
Hati hitam mengenangkan..dosa-dosa yang ku lakukan..
Oh Tuhan maha kuasa..Terima taubat hamba berdosa…
Bismillahirahmanirahim..
Dikeheningan malam yang indah ini, marilah sama-sama kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kita kepada Allah swt, Tuhan semesta alam. Tuhan yang menjadikan kita dengan sebaik-baik ciptaan dan melengkapkan kita dengan fitrah-fitrah yang bersih suci. Sesungguhnya nasihat ummi, fitrah ini perlu kita didik agar ianya mampu untuk tunduk dan mentaati perintah-perintah Allah swt ..Fitrah yang bagaimana teman-teman ?..Setiap manusia pasti ada rasa takut, rasa marah, rasa sayang dan cinta, rasa ingin berpasangan, rasa benci dan sebagainya. Fitrah inilah yang perlu kita lentur dan jaga betul-betul supaya ia menepati kehendak syariat..Islam mengajar kita bagaimana untuk marah, benci..kasih dalam rangka yang Allah redha..insya-Allah...
Oh Tuhan maha kuasa..Terima taubat hamba berdosa…
Bismillahirahmanirahim..
Dikeheningan malam yang indah ini, marilah sama-sama kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kita kepada Allah swt, Tuhan semesta alam. Tuhan yang menjadikan kita dengan sebaik-baik ciptaan dan melengkapkan kita dengan fitrah-fitrah yang bersih suci. Sesungguhnya nasihat ummi, fitrah ini perlu kita didik agar ianya mampu untuk tunduk dan mentaati perintah-perintah Allah swt ..Fitrah yang bagaimana teman-teman ?..Setiap manusia pasti ada rasa takut, rasa marah, rasa sayang dan cinta, rasa ingin berpasangan, rasa benci dan sebagainya. Fitrah inilah yang perlu kita lentur dan jaga betul-betul supaya ia menepati kehendak syariat..Islam mengajar kita bagaimana untuk marah, benci..kasih dalam rangka yang Allah redha..insya-Allah...
Teman-temanku yang dirahmati Allah swt...
Akhir-akhir ini banyak persimpangan yang sedang berlaku dalam kehidupan ana. Di dalam ujian dan kepahitan itu, ada ikhtibar dan tarbiah yang cuba ana kutip, muhasabahkan kembali dan selidiki dimanakah slacknya sehingga berlaku perihal sedemikian rupa. Banyak perkara..banyak yang menguji kesabaran ini, banyak yang menduga iman sekelumit ini, banyak yang menuntutkan pengorbanan hati dan perasaan..kadangkala ana terfikir, sangat senang bila kita mengucapkan bersabar dalam menghadapi ujian Allah swt, akan tetapi secara praktikalnya..masya-Allah..hanya Allah yang tahu begitu peritnya untuk bersabar dalam keadaan hati kita yang rapuh dan mudah terluka ini...
Tetapi ana tetap yakin, setiap ujian itu sesuai dengan kemampuan kita, kemampuan ana insya-Allah. Kalau tidak mampu, masakan Allah mahu membebani kita selebihnya bukan..? Cuma untuk mendidik hati supaya terus berhusnu zon, mendidik hati untuk memiliki semangat yang kental, itulah yang sukarnya. Siapa kata nak didik hati itu satu perkara yang senang..sangat susah sebenarnya. Seperti antivirus..walau betapa bagus sekalipun anti-virus itu, ttp perlu di’up-date’ kan dari semasa ke semasa..krn virus sentiasa berubah-ubah, semakin maju, bermacam-mcm..kalau anti-virus itu tidak di up-date, bagaimana mampu ia berfungsi untuk menghalang virus-virus yang pelbagai itu..hum, bagaimana, kalian tentu faham apa yang ana cuba sampaikan bukan?...ismahli jika sukar untuk memahami...
Bila direnungkan kembali....
Inilah proses tarbiah, proses mematangkan diri..ana tidak salahkan teman yang ana gelarkan ’Ros Karmilla’..kerana membuatkan hati ana segelisah ini, untuk kesekian kalinya sepanjang persahabatan kami. Ana kira kasih sayang akan membuatkan seseorang itu memahami lebih lagi, tetapi itulah uniknya Ros Karmilla..dia tidak begitu. Persahabatan, kesetiaan, kejujuran dan keikhlasan bukanlah segala-galanya bagi dia.dia menuntutkan sesuatu yang lebih dari kemampuan dan kesabaran ini. Sangat sukar untuk menghormati kehendaknya. Entah kenapa Allah izin, dalam persahabatan ana dengan Ros Karmilla, terlalu banyak ujian pada hati dan perasaan kami. Ada saja yang tidak kena, ada saja perkara yang Ros karmilla bangkitkan kembali. Sangat sukar..sangat penat sebenarnya bila setiap kali bersamanya..ana anggarkan mgkin kerana kami masih dalam proses taaruf....
Sahabat-sahabatku, bagitahula ana..adakah apabila terlalu banyaknya halangan, perbezaan di antara kita dan dia, itu bermakna dia tidak ditakdirkan untuk menjadi teman disisi kita..?
Antunna....
Jadi bagaimana sekarang..? bolehkah kalian disini menasihati ana..memberikan semangat..barangkali ada yang ingin menyejukkan hati ana. Hi3.. ceritakanlah sesuatu yang boleh menenangkan hati ini kembali. Gusar, gelisah, semua ada sekarang ini. Kenapa yea? ..Mungkin inilah akibatnya bila hati lagha, tidak berhubungan dengan Allah. Hati hitam kerana dosa..hati malap tanpa cahaya..hati suram dengan kegelapan..hati menjadi bisu akibat kurangnya taubat..hati menjadi keras. Bagaimana hati ini akan membiaskan cahaya ke seluruh alam, jika hati ini tidak mampu membiaskan cahaya kepada pemiliknya sendiri ? ..
Ana mendoakan kesejahteraan iman buat Ros Karmilla, dibersihkan hatinya dari sebarang prejudis..dibukakan pintu hatinya untuk menerima insan-insan disekelilingnya...seadanya...dan sekiranya kelemahan itu datangnya dari diri ini, ana mohonkan keampunan dari Allah swt..Sebagai manusia biasa, kita pastinya buta dalam menilai sesuatu dalam sesetengah perkara. Semoga Allah menetapkan hati kita..Insya-Allah..
Jazakillah krn sudi membaca..menjadi pendengar..antunna jayyid jiddan..=)
