Saturday, September 04, 2010
Wahai anak-anak Islam
Perhatikan anak kecil ini..
Friday, August 13, 2010
Mendoakan Kesejahteraan UDMZ..
"Secara keseluruhan keadaan UD memang kritikal, buah pinggang dah rosak, jantung lemah, pernafasan melalui mesin dan belum sedar. dikhuatiri stoke. Terlalu banyak organ disfunction. Wallahu'alam"
- Prof. Madya Dr. Zamrin Dimon.
2 Minggu lepas, Alhamdulillah saya berkesempatan menziarahi seorang Murabbi dan juga Mudir sekolah saya dahulu iaitu Al-Fadhli Ustaz Dato’ Dahlan Bin Mohd Zain.(UDMZ) di HUKM. Sejak akhir-akhir ini, Ustaz selalu jatuh sakit dengan izin Allah SWT. Melihat keadaan yang uzur dan berbaring di katil wab membuatkan hati saya sayu. Semasa menziarahi Ustaz saya bersalaman dan memeluknya.
“ Ali ke ini?,” Soal Ustaz sambil memandang matanya kepada saya.
“ Ya Ustaz,” Jawab saya. Terharu juga, dalam keadaan begitu Ustaz masih meraikan pelawat-pelawat yang menziarahinya.
Semoga Allah SWT kuat dan tabahkan Ustaz. Semoga Ustaz cepat sembuh. Alhamdulillah, maklumat yang terkini yang saya perolehi Ustaz semakin baik kesihatan dan kini sudah pulang ke rumahnya di HUKM.
DAYA PENGARUHNYA
Saya mulai mengenali Ustaz semasa saya mulai menjejaki kaki ke sekolah lama saya iaitu MATRI. Sebuah sekolah yang menjadi tempat saya diproses untuk mengenali Allah SWT dan dididik supaya boleh bermanfaat kepada masyarakat pada suatu masa nanti. UDMZ adalah pengasas MATRI dan sejak daripada mula ditubuhkan sehingga kini, Ustaz adalah Mudirnya.
UDMZ yang saya kenal adalah seorang pendidik yang berjiwa besar. Kerendahan hatinya membuatkan saya sangat menghormatinya. Satu perkara yang menghairankan saya semasa tingkatan satu dahulu, Ustaz tidak suka pelajar mengucup tangannya apabila bersalaman dengannya. Pelik juga. Ini lambang kerendahan hati dan jiwa Ustaz. Ustaz tidak sukakan penghormatan yang berlebihan kepadanya.
PERISTIWA TINGKATAN 2
Saya masih ingat satu peristiwa semasa tingkatan 2. Suatu hari Ustaz Dahlan sakit kerana sakit goutnya dan ketika itu Ustaz tetap datang ke Sekolah seperti biasa. Dengan bertemankan tongkat Ustaz berjalan menuju ke Pejabat seperti biasa. Pagi itu Ustaz datang awal seperti biasa. Di kalangan guru-guru, Ustaz adalah orang yang awal akan hadir ke sekolah sekiranya tiada keuzuran. Inilah Qudwah yang sangat menyentuh hati.
Saya melihat dengan perasaan yang sangat terharu dan sebak. Ketika itu, ada seorang senior saya daripada Marhalah Khassah melihat Ustaz berjalan berteman tongkat daripada Mussola MATRI melalui jendela. Air matanya mengalir dan dia begitu sedih melihat keadaan Ustaz begitu. Saya bertanya kepadanya.
“ Ana terharu melihat pengorbanan Ustaz mendidik kita. Tanpa jemu dan tidak pernah berputus asa. Enta lihat lah sendiri. Walapun dalam keadaan begitu, Ustaz masih gagahkan diri ke sekolah. Apa erti pengorbanan ini untuk kita semua,” katanya sambil melihat kepada Ustaz.
“ Ustaz mentarbiyah kita melalui qudwah yang hidup. Bagi ana inilah Murrabbi Ummah yang jarang kita temui di mana-mana.,” Sambungnya lagi
Saya tersentak. Kata-kata yang simple tetapi membuatkan saya berfikir dan tersentuh. Hari itu, barulah saya benar-benar rasa bersyukur kerana dapat mengenali seorang insan yang berhati mulia ini. Jiwanya penuh dengan cita-cita yang besar. Mendidik Ummah dan tidak pernah kenal kejemuan dalam berbakti kepada masyarakat.
Saya tahu Ustaz tidak suka dan tidak gemar dirinya diangkat dan dijulang-julang di tengah-tengah kemahsyuran. Kerendahan hati dan jiwanya membuatkan dirinya tidak perlu dihebah-hebahkan kepada sesiapa pun. Tetapi, keperibadian dan contoh yang ditunjukan Ustaz sentiasa hidup dan “popular” di hati anak didiknya dan dijiwa mereka-mereka yang mengenalinya.
Semoga Usaha dakwah yang dilakukan oleh Ustaz ini bersama-sama sahabat-sahabat seperjuangannya diredhai oleh Allah SWT.
Saya teringat satu kata-kata Ustaz :
Saturday, July 24, 2010
Surat Dari Akhawat Palestin..
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi..
Sebenarnya, bila membaca saja warkah ini..terusnya mengalir rasa kasih sayang yang tinggi terhadap para muslimah di Palestin. Inilah di antara kehebatan islam...kita tidak pernah berjumpa..kita tidak pernah duduk bersama...kita tidak pernah berhubungan apa-apa...namun, kebersamaan itu merentasi benua..kasih sayang itu tetap wujud kerana kita tahu..kasih sayang itu adalah kerana Allah. Kita menyintai saudara kita kerana dia juga menyintai Tuhan yang kita cintai...
Dari pengalaman bertemu Ummu Muhammad dulu, serta beberapa isteri para mujahidin ketika kedatangan mereka ke Kuala Lumpur baru-baru ini, memang benar saya rasai..deru-deru semangat perjuangan yang mengalir dalam diri mereka adalah sesuatu yang real..Inilah yang Abu ayyash katakan dulu..mereka adalah orang2 yang menjalani tarbiah secara benar dan mereka mempraktikkannya...Kerana apa..? kerana Allah memilih mereka hidup dalam keadaan tertekan..demi mempertahankan Al-Aqsa..Kiblat pertama Ummat Islam..
Begitulah...
Pasca kepulangan team Relawan Komat yang berangkat ke Gaza, Palestina, beberapa waktu lalu, sebuah surat khusus dari mujahidah Palestina dititipkan melalui Relawan KOMAT Palestina, al-Ustadz Muhammad Ikhwan Abdul Jalil, Lc. Surat tersebut berbahasa Arab yang kemudian diterjemahkan oleh Divisi Kajian Komat Palestina, ustadz Abul Miqdad Al-Madany. Berikut isi surat terbuka yang diperuntukkan kepada para muslimah di Indonesia ini.
Saudari-saudariku para muslimah di Indonesia…
Aku sampaikan salam penghormatanku untuk kalian, salam penghormatan Islam yang agung:
Melalui surat ini, kami aturkan rasa terima kasih kepada semuanya atas sikap dan dukungan mereka untuk anak-anak bangsa Palestina kami.
menjadi orang yang benci kepada Allah dan Rasul-Nya yang kelak akan memberi syafaat
kepada kita di hari kiamat?
mengikuti apa saja yang dicintai dan diredhai-Nya.
Gaza, 29/6/2010.
Thursday, July 15, 2010
Rencana Baru..
ohya...
ada yang berpandangan bidang undang-undang ni satu bidang yang banyak kekhilafan..kerana banyak peguam hanya tahu buat duit dengan mengenakan fees yg tinggi, ada peguam yang mengambil kesempatan dan memanipulasi undang-undang untuk melepaskan dirinya, ada yang angkuh yang hanya tahu memperagakan fashion dan sebagainya..sebenarnya, di atas urusan apakah tuduhan2 ini diberikan..kerana bagi saya sendiri, bidang ini diceburi atas dasar keperluan ummah dan islam itu sendiri..Islam akan kuat bila adanya penguasaan pemerintah dan pemerintah tertegak atas dasar sistem perundangan. Kerana itu, jika orang islam menguasai undang-undang, mereka pasti boleh menguasai dunia..Orang yang tidak tahu peraturan dan undang-undang pada hari ini, adalah orang yang akan sentiasa menjadi mangsa..
namun sayangnya, tidak ramai lagi yang mahu menjejaki Umar Tilmisani yang kedua..Bagaimana sejarahnya sebagai peguam dan hakim negara yang akhirnya menjadi pendukung dan pembela nasib para pejuang dari undang-undang yang sengaja direka-reka oleh rejim Jamal Nassir..
Seperti kata Saint Adhley, Selagimana orang islam buta dalam bidang undang-undang, kita akan terus menjajah fikiran, penglihatan, peraturan dan kehidupan mereka dengan sistem yang kita ada. sistem yang ada sudah cukup untuk menghalang sebarang kebangkitan yang mereka akan lakukan sekiranya mereka sedar"...
Mungkin...
kerana itu juga saya sentiasa ulang-ulang peringatan sahabat saya..katanya.."Meskipun anti tidak suka dengan bidang ini, anti tetap perlu belajar untuk cinta pada bidang ini dan mengambil segala kepakaran didalamnya kerana islam berhajatkan pada kepakaran itu. Potensi ini anti tidak boleh sia-siakan sebab islam disuatu masa akan memerlukan pembelaan.."
Saturday, June 26, 2010
Ya Allah..
Semoga Allah swt menghadiahkan kita keluarga, sahabat dan persekitaran yang sentiasa membawa kita untuk lebih dekat kepada Allah swt...
Thursday, June 24, 2010
Suara Amal..
Aku akan menuai gandum dan membahagikannya pada mereka yang lapar.
Jiwaku menyuburkan ladang anggur yang kuperas buahnya dan kuberikan sarinya pada mereka yang kehausan.
Syurga telah mengisi pelitaku dengan minyaknya dan akan kuletakkan di jendela.
Agar musafir berkelana di gelap malam menemui jalannya.
Kulakukan semua itu kerana mereka adalah diriku.
Andaikan nasib membelenggu tanganku dan aku tak bisa lagi menuruti hati nuraniku, maka yang tertinggal dalam hasratku hanyalah : Mati!
Aku seorang penyair, apabila aku tak bisa memberi, akupun tak mau menerima apa-apa.
Thursday, December 17, 2009
Ma'alhijrah...
Assalamualaikum wrh...
Sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah..
kaifahalukum fi hazal yaum?..Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnianya, kita masih diberi kekuatan untuk hidup bersama islam dalam suasana hari ini...
Alhamdulillah, Allahu'aziz masih memberi kita keupayaan untuk menaip, membaca, mengingat dan sebagainya..bila dikaitkan perkaitannya, terasa Ar-rahmannya Allah swt kepada kita..kebolehan yang kita ada ini, semuanya dengan izin Allah swt...
Setiap manusia itu diberi anggota, pancaindera, dan bermacam-macam lagi nikmat, agar mereka bersyukur. Allah mengurniakan kita ‘resources‘ agar kita dapat gunakan untuk memperoleh syurga-Nya. Perniagaan yang diterangkan oleh Allah di dalam Al-Quran adalah suatu perniagaan yang sangat menguntungkan. Perniagaan yang mendatangkan keuntungan mengatasi seluruh isi dunia ini, yakni kebebasan dari api neraka. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha untuk menggunakan sebaik mungkin segala resource yang telah Allah kurniakan kepada kita agar dengan usaha ini, kita semua akan beroleh redha dari Allah SWT…amin..
hm..Selamat Tahun Baru Hijrah..
1 Muharam, 622M.. dulunya permulaan hijrah Rasulullah saw dan orang-orang islam, dari kota mekah ke kota madinah demi menegakkan syiar islam.. kini, 1430 tahun sudah berlalu.. Islam yang kita nikmati kini adalah hasil dari pengorbanan mereka..
1430H..berlalu bersama kekurangan yang perlu dimuhasabahkan kembali...moga-moga tahun baru yang hadir kini...semoga ia membawa sinar baru..arus baru..perubahan baru..insya-Allah..ruhul jadid..!
bangkitlah segera wahai pemuda
jangan terlalaikan oleh buai dunia..




