Monday, December 10, 2007

Pelayaran Bersama



Bismillahirahmanirahim.... Alhamdulillahirabbil 'alamin...Pertama dan selamanya marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kita kehadrat Allah swt kerana dengan keizinannya, masih lagi kita dibekalkan dengan sedikit kekuatan untuk duduk seketika dalam pertemuan ini. Pertemuan yang singkat ini, ana harapkan akan terus mengalirnya kasih sayang dan cinta di antara hati-hati kita meskipun kita semua saling berada di tempat yang berbeza...berjauhan dalam jarak yang tidak tentu berapa kilometernyer..berbatu-batu..Namun, kasih sayang itu perlu dan harus untuk kita bina...kerana kita saling bercinta dan menyintai hanya keranaNya...Kataorang, orang beriman itu, pada dirinya sudah terbiasa menyintai orang yang jauh dan tak kelihatan di mata..kita sudah terbiasa merindui insan yang tidak pernah kita jumpa tetapi kita sangat yakin pada cintanya terhadap kita..yakni RASULULLAH SAW dan para Sahabat..mereka adalah peribadi-peribadi unggul yang sangat istimewa di hati kita...Insya-Allah...


sahibah-sahibahku yang amat dikasihi....



Bagaimana kalian?..disana sini ana lihat manusia berpergian mengikut hala mahunya..Kalian pula, kemana arah tujuan...? mesej-mesej juga kurang terpapar di layar screen handphone ana.. ada insan yang dipalut rindu. Kehidupan kita didunia ini seperti seorang musafir yang singgah berteduh di bawah sepohon pokok, lalu kemudiannya meneruskan lagi perjalanannya... Kerana destinasinya amat hampir tetapi perjalanannya jauh...kerana itu, hanya yang benar-benar ikhlas dan yakin pada janji-janji Allah akan sampai pada tujuannya. Kesabaran itu buah-buah dari keimanan....ana melihat, pada keperitan itu, Allah mengurniakan kita kemenangan..Insya-Allah


Ana dan sahibah-sahibah kita disini alhamdulillah baru saja selesai berkampung bersama adik-adik tunas harapan kita semua. Bunga-bunga yang sedang menguntum indah itu sungguh ceria dan suci hatinya..sungguh terhibur kami dibuatnya. Justeru pelayaran kali ini, benar-benar terasa didikan Allah hadir setiap masa bersama. Datangnya ujian demi ujian, tapi Allah tunjuk satu persatu macamana cara kita nak tangani. Paling penting, kita harus yakin, Allah akan bantu kita..kerana itu keikhlasan penting dalam kita melakukan sesuatu. Walaupun kita mungkin dah tak nampak dah macamana cara untuk settlekan sesuatu tu, tapi kita doa betul-betul, mintak Allah tunjukkan jalan keluar, Insya-Allah..Allah akan bantu kita dari jalan yang tidak disangka-sangka. Inilah penyusunan Allah...Kalau Allah nak menjadikan ia mudah, Insya-Allah ia akan mudah..Bantuan Allah sangat hampir dengan kita. Cuma Allah mungkin nak uji kita, macamana pergantungan kita kepadaNya...Sibghatullah..waman ahsanu minallahi sibghah.. ?



Alhamdulillah, suka untuk ana mengatakan pelayaran kali ini bersama adik-adik yang solehah itu..selamat hanya kerana bantuan Allah. Kalau nak diikutkan penat, subhanallah..sungguh penat. Maklum sajalah..kanak-kanak, jiwa dan kehendaknya tidak seperti kita. kerana itu ana faham kenapa kataorang melentur anak-anak perlukan kesabaran. Sabar dan sabar. Kalau nak diikutkan hati yang tak sabar dan jahil ini, nescaya meletup bahananya bisa mengalahkan letusan gunung berapi agaknya.


Tapi itulah bezanya kita dan orang bukan islam. Orang islam sentiasa dibekalkan dengan sifat sabar. Alhamdulillah, inilah yang kita warisi dari darah junjungan Mulia kita. Hasil tarbiyah Baginda S.a.w...tarbiyah mengajar kita bagaimana untuk marah, suka, sedih, merajuk dan sebagainya ...dalam rangka yang Allah redha....



Kalau nak dibandingkan dengan Rasulullah saw, kepenatan yang kita rasai hari ini bukanlah apa-apa. Lagipun, kita hari ini bila penat, kemudian mampu merehatkan diri di atas tilam yang empuk. Tapi Rasulullah saw hanya merehatkan diri di atas pelepah-pelepah tamar..beralaskan lengan baginda sendiri sebagai bantalnya. Kita yang hina ini pula, sudahla tilamnya berjenama, bantal pula berjenama. Kalau boleh, nak yang paling lembut, paling empuk dsb...Begitulah ajaibnya kehidupan kita. Tapi janganlah kalian silap faham pula, tidaklah salah kita menggunakan nikmat-nikmat dunia ini, cuma jangan pula bila kita terpaksa bersusah, tidur atas lantai, tidur dalam hutan, duduk dalam keadaan yang susah, kita akan merungut-rungut, janganlah begitu.. Bukankah islam mengajarkan kita untuk menyesuaikan diri dalam keadaan apa jua.. Inilah kemahiran yang nak kena kita bina. Bila bertamrin tak ada tilam, kita boleh tidur atas lantai sekalipun...inilah yang menjadikan kita insan istimewa....yea bagaimana teman-teman ? Insya-Allah..kalian sangat terdidik orangnya.....



Semoga Allah sentiasa bersama kita. Menyelusuri kehidupan dan hari-hari tanpa kebersamaan Allah, amatlah malangnya buat kita. Janganlah kerana kelebihan kita membuatkan kita bongkak. Islam itu sangat sederhana...Pelayaran, program-program tarbiah, tak semestinya perlu kita buat di hotel-hotel atau chalet atau resort2 yang memerlukan bayaran yang mahal dan tempat yang selesa..yang paling penting, tempat itu selamat, dapat meningkatkan keimanan serta dapat membina syu'ur islam dalam diri kita...Insya-Allah, namun begitu Allah jua yang maha mengetahui....ilalliqa'



5 comments:

Anonymous said...

Salam buat semua sahibah-sahibahku disini.Tahniah untuk urusetia yang bertungkus lumus dan fasilitator yang menyiapkan dirinya untuk melayani adik-adik....

antunna super jiddan....
cemburu juga bila ana tidak dapat mengikutinya.
Insyallah itulah sebetulnya.tarbiah mengajarkan kita membentuk peribadi yang soleh insyaallah nis, ana gembira baca coretan anti kali ni

Anonymous said...

Alhamdulillah sahibah2ku...
antunna dah buat yang terbaik.

Persiapan banjir di Pantai Timur....

NurtaQwa08 said...

nik,kalau anti free msg ana.insyaallah ana fwd yang anti nak tue.
banjir
apa khabar umat islam di johorkan.johor naik air lagi

Anonymous said...

doakan utk saudara-saudara kita...ana dapat maklumat di suatu kawasan diKota Bharu, xde satu pun lagi badan-badan islam yang tiba memberi bantuan,yang pertama sampai hanyalah badan penganut Buddhist...
dari H.web

Anonymous said...

a'kum
anis,terima kasih bgi saya tgk vlog ttg Rasulullah tue.sedih sangat hati saya.moga allah kurniakan kebaikan buat awak