Bismillahirahmanirahim... Assalamualaikum wrh. Alhamdulillah, puja dan puji selayaknya kita kembalikan kehadrat Allah swt, rabbil izzah yang rahim dan rahman.. Kerana tanpaNya..maka tidak tahu sehingga ke saat mana kita mampu melaksanakan ubudiyyah fil 'amal, yang mana pelaksanaan ini memerlukan kepada kekuatan dan kesungguhan. Insya-Allah, kesungguhan ini, keupayaan ini, hajat ini...semoga Allah istiqamahkan kita...Selawat serta salam ke atas junjungan Mulia, Rasulullah saw, para sahabat, tabi'en, auliya'..mujahideen..syuhada..Barakallahuminkum...
Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan saya untuk menulis lagi..he3. Maafkan saya ye, sekiranya di sana ada yang menanti, jazakumullah buat mereka yang sudi menziarahi page saya ini, meniti berita-berita baru.. Sungguh kesempitan waktu, ditambah dengan taklifan yang lebih memerlukan perhatian saya, saya terpaksa membiarkan tanah ini sunyi sehingga ke detik ini... hem..saya pasti kalian tentu memaafkan saya bukan...terima kasih, sifat pemaaf kalian amat menyegarkan hati saya.... =)
hemm....
Di keheningan pagi yang indah ini, marilah sama2 kita menanamkan kembali rasa khauf terhadap Allah swt..menyuburkan pengharapan, mengharapkan keredhaanNya...amalan kita, perbuatan kita, sumbangan kita.. Marilah kita perbaharui.. Sesungguhnya kehidupan kita yang sentiasa disibukan dengan perkara-perkara yang tidak tentu ini...banyak menarik kita kepada dunia yang fana, sudah ramai yang tenggelam di dalam arus ini... Sudah ramai pejuang yang lari dari medan perjuangan, sudah ada juga ulama' yang bersenang-senang dengan harta ganjaran...malahan telah ada juga mufti-mufti yang berkejar-kejaran memberi fatwa demi kemahsyuran...ada pemimpin yang memakan duit rakyatnya...sudah lahir imam-imam yang tidak tahu membaca Al-quran, imam-imam yang telah Allah alihkan tumpuan mereka....
..kerana itu...marilah kita bersedia..perbaharui iman dan tekad...merenungi cabaran-cabaran yang sedang menanti kita..mengenali siapa musuh-musuh kita...mencari tempat dimana kita harus bermula..TARBIAH ISLAMIAH, itulah bahtera penyelamat, kunci keselamatan...bernaung di bawah kapal-kapal orang mukmin..Kata Syeikh Mustafa masyur.." dengan tarbiah, segala-galanya dapat diraih.."..Insya-Allah..
Sahabat-rakan pembaca yang dirahmati Allah... Sedar tak sedar, kita hampir berada di ambang 10 muharam. Masa.. tak terasa ianya berlalu. lantaran, kesibukan dan lelah seharian di dewan kuliah dan lain-lain pekerjaan.. Tahun baru islam ini, saya punya 5 khabar gembira, 2 darinya ingin saya kongsi bersama antunna semua, 3 lagi..biar saja tersemat dalam kotak rahsia saya sehingga tiba detiknya...yea..?
Alhamdulillah... Pertamanya, Ahmad A.Rashid Mohamed, satu-satunya imam muslim di Kem latihan ketenteraan Amerika telah dedahkan tentang keadaan Islam as a religion di kalangan askar-askar Amerika..Ironisnya, Islam semakin mendapat tempat di kalangan askar-askar Amerika. Bukan sebagai agama pengganas, tetapi islam sebagai agama yang membawa kerehatan jiwa pada kehidupan mereka yang penuh kemelut..kita harus percaya, walaupun dunia seakan-akan tidak menyebelahi islam, tetapi insya-Allah...kita yakin bahawa masa depan pasti milik Islam..Semakin kuat islam di tekan, semakin pantas ia berkembang secara diam.. Khabar ini pasti membuatkan hati kita tersentuh....semoga Allah mengurniakan kekuatan hati untuk askar2 muslim Amerika dan Imam Ahmad...
Yang kedua, beberapa kejadian yang berlaku termasuklah kes peguam Lingam dan Datuk fairuz, bekas ketua hakim negara, kes pergolakan badan kehakiman negara, kes rasuah peguam..semakin menunjukkan polimik pada institusi keadilan negara. Kedaulatannya semakin dipertikaikan, dasar-dasarnya mula dikaji kembali...ini pastilah satu khabar yang gembira juga buat institusi kehakiman shariah di Malaysia..kita mengharapkan, dari semakan kembali dasar perundangan negara, akan memberikan masa depan yang lebih cemerlang buat Sistem perundangan Islam di Negara kita...masyarakat hari ini, tidak akan dapat dikawal oleh sistem yang dibuat oleh manusia sendiri, kerana manusia yang membuat undang-undang itu juga bermasalah...justeru, perlu kita berbalik kepada hukum yang ditetapkan oleh pencipta manusia itu kembali...Semoga kemarau yang berpanjangan ini..kan temui musim panas dan lembap yang indah...insya-Allah...
Selebihnya khabar gembira itu..insya-Allah...tersimpan disini..fi studhur... Insya-Allah, semoga Allah memuliakan kita dengan Islam...Marilah kita berusaha mencari keredhaan Allah swt...."Sesungguhnya masa itu berlalu begitu pantas walaupun pada saat-saat bahagia kita rasakan seolah-olahnya masa begitu pantas tetapi ketika saat-saat kesedihan masa seolah-olahnya begitu lambat berlalu, pada hakikatnya masa itu terlalu pantas seperti awan yang berlalu" [Dr.Yusuf Qordhawi]...assalamualaikum wrh...

2 comments:
assalamualaikum..
khaifahaluki?
alhamdulillah.khabar yang menyentuh jiwa....
sudah lama menanti cerita saudari.
banyakkanlah meluang masa bersama di cycle ini
ada hati yang sedang rindu....
jaga diri
ASSALAMUALAIKUM,SANGAT GEMBIRA MENDENGAR KHABAR ITU.ALHAMDULILLAH
Post a Comment