Tuesday, June 19, 2007

Roh Dakwah Dan Tarbiyyah


Bismillahirahmanirahim... La ilahaillallah..ilahu wahidan wa nahnu muslimun..wala na'budu illa iyyahu mukhlisin na lahuddin..

Alhamdulillah. Di pagi ini, ana bersedia berkongsi sesuatu disini..inipun permata yang dihadiahkan oleh Khazinatul Asrar buat diri yang sentiasa lalai dan memerlukan peringatan. Insya-Allah..setiap hembusan adalah hembusan tarbiyah. Setiap kata adalah kata yang membina...Moga roh iman, roh dakwah dan tarbiyah sentiasa mengalir dalam diri setiap kita insya-Allah..

Sememangnya manusia itu diciptakan oleh Allah swt dengan fitrah. Fitrah suka kepada kebenaran, menyintai ketenangan, mendambakan kebahagiaan dan kemanisan hidup. Fitrah ini hanya boleh dilengkapi apabila kita mencapai keimanan yang sebenar kepada Allah swt, Tuhan yang menciptakan fitrah itu. Tanpa keimanan, pastinya nikmat ketenangan tidak akan di rasa. Hilang kebahagiaan walaupun punya pangkat dan harta. Keimanan kepada Allah swt lah yang menjadikan hati manusia itu tenang. 'ala bizikrullahi tatma'innul qulub. Dengan hanya mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..tenang setenang air di pinggir kali.. "Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman. Mereka akan tetap berhati teguh di kala insan lain mengalami kegoncangan...(Syed Qutb)

Oleh itu, bila menyedari diri berbuat dosa, hati bermaksiat..bersegaralah memohon keampunan kepada Allah swt. Hakikatnya, manusia itu sentiasa terburu-buru dan buta dalam melakukan sesuatu. Bila suluhan iman terpadam dalam hati, tiada yang dapat dimengerti..naik turunnya iman kita, bagaimana taqarub kita kepada Allah..bagaimana keikhlasan kita...adakah kita menyedarinya ?

Kata Khazinatul Asrar, kita semua masih di atas perjalanan tarbiyah..masih banyak yang akan kita lalui..justeru, disamping kita berkesibukan dengan amal2 islami..dan amal tarbawi, yang paling utama..kita perlu muhasabah, bagaimana hubungan kita dengan Allah...ikhlaskah kita? bersihkah hati kita? adakah kita berada di atas jalan yang benar? dari seorang sahabat, Jangan dibiarkan diri kita terus tercedera diserang kekufuran dan kefasiqan.. jika tubuh tercedera, cepat2 kita rawat..tetapi bila hati tercedera, apakah kita tahu hati kita tercedera?.....berilah rawatan kepada hati. Hati sentiasa memerlukan pengubatan....


Apa sahaja yang kita lakukan..lakukanla kerana Allah. Ikhlaskan hati kepadaNya. Beramal hanya keranaNya. Menuntut ilmu di atas tuntutanNya. Berkerja untukNya.. Biarkan diri kita larut dalam tarbiyah islam. Dan biarkan islam itu sebati dengan kita. Janganla takut bila kita tergelincir..terkeluar dari landasan kebenaran..Allahkan ada..mintala bantuan Allah. Allah pasti tahu...lebih mengetahui hikmahnya dari apa yang kita tahu..Bila terkeliru sebut namaNya..bila gusar, ingat padaNya...Insya-Allah..

( Sekadar bekalan buat penulis. kerana yang menulis perlu merasai dan melakukannya dahulu dari yang membaca..inilah pesanan Rabitah.temanku yang cukup solehah.alhamdulillah )
______________________________________________________________________
*Nota Untuk Malam_Baihaqi@yho/Saudagar :
Sudah ramai teman-teman menegur. Email lebih berbentuk peribadi, dan saya rasa cukup disini saja. Siapa saudara, dari mana dan hendak kemana..tidak saya ketahui. Oleh kerana itu, marilah saling bermaafan..Saya membetulkan tekaan yang tidak berasas..saya bukan anti-lelaki.dan teman-teman yang lain juga bukan anti-lelaki. Cuma, kami berhak untuk mencurigai sesiapa saja yang tidak kami kenali. Sila menghormati ini. Tiada jawapan kedua. Sila hentikan setiap kemelut itu. Itu tiada manfaatnya. Marilah memohon keampunan Allah swt..Sekian, Terima Kasih...

Monday, June 18, 2007

Kematian Hanya Sekali


P.e.r.i.n.g.a.t.a.n.H.a.t.i

"Kematian yang sungguh indah bagi pejuang agung yang menghabiskan seluruh hidupnya untuk jihad.." [Prof.Dr.Yusuf Qordhawi]
"Kita memilih jalan ini dan kita akan menamatkannya dengan syahid dan kemenangan" [As-syahid syeikh Ahmad Yassin]

Sesungguhnya kematian itu adalah pasti. Kehidupan pula sesuatu yang perlu diteruskan. Tetapi kata ayah, bagaimanakan bentuk kematian yang kita kehendaki ? adakah kita ingin mati sebagai seorang yang beriman atau sebagai orang fasiq [nauzubillah].


Kalau kita ingin mati sebagai seorang yang beriman...jadi, apa perancangan kita ? Bagaimana keimanan kita setakat hari ini ? Bagaimana ketaatan kita kepada Allah swt ? Bagaimana Hubungan kita dengan Allah.. ? Bagaimana dengan bekalan yang kita ada ? Sudahkah kita bersedia untuk MATI ?


2 Penyakit yang melanda Umat Islam akhir zaman iaitu :

Cintakan DUNIA dan takut akan MATI.

Doa Rasulullah saw : "Ya Allah, Janganlah ya Allah Engkau jadikan dunia itu suatu kerunsingan buat kami..akan tetapi jadikanlah Akhirat itu kegembiraan buat kami.."

Maafkan ana, ana memetik kata-kata dua orang sahabat..tanpa keizinannya terlebih dahulu.tetapi ana tahu, mereka mengizinkan.kerana apabila kita bergelar seorang penyeru, penyampai, pendidik..maka setiap patah kata yang keluar, adalah milik pendengar.. =)
" Ana doa pada Allah, janganla lagi matikan ana dalam keadaan sekarang. Kerana kalau keadaan sekarang, ana masih tidak yakin pada tahap keimanan ana. dan ana yakin, ia masih ditahap futur dan lemah. Apa yang ana dapat bawa menghadap Allah sekiranya ana mati dalam keadaan iman yang lemah..ana akan tergolong dalam kalangan orang yang rugi.astagfirullah."
" Ana teringat ustaz kata masa dia sedang sakit..Ya Allah, kalaula Engkau rasa perjuangan, sumbangan dan tenaga aku untuk Islam hanya setakat ini..Aku redha untuk kembali padaMu.."

"Sesungguhnya aku terlalu cemburu kepada teman-teman seperjuanganku..Mereka telah terbunuh dan kembali kepada Allah sebagai syuhada..dan aku juga mengimpikan untuk mengikut jejak langkah As-syahid Hassan Al-Banna, As-syahid Abdullah Azzam, As-syahid Makmum Dhar serta As-syahid Syed Qutb.." [ Dr.Yusuf Qordhawi ]


Kematian pastikan datang..Sudahkah kita bersedia ? Kematian yang sebagaimanakah pilihan Kita ? kematian hanya sekali, jadikannya pada jalan Allah...n.

*Beberapa hari lalu, ana terbaca wasiat Dr.Abdul Karim Zaidan..Banyak sekali manfaatnya. Dr.Abdul Karim Zaidan merupakan Pensyarah Kesusasteraan Islam di University Baghdad. Almarhum seorang yang pakar dalam bidang perundangan dan telah banyak menghasilkan buku-buku perundangan Islam dan masih menjadi rujukan sehingga kini. Al-Fatihah untuknya..sesungguhnya..pemergian itu suatu kehilangan yang besar buat umat islam kini..
  • Ikhlas kerana Allah, bekerja utk mencari keredhaanNya, bukan kpd penghormatan dari manusia. Amal yang dikerjakan secara rahsia lebih baik dari amal yg didedahkan.
  • Mencapai makna UKHUWWAH ISLAMIYAH yang sebenar di antara kamu dan saudara2 kamu dgn menubuhkan usrah di tempat kamu belajar atau menetap.
  • Sentiasa menyoal diri kamu apakah yg telah kamu sumbangkan utk da'wah kamu? Apakah kamu mampu utk membawa seorang saudara baru ke dlm da'wah kamu?Jadikan slogan kamu dlm hal ini dgn sebuah hadith: "sesiapa yg dua harinya bersamaan(tiada peningkatan) maka dia termasuk dlm gol.yg rugi" Maksudnya seorang muslim hendaklah menjadikan amal solehnya lbh baik dan meningkat dr hari ke hari.
Jazakillah kepada Siti Farah Lokman..anti jayyid jiddan. Barakillah..

Sunday, June 17, 2007

Selingan ( Pemulihan Iman )


" Ya ALLAH, KAU takdirkan KAMI saling mengenali dalam pangkuan bumiMU yang jauh, KAU berikan perasaan sedih dalam khusyuk ini, KAU suburkan kerinduan KAMI, namun perpisahan jasad tidak melunturkan kecintaan yang disertai kesetiaan dan mulianya kenangan ANUGERAHMU..kurniakan KAMI ketetapan..[Zainab Al-Ghazali]"

Bismillahirahmanirahim. Rabbi yassir wala tuassir ya karim..Rabbana taqabbal minna du'a ana..innaka anta sami'ul 'alim.wa tub'alaina innaka anta tawwaburrahim....setinggi-tinggi keampunan kita pohonkan dari Allah swt,diatas segala kelalaian-kelalaian yang tidak disedari, kealpaan-kealpaan yang disengajakan..kecuaian dalam mentaatiNya..kita memohonkan perlindungan dan kemaafan dari Rabbul Rahim..mudah-mudahan kita senantiasa di dalam kasih sayangNya...insya-Allah..

Maafkan ana/saya kerana sudah lama tidak mengisikan sesuatu di sini. Terlintas lagi hajat hati untuk menamatkan segala-galanya di post yang lalu. Ana/saya tidak mampu untuk berkongsi sesuatu lagi, kerana masakan orang yang tidak punya sesuatu dapat berkongsi sesuatu yang bermanfaat. Bagaimana, ana..keadaan naik turun iman yang tidak stabil. Diri ana/saya...suasana dlm diri ana, tidak membina proses pembangunan diri mukmin. Rebah senantiasa pada pujukan syaitan utk bermalas-malasan..bersenang-lenang..Astagfirullah. Bagaimana kita ingin mengatakan lagi kerana..sepatutnya orang mukmin itu mengatakan hanya apa yang dia perbuat. inilah bahananya bila hati terlalu cenderung pada ajakan yang bersifat duniawi..bila direnung kembali..inilah ujian Allah buat saya...Ini khazinatul asrar yang mengetahui diri saya, tetapi juga sungguh saya merasa amat malu padanya....

Prolog: Puteri Laksamana Sunan

Masih ingat pada sahabat yang saya gelarkan dia 'Puteri Laksamana Sunan'? nah, hari ini alhamdulillah..sekali lagi dia menghidupkan hati ini. Post terbaru dia dalam blognya..walaupun itu ditujukan buat dirinya sendiri, tetapi saya juga turut merasai..Subhanallah. Ada apa pada kata-katanya ?
Katanya..Hanya kita yang tahu sejauh mana, sedalam mana hubungan kita dengan ALLAH...setakat mana kita merasai Muroqabatullah...? Janganlah pelik kenapa kita tidak merasainya..itu adalah karana kerasnya Hati..Sungguh benar wahai Puteri Laksamana Sunan, sesungguhnya anti juga adalah calon sahabat terbaik buat saya. Melihatkan anti, Iman ini tertunduk malu..sungguh naif dan dhoif...

Kalian pula bagaimana teman-teman ?
saya pasti..insya-Allah kalian juga tentunya memiliki sahabat yang sebegini juga bukan? Sahabat yang mengingatkan kalian kepada ALLAH..Bagaimana penghargaan kalian terhadap sahabat ini? Sudahkan kalian mendoakan mereka. Doakanlah kebahagiaan mereka. Mereka adalah pewangi dalam diri kita. Tentu sekali. Sepertimana Rasulullah saw memuji-muji sahabat-sahabatnya.." Sahabat-sahabatku adalah umpama bintang-bintang di langit..barangsiapa yang mengikutinya..nescaya akan selamatlah ia.." . Kata ummi, kalau kita hajatkan sahabat yang soleh, Insya-Allah, Allah akan beri...

percaya atau tidak, Apabila kita memiliki sahabat yang soleh, walaupun diri kita tidak punya apa-apa..insya-Allah,dengan adanya dia..kita sebenarnya telah punyai segalanya..

Udara Taqwa. Udara Iman..Udara Ihsan..
sudahkah kita merasainya?
Hati ini, marilah sama-sama kita check kembali..dimana slacknya..hingga sangat sukar ia menangis krn Allah.. Hati ini, hendaklah kita bersihkan, kesan-kesan degil yang ada, perlu disental, dicuci, diberus hingga betul2 bersih dan berseri kembali....namun, tarbiyah itu memerlukan proses dan masa. Waktu itu adalah sebahagian daripada pengubatan dan pemulihan.....oleh itu, harus sabar..

moga mencapai redhaNya.....