Thursday, October 18, 2007

Selingan ( Mereka dalam hidupku )


Alhamdulillah..wassolatu wa salamu 'ala imamil muttaqin..wa qoidil mujahideen...wa'ala alihi wa ashabihi wa man da'a bida'watihi ila yaumi deen...

Syawal menjelma, Ramadhan berlalu...
Titian kasih sayang di antara Hamba dan Pencipta..Bagaimana perkhabaran teman-teman sekalian?..sihatkah?...Semoga Allah merestui persahabatan kita yang mana insya-Allah kita doakan agar persahabatan ini benar-benar tautannya di atas untaian iman...biiznillah...

Dari bicara seorang Murobbi..
Masa berlalu begitu pantas, terlalu banyak yang ingin kita kejar tanpa disedari banyak pula yang kita abaikan.

Inilah realiti kehidupan kita hari ini. Hanya keimanan yang akan meletakkan kita pada jalan yang betul. Hanya keimanan yang akan membina neraca yang benar dalam menentukan apa yang perlu kita lakukan dan apa pula yang perlu kita abaikan....

Mutaakhirin, saya disibukkan oleh sahabatku yang sejati..Inarah. Sirah-sirah yang diceritakan, amat menyentuh hati. Fatheehah yang amat dikasihi kerana kasih sayangnya yang murni...Sahabatku Laila, Selamat Pengantin Baru..membina mahligai melangitkan empayar insan..semoga kebahagiaan kekal berpanjangan. Kataorang pertunangan elok dirahsiakan, perkahwinan diumumkan. Kami semua mewakili dan mewakili...mendoakan agar penyatuan itu mudah-mudahan satu kekuatan untuk deen ini..Shaheed Awwal, Ruhul Amien, Busyra Afifah, Sirah Amna, Natrah dan Maryam...mesej2 kalian adalah semangat yang gagah....

Kalau ingin dijawab kemana menghilang, tentunya bukan menghilang. cuma sekadar memberi masa untuk menghayati. Sesungguhnya, apa yang dipatri dalam catatan itu harusnya selari dengan amalan. Insya-Allah, itulah yang cuba saya cari..Khazinatul Asrar yang dekat dihati, keberadaan kita sentiasa menghangatkan jiwa yang malap..Kasih sayang yang lahir sesungguhnya milik Allah jua..swt..

Adik/sahabat/temanku Ummul Qasha ....'asif jiddan. Sudah tidak banyak masa kita bersama. Mari kita bercerita kembali tentang bekalan semalam....Hakikatnya, penyusunan Allah itu adalah sebaik-baik penyusunan. Kadangkala kita merasa sudah merancang yang terbaik, tetapi Allah tak mengizinkannya..Bukan kerana dia murka atau tidak suka..cumanya Dia ada penyusunan yang lebih baik..Insya-Allah. Kerana itu perlu sentiasa berhusnu zon dengan Allah. Yakin dan harus yakin bahawa tiada yang lebih baik melainkan penyusunan Allah swt..Ini, kita nasihati diri kita sendiri..Ummul qasha..supaya hati kita lebih lembut untuk menerima apa sahaja ketentuan Allah itu dengan lapang dada..

K e h i d u p a n d a n k e i m a n a n . . . .
Harusnya kehidupan hari ini banyak menguji keimanan..Bagaimana kita membawa iman kita dalam suasana sekarang? Saya teringat pertanyaan seorang teman kepada seorang murobbi..Bagaimana untuk kita menjaga keimanan dan kesolehan kita..Katanya..Istiqomah dalam tarbiyah adalah rahsia memelihara keimanan dan kesolehan..Namun begitu, mampukah kita istiqomah jika tiada 3 bekalan utama ; murobbi yang amin, biah yang membina dan sahabat yang soleh...kerana itu 3 bekalan ini, betul-2 kita kena jaga. Jaga dengan sebaik-baiknya..Layarilah kehidupan ini dengan keimanan..Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah swt...

Khalif yusuf ...
innahum kholqin jayyid...

Beberapa hari lalu, ukhti sejati menziarahi ke daecrah bonda..akhirnya..Mengendong Amar Yassir. Amat terkilan di hati bila sahabatku itu sedang sarat dulu, Allah izin tiada ruang waktu untuk ketemu dengannya...usai saja di melahirkan Amar yassir, juga tiada keluangan lagi..waktu tu terfikir, kalau mampu diri ini menjadi seperti Argtustio yang berupaya terbang sekelip mata..bisa saja kan..he3.tetapi..penyusunan Allah itu tetap yang terbaik..tak perlu menjadi Argtustio..atau menjadi Briadiandi yang mampu memasuki alam mimpi untuk bertemu sesiapa saja..juga tidak perlu menjadi seperti tsiku-pan..ALLAHKAN ADA...

Gambar :
-Black&white suit, Amar Yassir
-Blue Suit, Khalif Yusuf


Aqulu qauli haza wa astagfirullahal'azimna li wa laqum...
Wallahu'walam

3 comments:

Anonymous said...

syukran anis...
sesungguhnya anti juga adalah calon sahabat ana yang soleh...
Ya Allah..gembiranya dapat tengok amar yassir.
sampaikan salam pada azzah ye.Tahniah di atas mujahid baru.

Anonymous said...

alhamdulillah...comel khalif yusuf dan amar yassir.
kembar ke anis?ana tak dapat maklumat pun.

NurtaQwa08 said...

hehe..aisyah !
tu anak sedara ana dan anak azzah lah...apalah anti nie....hehe