Wednesday, August 30, 2006

Natijah yang cetek


Tuntutan yang utama dan pertama tarbiyyah ke atas kita ialah penyerahan jiwa, diri dan fikiran kita sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Dengan wujudnya tuntutan utama dan pertama ini, barulah tarbiyyah dapat berjalan dan matlamatnya dapat dicapai, Insya Allah. Tetapi jika kita tiada penyerahan yang total maka akan lahirlah natijah-natijah yang cetek, yang longgar dan bermusim-musim atau sekadar mengikut suasana semata-mata.

Hal ini perlu diperhatikan dengan betul-betul kerana kita tidak mahu natijah yang cetek. Jika penyerahan itu masih belum menyeluruh, masih ada bahagian-bahagian yang tertentu yang masih belum diserahkan atau enggan diserahkan, tentulah natijahnya juga tidak akan menyeluruh, tidak kekal atau sebati dengan individu itu dan sentiasa ada cacat celanya. Inilah yang kita cuba elakkan.


Amal Islami yang merupakan natijah yang lahir dari seseorang itu tertolak jika ianya tidak terbit daripada pemancarnya yang betul. Pemancar yang kita maksudkan di sini ialah Iman itu sendiri. Iman yang dibina melalui pendidikan Islam yang betul, bersumberkan kepada sumber yang sah iaitu al Quran al Karim dan as Sunnah an Nabawiyyah. Dalam sebuah hadith diceritakan bagaimana natijah yang nampak seolah-olah Islamik, tetapi sebenarnya tidak Islamik, telah ditolak oleh Allah s.w.t dan pelaku-pelakunya telah disiksa oleh Allah s.w.t. Abu Hurairah r.a telah berkata bahawa saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :


“Pertama perkara yang akan diputuskan di Hari Qiamat ialah seorang yang mati syahid. Maka dihadapkan dan ditanyakan beberapa nikmat Tuhan. Setelah diakui maka di tanya : apakah perbuatanmu terhadap nikmat itu ?. Jawabnya “ Saya telah berjuang untuk Mu sehinggalah mati syahid . Jawab Tuhan : Dusta engkau, tetapi engkau berjuang supaya dikenali sebagai pahlawan dan keberanianmu dan telahpun terkenal demikian. Kemudian diperintahkan supaya diseretkan ke dalam api neraka. Kedua seorang pelajar yang telah pandai membaca serta mengajar al Quran. Ketika dihadapkan ditanya tentang nikmat-nikmat Tuhan. Setelah mengakuinya, ditanya : Apakah perbuatanmu terhadap semua itu ?. Jawabnya : Saya telah mempelajari ilmu dan mengajarnya serta membaca al Quran untuk Mu. Jawab Tuhan : Dusta engkau, tetapi engkau belajar untuk dikenali sebagai orang alim dan dibaca untuk dikenali sebagai qari dan telah terkenal demikian. Kemudian disuruh diseret mukanya dan dilemparkan ke dalam neraka. Ketiga seorang hartawan yang memiliki berbagai macam kekayaan. Ketika dihadapkan ditanya berbagai nikmat Tuhan kepadanya dan ketika telah mengakuinya maka ditanya : Apakah kerja kamu dalam semua itu?. Jawabnya : Tiada suatu jalanpun yang Engkau anjurkan agar aku membelanjakannya, melainkan aku belanja semata-mata untuk Mu. Jawab Tuhan : Dusta engkau, tetapi engkau berbuat demikian untuk dikenali sebagai dermawan. Dan telah dikenali demikian. Kemudian diperintahkan supaya diseret pada mukanya dan dilemparkan ke dalam neraka.”

[Riwayat Muslim]


Kita lihat dari hadith tersebut bagaimana amalan-amalan itu dinilai dari hati atau dinilai menurut apa yang terdapat di dalam hati. Seseorang yang mati syahid itu sungguh tinggi nilaian Allah s.w.t, tetapi jika ia berjuang untuk mencari kemashyuran, maka tidaklah ia dapatinya melainkan azab Allah s.w.t di Hari Akhirat kelak. Di situlah kejayaan atau kegagalan dalam kehidupan seseorang itu ditentukan. Walaupun di dunia ia mendapat kemegahan yang dituntutnya itu, tetapi ia tidak dapat menipu Allah s.w.t dan ia akan dibalas seadil-adilnya, tanpa sedikit kezaliman pun.


Kita boleh melakukan amalan-amalan yang soleh tetapi mesti ditentukan dari dorongan mana yang mendorong kita. Kita boleh mendakwa bahawa kita berubudiyyah kepada Allah s.w.t, tetapi apa yang terdapat di dalam hati kita diketahui oleh Allahs.w.t. Apakah yang tersembunyi di dalamnya. Begitu juga orang-orang lyang belajar ilmu untuk digelar sebagai orang alim atau orang yang membaca al Quran untuk dikenali sebagai al Qari, mereka ini akan tertolak. Kita takut hal ini berlaku kepada kita. Kita minta pertolongan Allah s.w.t dari bentuk penyelewengan ini. Kita risau kalau-kalau kita melakukan amalan yang besar, tetapi asasnya tidak betul dan penyerahannya juga tidak betul. Begitu juga dengan hartawan-hartawan yang mendakwa menderma di jalan Allah s.w.t, tetapi sebenarnya menderma luntuk mendapat gelaran hartawan, maka itu juga tertolak.


Penyerahan hati kepada Allah s.w.t perlu dalam segala hal, kerana kita sebagai hamba Allah s.w.t terikat dengan sistem Nya, nilaian Nya, akhlak yang dikehendaki Nya dan juga Deen Nya. Mana-mana bahagian yang masih belum diserahkan itu maka hendaklah segera diserahkan. Oleh yang demikian perlulah kita kikiskan karat-karat, daki-daki dan tinggalan-tinggalan lama jahiliyyah dan didikan yang sekian lama yang kita telah didik dengannya sebelum kita mendapat kesedaran Islam yang hakiki, dengan taufiq dan hidayah Allah s.w.t jua. Dari hadith tersebut juga dapat juga difahami dan diketahui bahawa kita tidak boleh tertipu dan menganggap bahawa kita telah memiliki persediaan yang cukup dari berbagai segi terutamanya dari segi kejiwaan. Mereka melakukan amalan-amalan yang tinggi nilainya, tetapi lantaran jiwa belum bersedia, belum bersih, mereka terjerumus ke dalam lembah menunjuk-nunjuk, riya’ dan sebagainya.


Titik tolak mesti betul maka barulah akan lahir natijah yang betul. Sebaliknya titik tolak yang tidak betul akan melahirkan sesuatu yang tidak betul. Firman Allah s.w.t :-Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan keta’atan kepada Nya dalam ( menjalankan ) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus”

( Surah al Bayyinah : 5 )


Kita tidak boleh lari dari bergerak bersama-sama sahabat kita yang lain yang sedar dan insaf, di dalam barisan yang tersusun rapi. Hanya dengan inilah baru kedapatan “Berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran

Di sinilah kita sama-sama tegur menegur, nasihat menasihati dan lengkap melengkapi. Disinilah kita hendak membina dan membentuk keperibadian Islam dalam setiap ahli kita dan disinilah kita hendak membuang jahiliyyah dari dalam ldiri kita. Di sinilah kita hendak curahkan kemampuan, tenaga, masa dan wang ringgit kita. Di sinilah sebenarnya medan kita. Di sinilah hati-hati kita patuh berkumpul, bukannya dalam kelompok yang amat berbeza dengan kita, kelompok yang hanya bermatlamatkan dunia semata-mata atau kelompok yang tidak bermatlamatkan Allah s.w.t.

____________________

Bahan Tarbiyyah ini dari sumber rehlah tarbawi...

Sunday, August 27, 2006

Internet dengan kebersamaan ALLAH


Internet merupakan senjata bermata dua, satu pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan; dalamnya ada unsur peruntuh dan membina, memati dan menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara bagaimana ia digunakan adalah garis pemisah antara keduannya.
Saya harap tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa internet mempunyai daya tarikan, keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan bersifat intraktif yang menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan. Ia melitupi bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia boleh dijadikan mimbar untuk orang Islam menegakkan hujjah keatas manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada seluruh manusia diseluruh pelusuk alam.

Benarlah seperti firman Allah taala yang bermaksud: Supaya tidak menjadi hujjah manusia terhadap Allah selepas kedatangan rasul-rasul.(an Nisa’ 165)Dan firman maksudnya: dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan rasul menjadi saksi keatas kamu.(al Baqarah 143).Walaubagaimana pun kita sepatutnya mengetahui bahawa internet dipenuhi dengan segala jenis unsur yang rosak dan merosakkan dan syaitan jin dan manusia memuatkan rangkaian ini dengan berjuta-juta laman yang canggih dan cekap dengan seni mempedaya dan menyesatkan satu perkara yang tidak diterima akal dan sukar digambarkan.

Manakala dari sudut perniagaan, satu kajian menunjukan bahawa sejumlah pembelian bahan lucah melalui internet mencecah 18 bilion dolar. Ini mendorong pengkaji Steve Waters berkata dalam komentarnya terhadap betapa besarnya bencana ini: "biasanya pelayaran internet bermula dengan cuba-cuba, kemudian ia berlarutan menjadi penagihan dan disertai dengan kesudahan yang sangat merbahaya". Semua itu perlu diletakkan dalam perkiraan apabila berbicara tentang internet, melayarinya dan berintraksi dengannya.

1. Sesaorang yang ingin melayari internet wajar membersihkan niat dengan betul dengan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum memasukinya.2. Mereka yang melayari internet sebagai alat untuk berhibur akan lupa diri dan tanpa disedari terheret ke pada kamatianya dalam keadaan ia tidak menyedarinya.3. Kemudian duduk dihadapan internet dalam tempoh yang lama akan mensia-siakan pusingan hidup seluruhnya. Mereka akan mengabaikan tugas dan tuntutan untuk mendapat kebahagiaan didunia dan akhirat. Inilah kerugian yang nyata. Disamping ia juga akan menyebabkan kehilangan daya tumpuan dan menyebabkan akal bercelaru.Adapun apabila kita melayari gelombang internet yang ganas dalam laut yang gelap dan dalam keadaan ditemani Allah bererti kita hidup dengan kebersamaan ini dalam setiap suasana, urusan, kondisi dan setiap masa.

Rasa kebersamaan ini bukan suatu yang boleh dipinjam-pinjam atau direka-reka… kerana itu, ia bukan datang dan pergi sebaliknya satu keadaan yang tetap terus berkembang tanpa kurang atau surut. Merialisasikan kebersamaan ini sesaorang perlu mengekang nafsunya daripada hawa dan penyesatannya. Hawa harus ditolak dan nafsu sepatutnya dibimbing untuk menaiki tangga kesempurnaan, meninggalkan kealpaan, mengalahkan waswas dan mengatasi ajakan-ajakan syahwat. Kemudian dengan memelihara keberterusan "muraqabah" dan "muhasabah" serta mengekang nafsu dengan keazaman dan dipaksa dengan pekerti dan akhlak yang mulia, apa lagi dizaman yang penuh dengan fitnah dan keajaiban ini.

Seperti yang pernah diberi amaran dan ingatan oleh Rasulullah s.a.w secara khusus mengenai zaman tersebut dimana orang yang siuman menjadi bingun, perkara makruf menjadi mungkar dan mungkar menjadi makruf sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: apabila dunia hampir kiamat akan berlaku fitnah seperti potongan malam yang gelap, fitnah seperti kepulan asap, dalam situasi itu hati manusia akan mati seperti matinya tubuh badan mereka, mereka beriman pada pagi hari dan kufur pada waktu petang, beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi antara mereka ada puak yang menjual akhlak dan agama mereka dengan habuan dunia.(hadis riwayat Ahmad)

Kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kita kesihatan dan berterusan dalam keadaan afiat serta bersyukur dengan afiat tersebut. Kita mohon dari Allah kebaikan masa dan kebaikan mereka yang hidup pada zaman ini. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan zaman dan kejahatan mereka yang hidup pada zaman ini. Allah maafkanlah kami, ampunkanlah kami, perelokkan kesudahan kami dan pastikan pada waktu kematian kami, kami sedang melakukan kebaikan dan amal soleh. Amin ya rabba al alamin.
______________
Perlunya ada khasyatullah dalam melayari internet...tapi ana tak nafikan..ana sendiri takut untuk berdepan dengannya..takut tak mampu menahan tarikkannya yang kuat....moga Allah lindungi....

oleh : Mujahid Syeikh Fathi Yakan

Tuesday, August 08, 2006

Jalinan yang Soleh


Kehidupan ini, kita tidak punya banyak masa. mudah-mudahan kita mendapat keseragaman dalam kefahaman islam kita..Merasai keizzahan islam serta ikhlas, yakin dan percaya bahawa nikmat yang paling besar dalam hidup adalah nikmat berada dalam Iman dan islam. Ad-deenul Haq.

Dalam hidup kita seharian, kita sangat berhajat pada Islam. Kita amat bergantung pada bantuan dan pertolongan Allah. Tanpa bantuannya, kita pasti takkan mampu hidup sendiri..Hanya dengan RahmatNya, kita seadanya begini tika ini.. Dalam suasana hari ini, sahabat yang soleh memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan penerusan tarbiyah..Kalau takde sahabat yang soleh, kita kena cari. Kalau dah ada, kita kena jaga. Jaga sungguh2. Seperti menatang minyak yang penuh. Kerana dia dan kita akan seiringan di atas yang perjalanan yang masih panjang ini.Dalam perjalanan ini penuh duri, rintangan dan cabaran. Takkan mampu kita merentasinya berseorangan. Bersama2 itu suatu kekuatan. Kerana itu, kita perlu berusaha mencari sahabat yang soleh. Itulah kuncinya. Jika kita nak istiqamah berada di atas jalan yang Allah suka, maka kita kena istiqamah duduk bersama2 dengan orang2 yang suka pada Allah dan rasul. Sabar menghadapi apa jua ujian yang datang dengan bersama. Sabar dan Istiqamah.

Kalau ada sikapnya yang bertentangan dengan kita, sabar sajalah. kerana lama kelamaan keserasian akan lahir dari persamaan fikrah dan tarbiyah. Maslahah deen lebih besar dari maslahah diri sendiri. Ukhuwah itu indah. Kerana Allah kita bertemu, dan keranaNya juga, kita berpisah. Kasih sejati itu lahir dari keimanan. Uniknya hubungan itu. Tanpa mengira warna kulit, latar belakang yang berbeza, berlainan loghat percakapan, tetapi mereka mampu duduk bersama, makan setalam, tidur sebantal, berkongsi perasaan dan masalah...tidak lain, islam dan cinta Allahlah yang mengikat golongan ini...Inilah nikmat dan kemanisan terbesar selepas nikmat iman dan islam...

Ungkapan tidak memadai untuk menggambarkan keindahan itu, melainkan kita perlu merasainya bersama. Duduk bersama2, makan, berbual2, ketawa, menulis, berbincang, sertai program tarbiyah bersama, qiam bersama..segala2nya kita lakukan bersama..biar bertambah taqwa.biarkan tarbiyah islam menguasai suasana kita. Kalau tak ada masa, terlalu sibuk, kita tetap perlu juga cari masa untuk bersama sahabat2 yang soleh. Kalau tak mampu nak pergi jumpa mereka, kita kena cari juga jalan untuk jumpa mereka. Mereka adalah sebab untuk kita merasa kuat. Kebersamaan itu adalah satu syu'ur yang memberi kesan yang amat mendalam.

Marilah kita berusaha bersungguh2 membina suatu jalinan yang teguh atas landasan cinta Allah azzawajalla..Saling mengasihi keranaNya, menjalani proses tarbiyah dengan serius dan jangan sedikit pun terlintas dihati kecil kita untuk meninggalkan sahabat2 yang soleh. Mereka adalah anugerah......wa du'ae yahfazuki robbi...takaballahu minna wa minkum...
____________________________________
# A y a h d a n u m m i a d a l a h s a h a b a t k u y a n g p a l i n g a k r a b . . .