Saturday, May 31, 2008

Kehilangan (1)


Bismillahirahmanirahim....
Alhamdulillahi nashkurullah...nahmaduhu..wa nasta'ihunu wa nastaghfiruh. wana'uzubillahi min syururi anfusina, wa min sayyiatia'manina.. manyahdillahu fala mudhiilalah..


Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah swt dengan penuh rasa kehambaan di atas segala nikmat-nikmatnya. Nikmat berada di dalam iman dan islam, nikmat mengecapi kewibawaan ukhuwah, nikmat kefahaman islam yang siddiq serta kurniaan-kurniaan lain yang berdiri di atas sifatNya yang Ar-Rahman. Yang paling penting, untuk kita merasai kelazatan bertuhankan Allah swt. Nikmat kita mengenal Allah. Ada orang lain yang tidak mampu mengenal TuhanNya. Tenggelamlah dia dalam alamnya, terpisah hubungan dengan Allah swt [Na'uzubillah]. Sesungguhnya, kita khuatir, sekiranya kita termasuk dalam kalangan orang yang tidak cukup untuk bersyukur kepada kurniaan Allah swt...



Teman-teman dan sahabat-sahabat yang dikasihi....


Dalam dunia yang mana, masyarakat semakin menjauhkan diri daripada Allah swt, masih ada beberapa kerat hati-hati yang masih mahu tunduk kepada Allah swt, mendirikan solat 5 waktu sehari semalam, bertahmid, berzikir kepadanya dalam tidur dan jaga..Insya-Allah, kita harapkan..kitalah generasi itu...yea teman-teman, Insya-Allah, pada siri perbincangan kali ini, ana ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan kehilangan, suatu perbincangan yang ana kira perlu untuk kita telitikan sebagai peringkat awal untuk kita menghasilkan momentum pada proses tarbiyah kita insya-Allah. Topik ini, ana rumuskan dari penyampaian RB pada TOT KIPDA, KTD beberapa hari lalu. Mudah-mudahan Allah memberkati kita, insya-Allah ...


Dunia kini di ambang kehancuran....
Melesetnya nilai-nilai akhlak, hilang himmah dan sensitiviti, kerapuhan akidah..kita kembali menyaksikan masyarakat islam hari ini berada di suatu daerah, manakala islam pula berada di suatu daerah yang lain. Ianya sangat gharib dan tidak berhubungan di antara satu dengan yang lain melainkan hanya dalam urusan pernikahan, kematian dan beberapa urusan rasmi sahaja. Islam yang ada pd kita hari ini hanyalah beberapa kerat dari seluruh system yang sempurna itu. Dunia kini di ambang kehancuran bukanlah berpunca dari penyakit tetapi kerana bankrupnya ummat itu dalam bidang nilai yang menjadi pelindung kepada dunia. Bila nilai itu di ukur bukan dari kaca mata syarak, ia jadi nilai yang tidak betul.


Em..


Apa yang ana maksudkan disini, reality kita lihat masyarakat kita keliru dalam menafsir nilai yang syar’ie. Yang halal itu dianggap pelik dan yang haram itu dianggap benar. Contohnya mereka melihat orang yang menutup aurat semacam suatu benda yang jelek dan aib..tetapi yang membuka aurat pula dibangga2kan. Natijahnya, nilai-nilai yang Allah nak, tidak ada dalam masyarakat itu…akhirnya ia akan membawa kepada kebinasaan.


Kita hari ini, apabila hilang benda yang kita sayang, menangis cari kesana, kemari..tetapi apabila kita kehilangan iman di dalam hati kita, adakah kita merasainya ?


Teman-teman yang dikasihi…


Alangkah sedihnya..apabila hilang iman dan kita tidak merasainya..kita tidak dapat nak rasa kerana kita tidak menghargainya. Kehilangan itu tidak dirasai dan yang lebih parah lagi apabila manusia telah menyesuaikan diri tanpa nilai iman itu. Na’uzubillah. Di dalam buku Muhammad Qutb..’Hal Nahnu Muslimun’ [Adakah kita Muslimun], dia menceritakan apa yang hilang dalam masyarakat kita..Katanya sebab apa kita hilang islam yang syamil dan kamil itu ..kerana aktiviti-aktiviti ibadah menjadi aktiviti2 formal dan suasana kehidupan insan bertukar..menunaikan haji seolah-olah pergi melancong sahaja, membayar zakat sekadar untuk melepaskan dari cukai dsb. Kita hairan, macamana system yang sangat sempurna dan lengkap ini tinggal menjadi kerangka sahaja ?...


Inilah yang Muhammad Qutb sifatkan bahawa ummat hari ini sebenarnya kehilangan ROH.. kehilangan terbesar iaitu apabila ROH itu mati dan kita tak dapat nak rasa bahawa ia telah mati. Na’uzubillah. Kalaulah serpihan kayu masuk dalam jari kita, kita akan menjerit sakit, tapi dapatkah kita bayangkan macamana bendasing2 yang masuk dalam hati kita, menjerit hati dan roh kita sebab ia disumbat dengan benda lain yang bertentangan dengan fitrahnya… tapi kita tidak dengar..hinggalah hati itu mati..


Inilah akibatnya teman-teman…dapatkah kita merasainya..?


Kita baca quran hari ini, tidak terasa getarannya pada hati, tetapi Umar Al-Khattab baca sepotong saja ayat quran..sampai pengsan. Takutnya dia pada janji-janji Allah yang benar…hm..ya Allah, inilah akhirul zaman..


Ana teringat satu kisah, seorang pemuda yang sampai di suatu kawasan, tanya dimana tempat solat. Kemudian beberapa orang disitu seperti terkejut dan tanya, ‘kamu solat?..kami tidak.kerana hanya orang tua yang solat..’..Allahu akbar. Bukan setakat solat yang khusyuk..malah solat yang lalai pun mereka dah tidak buat. Ada orang..takut nak bawa imej soleh..takut kalau orang tengok dia mentaati Allah…nak jadi orang-orang biasa yang biasa mendurhakai perintah Allah swt. Sbb mendurhakai Allah itu diangap biasa…


Kemudian terfikirkah kita..adakah kita kaum muslimin yang setia kepada ISLAM ?....


Sesungguhnya, kalaupun kita tidak bersama-sama islam..Allah swt sedikit pun tidak akan mengalami sebarang kerugian..bahkan, kitalah yang rugi..Gerabak itu akan terus bergerak meninggalkan orang-orang yang bermalasan dan akan terus mengangkut mereka yang mahu terus bersama ISLAM..insya-Allah…


Baiklah teman-teman, ana kira..baik saja kita sambung perbincangan kita dalam waktu lain pula. Insya-Allah…mudah2an perbincangan yang sedikit ini, mampu mengetuk hati-hati kita yang keras, mampu mengalirkan air mata keinsafan..untuk kita merasai bahawa kita ini sedang mengalami ancaman kehilangan iman…untuk kita merasai pupusnya nilai-nilai syarak dalam masyarakat kita..dan untuk kita merasai..perlunya untuk kita memantapkan lagi tarbiyah dzatiyyah [ pendidikan jati diri] ke atas diri kita..bagi melahirkan insan-insan yang akan membantu memulihkan masyarakat kita dan menarik mereka dari ambang kehancuran ini….


Sahibah-sahibah tersayang…


Jazakumullah. Pengalaman TOT-KIPDA..sungguh suatu pengalaman yang luar biasa. Bagi ana dan insya-Allah bagi kalian jua. Kak Aishah yang menguatkan jiwaku..Amirah yang menghiburkan..Hajar yang berkebolehan dan berani..Aisyah Amirah..Kak Atiqah, Kak Shiqin..Kita kombinasi TM yang mampu mencipta momentum yang berbeza..Insya-Allah…=). Bersama adik-adik KTD, sangat meriangkan hati. Inilah harapan. Generasi pewaris yang diharapkan menggalaskan tanggungjawab dakwah..bermula dari asas2 mengenal islam yang syumul ini..Insya-Allah, moga Allah menguatkan kita dan mengurniakan kita kesabaran dalam mentaatinya..Insya-Allah…


Dafa'na jahilyyah..fa'amsaqna bil islam

Bertemu lagi yea....

Assalamualaikum wrh....

Wednesday, May 14, 2008

Warna-warni cuti...


Bismillahirahmanirahim.. Alhamdulillahirabbil'alamin, wa solatu wa salamu'ala ashrofil ambiya'iwal mursaleen..wa'ala alihi wasohbihi ajma'en...

Syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah swt, di atas saki-baki usia yang masih ada..di atas sisa-sisa tenaga hampir sedekad telah dicurah untuk kehidupan ini..Mudah-mudahan di sana, ada kebaikannya, Insya-Allah.


Al-fatihah..buat saudara-saudara kita di Myanmar dan China..yang di landa ujian yang hebat dari Allah swt dalam masa terdekat ini. Itu tanda perhatian. Seruan taubat.. panggilan agar hamba mendekat padaNya. Melihatkan musibah yang menimpa mereka, apakah mustahil Allah tidak mampu melakukannya kepada kita ? kunfa yakun...


Em... kenaifan..


Qalam munaqasyah adalah salah satu medan yang paling hampir di hati kita. Paling senang untuk menyentuh hati-hati yang haus kepada ilmu-ilmu yang muktabar. Akan tetapi, berapa ramaikah..berapa banyakkah dari tulisan-tulisan itu yang diamalkan oleh para penulisnya ? ini sangat membuatkan ana menginsafi diri..menyedari setiap dari kita bertanggungjawab terhadap apa yang kita ucapkan..justeru saksinya adalah ALLAH swt..Bersaksi kan yang Maha Esa, sanggupkah kita menzalimi diri sendiri..Tidak baik bermain-main di hadapan Allah...



Ana rasa seperti sedang mencucuk jarum ke badan sendiri.. yea sudahlah. Tidak berkesudahan jika seperti ini. Justeru, semoga kita semua istiqomah.. berusaha dan beriltizam.. Seharusnya, yang mengatakan itu harus memulai dulu, namun disini..para sahabatku yang akrab sekalian..salinglah menyampaikan peringatan kepada ana yea. Agar disana ada keberkatannya pada kebun ini. Kerana pekebun yang tidak taat kepada Allah bukanlah pekebun yang beriman..



..Beginilah, agak takut mengingatkan firman Allah swt..
ya ayyuhal lazi na amanu, limataku lunama la taf'alun...?? Kaburo maqtann inndallah !...hem na'uzubillahi min zalikk..hem. sekarang macamana? Sudah bersedia untuk mengayuh ke dermaga ? hihi

Teman-temanku yang dikasihi..


Fatrah imtihan sudah pun berakhir. Akhirnya... Alhamdulillah.Ma'a taufiq wa najah. Sebut saja peperiksaan, ujian..tak senang duduk kita dibuatnya. Diri ana hanya Dia yang memahami.. Inilah fitrah manusia, sekiranya mereka tahu mereka bakal menempuhi ujian besar atau kecil..pasti.. pastinya mereka akan bersiap-sedia, bersungguh-sungguh membuat persiapan, mental dan fizikal. Ujian di atas kertas, kita sudah takut dan gerun.. Bagaimana pula dengan ujian Allah swt? Tidakkah kita merasa takut sekiranya kita gagal menghadapinya? Tidakkah kita gerun kalau-kalau kita gagal memenuhi piawai yang Allah kehendaki....?
Kehidupan di bumi Allah ini merupakan ujian yang berterusan. Kita sebagai manusia sering diuji dengan pelbagai cubaan, ujian, mehnah, tribulasi, yang sering menyerang tanpa henti. Itulah kehidupan. Hidup di muka bumi ini untuk mencari redha Allah, menggapai kedamaian yang abadi bersama orang-orang yang dicintai di alam sana nanti... Insya-Allah..


oh ya..


Barangkali sebahagian besar dari kita semua sedang bercuti. yea kan? hem cuti kita nanti apa coraknya ? adakah dengan warna-warni cuti-cuti Malaysia, ataukah ia bakal disulami dengan bunga-bunga tarbiyah? Insya-Allah, kita nak dua-dua kan? Kalau begitu, rajin-rajinkanlah diri kita menyertai program-program yang dapat meningkatkan kefahaman islam, dapat meningkatkan syu'ur ukhuwah di kalangan kita..berkenalan dengan sahabat-sahabat muda, serta program yang dapat selalu memantau perkembangan iman kita - Halaqah. Ha program seperti inilah yang nak kena kita ikuti.

Memang ana akui, sungguh banyak program diluar sana yang menanti mahasiswa-mahasiswa seperti kita..Memang betul, banyak pengalaman akan kita perolehi..tetapi pengalaman tu..pengalaman juga, namun tidak semua program yang ditawarkan oleh kawan-kawan di luar sana yang perlu kita pergi. Kita perlu teliti dalam membuat pemilihan. Utamakan mana yang lebih utama dan penting.
Ana teringat pesan UDMZ..kata nya, kalau kita nak ikut mana-mana program atau nak anjurkan mana-mana program..kena ada 4 kriteria utama..kalau ada keempat-empat ini, insya-Allah..teruskan niat itu. Mudah-mudahan Allah bantu kita..
  1. Ikhlas kerana Allah
  2. Dapat meningkatkan iman
  3. Syar'ie
  4. Dapat meruntuhkan jahiliah
Hem.. inilah piawai yang perlu kita letak pada setiap program yang bakal kita sertai. Insya-Allah, kita yakin matlamat utama kita bukanlah nak aktif berprogram semata-mata bahkan sebenarnya kita nak meraih mardhatillah dan barakatillah.. Inilah nikmat yang ingin kita kecapi bersama insya-Allah.. Jika 4 piawai ini dipenuhi, berbahagialah mereka-mereka yang terpelihara hatinya... =)


Akhirul kalam...



Dalam kita bergembira bercuti.. ingatilah saudara-saudara kita yang sedang menangis pilu, kesakitan, kesejukan, kelaparan..Dalam sibuk berprogram, berhalaqah.. jangan lupa minta bantuan Allah untuk menguatkan kita, membaiki syaksiah kita..kerana segalanya adalah datang dari Allah swt, Al-khalik, Al-Hayyun..Al-qayyum.. Semoga kasih sayang yang terbina di antara kita terus subur, mekar mewangi sepanjang zaman. Janganlah jemu untuk saling menyayangi kerana kasih sayang itu dari Allah..bertemu dan berpisah hanya kerananya. Doakan ana ye...



Mari berdoa..
baru Allahkan sayang... =)