
Assalamualaikum wrh
"Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik" (QS. AlMuzammil : 10).
Ada manusia yang terus mencari..mencari dan mencari..tanpa mereka mengerti..yang mereka telah temui apa yang dicari...ada jua manusia yang Allah bukakan hatinya...pancarkan nur disanubarinya...berikan hidayah padanya..akhirnya ditemui jalan kebenaran..dan dia utuh berpegang padanya..
Khasnya buat warga teman-teman disini yang merasakan disini adalah rumahnya…
"Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik" (QS. AlMuzammil : 10).
Ada manusia yang terus mencari..mencari dan mencari..tanpa mereka mengerti..yang mereka telah temui apa yang dicari...ada jua manusia yang Allah bukakan hatinya...pancarkan nur disanubarinya...berikan hidayah padanya..akhirnya ditemui jalan kebenaran..dan dia utuh berpegang padanya..
Khasnya buat warga teman-teman disini yang merasakan disini adalah rumahnya…
Salam sejahtera seisi warga…menyedari kita adalah seperti sebuah keluarga kecil yang saling merindui..Semoga Allah swt memberikan kita kekuatan di atas tanggungjawab yang semakin bertambah. Insya-Allah, kita lakukan bersama-sama, lalui setiap proses ini bersama-sama dari satu tahap ke satu tahap..Insya-Allah.. wasbir nafsaka ma'alazina yad'una rabbakum..
Alhamdulillah. Ros Karmilla, Allah temukan jawapannya beberapa hari selepas saya meluah perasaan disini. Di atas sejadah yang saya sayangi, tempat yang selalunya saya akan berfikir pelbagai perkara. Tentang diri saya, tentang keluarga, tentang masa depan dan komitmen saya. Alhamdulillah..disitu juga sebagai ruang taaruf dengan diri sendiri..
Ros Karmilla yang ditakdirkan Allah swt untuk bertemu dengan saya, saya tidak sedari disana, Allah memberikan mesej kesabaran dan keikhlasan untuk saya muhasabahkan kembali. Berhadapan dengan Ros Karmilla, perlu lebih sabar dan ikhlas. Bila direnungkan kembali, inilah padahnya jika hubungan dengan Allah kita tidak telitikan dulu berbanding hubungan dengan manusia. Mungkin saya tidak ikhlas menerima Ros Karmilla seperti itu..Astagfirullah..Sebetulnya, ia berpunca dari niat saya juga.. Saya kira sudah pasti Allah swt mahukan saya lebih improve dalam membina hubungan dengan manusia. Manusia yang bermacam-macam lebih membuatkan kita mengenali Maha hebatnya Allah menciptakan pelbagai-bagai manusia dengan pelbagai-bagai karenah..saya merasa sungguh kecil diri, kecil jiwa…
Alhamdulillah. Mujurlah Dia mengetuk lagi hati saya. Saya ceritakan pada ummi apa yang saya rasa, ummi kata kena sabar..kerana kita tidak tahu berapa ramai manusia lain yang mampu untuk bersabar dengan diri kita, justeru..janganla cepat ambil hati..sabar itu ubat penenang jiwa. Allah jadikan seseorang itu dengan sifat kebaikan dan keburukan. Ambillah yang baik dari dia dan yang kurang baik, maafkan sajalah. Kerana apabila kita buat salah, kita juga mengharapkan orang lain akan memaafkan kita...pandanglah dia dari kaca mata dakwah.. jangan diikutkan hati muda yang cepat merajuk..Islam mengajarkan kita untuk menjadi pemurah. Belajar memberi berbanding menerima. Yadul ‘ulya khaira minal yadus suflaa’…
Em..
Asuhan Allah hadir dalam setiap ujian. Dan ujian itu datang bersama-sama dengan keinsafan. Sirah menceritakan bagaimana kesabaran Nabi saw berhadapan dengan penduduk taif. Apabila Nabi saw sampai di Taif, mereka membalingkan anak-anak batu kepada Baginda Rasulullah saw sehingga berdarah kepalanya. Allah swt sangat murka terhadap penduduk Taif, Kemudian Rasulullah saw berdoa “ Ya Allah..kurniakanlah hidayah buat kaum ini, sesungguhnya mereka tidak tahu..”. Dan kesabaran nabi saw telah memenangkan dakwahnya..Subhanallah, itulah kesabaran Nabi saw.. Kalaulah Nabi Allah Isa di utuskan dengan kemampuan menghidupkan orang mati, tetapi Nabi Muhammad saw pula menghidupkan roh-roh yang mati…
Teman-teman yang berhati penyayang…
Marilah kita saling bermaafan…mendoakan kesejahteraan bersama dalam keimanan. Bertemu untuk mengeratkan kasih sayang dan berpisah untuk menambahkan kerinduan sesama kita. Orang-orang mukmin itu saling merindui orang-orang mukmin yang lain, hatinya penuh cinta yang berkobar-kobar..keazaman yang memuncak dan semangat untuk membina islam bersama-sama..Insya-Allah..
Bagaimana, gembirakah kalian dengan utusan kali ini? ’asif jiddan kerana utusan lalu yang meresahkan hati kalian juga...ia adalah dari sifat kanak-kanak yang masih ada dalam diri tua saya ni..hehe..
semoga Allah akan kuatkan tali kita..
tetapkan kaki kita..
thabatkan gerak langkah kita..
tarkiz wa la takathur...
