Tuesday, January 22, 2008

Syaksiah muslim


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…..

AsyhaduAlla ilahaillallah..waasyhaduanna Muhammadan ‘abduhu warasuluh…Allahumma solli wa sallim ‘ala nabiyyina Muhammadin wa’ala alihi wasohbihi wa mann da’aa bi da’watihi, wahtadaa bihablihi..ila yaumiddeen…Allahumma balaghan yuballighu khairan wa sitran minnka, wa ridhwanan biyadhikal khairr..


Alhamdulillah…bersyukur kita ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah dan keizinannya memberikan kita kesempatan untuk meneruskan lagi perbincangan kita mengenai Islam, ad-deen..ar-risalah yang kita anuti ini insya-Allah… Ijlis binaa nu’min..as-sa’ah..Marilah duduk seketika bersama kami dalam suasana iman..demi menghirup udara segar milikNya, merasai titis-titis keimanan dalam suasana yang damai serta bersama-sama mengecapi nikmat islam dan ukhuwah..Alhamdulillah, nikmat-nikmat ini akhirnya memberikan kita kekuatan untuk hidup sebagai seorang muslim di dunia fasad ini..Insya-Allah….


..pastinya kita telah merasai ketenangan berada dalam embunan kasih sayang ini..sesungguhnya, kasih sayang yang sejati itu milik orang-orang islam. Kita berkasih hanya keranaNya, inilah kemenangan untuk kita bukan? tetapi adakah kasih sayang yang lahir ini adalah hasil dari kita yang pengasih dan penyayang ? sudah tentulah tidak…Allah swt mengingatkan Rasulullah saw dan orang-orang mukmin sewaktu kejayaan menakluki kota mekah, dalam surah An-nasru yang bermaksud “Adakah kamu menyangka kamu yang melemparkan panah itu..? itu bukanlah kamu, tetapi ALLAH…”

..Inilah kasih sayang yang diberikan oleh Allah swt, menyuburkan hati kita dengan kesegaran cinta yang sentiasa mekar...tiada ruang untuk kita saling berhasad dengki, iri hati dan saling membenci, kerana itu adalah perasaan-perasaan jahiliah yang tidak seharusnya tumbuh dalam hati seorang mukmin. Kalau tumbuh sekalipun, kena cepat-cepat kita cantas, buang sejauh-jauhnya. Hasad dengki, iri hati dan sebagainya akan membunuh kasih sayang. Sekiranya berlaku pertentangan pendapat, percanggahan idea..ketepikan ia dan ..utamakanlah kasih sayang antara kita..kerana kasih sayang itu dari Allah. Marilah kita saling bermaafan..tidak mengapa jika kita malu untuk melafazkannya, kadangkala dari riak mata yang suci akan menterjemahkan hasrat hati....


Begitu juga dengan masyarakat kita hari ini, kita kena sayang kepada mereka.. Walaupun betapa teruknya sikap mereka, layanan mereka..kita tetap juga kena mengasihi, berbaik sangka, memaafkan dan bersabar dengan mereka. Ini khasnya buat diri saya sendiri yang selalu terburu-buru..sabar wala taghdhop...jika mereka tahu, pasti mereka tidak akan melayani saudaranya yang lain seperti itu..inilah yang Allah ingatkan kita..sekiranya kamu tanya mereka (wahai Muhammad), siapakah yang menjadikan langit dan bumi, pastilah mereka akan menjawab Allah yang menjadikan. Begitu juga dalam masyarakat ini, jika ditanya..tentu saja mereka menjawab Allah, mereka tahu Allah, hanya sekadar pengetahuan. Tetapi kita yang Allah beri hidayah, adakah kita juga sama seperti mereka..? terburu-buru menilai sesuatu, marah-marah, tidak sopan dijalan raya, menghina-hina makanan, tidak menutup aurat dsb? ..


Kerana itu, janganlah kita bersifat bakhil terhadap masyarakat kita, teman-teman kita..apa yang kita ada, berikanlah walaupun sedikit. Memberi itu sifat seorang da’e..saya tak nafikan, kadangkala sukar untuk sampaikan pada mereka dalam bentuk kata-kata. Kerana itu, kita juga boleh memberikan mereka contoh tauladan. Qudwah qobla da’wah..sebagai contohnya, bila kita keluar berjalan-jalan bersama mereka, mulakan perjalanan dengan doa. Mula-mula mungkin mereka hanya menadah tangan, dan kita saja yang baca..tapi dilain waktu, kita ajak mereka untuk baca bersama-sama, kalau mereka tak tahu, ajarkan mereka..Insya-Allah, lama-lama mereka akan tentu akan ingat...

Apa yang kita simpan dalam diri kita, diakhirat kelak ia bukanlah hak kita, tapi apa yang kita berikan kepada orang lain, itulah hak kita di akhirat nanti..Insya-Allah..

Em..bagaimana ? kalian sudah mengantuk ..? hehe ...


Ya sudahlah..saya fikir sehingga disini saja yea. Insya-Allah, dari pertemuan ringkas ini, kita mengharapkan keampunan demi keampunan dari Allah swt ke atas diri kita, ibubapa kita, sahabat-sahabat kita dan umat islam sejagat..Di atas kelalaian yang tidak terhazaf. Beginilah kita..bila bercakap tentang syaksiah, sebenarnya sungguh terlalu banyak yang kita perlu telitikan...perlu bincang..perlu kita perhalusi...perlu fikir betul-betul. Kerana islam itu seni..Dari cara berfikir, cara berjalan, pemakaian, melihat, tinggi rendah suara..sehinggalah pada pemilihan kata-kata..semua kita nak kena titik beratkan..itu tak termasuk lagi syaksiah kita dengan jiran, dengan haiwan, dengan alam dsb...

Mudah-mudahan Allah menjadikan kita hambaNya yang bersyukur....wallahuwa’lam...

No comments: