Tuesday, March 31, 2009

Wahai Saudara Yang Jujur (2)


Allahumma solli'ala muhammad

Thibbil qulubi wadawa iha..



Bismillahirahmanirahim...Semoga kasih sayang Allah swt sentiasa bersama kita. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, miratur mukminin..Muhammad saw..ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda yang yang dirahmati..Saya kira, dalam keasyikan kita berkongsi-kongsi cerita dan pengalaman, lebih indah rasanya jika disana kita dahulukan perbincangan yang lebih aula. yea, rata-rata cerita-cerita kita pun tidak lebih hanyalah sekadar selingan semata-mata, nah jangan pula kerana selingan, matlamat utama dilupakan pula.betul tak?..




Manusia hari ini kehilangan sifat kehambaan terhadap Allah swt. Sifat kehambaan itu semakin lama semakin terhakis sedikit demi sedikit kerana sifat kebendaan dan material pergerakan arus hari ini mengatasi rasa takut dan gerun pada kekuasaan Allah swt. yea teman-teman, tidak perlu kita merenung jauh..didepan mata kita, itulah realitinya. Pemuda-pemudi islam larut dan terus larut. Yang tinggal hanyalah teorikal semata-mata. inilah natijahnya. Bukanlah seruan dakwah itu yang tidak sampai kepada mereka, bukanlah sifat da'e itu yang berputus asa, cumanya Allah swt hijabkan hati mereka untuk menerima walau sedikit pun kebenaran atas nama iman dan islam..hati itu telah pun mati. Kebenaran yang boleh diterima bukan atas nama islam tetapi atas nama moral sejagat. Salah laku akhlak hanya ditafsir menurut kaca mata undang-undang semata-mata dan bukan dari sudut halal atau haram menurut syariat islam..Saya kira, mungkin kerana itu, mutakhir ini kajian menunjukkan semakin ramai yang memakai kaca mata..bukan kerana banyak membaca atau sebagainya, tetapi kerana fitrah mata itu telah sakit akibat dijamu oleh banyaknya perkara maksiat. mata pun dah tak nak berfungsi dengan baik sebab manusia tak ikut cakap Allah swt..Mata pun tahu marah pada manusia...kan?



Sedih..amatlah sedih..

Bagaimana pun kita meratapinya, kata seorang ustaz..usahlah diratapi. jangan ditangisi. Keluarlah ditengah-tengah masyarakat yang hampir roboh ini sebagai pemuda-pemuda yang beriman. Agar disana, ia menjadi pelita..menjadi pewangi..menjadi inspirasi.



Pernah dahulu, As-syahid Hassan Al-Banna bercerita tentang cita-citanya kepada seorang sahabat ikhwan, katanya..Andai diumpamakan ISLAM seperti sebuah bangunan yang hampir roboh, maka Aku akan berjalan ke seluruh pelusuk dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda.. Aku tidak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka.. Tetapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas, untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersegam indah, kemudian masyarakat terkejut melihat betapa hebat dan indahnya bangunan yang dahulunya hampir roboh. Mereka tercengang-cengang melihatkan pemuda-pemuda yang berada di dalamnya..Mereka bermanis muka dan berpakaian kemas..sungguh berbeza dengan masyarakat luarnya..."


teman-teman yang dirahmati Allah swt..


Kemudian, adakah kalian juga punya cita-cita seperti ini ?

Alangkah hebatnya..Allah swt kurniakan cita-cita yang luar biasa...

Disini..beberapa nasihat dari IHAB dalam rangka pembinaan peribadi pemuda-pemudi yang beriman. kata IHAB, Islam itu seni dan teliti..sambungan dari siri yang lalu..



Wahai saudara yang jujur...


5. Anda hendaklah mengambil berat soal kebersihan dalam semua keadaan, kediaman, pakaian, makanan, tubuh badan dan tempat kerja. Kebersihan adalah teras agama ini.


6. Anda hendaklah sentiasa bercakap benar dan tidak akan sekali-kali menipu.


7. Anda hendaklah bersikap amanah pada janji dan setiap percakapan. Janganlah anda mungkiri janji walau apa keadaan sekalipun.


8. Anda hendaklah bersikap berani dan bersemangat waja. Sikap berani yang paling baik ialah lantang menyatakan kebenaran, bersedia menyembunyikan rahsia, mengakui kesilapan, jujur dengan diri sendiri dan mengawal diri ketika marah.


9. Anda hendaklah bersikap serius dan sentiasa bersungguh-sungguh. Walau bagaimanapun sikap serius ini tidak bermakna anda mengenepikan senda gurau yang benar dan gelak ketawa.


10. Anda hendaklah bersikap pemalu dan sensitif, amat peka dengan perkara yang baik dan yang tidak baik. Gembira melihat yang baik dan sedih melihat yang tidak baik. Anda juga hendaklah bersikap merendah diri tetapi bukan menghina diri atau mengampu. Jika apa yang anda minta itu lebih rendah daripada kedudukan anda nescaya apa yang anda minta itu pasti akan tercapai.


11. Anda hendaklah bersikap adil dan mampu memberikan keputusan yang betul dalam semua keadaan. Janganlah kerana kemarahan anda melupakan kebaikan dan jangan juga anda melelapkan mata melihat keburukan. Janganlah kerana persengketaan, anda melupakan nilai-nilai murni. Nyatakanlah kebenaran walaupun kepada diri anda sendiri atau kepada orang yang paling hampir dengan anda, walaupun ia pahit.


12. Anda hendaklah bergiat cergas dan terlatih untuk berkhidmat kepada masyarakat. Anda perlu merasa seronok dan gembira jika anda mampu memberikan sesuatu khidmat kepada orang lain. Anda hendaklah melawat orang sakit, membantu mereka yang memerlukan bantuan, orang yang lemah dan orang yang ditimpa malapetaka walaupun sekadar mengucapkan kata-kata yang baik. Sentiasalah berusaha untuk melakukan kebaikan.


13. Anda hendaklah mempunyai hati yang penyayang, pemurah dan pemaaf, sedia memaafkan, melayan dengan baik dan bersabar dengan manusia dan haiwan. Anda hendaklah memberikan layan yang baik kepada semua manusia. Anda hendaklah memelihara adab-adab pergaulan dalam Islam. Dengan ini bermakna anda perlu mengasihi anak-anak kecil, menghormati orang tua, memberikan orang lain ruang untuk duduk dalam majlis. Janganlah anda mengintip, mengumpat dan mengangkat suara. Minta izinlah ketika ingin masuk dan keluar. Begitulah seterusnya.



yea teman-teman,

barangkali, yang sedikit ini..akan cuba kita perbaiki. Saya akui sayalah yang harus mulakan dahulu berbanding kalian. Namun, sama-samalah kita berusaha. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan (Allah) sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar"....

Allahuwa ni'mal wakil...