Friday, March 30, 2007

Pesanan Keimanan (1)

'Dae Islam sebenar, akan sentiasa bekerja walau di mana pun dia berada dan ke mana pun dia diusir. Dia langsung tidak rindu dan teringat kepada mana-mana tanah. Dia tidak sempit seperti orang lain dengan batas sempadan yang diada-adakan oleh penjajah. Dia merasai seluruh umat Islam adalah saudaranya. Jika dia tidak mengembara berjalan kerana dakwah, kemungkinan pada masa itu disebabkan kerana dipenjara. Maka penjara pada masa itu adalah pengembaraan rohani dan pemikirannya. Hinggakan apabila dia digantung, maka rentapan tali gantung itu sebenarnya mengangkatnya ke tempat yang mulia dan indah di dalam syurga.'[MuntalaQ]

Sekadar berkongsi..
kiranya kak amirah berkongsi berkenaan pengalaman beliau dengan seorang lelaki cina..ana di sini berhadapan hari2 dengan perkara2 seperti itu..Subhanallah. . Hanya Allah yang tahu betapa terseksanya Jiwa dan Batin..berat TUGAS yang ku terpikul di bahu ini, hanya Allah yang Tahu..mana tidaknya,Muslims di sini (Somewhere) di serang hebat oleh 2 kelompok besar.. yang menguasai pentadbiran di sini..
1st- Missionary Kristian, dan agama2 lain.
2nd- Orang Islam yang memang dah diBARATkan kehidupannya (Macam x de Agama)
Subhanallah. ..di samping memelihara diri dari terperngaruh walaupun sedikit, tugas menyelamatkan rakan2 di sini dan saudara semuslim yang lain, hanya Allah yang tahu betapa hebatnya cabarannya..kami di sini, sedikit bilangan pelajarnya.. jadi, masing2 sangat close to each others.. jadi, mingle with non-muslim ini memang x boleh lari..walaupun, Alhamdulillah, dengan berbekal sedikit kekuatan dari Allah, ana dapat juga melaksanakan seruan dakwah secara halus dengan mereka.. tapi, bak kata pepatah, "tak menang tangan"..dalam dok handle bab missionaries, penjahiliyahan dan kemungkaran sdg berleluasa.. Masya-Allah, tak tertercerita la di dalam ruang yang terbatas ini..

Bayangkanlah, dalam kelas, and lectur, hari2 dengar pasal christian.. maklum la belajar pasal English.. then, after kelas, activity2 luar kelas yang wajib pun ada unsur2 kekristianan dan jahiliyyah yang nyata..Masya-Allah, suasana Hedonisme.. tak tau nak kata apa la..lebih berat lagi, segala activity Islam, seboleh2nya di halang.. bukan di halang oleh orang lain, oleh Mereka yang mengaku Islam tapi belum Faham..erm.. beginilah mereka2 yang bakal mengajar dan mendidik anak2 bangsa 5-6tahn akan datang dididik dan diasuh yer. (harap semua sedia maklum yer, shbt2 sekalian...)

Isu Islam Liberal tu, Allah...(sigh) tak yah tengok jauh2.. rakan sekelas dan orang2 di sekeliling pun tak lari dari definasi Islam Liberal (SEMUA BOLEH) Subhanallah, kalau sapa tak rasa masyarakat rosak lagi, tak tau la nak kata apa dah...Namun begitu, sepanjang ana di sini, Allah telah didik ana dengan banyak perkara.. Subhanallah, tak terungkap dalam kata2 kalimah 'Syukur' itu..dlm keadaan2 itu, ana belajar:
1st - Hidayah Allah tetap tak boleh di halang...
2nd- Masyarakat sangat Hajat pada ISLAM..
3rd- Jagalah Allah, Allah pasti Menjagamu

Subhanallah, dalam kelam gelap [Somewhere] ini dengan maksiatpun, masih ada Jiwa2 yang sangat tinggi hajat dan cita mereka..Tinggal nak diajak, dan nak dibimbing, kpd Kebenaran dan dibentuk kembali jiwa2 itu dengan acuan Islam yang SYUMUL sahaja..once u win thier heart, they become a best companion of yours.. Subhanallah. .Ceritalah apa sahaja tentang ISLAM pada Mereka, Mereka akan sudi dengar dan memberi sepenuh perhatian... Bahkan minta lagi, dan minta lagi.. Tinggal kita sebagai dai'e nak BerSABAR dan melayan tiap Karenah dengan Penuh Kasih dan Belas..Bilangan mereka yang nak ikut Halaqah2 atau program2 Islam biarpun terpaksa jalan jauh.. makin hari, makin bertambah.. Alhamdulillah. .

Jadi, kesimpulannya shbt2ku, jangan Lengah, Jangan Bertangguh lagi...Berusahalah Pertingkatkan diri dari semasa ke semasa, dan Serulah orang lain..Proses Tarbiyah sebenar akan Melahirkan Dai'e yang bergerak..kerana Iman yang terbentuk dari proses itu, tidak bersifat MANDUL..bahkan sentiasa Peka dengan keadaan sekeliling dan pantas memberi respond..'bersedia digempur dan menggempur'..shbt2 sekalian, setiap rakan kita di luar itu, punya HAQ itu mendengar dan mengetahui tentang ISLAM..maka, janganlah kita mengabaikan HAQ mereka itu.. Kelak, akan dituntut oleh Mereka d hdpn Allah, kelak.. Nauzubillah. .

bagi ana, usahlah berasa pelik kiranya mendengar kes2 murtad itu, kerana masyarakt memang tidak diperkenalkan tentang Islam, bahkan kewujudan Allah itu sndiri.. Ramai yang masih Ragu2.. Nauzubillah. Namun, itulah hakikatnya..Mungkin hal yang ana kongsi ini, ntum pernah dengar sebelum ini... Namun, ini ialah based on my personal experience.. I am staying with them right now.. i am facing them everyday, every time..Subhanallah. Hanya Allah yang tahu peritnya..KRISTIAN sangat BERSUNGGUH2 dengan Dakyah Mereka.. rakan2 ana, seminggu 4 kali dengar sermon mereka, lengkap dengan berbentuk study circle, rehlah, camping, party dan segalanya demi menjaga thier Faith and Ukhuwwah. mereka tulis dalam diari, "Today Wish - Do not Sleep during CF(halaqah kristian)" i asked them, "Why?" they said, "Definitely, it would be a waste if we sleep." How about us..? sekali seminggu Halaqahpun, ramai yang tak dapt mantain.. bila hadir... Tidur pulak.. Masya-Allah. .Mereka pi mana2 pun bawak bible.. makan ka..tidur ka.. kelas ka.. siap offer kawan2 Muslim utk tgk.. (kwn2 yang mrk tau, tak kuat sangat)
kita dengan Al-Quran, mcm mana? Kalam Allah tu.. bukan sebarang Kalam.. ada pernah offer buat tadabur spontan dengan kawan2..?

wallahua'lam. .
Akhir Kalam, bersamalah kita bermuhasabah. .
ini baru sedikit yang dapat dikongsikan, ada bnyk lagi yang tak tercatat di sini...
Bersamalah kita kembali kepada Fikrah Islam yang sebenar...praktikka n Syaksiah Islam yang sebenar.. jika para Dai'e pun tidak Yakin dengan Kebnaran ISLAM.. apa lagi rakan2 dan masyarakat umum...
__________________________________
slm.dikmaryam, i do hopes that Allah will always with you and give you strengthen to face this mehnah. Maaf, letak disini tanpa keizinan face to face. tapi ana yakin anti memaafkan, kerana anti seorang pemaaf... =)...cerita lagi bila bersua....
-Pewaris-

Mawar Mujahidah


اللهم صلى وسلم وبارك على محمد وعلى أله وصحبه إلى يوم الدين

Ketahuilah wahai mawar mujahidah,

Rasulullah s.a.w. dan generasi itu telah tiada! Lama sudah mereka berlalu meninggalkan kita. Kehadiran insan ajaib itulah telah memuliakan kita pada saat ini. Muhammad, kekasih Ilahi. Baginda berjalan selangkah demi selangkah, meniti hari. Bermula dari seorang diri, menyampaikan dakwah secara sembunyi-sembunyi. Bukannya Baginda tidak berani dan takut mati, namun itulah tertib wahyu ketika itu, strategi Rabbi.

Ucapan Baginda tidak lahir dari nafsu melainkan wahyu yang suci. Ucapan yang hikmah dari kalbu yang jernih disambut oleh hati yang bersih dan jiwa yang fitri. Dimulainya mengajak manusia kepada Islam dengan menjernihkan fikrah, pendekatan akal, pemahaman dan menyentuh hati sanubari. Juga dengan jalan hujah dan keterangan, dengan hikmah dan pengajaran penuh seni. Bilamana ada perdebatan dirungkaikan dengan baik dan menambat hati. Bilamana mendapat tekanan, rintangan serta siksaan, berlaku sabar dan melontarkan doa kasih nan sejati. Firman Allah:

أدع إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتي هي أحسن

Tahukah dikau mawarku?

Dengan rahmat dan kurnia Ilahi, seorang demi seorang ikut menyertai, dari golongan bangsawan mulia hingga hamba sahaya tidak mahu terkecuali. Lalu, terbentuklah masyarakat dan jemaah Islam pertama, jamaah Rasulullah dan para sahabi. Jemaah baru itu masih sangat kecil dan merupakan ghuroba’ (orang-orang yang asing) di Mekah, kota kelahiran Baginda sendiri. Golongan ghuroba’ inilah yang kelihatan berjalan perlahan-lahan dan lambat, akhirnya menjadi kelompok yang mulia, gah, izzah dan menjadi generasi terbaik ummat ini. Mereka tak punya apa-apa, melainkan jiwa yang sarat keyakinan bahawa janji Allah itu pasti! Biarpun sehebat mana rintangan, jalan dakwah dan kebaikan terus berkembang dan panjinya berkibar tinggi.

Mengertilah duhai mawar mujahidah,

Jalan dakwah dan kebaikan inilah jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. sehingga Islamlah seluruh jazirah Arab, demikian pula Parsi dan Romawi, mencabut jahiliyyah dan kehinaan dari akar umbi. Sabda Rasulullah s.a.w:‘Ingatlah bahawa Islam itu berputar, maka berputarlah kamu bersama Islam ke mana saja ia berputar. Ketahuilah bahawasanya penguasa dan al-Quran akan berpisah, maka janganlah kamu berpisah dari al-Quran.’

Duhai si mawar mujahidah calon bidadari Jannah…

Dalam langkah hidup ini, hanya ada dua jalan yang salah satunya perlu ditempuhi. Kita yang memilih jalan kita sendiri. Kalau kita tidak memilih jalan menuju Allah, pasti kita akan melangkah di jalan yang menuju kecelakaan diri sendiri; iaitulah jalan syaitan, nafsu, syahwat dan duniawi. Jalan keimanan itulah jalan ilahi dan jalan kesesatan itulah jalan iblisi. Orang yang berjalan di atas jalan Ilahi sentiasa berusaha mensucikan jiwa dan hati sementara orang yang berjalan di jalan iblisi, tiada sensitiviti dalam mengotori dan menodai hati.

Masing-masing berusaha dan masing-masing bergerak, meniti waktu dan hari, mendekati mati. Akhirnya, masing-masing kerdil menghadap Ilahi. Sudah tentu di sana , ada perbezaan antara keduanya di alam abadi. Tanyalah diri, mahukah kita mencampakkan diri ke lembah kehinaan pada saat bertemu Rabbi? Atau meletakkan diri ke darjat yang tinggi? Sudah tentu jawapan kita mengimpikan tempat di sisi Ilahi. Namun, adakah sama orang yang sekadar berangan-angan tetapi tidak mempunyai persiapan yang serius untuk mengadap-Nya? Berapa ramai orang yang sanggup menjual harta dan dirinya demi membeli redha Allah? Sungguh, manusia lupa saat perjumpaan itu!

Dan kini hai mawar,

Zaman berganti zaman, Islam asing (gharib) kali kedua, hati-hati yang jernih fikrahnya menjadi ghuroba’. Golongan ini sedikit sekali kerana golongan ini sering mendapat tapisan demi tapisan dari Ilahi sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang benar-benar ikhlas dengan-Nya. Oh, adakah kau masih teguh dengan prinsip muslimahmu aduhai si mawar berduri?

Kuingatkan diriku jua kerana aku juga dari kaummu wahai mawar,

Adakah amalan dan akhlak kita melayakkan diri kita termasuk dalam golongan ghuroba’ ini? Mungkinkah kelalaian kita yang berterusan ini akan menyebabkan kita turut tertapis dari jalan ini? Nauzubillah! Ya Allah, bantulah kami untuk tetap layak berada dalam kebenaran, di atas jalan-Mu. Jangan sesekali Kau menapis kami dari rahmat dan jalan-Mu kerana kelalaian kami sendiri untuk mengubat hati dan mengubah sahsiah diri. Amin…

Nurkilan :Fatimah Syarha Binti Nordin

______________________________

jika berpuput bayu pertemuan, Kita tersipu pada pandangan, kita malu pada sapaan, namun realiti suatu pertemuan, melamar kasih melakar sayang..tumbuh subur suatu keakraban....Buat kak ha, selamat menjalani daurah di perlembahan syams..semoga khusyuk menjejaki toifah para nabi..kirimkan khabar selalu....=)

Sampaikan Sesuatu


Bismillahirahmanirahim..
Puja dan puji selayaknya dikembalikan kepada Allah azzawajalla...ruang-ruang waktu yang masih ada, dicelah-celah kesibukan..masa yang sering berlalu meninggalkan tanggungjawab yang terabai, betapa kehidupan manusia memerlukan kepada penyusunan dan penelitian. Tanpa penyusunan, kehidupan akan kucar-kacir dan tidak mampu beriaksi dengan sistem masa, maka manusia akan sering dalam kerugian. Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian....

Ada satu waktu.
The Lord Of The Ring. Apa reaksi anda bila melihat cerita ini? Pertarungan antara Kebaikan dan kuasa kejahatan..Persahabatan..Perjuangan..Kepatuhan..seorang sahabat [saya gelarkan dia Puteri Laksamana Sunan] begitu menyukainya. Ulasan Puteri Laksamana Sunan, bagaimana peperangan antara Islam dan Kafir.. Sewaktu aragon meminta bantuan roh-roh tentera yang telah mati, dengan satu serangan saja telah melumpuhkan tentera Sauron yang jahat..Kata dia, seperti tentera yang Allah kirimkan dari langit sewaktu peperangan salib dahulu. kebenaran mungkin kalah di saat awal, tapi tak mungkin kalah di saat-saat terakhir. Kebenaran pastikan menang selagi Allah ada. Dan Allah sentiasa ada. Di mana saja, sehingga bila-bila. Sepanjang cerita itu, ada saja ulasan dari Puteri Laksamana Sunan dan kawan2 yang lain. Pastinya, Aragon yang menjadi pilihan selain Legolas. Oh saya juga mengenali mereka.he3..Aragon, kekuatannya diaspirasikan dari watak Pahlawan islam yang Agung, Sallauddin Al-Ayubbi..sudah tentu musuh islam juga ingin mengetengahkan watak-watak perwira mereka walaupun ia sekadar rekaan semata-mata, cemburu mereka pada islam yang kaya dengan kisah-kisah pahlawan hebat yang mempertaruhkan nyawanya demi Islam..Sungguh beruntung Islam. Mereka pula...bagaimana?

Kata Puteri Laksamana Sunan lagi, Cerita ini beri kekuatan untuk dia belajar bersungguh-sungguh. Jihad di medan ilmu..he3.ada-ada saja. Namun, ia tetap satu tarbiyah. Kenapa kita melihat tetapi tidak berfikir...kenapa kita mengkagumi tetapi tidak cuba menyontohi ? Moga perjuangan ini Allah nilaikan sebagai satu jihad untuk membangunkan agamaNya...[value].Moga Allah kukuhkan ukhuwah ini. Kerana saya tidak mahu kehilangan sahabat sepertinya.....
Prolog :
Seorang sahabat, dia datang tanpa sempat dipanggil, dia mendengar tanpa kita meluah, dia memahami walau tidak diceritakan...dan dia pergi dengan meninggalkan suatu kesan..ia adalah ketenangan...

....Hatinya berbeza....

Alhamdulillah..sehingga saat kini, ayah masih sering mengingatkan diri ini..ummi masih sentiasa mendengar cerita-cerita yang terluah dari hati sanubari...si dia.., teman2...Adakah mereka-mereka ini insan yang soleh ? adakah mereka-mereka ini insan yang memberi manfaat dan dapat menerima manfaat dari kita ? adakah mereka-mereka ini mendapat kasih sayang dan cinta kita ? adakah mereka-mereka ini pernah kita lukai ? adakah telah sampai seruan kepada mereka ? adakah mereka mendekatkan kita kepada Allah dan adakah kita mendekatkan mereka kepada Allah jua ? Bagaimana keadaan kita ditengah-tengah masyarakat.adakah kita umpama lilin yang menyala ataukah tidak lebih umpama buih-buih yang menyesakkan lagi lorong-lorong kehidupan...kata ayah..berilah 'sesuatu' kepada mereka walaupun hanya sedikit...

Sesuatu yang ayah maksudkan disini, apa saja..apa saja yang kita ada. kalau ada duit dua puluh sen, berikan seposen..kalau ada sebiji limau, berikan setengahnya kepada yang memerlukan.. pasti ada yang memerlukan. Kalau ada secebis pengetahuan, sampaikan walaupun sebaris kata-kata..kalaulah ada sebidang ilmu, sampaikanlah walaupun sepotong ayat..Hadiahkan mereka sesuatu yang bermakna dari kita. Inilah yang As-shahid Hassan Al-Banna sifatkan sebagai Insan yang Pemurah..Dalam bukunya, Risalah Pemuda..." kemana sahaja kalian singgah, sampaikanlah seruan ini, kerana seruan ini sangat bermakna buat mereka..pergilah ke penjuru-penjuru kampung, diceruk-ceruk kota, di pedalaman, mereka menanti seruan islam, agar islam bergemerlapan di setiap pelusuk negerimu..jadilah kalian insan yang pemurah". Inilah wasiat buat angkatan pemuda baru, dari madrasah As-shahid IHAB. Adakah kita termasuk dalam angkatan ini ?

Menjalani proses didikan hati, bukanlah sesuatu perkara teori semata-mata, malah mehnah dan tribulasi yang merentangi susur jalan ini, adakalanya melebihi batas kemampuan kita. Ini saya katakan dari pesan seorang sahabat. Malah, sifat lupa akhir-akhir ini begitu banyak melencongkan tatatertib akhlak dan syaksiah kita. Ya Allah, mudah-mudahan Allah melindungi kita, agar tidak alpa dan tenggelam dalam arus kelalaian. Semoga Allah bersama kita, dalam setiap episod kehidupan kita..Semoga juga Allah menjadi penentu dalam setiap pemilihan kita. Saya teringat pada seorang teman. Siapa dia, biarlah ia menjadi rahsia saya...." Berdiri seorang abid kerana kerana kekusyukan, berdiri seorang mujahid kerana kegagahan dan berdirinya seorang sahabat kerana kesetiaan Fillah..". [Akhir-akhir ini, ujian Allah sangat dirasakan menguji keteguhan hati..Naufal kata, yakin pada Allah- He knows the best !]

..Suasana ini...

Saturday, March 03, 2007

Baitul Muslim (1)

Assalamualaikum warahmatullah. alhamdulillah. pertama-tamanya marilah kita dengan penuh rendah diri dalam keadaan sedar dan faham kita memanjatkan kesyukuran kita kepada Allah swt dgn sebenar2 kesyukuran atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita mula daripada kelahiran kita sehinggalah kita dikurniakan peluang untuk melalui proses tarbiyah. Daripada hari ini dengan limpah kurnia Allah juga dapat kita bersama untuk membincangkan satu fasa kehidupan yang sgt penting yang diletakkan oleh IHAB sebagai rukun amal yang kedua yang sangat besar dan sangat penting kedudukannya dalam menentukan kelansungan dakwah kita. Bagaimana peranan ibubapa dalam pendedahan kepada anak-anak dalam konteks membangunkan baitul muslim....

Beginilah, dalam proses melembutkan hati anak,diperingkat anak boleh menerima hidup sebagai da’e, satu tahap di zaman ini sangat sukar untuk kita nak bina. Sangat payah mendidik mereka sehingga anak kita boleh menerima hakikat hidup ini hanya bermakna apabila dia menjadi da’e murabbi kemudian dia perlu mewarisi dakwah daripada generasi kita sepertimana kita mewarisinya daripada generasi sebelumnya, kemudian bagaimana rumahtangga mereka perlu menjadi rumahtangga yang subur untuk melahirkan da’e dan murabbi pula utk generasi cucu kita nanti. Dan inilah apa yang disebutkan oleh ulama, pewarisan yang kita nak wariskan kepada anak-anak kita bukanlah harta, kerana kita telah memilih jalan ini, kita telah menghentikan tuntutan2 dunia kita, kita ambil dunia ini utk dakwah kita, kita fokuskan hati kita untuk dakwah dan jihad dan bagaimana anak2 kita nak melihat kehidupan kita daripada sudut ini. Ini yang nak kena kita bina.

Ana sebagai jurutera proses,ana lebih suka fokuskan kepada proses bukan pada natijah.pastikan anak-anak kita lalui proses, natijah itu merupakan kerja Allah yang diluar kuasa kita, kemampuan kita. jadi ana nak sahabat2 tengok proses nya yang boleh kita ambil insya-Allah. Jadi, ada beberapa perkara yang ana nak sentuh di sini, satunya baitul muslim dalam konteks amal islami. Dan pentingnya pewarisan dakwah sebagai satu yang sangat besar dalam hidup kita terutama sekali, kita nak melihat anak2 sebagai orang yang akan menyambung kerja2 ini. Kemudian, penjodohan anak memerlukan perancangan. Pada pendapat ana, orang kata jodoh di tangan Allah, tetapi ia masih memerlukan kepada perancangan. Perlu ada proses2 yang anak2 kita perlu lalui. Jadi tak jadi tu di luar kemampuan kita . Tapi langkah-langkah itu perlu kita susun.

Insya-Allah, semua kita ni berhajatkan kepada keluarga sakinah. Keluarga adalah tempat pengasuhan dan pengemblengan alami, yang sanggup memelihara anak2 yang sedang tumbuh dan yang mampu mengembangkan gizi, daya pertimbangan dan jiwa mereka. Islam membangunkan sistem keluarga di atas asas yang kuat, cermat dan bererti dalam kehidupan. Ini kata2 syed qutb. Jadi besarnya anak2 ni adalah dalam suasana keluarga sakinah, yang suasananya adalah tarbawi. Nanti kita akan tgk balik apabila kita nak mengajak anak2 kita memilih pasangan yang soleh sbg teman hidup mereka untuk bina baitul dakwah. Mereka kena merasai bahawa baitul dakwah itu merupakan satu yang mereka idam2kan kerana ada beberapa sifat dalam baitul dakwah ini yang mereka hajati khususnya dari segi adanya syaksiah imaniyah dalam rumahtangga itu..Disini, adakah anak2 kita merasai warna baitul dakwah ini berbeza dengan warna lain.ada satu suasana yang mereka mahu dan tidak ada pilihan lain melainkan baitul dakwah juga yang mereka perlu. Dan tidak ada keselamatan bagi mereka melainkan zuriat mereka perlu dilahirkan dalam baitul dakwah itu juga, kemudian apabila dicantumkan keduanya itu,barulah kita boleh bawa lalui ke langkah2 yang keseterusnya. Jadi apa yang mereka lalui dengan kita dalam rumahtangga yang kita bina dengan baitul dakwah itu,akan mencorakkan persepsi mereka, hajat2 mereka, keinginan mereka…

Ana ingin sebutkan beberapa asas pembinaan keluarga muslim. Asas pertamanya dibina atas asas keimanan dan ubudiyyah kepada Allah taala, kehidupan berumahtangga adalah sebahagian daripada aktiviti ibadah yang dibentuk diatas tapak iman dan ubudiyyah kepada Allah taala. Ini tapak yang paling kukuh, paling stabil untuk memperolehi saadah ataupun sakinah.Ini kita maklum insya-Allah. Tapi macam yang ana kata tadilah..Antara tasawwur dgn reality itu dia perlu banyak usaha, banyak pengorbanan..banyak mengajak kita kepada Allah taala. Ini terutamanya memelihara akhlak islamiah dalam setiap peringkat kehidupan rumahtangga kita bersama psangan kita, bersama anak kita..terutama sekali dari segi dialog tarbawi antara kita dan anak2…kita dan zaujah. Bentuk dialog yang bagaimana yang sedang anak kita lalui dengan kita. apa yang anak kita lihat,dengar dari hidup kita. adakah anak kita benar2 melihat hidup ayahnya sebagai hidup seorang da’e dan kita dikagumi oleh anak sebab dakwah kita sebagaimana kata anak IHAB..ayah terlalu sibuk untuk memberikan perhatian sepenuhnya kepada kami kerana urusan ummah ini lebih besar dari urusan keluarga nya..tetapi ayah telah melarutkan kami dalam dakwahnya..kami merasai dakwah ayah dalam hidup kami.. Hakikat kita, berapa ramai anak-anak kita mengatakan sebegini, yang bangga melihat kerja-kerja ayahnya. Inilah yang nak kena kita bina dalam diri anak-anak kita insya-Allah.

Dapatkah kita bawa anak kita rasa? Ia suatu dialog tarbawi yang berterusan.kadang2 kefasihannya dalam diam. Walaupun tak sebutir percakapan kita cakap, anak kita tahu….dakwah itu bukan cengkera hidup kita malah seluruh aktiviti kita disekitar dakwah dan anak2 kita memerhatikannya. Ini yang kita nak bagi dia rasa. Barulah rumahtangga kita rumahtangga dakwah.Bukan rumahtangga lain. Begitu juga dialog2 komunikasi kita dengan zaujah. Sampai terasa khidmat dijalan Allah, berjihad dan berkorban dijalan Allah itu merupakan suatu kenikmatan.

Continued....

______________________________

Sedikit catatan dari penyampaian ARB dalam satu seminar Baitul-Muslim dan keperluan kearahnya. Ana yakin, persediaan sangat perlu bagi kita. Setiap perancangan perlu kepada penelitian dan flash-back kembali. Seperti ayah kata, proses perlu jelas. Pastikan cara itu bermula dari step yang betul. Insya-Allah........

Singgah (4)


Taaruf.
alhamdulillah.Kaifahalukum al-ann? Kegembiraan dan kesedihan seorang mukmin adalah suka duka imani. Ia suatu tarbiyah amali yang menuntutkan teori dan praktikal agar seiringan. Perasaan seorang mukmin itu adalah perasaan yang islamic. Gembira kerana ber'amal dengan tuntutan iman. Em segala kesyukran dirafa'kan ke hadrat Allah swt, rafiqul darbi..Tuhan yang Maha Agung, yang memiliki kerajaan langit dan bumi. Dialah Allah, Tuhan yang memiliki kekuatan kasih sayang yang amat luar biasa. Lalu dititipkanNya pula kepada kita secebis dari kasih sayangNya, agar kita pula saling berkasih sayang dan mencapai kedamaian bersama. Itulah suatu nikmat yang sangat besar di bawah naungan rahmatNya..insya-Allah....dosa-dosa yang melumuri sekian lama semogakan gugur satu-persatu bagaikan dedaun di musim luruh. Kiranya disana ada kekurangan dalam perhambaan kita kepada Allah swt, semoga Allah mengampunkan kita.

Taaruf memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan sesebuah usrah/ukhuwah. Ia sebagai titik mula suatu perkenalan yang akrab. Bertaaruf sehingga terbinanya jambatan hati antara kita dan sahabat. Ia suatu peringkat di mana kita cuba membentuk keserasian bersama. peringkat mencatukan matlamat dan rasa hati. peringkat menjadikan orang asing itu sebagai sahabat akrab, sehinggakan kita dapat merasai apa yang sahabat kita rasai. Inilah yang As-syahid IHAB sifatkan sebagai, Asas utama kekuatan amal islami adalah terletak pada taaruf. Sekiranya permulaan taaruf berlansung dengan cara yang tidak syar'ie, proses taaruf juga tidak syar'ie, maka taaruf kita adalah taaruf yang bermasalah. Ia adalah suatu disiplin yang miliki peraturan tersendiri yang perlu dipatuhi. Taaruf yang berkesan selalunya meninggalkan kesan yang amat mendalam di hati kita.


Kata ayah, berselisih faham juga adalah salah satu dari proses taaruf. kerana itu, islam didik kita cara untuk menghadapi situasi ini kerana ia juga merupakan suatu proses kita mengenali sahabat kita. Saya teringat kadangkala kita suka menangis apabila berlaku perselisihan faham dengan sahabat2 rapat, seakan-akan dia tidak memahami kita, tiada keserasian dan sebagainya. Namun, proses ini sebenarnya mengajarkan kita untuk lebih memahaminya dalam situasi itu. Sekiranya kita tidak sabar menghadapi proses ini, terburu-buru, maka taaruf akan menjadi sangat longgar. Kerana itu, selalu berlakunya putus hubungan dan sebagainya....na'uzubillah..
inilah suatu hakikat yang nak kena kita rasa. Kepentingan sesuatu perhubungan tidak hanya berlansung pada kadar memenuhi keperluan hidup semata-mata, tetapi islam tetapkan matlamat dalam sesuatu perhubungan itu. Pastikan ia tidak sia-sia.

Saya teringat, bila adik-adik saling berebutkan sesuatu, ayah selalu kata...taaruf tak kuat lagi di antara kami. Sungguh menghairankan, sedangkan kami telah bersama semenjak lahir. Tapi benarnya juga kata ayah, bersama itu hanya salah satu dari proses taaruf. Ia seakan-akan tali yang mengikat hati-hati. Disiplinnya memerlukan pada komunikasi lisan, komunikasi hati, perlu cuba untuk memahami, ketahui apa yang disukai dan tidak disukai, yakin padanya, jujur bersamanya dan sebagainya. Taaruf mendalam sehingga kita dapat menyelami rasa hatinya.terbina jambatan hati.Mungkin kerana itu, taaruf kunci perpaduan ummah. Perkenalan itu membuahkan kasih sayang. Kata sahabat saya, maryam..inilah contoh yang dibawa dari peristiwa hijrah Nabi saw dan muhajirin dari mekah ke madinah. Contoh taaruf yang berlansung antara dua kaum. Taaruf yang menjadi paksi kekuatan dan perkembangan Islam . Taaruf yang menjadi titik tolak tamadun ummah.

Oleh itu, marilah sama-sama kita perkukuhkan taaruf di kalangan kita. Insya-Allah. Mudah-mudahan Allah merahmati kita.Insya-Allah.Marilah berkasih sayang dan saling bermaafan.

NurtaQwa08