Thursday, May 24, 2007

Selingan ( Pesanan Ukhuwah )


A s s a l a m u a l a i k u m W B T

Berbincang tentang Ukhuwah cikgu rasa terpanggil untuk memberi sedikit pandangan.Sebenarnya pengertian ukhuwah banyak kita boleh perolehi dari buku2 dan penyampaian2. Permasalahannya untuk dihayati dan dilaksanakan dalam kehidupan kita.

Kalau kita tanyakan pada diri kita, berapa kali kita memaafkan sahabat kita tanpa diminta apabila berjanji tapi dia terlewat 1 jam atau 2 jam. Berapa kali kita mendengar dengan penuh sabar disamping memberi kemaafan ketika sahabat kita mencemuh atau mengatakan sesuatu yang pedih pada kita. Berapa kali kita memaafkan sahabt kita ketika dia berlaku kasar kepada kita......memberi kemaafan tanpa diminta

Inilah minimumnya ukhuwah. Mungkin kita rasa apa yang dia lakukan kepada kita tidak patut, tetapi bukankah manusia boleh melakukan berbagai-bagai kesilapan. Mungkin kita rasa kita cuma buat sebagaimana yang dia buat...jadi apa bezanya kita dan dia. Bukankah ukuran kita ialah mardhatillah, pahala dan syurga Allah...jadi jika kita bersabar bukankah kita semakin hampir denga apa yang Allah janjikan. Oleh itu cikgu rasa kalau kita fikirkan ukhuwah dari sudut kita menerima dari orang lain...kita tidak akan menemuinya sampai bila-bila. Tetapi UKHUWAH itu ialah apa yang kita berikan dan semua yang kita berikan itu adalah demi mencapai keredhaan Allah dan kita tidak mengharapkan terima kasih dan penghargaan bahkan kita lebih suka jika tidak ada terima kasih dan penghargaan itu kerana takutkan hilangnya keikhlasan kita.

Cikgu nak kongsi satu pengalaman yang cikgu lalui sendiri. Cikgu pernah tinggal di suatu tempat dan cikgu diberi amanah untuk menjaga kebajikan. Bertahun-tahun cikgu memerhatikan kalau2 ada yang perlu pada khidmat dan pertolongan. Kalau ada yang akan pindah kesitu cikgu akan carikan rumah, bersihkan rumah, pastikan bila sahabat tu akan berpindah, sediakan tenaga2 untuk turunkan barang dan sebagainya. Bukan setakat itu sahaja, ada yang perlukan perhatian lebih...bagi yang ada masalah kewangan dan sebagainya kadang2 sampai setahun dua baru selesai.

Sampai satu masa cikgu berpindah ketempat lain, dihati kecil cikgu mengharapkan akan dapat layanan yang sama kalau tak pun sebahagian dari yang pernah cikgu berikan. Tetapi apabila sampai ketempat baru, walaupun sudah dimaklumkan kedatangan cikgu dengan satu lori yang sarat dengan muatan namun tidak sesiapapun disana. Tuan pada rumah yang cikgu sewa pula cakap yang rumah tu dah dibasuh tetapi rupanya tidak. Jadi tidak ada sesiapa yang bantu untuk turunkan barang untuk dibawa masuk kedalam rumah yang masih kotor. Lepas tu pulak cikgu terpaksa cuci rumah dalam keadaan penuh dengan barang2. Pindahkan barang ke bilik2 cuci diluar bilik, kemudian pindahkan keluar pula. Terpaksa cuci sebahagian2 demi sebahagin, hampir sebulan baru siap.

Jadi rasa2nya apa perasaan kita kalau peristiwa tu berlaku pada kita.

Inilah medan untuk kita menghayati dan melaksanakan ukhuwah yang sebenar bukan dalam medan ilmu atau usrah2 dan sebagainya. Inilah masanya untuk kita berbaik sangka, masa untuk kita memberi kemaafan dan mencari jawapan yang terbaik untuk kita memaafkan orang laian. INILAH minimum dari ukhuwah....jika inipun tidak ada, maknanya ukhuwah itu masih belum wujud dalam diri kita...mungkin kita tahu apa itu ukhuwah seperti sebahagian dari masyarakat bukan Islam yang kenal dan tahu tentang Islam tetapi tidak menjadikan dirinya MUSLIM.

Oleh :CAB
____________________________________________________

Practical Ukhuwah. teringat kata seorang teman, ana pertama kenali dia dengan nama "hurul'ain". Katanya, bila kita bersama, berdekatan..terasa sayang dan indah..itu bukanlah lagi dikira kemanisan ukhuwah, tapi bila berjauhan dan datang ujian, tetapi kita masih meyakininya, bersangka baik padanya malah mendoakannya, itulah kemanisan yang sebenar...

sekadar selingan, ana teringat cerita seorang sahabat, suatu ketika semasa dia ditingkatan 1, dia perlukan tshirt putih untuk minggu orientasi. Allah izin, dia tak miliki satu pun. Kemudian ada seorang senior meminjamkan sehelai baju putih yang masih baru dan kemas. Selepas dia guna, dia kembalikan balik, tapi senior tu kata..tak perlu pulangkan.anggap saja sebagai hadiah. Selang beberapa tempoh masa, senior tu pula meminjam baju daripadanya. Kemudian senior tu kembalikan baju tu dalam keadaan yang sangat bersih, kemas, wangi dan bergosok...lebih baik dari keadaan asal baju tu..Waktu tu, terus dia doa kat Allah, mudah2an senior ni akan jadi sahabat dia di dunia dan akhirat. Syaksiah senior tu memberikan dia tarbiyah yg cukup besar. Sekarang, alhamdulillah..Allah izin..dia satu kampus dengan seniornya itu, satu rumah, satu HQ..Itulah penyusunan Allah swt. Kerana itu, setiap pertemuan itu..kdgkala mmg petanda Allah nak beri kita sahabat yang soleh. dan yang paling penting, kalau kita hajat pada sahabat yang soleh, kita kena doa..minta ngan Allah..insya-Allah..

Insya-Allah, semoga Allah merahmati Cikgu Azmi..Untuk PeWaris, pasti mengenalinya. Dia amilin dan juga murobbi Insya-Allah. Mudah-mudahan, di hari yang penuh keheningan ini, walaupun masih hujan..semoga ana dapat menberikan sesuatu dan kalian dapat menerima sesuatu...Namun, semuanya dari Allah belaka..insya-Allah...wallahuwa'lam.

Monday, May 14, 2007

Bicara Petang ( Ummi )


Bismillahirahmanirahim... alhamdulillahirabbil alamin, hamdan yuafii nikmah wa yukafi'ul maziidah...ya zhal jalali wal ikrom...setinggi-tinggi kesyukuran untuk kesekian kalinya kita rafakkan ke hadrat Allah swt di atas nikmat-nikmatnya yang tidak bersempadan. Memberikan kita hari-hari yang nyaman dalam teduhan iman dan kerja-kerja mentaatinya. Dengan keizinannya, kita dapat merasai apa itu iman, islam dan ihsan dalam kehidupan kita insya-Allah. Demi sesungguhnya, pilihan Allah itu adalah merupakan suatu nikmat yang sangat besar. Alhamhamdulillah...

Dikesempatan ini, ana ingin mengambil sedikit ruang untuk mengabadikan kasih sayang buat ummi yang ana kasihi. " Selamat Hari Ibu..buat bonda tercinta "..dikeheningan petang yang damai dan tenang ini, dengan penuh kekerdilan diri, marilah sama-sama kita mengenang kembali pengorbanan seorang ibu dalam membesarkan kita dengan segala qudratnya...kasih yang tertitip, sungguh tiada tolok bandingnya dengan segala apa yang ada di dunia ini. Mampukah kita membayar kasih mereka ? Pernah ana melihat kisah seorang ibu yang sanggup mengatakan dia sudah keyang demi mencukupkan keperluan makanan anak-anaknya...pernah ana melihat kisah seorang ibu yang sungguh gembira menerima wang gajinya..lalu dibelikan hadiah untuk menggembirakan anak-anaknya..Pernah juga ana melihat kisah seorang ibu yang melupakan keperitannya, terukir senyuman dibibir tatkala di hadapan anak-anaknya...sedangkan bila bersendirian dia menangis semahunya meluah segala nestapa di hati...dia menanggung segala-galanya sendirian....Dia membakar kebahagiaan diri untuk menghidupkan obor2 demi kebahagiaan anak-anaknya...Sungguh mulia hati seorang ibu...


Pernah suatu ketika, ana bertanya pada ummi...apa harapan ummi pada anak-anak ummi..kata ummi...ummi tak harap kami membalas segala apa yang dia telah berikan...dia meredhai segalanya..cukuplah kami menjadi anak-anak yang soleh yang akan sentiasa mendoakan umi dan ayah...didunia dan juga di akhirat..Katanya, kami adalah permata yang bersinar dalam hidupnya...


Teman-teman yang dirahmati...marilah sama-sama kita mendoakan ibu kita. Doakan kesejahteraannya..doakan kebaikan buatnya..doakan kebahagiaan dan ketenangan menyelubungi kehidupannya...marilah kita memohon ampun padanya, kerana kita adalah hamba yang lemah..yang sentiasa terburu-buru dalam melakukan sesuatu. pastinya di sana, ada kita mengguriskan hati ibu, pastinya disana..pernah ada kekasaran yang terselit dalam bait kata-kata...mungkin ibu kita tidak meluahkannya. Kerana ibu sangat pemaaf dan sentiasa memaafkan kita...tapi terlalu tinggikah kita sehingga malu memohon ampun padanya..? menundukkan diri lebih rendah darinya...kata ummi, kegembiraannya adalah anak-anaknya..pada setiap senyuman kami adalah kebahagiaan buat ummi..pada setiap tawa dan telatah kami...adalah kedamaian buat ummi...


Pada kekurangan ini, semoga ibu mengampuni kita..meredhai kita. Kerana keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan ibu...Kita hanya miliki seorang ibu di dunia ini..di ambang lewat usianya, sedang kita makin meningkat dewasa..pada siapa ibu ingin menumpang kasih kalau bukan pada anak-anaknya..?


Ummi, terima kasih kerana sudi bersabar dengan segala ujian yang menimpa kehidupan selama ini. Menyedari kita tidak mungkin hidup tanpa ujian kerana ujian-ujian itulah sebenarnya adalah kehidupan kita..terima kasih kerana sudi berkorban buat kami, menjadi bumbung tempat kami berlindung...menghilangkan gusar dihati..menyelimuti malam-malam ini dengan kasih sayang..terima kasih kerana ummi sentiasa menemani..mengharungi kehidupan ini..dengan adanya ummi..segalanya pun terasa mudah dan senang...

Terima kasih buat ummi yang sentiasa mentaati Allah. Kerana ketaatan kita kepada Allah, terpahat keyakinan yang padu..sesungguhnya ana sentiasa percaya bahawa ummi sentiasa berusaha meraih cintaNya, serta sentiasa dilindungi Allah sepanjang masa. terima kasih di atas doa-doa ummi...terima kasih di atas impian murni ummi..Allah pasti mendengar rintihan hati ummi..saban malam di kala diri ini lena di palut mimpi..Terima kasih kerana ummi seorang yang beragama..justeru melahirkan diri ini dalam keadaan beragama..mendidik diri ini dengan ayat-ayatNya, mengenali akhlak-akhlak ummi..syaksiah ummi, ana terasa malu...sungguh tidak mampu setandingmu...dirimu adalah anugerah dari langit buatku....


Semoga cinta dan kasih sayang ini terus memekar pada sebuah jalinan yang terbina atas dasar kehambaan. Hamba yang sering memikirkan peranan dan gemar memberi kebaikan. Marilah sama-sama kita mentaati ibu kita dalam rangka mentaati Allah swt. Rabbana athina fiddunya hasanah..wa fil akhirati hasanah..waqina azabannar..

Tuesday, May 08, 2007

Selingan ( Sekadar )


Assalamualaikum wrh..

Apa khabar teman-teman yang dirahmati Allah swt..? Semoga hendaknya dalam kasih sayangNya senantiasa. Apa yang hendak dikata, waktu yang berlalu meninggalkan cebisan kenangan, sungguhpun ia tidak mampu berulang, akan tetapi diri ini masih terlalu mengimpikan walaupun hanya sehari untuk saya ulangi kembali nostalgia semalam. Banyak yang ingin saya baiki, banyak yang ingin saya ceritakan dan terlalu banyak yang ingin saya buat di hari semalam. Agar apa ada yang pincang kan kembali lurus, ada yang terluka bisa dicegah seawalnya, mana aja yang gusar, mampu saya terangkan kembali, selagi belum terlambat..

Sungguh saya mengimpikan hari semalam...ada kasih mereka yang terabai kerana kelalaian saya, saya ingin betulkan kembali dan hargai mereka..ada jiwa yang terluka kerana sikap ini yang kurang memahami, saya ingin memohon maaf waktu dan tika itu juga, kerana kehilangan mereka ini, saya tidak temui lagi insan seperti mereka. Hidup ini terus berjalan, insan-insan baru terus hadir, insan-insan yang lalu yang pernah hadir, masih belum bersua kini..Sunnah sabil..perjalanan takdir yang tidak menanti walau sesaat..Diri ini seadanya pada tika ini, adalah hasil sumbangan, jasa dan didikan mereka dikala lampau itu. Sungguh jerih perit mengenali diri ini, banyak yang telah mereka beri, banyak yang saya terima..mereka pula, apa yang mereka terima dari saya? mudah-mudahan ada secakir kebaikan disana walaupun sekelumit cuma...


Kalian pula bagaimana? pernahkah kalian meminggirkan seseorang dalam hidup kalian ? atau tidak menghargai apa yang mereka lakukan..tidak menyedari kehadiran mereka..tidak berterima kasih pada mereka..? hilang mahabbah...kebaikan mereka, kekurangan mereka, ia anugerah dari Allah. Untuk kita belajar dari mereka kerana kehidupan masa depan begitu sulit dan sukar. Tanpa pengalaman hari ini, pasti kita tidak mampu merentasi pintu masa akan datang..


Demi masa depan kita yang dalam genggaman Allah swt..tidak ada daya upaya kita menidakkan takdirnya. Apalagi untuk marah pada Allah, kerana setiap ketetapan itu adalah yang terbaik buat diri kita. Semalam, terlalu banyak nilai tarbiyah. Terlalu banyak ilmu yang perlu digali. Terlalu banyak nasihat yang perlu diingati kembali...
Maha suci Allah..Segalanya adalah pemberian dariNya. Dicelah-celah kehidupan ini, carilah Allah, kenalilah Allah..sayangilah Allah. Sungguh sejak masa lampau, meniti tabir-tabir kenangan sehingga menjengah hari-hari baru dalam hidup kita..Allahlah yang sentiasa menemani kita. Seakan-akan kita adalah anak kecil yang perlu selalu diperhati,dijaga,dibelai dan dilindungi. Sungguh setia Dia. Sungguh cinta Dia kepada Kita..Pastikan kita menghargaiNya..menyintaiNya..datang padaNya..Pastikan kita berbuat demikian..pastikan dan pastikan....

"..Sesungguhnya Allah tidak pernah jemu dengan hambaNya..melainkan hambaNya lah yang selalu jemu dan melupakanNya..."

Monday, May 07, 2007

Selingan ( Iman )


Wahai tuhan yang maha membolak-balikkan hati, kuatkanlah hati kami agar keyakinan kami tak berubah supaya kami sentiasa tabah..Tuhan, engkau rasakanlah kami sentiasa bersamamu..supaya kami rasa ada kawan melindungi kami..agar kami tidak merasa sepi di dalam hidup ini..agar kami merasa malu melanggar perintahMu…

Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillahi nahmaduhu wa nasta’inuhu wa nastaghfiruh…

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah swt, masih lagi memberi qudrat kepada kita untuk berubudiyyah kepadanya serta menghidupkan amal-amal islami samada secara fardhi atau secara jama’ie. Sesungguhnya, tanpa qudrat ini, tidak memungkinkan kita untuk berada seperti hari ini, untuk merasai kemanisan berhubungan dengan Allah swt secara praktikalnya. Alhamdulillah, semoga Allah melindungi usia kita agar senantiasa dalam pengabdian kepadaNya..kalaulah usia kita habis disini, kita perlu merasa bimbang jika kita meninggal dunia dalam keadaan hati yang masih penuh dengan rawasib2 kekufuran dan fasiq..( nauzubillah ) ..Mudah-mudahan, tiada yang kita sembah melainkan Allah swt dan insyaAllah, kepadaNya jualah kita akan kembali…

Ada suatu waktu, ana ceritakan dari hati seorang sahabat..melangkaui hati seorang wanita. Kerana kasih seorang sahabat itu sudah cukup melahirkan suatu sinar di hati ini. Entah kenapa, gerangan sahabat ana ini begitu istimewa pada ucapan dan pandangan redupnya. Sehinggakan, ana sering merasa sebak bila melihatnya..terasa kekerdilan diri ini yang sering leka dan tergelincir dengan keasyikan hidup seharian. Dirinya, sungguh istimewa..Dirinya, sungguh mengetuk pintu hati ini…dirinya, sungguh membangkitkan kekuatan..dirinya, tiada pengganti yang setara. Alhamdulillah.Bagi ana, Allah sungguh menyayangi diri ini. Pernah semalam, saat kita bersama, ada khabar yang kurang enak dari diri ini..kata dia “sabarlah..hanya gerhana anti..hanya gerhana.matahari masih belum terbenam…masih ada ruang waktu untuk anti berusaha.sabarlah..marilah disisi ana..ana sentiasa menemani”…Sungguh, sudah begitu banyak dia menanggung bebanan ini..Semoga Allah memuliakannya sebagai seorang mukminah yang sejati..Insya-Allah..

Meniti hari-hari baru dalam kehidupan yang sentiasa bersilih ganti, adakah iman kita sentiasa segar dan diperbaharui ? ataukah kita mengalami saat merundum dan kemerosotan iman dan istiqomah?..Bagaimana ubudiyyah kita kepada Allah swt. Adakah semakin terasa akrabnya dengan Tuhan azzawajalla..ataukah semakin longlai dan tidak terkecap manisnya kasih Tuhan ? Hidup ini, benar2 memerlukan kepada pemerhatian, kajian baru dan tindakan. Iman, adalah neraca kebahagiaan seorang mukmin. Betapa hidup ini hambar tanpa Iman..justeru, Kita harus mencari iman, menjaga, memelihara dan memastikan ia terus di hati kita. Apabila hati beriman, maka berimanlah seluruh jasad..Jika fasiq hati itu, maka fasiqlah seluruh jasad..

Hidup ini tidaklah terlalu panjang untuk kita berhenti dan berlengah-lengah. Tidak pula terlalu indah untuk diangan-angankan..tidak juga terlalu singkat sehingga kita harus berputus asa dari berusaha dan merancang. Rasulullah saw mengajak kita menjadi Mukmin. Mukmin yang hidupnya telah pun diatur oleh Allah swt. Tidak ada separuh-separuh..melainkan kita harus menerima seluruhnya. Ketaatan dan kepatuhan kepada Allah swt. Inilah neraca hidup mukmin. Hanya perlu taat. Kerana ketaatan mukmin kepada Allah swt lah yang menjadikan mereka mulia dan terbilang.

Demikian, ana teringat kata seorang sahabat.. “ hari ini, kita selalu beriman secara main-main. Tidak teguh dalam akidah, keliru dan kacau-bilau dalam soal istiqomah. Tidak serius dalam beramal soleh. Sedangkan ia persoalan tentang syurga dan neraka. Suatu persoalan yang serius. Samada kita mahu ke syurga atau neraka..if we have no qualification to enter Al-jannah, then we are having a potential to enter An-nar..” ..Mungkin inilah juga yang pernah Imam Al-maududi katakan dalam bukunya The Fundamental Of Islam.. “ We have no other choice..whether you choose to obey Allah or not..Whether you choose to enter Al-jannah or not” . Kata sahabat ana lagi, Untuk jadi Ahli syurga, Allah dah sediakan piawai atau peraturan-peraturan yang perlu kita patuhi. Disana, ada beberapa ciri yang perlu ada pada diri seorang ahli syurga. Begitu juga, untuk menjadi ahli neraka, tidak senang…ada syarat yang harus dilengkapi oleh ahli neraka (nauzubillah)..Justeru, kita pula bagaimana ? umat terdahulu telah pun membuat pilihan mereka..masa mereka telah pun berlalu, kini kita, apa pula pilihan kita..? Apa perancangan kita …? Innallaha la yughayyiru ma biqaumin hatta yughayyiru ma bi anfusiihim..

Sedikit peringatan buat diri ini terutamanya. Entah kenapa, bahang kelalaian semakin terasa. Kenapa agaknya dengan diri kita…sibukkah, sehingga baca al-quran tidak terasa lazatnya…walaupun solat, masih tidak terasa tenteram, meskipun duduk bermusahabah sepanjang hari, masih tidak ditemui titik kerunsingan…Mudah-mudahan mendung iman kan berlalu berganti dengan iman yang bergemerlapan..Marilah sama-sama kita memohon ampun kepada Allah swt dan saling mendoakan sahabat dan saudara kita. Moga dinaungi Rahmat Allah senantiasa. Amien…

______________________________________
MESSEGE BUAT MEREKA :
* Messege Buat Kuntum - Cik kuntum, silakan bermessege. Shout box tu, bukan milik mana2 pihak =) syukran atas email saudari..Moga dirahmati Allah sll. * Messege Buat Khazinatul Asrar saya - doakan hamba. Tiada perantara bukan bererti lupa..cintaNya kita buru bersama..hp. * Messege Buat Semut_Api - Buku Zero to Nero dan Murobiyyah suksess, anda boleh cuba dapatkan di Kedai Buku Pustaka MUKMIN, Jln masjid india. Novel Tautan Hati, baru dipasarkan.Insya-Allah..barangkali, sudah ada dikedai2 buku biasa..wallahuwa'lam.

+ NurtaQwa08+