Thursday, April 05, 2007

Selingan ( Kesibukan )

Alhamdulillah. Kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Rabbul Jalil.. masih lagi kita disimbah oleh nikmat iman dan islam. Nikmat yang ramai di antara manusia tidak menyedarinya. ‘Man yahdihillahu fala mudhillalah..man yudhlil fala haadiyalah..‘ Sama-samalah kita berdoa agar senantiasa dikurniakan hidayah oleh Allah SWT..masih ada sedikit ruang untuk kita bersua. Sudah agak lama ana biarkan blog nie tanpa sebarang pengisian. Baik bahan2 dnt, maupun sesuatu yang bleh di kongsi..

Akhir-akhir ini Allah izin banyak kerja yang memerlukan perhatian padu, ditambah lagi dengan musim peperiksaan yang bakal menjelma. Kurang sungguh masa untuk memikirkan blog ni hinggalah sehari dua ni. Jika diikutkan peristiwa yang berlaku sejak akhir-akhir ini, memang banyak yang nak diperkatakan. Terutama sekali perkembangan semasa di Thailand, Filipina, Iraq dan Al-Aqsa.. tragedi fitnah ke atas pimpinan-pimpinan islam…

Peristiwa dan keadaan semasa yang menimpa umat islam ini, perlu diambil iktibar daripada kita semua. Yang paling penting, kita perlu sentiasa berdoa dan berusaha membantu dari segenap sudut berdasarkan kemampuan kita. Cumanya, dalam keadaan diri ana terutama, bergantung sangat dengan doa, dan usaha boikot mana-mana product yang ditaja penuh oleh rejim anti-islam. Ini yang kita kena alert. Mungkin sesetengahnya merasa leceh, tapi benda ‘leceh’ ni lah yang banyak membantu ekonomi ketenteraan mereka. Yang bleh kita boikot, kita cuba cari alternatif lain, kalau dah takder alternatif lain, terpaksalah kita uzlah syu’uriah..tak redha..

JI bangkit kembali di sempadan Thailand, ana tidak tahu hendak tunjukkan reaksi bagaimana, kekacauan dan pergelutan di sempadan pasti akan lebih teruk. Mangsanya, pasti mereka-mereka yang tidak berdosa..kanak-kanak, orang tua dan wanita. Betul kalau mereka menentang kejahatan dan penindasan di bumi Thailand tu, tetapi kadangkala kita khuatir dengan kaedah mereka. Wallahu’walam. Kita doakan yang terbaik.

Al-quds..Semoga Allah melindungi Al-quds. Insya-Allah, pasti kota suci itu akan dilindungi sehingga hari qiamat. Itu janji Allah swt. Ana melihat satu gambar kiriman seorang sahabat, lantai dibahagian tengah al-quds hampir pecah kerana ditebuk dari bawah. Gerun bila kita mendengarnya. Kalau mampu Al-quds bersuara, pasti sudah lama kita mendengarkan jeritan dan esak tangisnya. Tetapi tidak mungkin itu berlaku. Cuma, masih perlu kita pertahankan kerana Ia jantung kemegahan Umat islam. Lambang kehormatan dan simbol kesucian. Disana, tersimpan cebisan2 perjuangan umat muslimin. Ia hak kita. Milik Umat Islam. Tidak mungkin ia diruntuhkan semata-mata kerana tanah itu dipercayai tanah Haikal [Tempat suci orang yahudi].

Sekadar selingan, beberapa hari lalu, seorang sahabat ana bertandang ke bilik. Kami agak rapat antara satu sama lain. Dia bawakan beberapa jenis makanan untuk kami makan bersama. Ana agak hairan kerana bilik kami tidaklah jauh. Dan beberapa minggu kebelakangan ini, ana sangat sibuk dengan waktu perkuliahan yang tidak tetap, oleh itu tidak punya cukup waktu untuk berbual2 dengannya seperti dulu.. Dia tanya ana, bagaimana kehidupan ana. Ana seperti biasa bercerita tentang kesibukan ana, perkuliahan, assigment dan juga tentang masalah sikap ana …dia masih mendengar, hinggalah ana tanya oh ya, kenapa tiba-tiba dia nak makan bersama ana. katanya, nak ziarah ana.. kalau ana tidak punya cukup masa untuk berjumpa, berbual-bual, jadi kami tentu ada masa untuk makan bersama, kerana manusia walau sesibuk mana lazimnya akan berhenti seketika untuk mengisi perut pada waktunya. Kerana itu dia bawakan makanan. Jadi, kami dapat berbual banyak perkara..Hm. Apa reaksi anda dengan akhlak sahabat ana ni? …Alhamdulillah. Betapa alertnya dia pada ana. Dia dah bagi ana satu tarbiyah petang tu. Betapa dalam kesibukan, kita sepatutnya tidak mengabaikan insan-insan yang mengharapkan perhatian kita. Ukhuwah itu seperti bunga. Ia perlu disiram, dibajai dan dibelai agar ia tidak layu. Ukhuwah akan memberikan kekuatan. Kalau nak dikira, ana tidaklah sesibuk itu sehingga tidak punya masa untuk berbual-bual, Cuma kadangkala kita bertangguh untuk menghubunginya.. em. Inilah yang buatkan ana perlu sangat pada sahabat ana ni. Dia selalu beri unformal tarbiyah kat ana. Semoga kami menjadi sahabat di dunia dan akhirat.

Hari-hari yang berlalu, masa semakin meninggalkan kita. Sedang tanggungjawab semakin berat dan banyak. Terdayakah kita memikul bebanan ini bersendirian ? Semoga Allah tidak sibukkan kita dengan dunia sehingga mengaburkan tuntutan ukhrowi. Terus-terang ana katakan, ana sendiri masih belum kuat untuk memikul beban taklifan ini. Terlalu banyak yang perlu diperbaiki, dikikis dan di bina. Sekadar peringatan buat diri ana. Manusia, semakin hari semakin jauh dari Allah subhanahu wata’ala…kita pula bagaimana ?

Wallahu a'lam...

Sunday, April 01, 2007

Rantai Kedamaian


13 Rabiul Awwal 1428

Alhamdulillahirabbil 'Alamin...Setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah swt, di atas kasih sayang, nikmat kesihatan, nikmat usia, nikmat kebahagiaan dan nikmat yang terbesar adalah nikmat berada di dalam iman dan islam. Bermula hidup ini dengan Izin Allah swt, dan berakhirnya kehidupan fana ini juga hanya dengan keizinan Allah swt.

Semalam, hari kelahiran junjungan besar Rasulullah saw. Seorang teman sms ana...
" kalaupun tidak berkesempatan hidup bersamanya..kenapa tidak mengambil peluang meneruskan perjuangannya...banyakkan selawat. Hari ni, kelahiran Nabi " - Maaf. ana tidak tahu milik siapa sms ini. Kebaikkan darinya, ana hulurkan lafaz jazakillah di atas kesudian menghantar sms ini. Malu untuk ana akui, semalam hampir2 saja melupai kelahiran Nabi Muhammad saw. Kehadiran sms ini, mengingatkan ana. Alhamdulillah tidak terlewat untuk ana meraikan hari kebesaran Umat islam ini..teman2, apa perasaan kalian melalui hari semalam?..ana masih merindui sesorang..anda ? adakah anda merindui seseorang juga ?

Semalam bulan purnama. Alhamdulillah. Dari rumah kotak-kotak, bulan purnama sangat indah. Mungkin kerana perasaan juga sungguh bahagia. Nikmat kebahagiaan adalah dari Allah swt...Bulan, bintang, matahari...adalah tanda2 nyata kekuasaan dan kehebatan Allah swt. Ayah pernah kata, Bulan berpusing mengelilingi bumi, matahari paksi putaran, bintang pula biasan cahaya, semua ini bergerak mengikut sistem yang Allah swt aturkan. Mereka patuh mengikuti sistem ini semenjak awal kewujudan ciptaan Allah hinggalah kini..dan mereka akan terus patuh sehinggalah Allah swt arahkan sebaliknya. Bagaimana pula dengan kita ? Manusia yang dijadikan sebagai Sebaik-baik ciptaan ?


Beberapa hari lepas, ana attend kuliah Mrs. Michelle Gembaldi, salah seorang prof. kaji bintang dari France...Apa yang menarik perhatian ana..apabila dia katakan,
"setelah saya membuat pemerhatian yang sungguh mendalam tentang kejadian bulan dan bintang serta cakerawala, saya akhirnya tidak temui dimana titik mulanya. Ini membuatkan saya semakin pening. Saya yakin telah bermula mengikut susunan number2 dan susunan warna yang sepatutnya, tetapi bila sampai ke satu tahap..saya tidak boleh mencari turning point pada pengkajian ini. Seolah-olah ada satu kuasa besar yang menciptakannya...i felt that its all give me nothing on my research.but i'm always trying".. paling membuatkan kami tersenyum, bila setiap kali dia mencari jawapan pada persoalannya, dia selalu kata "i wonder why..i wonder how" ...Alhamdulillah. kata Puteri laksamana sunan, inilah nikmat Hidayah. Mungkin jawapannya hanya Kalimah Allah. Tiada Tuhan yang selain dari Allah. Allah yang menciptakan bulan. Allah juga yang menciptakan bintang, langit, cakerawala dan menciptakan jarak serta masa. Manusia hanya mampu membuat theory melalui kajian-kajian..tetapi Allah yang lebih mengetahui rahsia-rahsia disebaliknya...Maha hebatnya ALLAH.

Oleh itu, marilah kita sama-sama bersyukur kepada ALLAH swt, diantara berjuta-juta insan yang mencari kebahagiaan, Allah memilih kita untuk merasai dan mengecapinya. Dan tiada kebahagiaan melainkan dicapai melalui Iman. Kata seorang sahabat, ramai yang beragama islam, tetapi tidak ramai yang beriman kepada Allah swt. kita, bagaimana pula dengan kita ? adakah kita merasa cukup dengan menjadi Muslim tetapi tidak menjadi Mukmin ? Kata sahabat ana lagi, Mukmin adalah yang paling karib dengan Allah...Marilah kita saling bermaafan. mencari titik persefahaman, membina kasih sayang dan membenci permusuhan. Buat seorang teman [Khazinatul Asrar saya] ..sebenarnya, kita belajar ini dari kamu..=)..syukran atas nilai tarbiyah ini...


Final Exam- doakan kita semua..
Hakikatnya bahagia itu adalah ketenangan..
bila hati mengingati TUHAN...