hasbunallah wani'mal wakil~
tace care ek,hihi..
uhibbuki fillah..
salam anis,
khaif ? asytaquki syauqan jamma aidhan...
TOT dan KMK next 2 week, hopes sgt anti akan pergi...mcmn dengan xm anti? sem ni hda ana down sgt ni. mmg nak kena repair betul2 cuti ni...
ana ada nak story something kat anti.anti dtglah..insyaallah kalau takder musyaqoh,kita jumpalah nanti
wallahuwa'lam
assalamualaikum...
ana ada terjumpa satu buku sirah tentang perang uhud dan ikhtibar darinya...tapi lupa penulis buku tu.tapi insyaallah penulis tu muktabar.kalau anti berminat,ana rasa anti leh cuba tgk-2 di kedai pustaka kegemaran anti tu...
buku praxton- baru keluar
MARI MENYINTAI BUKU
jazakillah yea..
Begitulah penyayangnya baginda Rasulullah s.a.w terhadap kt ummatnye.da 1 kisah sewaktu kematian zaid bin harithah,anak angkat baginda,syahid dalam perang Mu'tah,Baginda s.a.w menangis smbil berkata " Sudah pergilah temanku yang akrab.."
kecintaan baginda s.a.w terhadap sahabat-sahabatnya sangat mendalam.
Post a Comment