Friday, April 24, 2009

Perihal Semasa


Assalamualaikum wrh...


Alhamdulillah, dengan barakah dan inayahNya, dapat kita bertemu dalam ruang waktu yang singkat ini. fatrah imtihan, suatu musim yang menguji kekuatan stamina iman. Saat ini, macam-macam terasa membelenggu..malas membaca, penat, jemu, bosan dan sebagainya.. Jika tidak sabar dan tidak yakin dengan bantuan Allah swt, nescaya usaha yang maksimum ini hanyalah sia-sia sahaja. nauzubillah..


Semoga Allah swt permudahkan segala kesulitan..


Sudah lama tidak mencatit, Allah izin pagi ni ada sedikit kelapangan waktu..Bermacam-macam perihal yang ingin ana ceritakan..insya-Allah, hari ini di sekolah swasta Ibnu Khaldun, ada Sambutan Mahrajan Tsaqafi. kata ayah, rata-rata sahabat-sahabat lembah kelang, shah alam sibuk membuat persiapan. Macam-macam aktiviti insya-Allah akan diadakan seperti pertandingan syarahan, malam kesenian, khidmat kesihatan, pameran, gerai jualan dsb..tapi Allah izin dihujung minggu ni, akhi terpaksa berkerja..Akhi pun agak sedih kerana tidak dapat membantu untuk khidmat kesihatan..tak mengapa, ada hikmah di atas penyusunan Allah swt ini...


Esok sudah hari terakhir Pesta Buku 2009 di PWTC. Juga masih belum berkesempatan untuk pergi..kesibukan dengan exam, akhi juga berkerja siang dan malam..memang boleh jika pergi sendiri bersama kawan-kawan namun ana sebenarnya lebih suka jika bertemankan akhi kemana saja destinasi. Lebih syarak dan selamat. Lebih-lebih lagi, di gedung-gedung ilmu...banyak yang dapat kami kongsikan jika pergi bersama. Kecenderungan kami pada jenis-jenis buku, agak berbeza..tapi itulah namanya kamil wal istakmil..bila dia bercerita perihal buku-bukunya, membawa ana terbang jauh mengembara ke dalam dunia ilmunya..Begitu juga sebaliknya. yea, kalian tahu..dengan membaca..kita seolah-olah mengembara ke semua tempat yang kita ingini..bahkan..kita juga bisa mengembara ke dunia baru yang belum pernah kita ketahui sebelum ini. Menarikkan?


ohya, tidak dilupa..mabruk di atas usaha yang gigih..adik Hilal Asyraf diatas penerbitan dua buah bukunya ; VT dan juga Langit Ilahi, Tuhan Tidak Lupakan Kita.. Melihatkan promosinya saja, ana dah rasa teruja untuk membacanya. Dengar khabar, novel VT itu menggarapkan suasana di lubuk tarbiah MATRI, juga suasana-suasana tarbiah yang mendidik hati..Khabarnya pula tentang Buku langit Ilahi..tentang mutiara-mutiara akhlak serta hikmah kata-kata dari UDMZ.. Insya-Allah, meskipun belum membacanya..ana yakin..keberkesanannya insya-Allah ada pada penulisan yang ikhlas dan hanya mengharapkan keredhaan dan keampunan Allah swt.. Insya-Allah, ayah dan ummi sendiri pun cukup positif untuk memiliki buku ini..semoga Allah permudahkan...


Apa khabar agaknya saudara-saudara kita di Palestin, Lubnan dan Selatan Thai..?
Kadangkala, terasa bakhilnya diri kita apabila ditanya tentang mereka, kita hanya mampu sekadar menggeleng. hilang khabar..sensitiviti terhadap saudara-saudara seislam sungguh kurang..semangat kita tidak setanding semangat Mahmoud Ahmadinejad, presiden republic islam di IRAN..nah, jika ada 10 orang pemuda seperti Singa Iran ini, insya-Allah..bergegar dunia dengan cabaran dan keberanian mereka. di saat masyarakat islam melupakan kisah berdarah di Palestin dan Lubnan, beliau dengan beraninya menyuarakan ketidak-adilan mahkamah dunia dengan membebaskan penjenayah perang; Presiden Bush sewaktu ucapannya di hadapan ratusan pimpinan Eropah. Kesannya, ramai pimpinan yang keluar dari dewan persidangan dan memboikot ucapannya termasuklah ada pimpinan dari negara Islam. Apa yang hebatnya, di awal ucapan beliau..beliau membacakan doa memohon keampunan Allah swt.


Ana juga teringat kehebatannya menangkis persoalan isu minyak dan penggunaan tenaga nuklear di Iran yang ditanyakan oleh pihak media barat. Bila ditanya, adakah dia tidak takut kepada Amerika dengan tidak membeli minyak darinya..? jawab beliau..Amerika bukanlah penentu segalanya. Iran sebuah negara yang maju dan kaya dengan hasil bumi. Kami menggunakan tenaga nuklear sebagai hasil tenaga utama. dengan itu tidak perlu pergantungan dengan Amerika. Amerika hanya mahu mengaut keuntungan yang lebih dengan membeli minyak dari negara2 dunia ketiga dengan harga yang murah kemudian menjualnya dengan harga yang berlipat ganda. Amerika tiada hasil bumi, kerana itu ia hanya memperalatkan perdagangan dan Iran tidak akan bergantung pada ekonomi Amerika....


Begitulah, hikmah keberanian yang Allah swt berikan kepadanya. Keberanian itu Allah swt berikan hanya kepada orang-orang yang beriman. Sehingga mereka tidak gentar kepada musuh dan mereka tidak takut pada kekuatan yang selain dari kekuatan Allah swt.. kita pula...dimana tahap kita..?

teman-teman,
sebagai akhirnya....
Marilah sama-sama kita renungi kata-kata Saidinar Umar Al-Khattab.." Sesungguhnya kita adalah ummat yang Allah swt berikan kemuliaan dengan ISLAM. Bagaimana pun cara kita mencari kemuliaan tanpa ISLAM, maka Allah swt akan tetap menjadikannya suatu kehinaan.."

3 comments:

Anonymous said...

mabruk ukhti ! sudah lama ana menanti post terbaru

Aisyah Hamdan said...

salam.best artikel yg anis baca tu.mmg mamud ahmadinejad seorg pemimpin islam yg berkaliber dan berwawasan.

eh anis xgi pesta buku? pelik ni...kik3

Maryam said...

salamun'alaik ya rafiqati..
anis.maaf to say, rugi juga bila anti tak pergi ke pesta buku kali ni. Subhanallah..seronok jiddan nis! byk sgt buku2 baru..penulis2 dr journalism club pun ada yg berkarya.
Ana dh miliki buku langit ilahi.
alhamdulillah...seronok juga membacanya.mudah2an,penulisan itu lebih ikhlas..