Wednesday, February 27, 2008

Berita untuk Margerat


Bismillahirahmanirahim...
Alhamdulillahirabbil ’alamin, wassolatu wasalamu ’ala ashrofil ambiyaiwal mursaleen, wa’ala alihi wa ashabihi ajma’in...

Teman-teman yang dirahmati Allah...percaturan kehidupan kita, kita mengharapkan, menjadi golongan pemuda yang mengambil islam secara menyeluruh sebagai sistem hidup.. Di mana insya-Allah, kita meletakkan syarak sebagai asas utama yang menentukan keputusan kita. Kenapa mesti syarak yang diutamakan, kenapa bukan kemahuan kita ?...kerana Islam menghendaki kita berbuat sedemikian...Sekiranya kita memilih bersama islam, maka…kita tidak punya pilihan..melainkan kita mengikut ketetapan Allah swt..waman ahsanu minallahi sibghah ?...

Sahibahku...buah hatiku...
Suka rasanya untuk ana ceritakan kembali tentang kisah teman yang ana gelarkan Margerat Marcus, sungguh..kalaulah dia tahu ini gelarannya, tentu dia tertanya-tanya mengapa. Apa yang ana harapkan, dia sentiasa tabah meniti hari-hari baru untuk dia kembali mengenali hakikat kejadian dirinya; sebagai hamba Allah dan seorang muslimah..insya-Allah. Ramai teman-teman bertanya, bagaimana bergaul dengan dia, sungguh aneh orangnya. Entah datang dari dunia mana..em ohya, janganlah kalian salah anggap pula..sebenarnya, dia bukanlah aneh mana..Cuma barangkali sudah wataknya untuk kelihatan berbeza. Katanya agar orang senang mengingatinya, nah..ana adalah antara orang yang dia maksudkan itu..Beberapa hari lalu, Allah izinkan kami berjumpa lagi. Kali ni, dia hadiahkan ana sebuah buku bertajuk ”AKU” karangan Subheddi. Katanya, itu buku kesayangan dia. Hadiahkan pada ana agar ana dapat memahaminya..Alhamdulillah..ana sangat gembira dengan pemberian itu. Jazakillahu khairan kathira. Anti jayyid jiddan! Kerana itu ana selalu merasakan saudari Margerat Marcus sangat istimewa... Apa yang buku itu kisahkan, barangkali elok kalau ana simpan2 kan dulu..ini tanda penghormatan ana buatnya...

Itu hakikatnya...soal hidayah adalah rahsia Allah swt...tetapi hidayah itu perlu dan harus dipelihara...

Justeru...

Marilah sama-sama kita berusaha mempertingkatkan modal mukmin kita..tarbiah melalui 3 fakulti insan yang utama yakni akal, roh dan jasad. Kesejahteraan akal perlu kita jaga. Contohnya, biasakan diri kita membaca buku-buku yang soleh, isi dengan ilmu-ilmu yang betul. Novel-novel cinta..kalau boleh kita kurangkan..kurangkan semaksimum yang boleh. Walaupun novel cinta tu berbentuk islami...cukuplah kita baca satu dua saja untuk panduan misalnya. Kerana kita tidak meletakkan itu sebagai awlawiyat [keutamaan] kita...


Rata-rata hari ini, kita lihat kebanjiran buku-buku tentang islam..justeru itu, kita perlu berwaspada...buku-buku fikrah terutamanya, perlu yang betul-betul syadid. Kerana sekiranya ia ditulis oleh pengarang-pengarang yang tidak muktabar, yang tidak beramal dengan islam, ia akan memberikan kekeliruan pada kita...kata ayah, ada kriteria-kriteria yang perlu kita titik-beratkan..kerana bahan bacaan akan membentuk pemikiran kita..insya-Allah...


Fakulti insan yang kedua, yakni menjaga kesempurnaan roh kita. Walau sesibukmana pun kita, kita tetap perlu berada dalam majlis-majlis ilmu, menghadiri circle, duduk bersama sahabat-sahabat yang soleh, kalau tak boleh hari-hari..kita atur pertemuan di hujung minggu, kerana mereka ini adalah bekalan kita. Roh-jiwa-hati kita perlu disirami dengan iman..dan byk lagi cara untuk kita menjaga pembinaan roh kita...

Dan yang ketiga iaitu jasad...kesihatan fizikal. Orang mukmin itu harus kuat. Kuatkan stamina badan, sentiasa beriadhah, makan makanan yang baik dsbnya...


Insya-Allah, kekuatan itu perlu bermula semenjak kita muda. Kena latih diri kita untuk tahan lasak, mampu melakukan apa saja, walau dalam keadaan apa jua. Kalau kita selalu memanjakan diri dengan duduk bersenang-senang, maka rugilah kita teman-teman...kita tidak akan memperolehi apa-apa. Hidayah itu perlu diusahakan..Kalau tak dapat hidayah, perlu usaha untuk dapatkan, kalau dah dapat, perlu pula usaha untuk jaga sebaik-baiknya..Kesusahan, perit-getir itu sebenarnya adalah tarbiah..hanya dengan tarbiah islamiah, kita akan memperolehi kekuatan insya-Allah....

Mudah-mudahan dari kisah Margerat Marcus ini, dapat kita kutip pengajaran dan ikhtibar. Bina rasa kasih sayang kita kepada rakan sekeliling kita, walau bagaimana pun dia. Mudah-mudahan dia juga akan mendapat manfaat dari persahabatan dengan kita. Insya-Allah....


Aqulu qauli haza waastagfirullahali walaqum..
Assalamualaikum wrh brk....

5 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum ya ukht !
hem
anis kalau tak keberatan boleh ana tahu siapakah margerat marcus yang gambarkan dalam cerita2 anti disini?
ana sangat tertarik untuk mengenali dia...
Dia wanita islam ?
pelajar UKM juga?..
anti ceritalah banyak lagi kalau boleh. ana tertunggu-tunggu kisah selanjutnya...
semoga Allah membuka pintu hidayah buatnya dan dia mampu mengecapi kemanisan iman.
Biiznillah

Anonymous said...

salam sibah, anis
ana setuju ngan anti sibah..ana pun kerap tertungg2 kisah selebihnya cik margerat marcus.
anis,anti ada gambar die?heheheh

kalau diizinkan Allah, ana juga ingin mengenali dia.Bertuahnya anti, sambil berkenalan dapat anti bertukar2 crita.sbnrnya, org hny mengetahui islam ghalib kini, ttpi jrg yg dpt mmhami tuntutan2 islam and how beautiful it is.

ana ade juga kwn mcm tu kat sini.tp ya Allah, keras btul hati die.ssh nak dekati.ana hrp Allah bgi ana satu peluang utk dkati die.

oh ya...knp enti xbgthu die je blog enti?mgkin dri situ dia akan lbih tersentuh dn mmhmi enti.
anis, mabruk

NurtaQwa08 said...

waalaikumsalam wrh...
yam, sibah...
Margerat Marcus tu kwn perjalanan ana je.kerap jumpa wktu sdg dlm perjalanan, kdg2 wktu tunggu bas, tggu makanan, kat lab kolej.ana cuma suka berbual2 dgn dia.dia sgt peramah orgnya.insya-Allah, kalau ada kelapangan dn diizin Allah,ana kenalkan kalian pd dia.suka? hi3
iye?xsangka pula kalian suka baca ttg dia.dia sorg gadis yg sgt baik hati insya-Allah....

Anonymous said...

Assalamualaikum kpd penulis dan semua tetamu.

Margerat Marcus.satu kisah yang menarik. Diharap penulis dapat menceritakan lebih banyak lagi proses pentarbiyahan yang dilalui oleh dia, juga perkembangan dikalangan kalian berdua.
Semoga dapat menjadi panduan sekalian pembaca.

Terima Kasih..

Pembaca sentiasa

Anonymous said...

yelah.setuju5x !
kak anis...citerla lagi ttg k.anis dan margerat marcus.tingin ateh nak jumpe die gak.ateh kagum tgk semangat die.semoga Allah tetapkan dia untuk bersama islam dan selamatkan akidah dia.
k.anis,kalau tak kisah, ateh cadangkan kak anis tulisla cerepn ringkas ttg kisah margerat marcus nie.ateh teringin sangat la nak tahu kisahnye dari awal perkenalan k.anis dan die, mcmne berterusan dan hingge skg.buleh x?
hrp dipertimbangkan.makseh.

rindue k.anis