Monday, April 27, 2009

Hidup untuk sahabat


Assalamualaikum wrh...

Sesungguhnya Engkau tahu..
Bahawa hati ini telah berpadu..
berhimpun dalam naungan cintaMu....
bertemu dalam ketaatan..
bersatu dalam perjuangan...
menegakkan syariat dalam kehidupan...


Kaifahalukunna ?

sahibah-sahibah tersayang, bagaimana perasaan kalian apabila mendengar nasyid ini..? yea, beginilah hati ini merasai.. begitu indahnya perasaan kasih sayang yang dilimpahkan oleh Allah swt ke dalam jalinan ukhuwah yang dibina hanya kerana menagih cintaNya insya-Allah.. Kata Ustaz Dahlan dalam penyampaiannya..Kita kena hayati benar-benar makna ukhuwah dalam membina kekuatan..kita nak kena rasa bahawa kita hidup bersama sahabat-sahabat kita dan kita hidup untuk mereka. Bukan hidup untuk kehidupan kita sendiri semata-mata...


Ana teringat satu kisah dari kisah-kisah yang pernah ayah ceritakan..


Ada beberapa orang sahabat ayah yang mana insya-Allah salah seorang darinya begitu akrab ikatan kekeluargaan kami..mereka berpakat membeli tanah lot, kemudian merancang nak bina rumah sama2.. Ada di antara mereka bekerja sebagai pensyarah, profesor, pegawai tinggi, dan ada juga seorang guru. yang mana pendapatnya agak kurang berbanding yang lain. Bila bincang2 antara mereka, rumah macamana yang akan mereka bina, mereka minta pendapat guru ni, kemudian guru cuma kata..ana tak mampu buat besar2..ana hajat nak buat rumah kecil2 dulu. Sahabat2 yang lain terus buat keputusan, kita bina rumah sama2..apa yang ada kat rumah ana..rumah anta pun kena ada. Tentang wang, anta tak perlu risau..kami ada untuk bantu..kemudian alhamdulillah, keenam-enam buah rumah itu terbina sama-rata. Sahabat menjadi penguat kehidupan...


yea teman2....bila difikir2 kembali, bukan suatu yang mudah untuk kita melakukan pengorbanan sebegini..Buat rumah bukan selalu, tentunya kita hajatkan rumah yang terbaik dan paling selesa..yang berkemampuan, pasti bahan2 binaannya lebih mahal..Namun, itulah kesan dari tarbiyah islam. Begitulah peranan tarbiyah mempengaruhi kehidupan mereka. Sehingga mereka rasa keselesaan sahabat itu lebih utama dari keselesaan sendiri..Apabila kita ikhlas dan sabar melalui proses tarbiah ini, akan menjelma peribadi-peribadi yang luar biasa yang takda dalam masyarakat kita hari ini. Kita bantu sahabat kita atas dasar keimanan kepada Allah swt...


Inilah barangkali yang UDMZ maksudkan sebagai "kita hidup bersama sahabat-sahabat kita dan kita hidup untuk mereka.."..


Insya-Allah, mudah-mudahan Allah swt menghidupkan keikhlasan dihati kita..sepertimana Allah swt menghidupkan keikhlasan itu kedalam hati-hati mereka..


Sebenarnya, nasyid ini pertama kali ana dengar sewaktu Kem Kearah Kelantan di Jeram Ngaji akhir tahun lalu..semoga Allah swt mengurniakan pahala yang berganda buat mereka yang menyentuh jiwa-jiwa yang malap untuk bersinar kembali...Sampai di pendengaran ini, khabarnya..ada diantara kita menitiskan air mata..Subhanallah, begitu lembut hatinya..alangkah indahnya jika miliki hati sebegitu...


"..dan yang mempersatukan hati mereka orang-orang yang beriman walaupun kamu membelanjakan seluruh kekayaaan yang berada di bumi nescaya kamu tidak akan dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.. sesungguhnya dia maha gagah lagi maha bijaksana"..

3 comments:

Maryam said...

Rabithah hati..
ana pun suka nasyid ni anis.
semoga Allah swt mengikat kasih sayang kita di dunia dan akhirat insya-Allah

Nik Syuhada said...

salam nis, maryam..
mmg benar, sudah banyak bukti2 keagungan ukhuwah yang Allah swt tunjukkan.Org2 yg meletakkan Allah swt di hadapan dari segala sesuatu,keutamaan utk diri tu jadi nilai tambahan je.yg penting shbt kenyang, shbt gembira, shbt lapang..sbb apa? sbb tak beriman kita slgi kita xkasih shbt kita lebih dr kita kasihkan diri kita sndiri...masya-Allah,sm2 kita muhasabah kembali..

Anonymous said...

tersentuh mendengar perihal kisah tarbiyah membentuk mukmin yang kasih pada saudaranya..semoga penulis membekalkan lebih banyak iktibar di masa mendatang.semoga Allah mengurniakan keikhlasan dan kesabaran.