Tuesday, January 22, 2008

Syaksiah muslim


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…..

AsyhaduAlla ilahaillallah..waasyhaduanna Muhammadan ‘abduhu warasuluh…Allahumma solli wa sallim ‘ala nabiyyina Muhammadin wa’ala alihi wasohbihi wa mann da’aa bi da’watihi, wahtadaa bihablihi..ila yaumiddeen…Allahumma balaghan yuballighu khairan wa sitran minnka, wa ridhwanan biyadhikal khairr..


Alhamdulillah…bersyukur kita ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah dan keizinannya memberikan kita kesempatan untuk meneruskan lagi perbincangan kita mengenai Islam, ad-deen..ar-risalah yang kita anuti ini insya-Allah… Ijlis binaa nu’min..as-sa’ah..Marilah duduk seketika bersama kami dalam suasana iman..demi menghirup udara segar milikNya, merasai titis-titis keimanan dalam suasana yang damai serta bersama-sama mengecapi nikmat islam dan ukhuwah..Alhamdulillah, nikmat-nikmat ini akhirnya memberikan kita kekuatan untuk hidup sebagai seorang muslim di dunia fasad ini..Insya-Allah….


..pastinya kita telah merasai ketenangan berada dalam embunan kasih sayang ini..sesungguhnya, kasih sayang yang sejati itu milik orang-orang islam. Kita berkasih hanya keranaNya, inilah kemenangan untuk kita bukan? tetapi adakah kasih sayang yang lahir ini adalah hasil dari kita yang pengasih dan penyayang ? sudah tentulah tidak…Allah swt mengingatkan Rasulullah saw dan orang-orang mukmin sewaktu kejayaan menakluki kota mekah, dalam surah An-nasru yang bermaksud “Adakah kamu menyangka kamu yang melemparkan panah itu..? itu bukanlah kamu, tetapi ALLAH…”

..Inilah kasih sayang yang diberikan oleh Allah swt, menyuburkan hati kita dengan kesegaran cinta yang sentiasa mekar...tiada ruang untuk kita saling berhasad dengki, iri hati dan saling membenci, kerana itu adalah perasaan-perasaan jahiliah yang tidak seharusnya tumbuh dalam hati seorang mukmin. Kalau tumbuh sekalipun, kena cepat-cepat kita cantas, buang sejauh-jauhnya. Hasad dengki, iri hati dan sebagainya akan membunuh kasih sayang. Sekiranya berlaku pertentangan pendapat, percanggahan idea..ketepikan ia dan ..utamakanlah kasih sayang antara kita..kerana kasih sayang itu dari Allah. Marilah kita saling bermaafan..tidak mengapa jika kita malu untuk melafazkannya, kadangkala dari riak mata yang suci akan menterjemahkan hasrat hati....


Begitu juga dengan masyarakat kita hari ini, kita kena sayang kepada mereka.. Walaupun betapa teruknya sikap mereka, layanan mereka..kita tetap juga kena mengasihi, berbaik sangka, memaafkan dan bersabar dengan mereka. Ini khasnya buat diri saya sendiri yang selalu terburu-buru..sabar wala taghdhop...jika mereka tahu, pasti mereka tidak akan melayani saudaranya yang lain seperti itu..inilah yang Allah ingatkan kita..sekiranya kamu tanya mereka (wahai Muhammad), siapakah yang menjadikan langit dan bumi, pastilah mereka akan menjawab Allah yang menjadikan. Begitu juga dalam masyarakat ini, jika ditanya..tentu saja mereka menjawab Allah, mereka tahu Allah, hanya sekadar pengetahuan. Tetapi kita yang Allah beri hidayah, adakah kita juga sama seperti mereka..? terburu-buru menilai sesuatu, marah-marah, tidak sopan dijalan raya, menghina-hina makanan, tidak menutup aurat dsb? ..


Kerana itu, janganlah kita bersifat bakhil terhadap masyarakat kita, teman-teman kita..apa yang kita ada, berikanlah walaupun sedikit. Memberi itu sifat seorang da’e..saya tak nafikan, kadangkala sukar untuk sampaikan pada mereka dalam bentuk kata-kata. Kerana itu, kita juga boleh memberikan mereka contoh tauladan. Qudwah qobla da’wah..sebagai contohnya, bila kita keluar berjalan-jalan bersama mereka, mulakan perjalanan dengan doa. Mula-mula mungkin mereka hanya menadah tangan, dan kita saja yang baca..tapi dilain waktu, kita ajak mereka untuk baca bersama-sama, kalau mereka tak tahu, ajarkan mereka..Insya-Allah, lama-lama mereka akan tentu akan ingat...

Apa yang kita simpan dalam diri kita, diakhirat kelak ia bukanlah hak kita, tapi apa yang kita berikan kepada orang lain, itulah hak kita di akhirat nanti..Insya-Allah..

Em..bagaimana ? kalian sudah mengantuk ..? hehe ...


Ya sudahlah..saya fikir sehingga disini saja yea. Insya-Allah, dari pertemuan ringkas ini, kita mengharapkan keampunan demi keampunan dari Allah swt ke atas diri kita, ibubapa kita, sahabat-sahabat kita dan umat islam sejagat..Di atas kelalaian yang tidak terhazaf. Beginilah kita..bila bercakap tentang syaksiah, sebenarnya sungguh terlalu banyak yang kita perlu telitikan...perlu bincang..perlu kita perhalusi...perlu fikir betul-betul. Kerana islam itu seni..Dari cara berfikir, cara berjalan, pemakaian, melihat, tinggi rendah suara..sehinggalah pada pemilihan kata-kata..semua kita nak kena titik beratkan..itu tak termasuk lagi syaksiah kita dengan jiran, dengan haiwan, dengan alam dsb...

Mudah-mudahan Allah menjadikan kita hambaNya yang bersyukur....wallahuwa’lam...

Thursday, January 17, 2008

Kemarau di hujung langit...


Bismillahirahmanirahim... Assalamualaikum wrh. Alhamdulillah, puja dan puji selayaknya kita kembalikan kehadrat Allah swt, rabbil izzah yang rahim dan rahman.. Kerana tanpaNya..maka tidak tahu sehingga ke saat mana kita mampu melaksanakan ubudiyyah fil 'amal, yang mana pelaksanaan ini memerlukan kepada kekuatan dan kesungguhan. Insya-Allah, kesungguhan ini, keupayaan ini, hajat ini...semoga Allah istiqamahkan kita...Selawat serta salam ke atas junjungan Mulia, Rasulullah saw, para sahabat, tabi'en, auliya'..mujahideen..syuhada..Barakallahuminkum...

Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan saya untuk menulis lagi..he3. Maafkan saya ye, sekiranya di sana ada yang menanti, jazakumullah buat mereka yang sudi menziarahi page saya ini, meniti berita-berita baru.. Sungguh kesempitan waktu, ditambah dengan taklifan yang lebih memerlukan perhatian saya, saya terpaksa membiarkan tanah ini sunyi sehingga ke detik ini... hem..saya pasti kalian tentu memaafkan saya bukan...terima kasih, sifat pemaaf kalian amat menyegarkan hati saya.... =)


hemm....


Di keheningan pagi yang indah ini, marilah sama2 kita menanamkan kembali rasa khauf terhadap Allah swt..menyuburkan pengharapan, mengharapkan keredhaanNya...amalan kita, perbuatan kita, sumbangan kita.. Marilah kita perbaharui.. Sesungguhnya kehidupan kita yang sentiasa disibukan dengan perkara-perkara yang tidak tentu ini...banyak menarik kita kepada dunia yang fana, sudah ramai yang tenggelam di dalam arus ini... Sudah ramai pejuang yang lari dari medan perjuangan, sudah ada juga ulama' yang bersenang-senang dengan harta ganjaran...malahan telah ada juga mufti-mufti yang berkejar-kejaran memberi fatwa demi kemahsyuran...ada pemimpin yang memakan duit rakyatnya...sudah lahir imam-imam yang tidak tahu membaca Al-quran, imam-imam yang telah Allah alihkan tumpuan mereka....


..kerana itu...marilah kita bersedia..perbaharui iman dan tekad...merenungi cabaran-cabaran yang sedang menanti kita..mengenali siapa musuh-musuh kita...mencari tempat dimana kita harus bermula..TARBIAH ISLAMIAH, itulah bahtera penyelamat, kunci keselamatan...bernaung di bawah kapal-kapal orang mukmin..Kata Syeikh Mustafa masyur.." dengan tarbiah, segala-galanya dapat diraih.."..Insya-Allah..



Sahabat-rakan pembaca yang dirahmati Allah... Sedar tak sedar, kita hampir berada di ambang 10 muharam. Masa.. tak terasa ianya berlalu. lantaran, kesibukan dan lelah seharian di dewan kuliah dan lain-lain pekerjaan.. Tahun baru islam ini, saya punya 5 khabar gembira, 2 darinya ingin saya kongsi bersama antunna semua, 3 lagi..biar saja tersemat dalam kotak rahsia saya sehingga tiba detiknya...yea..?

Alhamdulillah...
Pertamanya, Ahmad A.Rashid Mohamed, satu-satunya imam muslim di Kem latihan ketenteraan Amerika telah dedahkan tentang keadaan Islam as a religion di kalangan askar-askar Amerika..Ironisnya, Islam semakin mendapat tempat di kalangan askar-askar Amerika. Bukan sebagai agama pengganas, tetapi islam sebagai agama yang membawa kerehatan jiwa pada kehidupan mereka yang penuh kemelut..kita harus percaya, walaupun dunia seakan-akan tidak menyebelahi islam, tetapi insya-Allah...kita yakin bahawa masa depan pasti milik Islam..Semakin kuat islam di tekan, semakin pantas ia berkembang secara diam.. Khabar ini pasti membuatkan hati kita tersentuh....semoga Allah mengurniakan kekuatan hati untuk askar2 muslim Amerika dan Imam Ahmad...


Yang kedua, beberapa kejadian yang berlaku termasuklah kes peguam Lingam dan Datuk fairuz, bekas ketua hakim negara, kes pergolakan badan kehakiman negara, kes rasuah peguam..semakin menunjukkan polimik pada institusi keadilan negara. Kedaulatannya semakin dipertikaikan, dasar-dasarnya mula dikaji kembali...ini pastilah satu khabar yang gembira juga buat institusi kehakiman shariah di Malaysia..kita mengharapkan, dari semakan kembali dasar perundangan negara, akan memberikan masa depan yang lebih cemerlang buat Sistem perundangan Islam di Negara kita...masyarakat hari ini, tidak akan dapat dikawal oleh sistem yang dibuat oleh manusia sendiri, kerana manusia yang membuat undang-undang itu juga bermasalah...justeru, perlu kita berbalik kepada hukum yang ditetapkan oleh pencipta manusia itu kembali...Semoga kemarau yang berpanjangan ini..kan temui musim panas dan lembap yang indah...insya-Allah...



Selebihnya khabar gembira itu..insya-Allah...tersimpan disini..fi studhur...
Insya-Allah, semoga Allah memuliakan kita dengan Islam...Marilah kita berusaha mencari keredhaan Allah swt...."Sesungguhnya masa itu berlalu begitu pantas walaupun pada saat-saat bahagia kita rasakan seolah-olahnya masa begitu pantas tetapi ketika saat-saat kesedihan masa seolah-olahnya begitu lambat berlalu, pada hakikatnya masa itu terlalu pantas seperti awan yang berlalu" [Dr.Yusuf Qordhawi]...assalamualaikum wrh...