Tuesday, February 19, 2008

Jendela untuk Dunia


Bismillahirahmanirahim…

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin..akhirnya, dapat lagi kita bersua setelah beberapa detik waktu kita bersendirian dalam dunia masing-masing..simbahan kerja dan tuntutan yang datang silih berganti seakan-akan menampakkan tiada ruang masa untuk kita lagi...tetapi jangan pula ada dikalangan teman-teman yang merasa tersinggung..sebenarnya hakikat manusia yang bergelar muslim itu, meskipun tidak tercapai dek pandangan mata, akan tetapi hatinya sentiasa mendoakan saudara-saudaranya insya-Allah…ada panggilan dari sahabat yang amat dicintai, Puteri Laksamana Sunan, kata-katanya umpama siraman ke atas taman yang kering-kontang...jazakillahu khairan kathira…anti sangat prihatin !


Alhamdulillah, dua hari lalu, Kosovo akhirnya mencapai kemerdekaan setelah puluhan tahun bergelut untuk sebuah keamanan. Yang paling penting kemerdekaan itu adalah suatu rahmat dari Allah swt..”Sesungguhnya, adakah kamu menyangka bahawa kamulah yang melemparkan panah-panah itu ?..itu bukanlah kamu melainkan Allahlah yang melemparkannya bagi kamu..” [An-nasru]…

Cuma dalam kegembiraan itu, masih lagi meniti di ingatan kita, kisah ummat palestin yang sedang menghadapi episod pencabulan hak asasi yang sangat dasyat di ketika ini. Apa yang paling menyedihkan kita, kini bersuka-ria para yahudi menikmati Negara baru yang mereka dirikan di atas bumi palestin…dengan itu telah terhapuslah Negara Palestin dari peta dunia..Bagaimana dunia boleh menerimanya ? …inilah perancangan mereka. Bermula dari Penubuhan Bangsa-bangsa Bersatu [PBB] yang di anggotai oleh Amerika, Russia, China etc..50 buah Negara didunia dibawah kawalan mereka dengan kempen menyatu-padukan seluruh dunia di bawah satu gagasan perpaduan. Di atas nama demokrasi. Sewaktu PBB melancarkan undi untuk membentuk Negara Israel di atas Tanah rakyat Palestin, undian sama-banyak sehinggalah akhirnya, Mesir mengundi untuk setuju menubuhkan Negara Israel…Sebuah Negara Islam yang menghapuskan sebuah lagi Negara Islam…inilah hakikat yang berlaku…


Beberapa hari lalu, saya lihat di kaca televisyen pembunuhan wanita-wanita muslim yang ingin pulang ke universiti masing-masing, mereka di tembak secara rambang oleh tentera Israel yang kebetulan melalui lorong pejalan kaki itu di kawasan sempadan gaza...Siapa yang akan membicarakan mereka kerana melanggar peraturan perang, mmembunuh wanita..Mahkamah dunia ? Mahkamah akhirat, pasti mereka bertemu yang Maha Mengadili…


Saya teringat tentang satu buku yang ditulis lama dulu, bertajuk ‘The Protocol’ …yang mengandungi strategi-strategi yahudi dalam menghapuskan islam sekaligus menguasai dunia. Tak hairanlah kenapa Dollar Amerika bukan milik kerajaan Amerika, tetapi adalah milik bank swasta yang diterajui oleh Puak Yahudi….Salah seorang yang menguasai ekonomi dunia melalui pemasarannya adalah George Soros, peniaga, pelabur, pengeluar dan orang yang sangat berkuasa dalam mempelopori ekonomi dunia….em. Semoga Allah kurniakan hidayah kepada George Soros, supaya kepandaian dia, dia akan membantu mengukuhkan kembali ekonomi umat islam.


Rutinnya begitulah, kalau ilmu itu dimiliki oleh orang-orang islam, maka amanlah dunia dengan keadilan, akan tetapi jika ia dikuasai oleh orang-orang kafir, maka dustalah dunia dengan darah dan hasad dengki…saya teringat satu kisah bagaimana bom nuclear itu sebenarnya asal mula ditemui oleh seorang saintis islam. Dia kaji dan kaji bagaimana ia mampu berfungsi sehinggalah sampai ke satu tahap, dia berhenti mengkaji kerana dia tahu jika dia meneruskan kajiannya dan kajian itu jatuh ke tangan orang kafir, ia akan membawa musibah yang besar kepada dunia, akan tetapi Allah izin, buku kajiannya itu akhirnya jatuh juga pada tangan orang kafir, mereka mengkaji dan akhirnya mencipta bom nuclear itu. Itulah sifat orang kafir….berbeza bukan..?...

Itulah istimewanya orang islam, mukmin..Allah didik kita satu persatu..apa yang boleh buat..apa yang tak boleh kita buat…Alhamdulillah…


Teman-teman yang dirahmati Allah…Marilah kita sama-sama mendoakan saudara-saudara kita di palestin. Bagaimana agaknya keadaan mereka di saat ini...di kurung dalam keadaan yang sejuk, tanpa rumah, tanpa pakaian..di depannya laut, dibelakang mereka adalah kawat-kawat besi yang mengasingkan mereka, bekalan makanan disekat, bekalan eletrik dipotong, hospital-hospital tidak dapat berfungsi, minyak disekat...pencabulan hak asasi yang manakah yang lebih dasyat dari ini teman-temanku ? ...


Boleh jadi dalam kita bergembira, sejenak kita mengingati penderitaan mereka, walaupun kita tidak mampu ke sana, inilah kebersamaan kita. kita harus yakin, bahwa bantuan Allah swt itu sangat hampir dengan mereka... Insya-Allah.......

kaifa ijtima'na...
kaifa ittaqaina...
wa kaifa iftaraqna...
aturaka zhalikal ahdal qorib...


wallahuwa'lam...

5 comments:

Anonymous said...

salam wbt kak..
lame x tanye khabar. msg2 akak pon diha x reply..ana aasifah=| uhu.. apa2 pon,jazakillah atas pertanyaan khabar tu..terharu=) iAllah kite jumpe kalau ada jodoh.

diha dgr berita bulan ogos ni, ada sesuatu.ntahla, betul ke.. =)

NurtaQwa08 said...

wslm..
alhamdulillah.hurm.ogos yea?..he3insya-Allah.nnti dijemput ke rumah yea..

(",

Anonymous said...

salam anis.
jazakillah for the information...

ogos yea? jangan lupa jemput.

=)

Anonymous said...

Lama tak jenguk blog anis.
Subhanallah......
ana suka kata-kata ini....
kaifa ijima'na
kaifa ittaqaina...
wa kaifa iftaraqna...
aturaka zhalikal ahdal qorib...
insyaALLAH

ogos?
tak faham...ape maksud nti nie mrym?

Anonymous said...

haa tulah sibah,nti nie xikut perkembangan semase la.hehe

tanya empunya diri lah yea...cik anis...