Tuesday, January 30, 2007

Bagaimana Menyentuh Hati


Kepada anakku, Al-Walid Di kegelapan yang hitam pekat ini aku menatapmu dengan mata hatiku aku datang dari jauh menuju fajar baru dengan cita-cita yang mengharu biru kalbu untuk mengangkat panji Islam kembali seperti dahulu.

Muqaddimah [Dr. Al-Habr YusufNur Ad-Daim]

Buku yang berada di hadapan para pembaca ini " Ath-Thariq ila Al-Quluub" adalah karya Syaikh Abbas Hasan As-Siisi, seorang tokoh da'i yang mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman tentang rahsia hati. Jika Anda bertemu dengan beliau, Anda akan tertarik dengan akhlaknya yang sangat baik, raut wajahnya yang ceria dan bersahabat, serta sorot matanya yang menyejukkan. Itu jugalah yang saya alami tatkala pertama kali bertemu dengan beliau. Anda pun akan langsung menyukainya jika anda bertemu dengannya. Semakin lama Anda bergaul dengannya, maka semakin dalam pula rasa suka Anda terhadapnya, kerana Anda akan mengetahui bahawa beliau adaiah orang yang penuh dengan pengalaman dan sibuk dalam dakwah, sehingga seakan-akan tidak mempunyai waktu lagi untuk mengurus permasalahannya sendiri dan permasalahan anakanaknya. Semua pemuda yang berjuang di jalan dakwah merasakan belaian kasih sayangnya.

Beliau menganggap mereka semua sebagai anak-anaknya sendiri dan mereka pun menganggapnya sebagai orang tua sendiri, sehingga timbullah saling pengertian dan saling berbagi rasa. Jika beliau berada di antara mereka, beliau akan menjadi sebahagian dari mereka, hampir-hampir tidak bisa dibezakan. Sifat tawadhu'nya sangat tinggi. Saya ingin agar para pemuda melihat kehidupan generasi pertama hasil didikan Asy-Syahid Hasan Al-Banna —semoga Allah memasukkan beliau ke dalam syurga-Nya— agar mereka mengetahui dampak positif dan tarbiyah qur'aniyah dalam membentuk pejuang-pejuang dakwah.

Generasi pertama itu benar-benar telah mengetahui rahsia hati manusia. Oleh kerananya, langkah yang mereka tempuh memang diorientasikan untuk membersihkan hati mereka dengan hidayah llahiah terlebih dulu, baru setelah itu mereka memberikan pengetahuan dan pengalaman yang mereka dapatkan kepada orang lain. Buku ini ditulis dengan gaya bahasa yang mudah difahami dan dibuat semenarik mungkin. Anda tidak akan bosan tatkala membacanya, bahkan Anda akan merasakan belaian kasih sayang yang menyentuh jiwa, sehingga Anda akan terus-menerus merindukannya.
________________________________________
Bismillahirahmanirahim...Buku "Bagaimana Menyentuh Hati", tulisan Syeikh Abbas Asiisi, saya baca dari ukht syaheed awwal. Insya-Allah..buku ini sangat menarik. Syeikh Abbas Asiisi seorang ilmuan islam yang telah lama bergiat aktif dalam medan dakwah. Beliau melihat generasi muda perlu didekati kerana potensi mereka yang sangat luar biasa. Mereka perlu disayangi, diberi perhatian dan dipujuk. Senyuman adalah sedekah yang paling mudah...

Muliakan sesama manusia


Setiap manusia adalah makhluk Allah yang harus diperlakukan secara terhomat, kerana begitulah Allah menciptakan, seperti dalam firman-Nya, "Sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan." (Al-Isra': 70)

Allah memberi rezeki kepada hamba-Nya bukan dalam rangka mengagungkan keberadaannya juga bukan mengurangi kedudukannya, akan tetapi, "Allah hendak menguji sebagian kamu dengan seba-gian yang lain." (Muhammad: 4) . Maka ada yang menjadi menteri ada juga yang menjadi pengawal Semuanya dimudahkan sesuai dengan takdir-Nya. Akan tetapi kalangan bawah (miskin) merasa dirinya tidak berharga, sehingga mereka hidup terisolir dari masyarakat dan terpinggirkan secara mental. Begitulah biasanya masyarakat memperlakukan mereka.

Di suatu majlis saya pernah ditanya seorang ikh-wah, yang ingin terlibat dalam dakwah fardiyah, tetapi dia tidak memiliki pengalaman dan sarana pendukung untuk itu. Saya tanya tentang pekerjaannya sekarang, ia menjawab, "Saya seorang pegawai negeri di sebuah kantor distribusi pupuk, Departemen Pertanian." Saya katakan, "Sesungguhnya itu adalah pekerjaan yang strategis, kerana Anda diperlukan oleh banyak petani. Bagaimana Anda melayani setiap petani yang datang?" "Dia menghadap saya dengan menyerahkan formulir pengambilan, lalu saya serahkan bagiannya. Selesai urusan, kemudian pergilah la!" jawabnya.

Saya katakan, "Bila Anda ingin jadi da'i, maka Anda harus menyambutnya dengan penuh kerinduan untuk dapat bertemu lagi. Anda layani mereka dengan penuh keikhlasan. Usahakan untuk berkenalan dengannya, jabat tangannya erat-erat, dan antarlah kepergiannya dengan ungkapan yang baik. Lakukanlah hal itu kepada setiap orang yang datang kepada Anda. Bila Anda ber-temu di tengah jalan, maka dahuluilah dengan salam dan jabat tangannya serta tanyakan keadaannya, dan seterus-nya. Hal ini berlaku untuk setiap orang yang Anda kenal dari mereka. Dan satu lagi, setelah itu Anda harus datang ke rumah saya, agar saya merasa tenang dengan upaya Anda dalam masalah ini."

Beberapa bulan kemudian, ia datang mengunjungi saya dengan penuh kegembiraan, seraya berkata, "Allah telah memberi taufiq kepadaku. Ketika saya lewat di suatu jalan, tiba-tiba saya menjumpai banyak orang sedang berdiri untuk memben hormat kepadaku, bahkan mengajakku mampir ke rumahnya. Semua menyambutku dan memohon agar saya dapat berkum-pul bersama mereka." Saya katakan kepadanya, "Inilah awal perjalanan... maka istiqomahlah!"
______________________________________
Muliakan sesama manusia..[ Bagaimana Menyentuh Hati ]

Friday, January 12, 2007

Di Bawah Bayangan Al-Quran

Mukaddimah Kitab Tafsir Fizilallil Quran :

Hidup di bawah bayangan al-Quran adalah suatu kenikmatan yang
tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja. Ia adalah suatu kenikmatan yang meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah yang telah mengurniakan kepadaku kenikmatan hidup di bawah bayangan al-Qur’an selama beberapa waktu, di mana aku telah mengecapi nikmat yang tidak pernah aku kecapi sepanjang hidupku, iaitu nikmat yang meluhur, memberkati dan membersihkan usiaku.

Aku hidup seolah-olah mendengar Allah bercakap kepadaku dengan al-Quran ini… ya Dia bercakap kepadaku seorang hamba yang amat kerdil dan amat kecil. Manakah penghormatan yang dapat dicapai oleh seseorang lebih tinggi dari penghormatan Ilahi yang amat besar ini? Manakah keluhuran usia yang lebih tinggi dari keluhuran usia yang diangkatkan oleh kitab suci ini? Manakah darjah kemuliaan bagi seseorang yang lebih tinggi dari darjah kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah Pencipta Yang Maha Mulia?

Aku telah hidup di bawah bayangan al-Qur’an dan di sana aku melihat jahiliyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat minat dan cita-cita penduduk-penduduk dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja-pemuja jahiliyah itu berbangga-bangga dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita-cita kanak-kanak sama seperti pandangan seorang tua kepada mainan kanak-kanak, percubaan kanak-kanak dan keteloran lidah kanak-kanak. Aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia jadi begini, mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini? Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan usia seorang?

Aku telah hidup di bawah bayangan al-Quran dan di sana aku dapat menikmati kefahaman yang sempurna dan meliputi, tanggapan yang tinggi dan bersih terhadap alam al-wujud, terhadap matlamat seluruh alam al-wujud dan terhadap matlamat kewujudan manusia itu sendiri. Kemudian aku bandingkan dengan kefahaman-kefahaman dan tanggapan jahiliyah yang dihayati oleh umat manusia di Timur dan di Barat, di Utara dan di Selatan. Kemudian aku bertanya: Mengapa manusia sanggup hidup dalam paya yang busuk, di tahap yang amat rendah dan di dalam gelap gelita kesesatan yang menghitam itu, sedangkan mereka mempunyai padang-padang yang bersih, tempat-tempat yang tinggi dan cahaya yang terang benderang?

Aku telah hidup di bawah bayangan al-Qur’an, dan di sana aku dapat merasa adanya keseimbangan yang indah di antara harakat manusia seperti yang dikehendaki Allah dengan harakat alam buana yang diciptakan Allah. Kemudian aku melihat keadaan simpang-siur yang dialami oleh umat manusia yang telah menyimpang dan undang-undang alam buana, juga melihat percanggahan di antara pengajaran-pengajaran yang merosak dan jahat yang diajarkan kepada mereka dengan fitrah semulajadi mereka, lalu aku berkata di dalam hatiku: Manakah syaitan yang jahat yang telah memimpin umat manusia ke Neraka ini?

Alangkah ruginya manusia!

Aku telah hidup di bawah bayangan al-Quran dan di sana aku melihat alam al-wujud ini adalah jauh lebih besar dari saiznya yang lahir yang dapat dilihat itu. Ia lebih besar dari segi hakikatnya dan dari segi bilangan aspek-aspeknya. Ia mencakup alam ghaib dan alam syahadah kedua-dua sekali bukannya alam syahadah sahaja. Ia merangkumi dunia dan Akhirat kedua-dua sekali bukannya dunia ini sahaja. Dan kewujudan manusia adalah bersinambung di lorong-lorong zaman yang amat jauh itu. Maut bukannya penghabisan perjalanan hidup manusia, malah ia merupakan suatu peringkat perjalanan di tengah jalan. Segala sesuatu yang dicapai oleh seseorang di dunia ini bukanlah merupakan seluruh habuannya, malah hanya merupakan sebahagian dari habuannya sahaja. Segala balasan yang terluput di dunia ini tidak akan terluput di Akhirat nanti. Di sana balasan tidak akan mengalami penganiayaan, pengurangan dan kesesiaan. Peringkat perjalanan yang dilalui manusia di bumi ini merupakan peringkat perjalanan di sebuah alam hidup yang lumrah, sebuah alam sahabat yang mesra dan sebuah alam yang mempunyai roh yang sentiasa menerima, menyambut dan ia bertawajjuh kepada Allah Pencipta Yang Maha Esa sebagaimana roh orang yang beriman bertawajjuh kepada-Nya dengan penuh khusyu’. [As-syahid Syed Qutb]

___________________________________

Fi zhilalil Quran [Di bawah bayangan Al-quran] telah ditulis oleh As-syahid Syed Qutb ketika berada dalam tahanan. Dia menghayati Al-quran sehingga Al-quran sebati di dalam dirinya. Sepanjang tempohnya dipenjara, beliau sempat menyebarkan dakwah islam dikalangan banduan2..ada dikalangan mereka yang akhirnya menjadi aktivitis islam. Gagasan pemikirannya sentiasa baru dan bersemangat dengan kesedaran yang sangat halus terhadap islam. As-syahid dihukum gantung kerana dituduh menentang kerajaan Mesir. Beliau adalah Mujaddid tafsir mutaakhirin..Al-Fatihah...

Thursday, January 11, 2007

Islam Pilihan Kita (1)


Islam merupakan satu agama yang telah kita akui sebagai ikutan kita. Dengan agama inilah kita diperintahkah hidup dengannya. Hanya dengan Islamlah kita mendapat kebenaran hidup yang hakiki sedangkan selainnya adalah kepalsuan dan kebatilan.

Ta'rifan Islam sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr Abdul karim Zaidan bermaksud patuh, patuh dan menyerah kepada perintah Allah S.W.T. semata-mata. Patuh, tunduk dan menyerah ini perlu dari jiwa yang sedar dan insaf, iaitu kesedaran dan keinsafan dalam bentuk memahami ilmu-ilmu Islam yang benar dan saheh. Firman Allah S.W.T. : " Maka Allah mengilhamkan kepad jiwa itu jalan kefasiqan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensuciakn jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya." (Surah asy-Syams: ayat 8-10.)

Manusia diberikan aqal untuk membuat pilihan. Bebas untuk memilih dua jalan yang disediakan di mana keputusan daripada pemilihan itu akan menentukan hakikat kehidupan di akhirat kelak. Di sinilah perlu berfikir panjang.....

Mereka yang memilih Islam bererti mereka telah menentukan kehidupan mereka di akhirat kelak dengan izin Allah S.W.T.. Memilih Islam di sisni bermaksud ciri-ciri Islam lahir dalam tingkah laku, peribadi, percakapan dan sebagainya yang mempunyai hubungan dengan Allah S.W.T., iaitu melaui hubungan dengan syara' dan hubungan-hubungan dengan Islam itu sendiri. Maknanya perbuatan seseorang Islam itu mewakili keperibadian Islam yang Allah S.W.T. kehendaki. Sekiranya pilihan mereka tidak tepat, iaitu tidak memilih Islam tetapi memilih jalan lain, hasilnya mereka akan mendapat pembalasan dan penderitaan yang hebat dari Allah S.W.T..Terpulanglah kepada kita untuk memilih dua jalan ini. Allah S.W.T. telah menjelaskan dua tempat khas akibat kepada pemilihan dua jalan ini. Firman Allah S.W.T. :

" Adapun orang-orang yang beriaman dan mengerjakan amalan soleh, maka bagi mereka syurga tempat kediaman sebagai pahala terhadap apa yang mereka kerjakan. Dan adapun orang-orang yang fasiq maka tempat mereka adalah neraka. Setiap kali mereka hendak keluar daripadanya mereka dikembalikan lagi ke dalamnya dan dikatakan kepoada mereka: "Rasakanlah siksaan neraka yang dahulu kamu dustakan " (Surah as-Sajadah: ayat 19-20.)

Kembali kepada ta'rif Islam iaitu tunduk dan patuh serta menyerah daripada jiwa yang sedar dan insaf untuk memilih jalan yang baik dan buruk. Bagi seseorang Muslim, ia bersifat berkorban dalam memilih Islam sebagai jalan hidupnya dan mengenepikan jalan-jalan lain. Atas pengorbanan inilah Allah S.W.T. menyediakan balasan syurga. Balasan ini diberi berdasarkan tepatnya kita memilih jalan hidup tadi.

Berbeza pula dengan keadaan makhluk Allah S.W.T. yang lain seperti air, pokok, api (selain dari jin dan manusia), patuh, tunduk dan taat mereka kepada sistem Allah S.W.T. tidak menimbulkan apa balasan buruk atau baik. Ini kerana tunduk, taat, patuh dan menyerah mereka adalah secara terpaksa.
Bagi kita peluang untuk memilih disediakan, samada untuk tunduk, patuh dan taat atau sebaliknya. Pemilihan ini berdasarkan kesedaran dan keinsafan yang tercetus daripada perasaan keimanan yang bersih melalui Iman yang betul dan saheh. Garisan atau perbezaan ini menjelaskan mengapa Allah S.W.T. menyediakan balasan buruk dan baik kepada manusia.
__________
Bahan2 D&T
CAB