Monday, June 23, 2008

Assalamualaikum wrh [Selingan]





Assalamualaikum wrh...


Alhamdulillah...Alhamdulillahi robbil 'alamin, was solatu wassalamun'alal mursaleen, wa'ala alihi wasohbihi ajmaeen..

"Allahummaj'alna deenana deenan nabiyyi, wa islamana islamal mursaleen, wa imanana imanam mukminin.."


Semoga dikeheningan petang yang damai ini, dalam sayup-sayup kicauan burung, kita dapat merasai kebesaran dan kehadiran Allah swt di sekitar kita insya-Allah. Alangkah sia-sianya kehidupan kita seharian sekiranya keberadaan Allah swt itu kita tidak rasa.. lalu berlalu kehidupan tanpa hubungannya dengan Allah. Alangkah ruginya. Sepatutnya orang muslim itu, muslim bukan saja dalam amalan-amalannya malah turut muslim dalam kehidupannya..


hem, ana ulangi lagi apa yang sentiasa ana perkatakan, dalam perkara ini sewajar dan sewajibnya yang memperkatakan itu haruslah memulainya dulu...hem insya-Allah, moga disana ada keselarasan antara medan cakap dan medan amal..kita saling mendoakan ye...Alhamdulillah.... Ana tahu sahabat-sahabat ana sangat terdidik... =)



Tiada apa yang ingin dibincangkan disini. Sekadar suntik-suntik petang. Kataorang, sambil bersua, apa salahnya bertanya dan bermuhasabah. bukan? yea teman-teman, barangkali..bagaimana yea solat-solat kita...

hem..
adakah solat kita hari ini solat yang lalai? ......
atau solat yang khusyuk? .....
mungkinkah juga solat yang tengah2. antara lalai dan khusyuk..?
....


...Hari ini, solat subuh, solat zohor dan solat asar...di antara 3 solat ini, yang manakah yang paling kita rasa izzah terhadap Allah swt ?..mg kita lebih berusaha pada solat magrib beberapa jam lagi dan solat-solat seterusnya..insya-Allah..


Solat itu tiada makna apa-apa jika ia tidak dijadikan suatu ibadah. kalau sekadar solat itu dengan berdiri, baca beberapa ayat quran, sujud, rukuk dan beri salam..tetapi hati kita tidak rasa apa-apa..itu seolah-olah kita hanya melakukan senaman biasa..bukan ibadah..Astagfirullah..wa na'uzubillah..kita takutkan..em..takut sangat kalau solat-solat kita tak diterima..masya-Allah.....



Ana teringat seorang pakcik pernah bagitahu, dia kata..."tiap-tiap malam, ana doa kat Allah, ya Allah..sudilah kiranya Engkau terima parang yang buruk ini..sudilah ya Allah..".." pakcik anggapkan diri pakcik ni seperti parang tua yang dah buruk..kalau Allah swt terima, itu memanglah dari sifat kasih sayangNya, kalau tak terima pun, padanlah..sebab ana ni cuma parang yang buruk.." ..antara kara-katanya lagi yang paling ana ingat..katanya.." Ana cukup bimbang kalau Allah swt tarik nyawa ana sewaktu ana dalam keadaan lalai..masya-Allah..apa nasib ana masa tu.."


Terasa malu pula..kan?..
Malu pada orang-orang yang soleh.. Kesolehan mereka buat hati kita rasa takut pada Allah swt. Kalau dia umpama parang yang buruk...diri kita pula..masya-Allah....

Edisi Khas :
Teman-teman yang dirahmati ALLAH swt....
Disini, ana ingin berkongsi kesyukuran ana dengan kalian semua..Alhamdulillah, dengan izin Allah swt ana ingin menjemput teman-teman disini untuk bertandang ke halaman di atas. Insya-Allah, mudah-mudahan Allah merahmati kita semua.. Bagi sesiapa yang hajat pada kad jemputan, tinggalkanlah alamat kalian pada email ana [......] atau juga kalian boleh saja tinggalkan pada ruangan [Mutiara Sahabat].. Di ruangan ini juga boleh..Insya-Allah, ana akan usahakan.... =") seandainya diizinkan oleh Allah swt.. Apa yang ana harapkan, sekudus doa dari teman-teman semua...jazakillah kerana selama ini mendidik ana segala-galanya yang bermakna...Moga-moga kita tergolong di kalangan hambaNYA yang bersyukur......

Semoga kehadiran kalian akan dilimpahi rahmat Allah swt.....

oh hampir terlupa....


Sahabat-sahabatku yang berkelana ke Bumi Barakah, Makkatul Mukarromah...Apa khabar agaknya kalian yea..baru beberapa hari, terasa sangat rindu pada kalian...


teman2ku ..em sahabat2 ana ini, orang2 yang kental jiwanya..kita doakanlah mereka yea. Semoga musafir cinta mereka sampai ke mehrab cintaNya... Ziarah ke Bumi kecintaan Allah swt dan rasulnya itu adalah ziarah yang terunggul.. Jika ada peluang untuk kesana..jangan lepaskan yea. Biarlah bumi itu yang menjadi kerinduan kita..menjadi impian...insya-Allah...
sehingga ini saja...mudah-mudahan Allah merahmati kita. maafkan ana jika ada kesilapan atau kelemahan apa-apa, inilah manusia..sentiasa terburu-buru atas apa yang mereka lakukan.

Hanya Allah swt yang Maha Sempurna....


assalamualaikum wrh..

Monday, June 16, 2008

Mesej Imtihan [Selingan]

Assalamualaikum wrh...

Insya-Allah. Sekadar mesej buat sahabat-teman serta adik-adik yang sedang menghadapi peperiksaan..Pagi tadi, saya tersentuh dengan kata2 seorang sahabat. Terima kasih banyak ya Ukhti. Katanya "bila xm, ana hajat sangat msg2 dari sahibah suma. sebab msg2 kalian selalu hadir bersama doa.." ..Astagfirullah. Baru teringat, disamping saya ada beberapa orang teman yang sekarang sedang gigih menempuhi fatrah imtihan..tetapi tiada pula sebarang kata-kata semangat buat mereka..maafkan diatas hati yang tidak peka...


Justeru itu, buat adikku yang dikasihi Mahfuzah Hazirah, Diha, Gmex, Wan aishah, Nur_Mun serta sahabat yang amatku hormati, mumtazah, asiah dan Laila amran [ serta teman-teman lain yang berada dalam situasi yang sama]..'Selamat berjaya dalam peperiksaan..Buatlah yang terbaik untuk deen yang Hanif ini. Kita belajar di atas tuntutan iman dan Insya-Allah..mg dengannya islam kan kuat...saya/ana dan [insya-Allah sahabat-sahabat disini]..pastinya mendoakan kalian. La takhof wala tahzan, innallaha ma'ana...

Sedikit nasyid untuk kalian.."Barisan jihad pemuda islam..baris maju mara kehadapan.." bagaimana, bersemangat ? =)


Jua buat si dia, insan yg dijanjikan Allah buatku, kiranya ada..[minta izin,guna ayat kak ha] ..Alhamdulillah, perjalanan di atas medan ilmu ini hampir menemui penghujungnya, moga Allah mengambilnya sebagai suatu ibadah..insya-Allah....


sehingga itu saja. Selamat Berjaya yea..!


Sunday, June 15, 2008

Selingan (Sembang-sembang)


Bismillahirahmanirahim...


Salam sejahtera buat teman-teman sekalian. Mudah-mudahan sentiasa dalam pantauan hidayah Allah s.w.t.. Kesihatan badan, kita sedari..bagaimana dengan kesihatan hati..sudahkah kita rawati ?



yea, ana sangat merindui sahibah-sahibah di Terengganu, yang tersendiri dan gemar berkongsi.. Beberapa minggu lalu, bertemu buah hatiku Busyro Afifah. Malu pula untuk mengakuinya [kiranya dia membaca] ..sebenarnya, ana gemar menyontohinya dalam beberapa perkara. Jazakillah yea. Semoga kita sentiasa bersama. Oh ya, tidak lupa teman-temanku yang sentiasa akrab, kalian pernah dengar nasyid
La takhda'u ?..nasyid Dunia Baru Islam ?..yea itu khususnya buat kalian..Selebihnya yang indah, biarlah menjadi rahsia kita bersama....oh jangan silap faham pula yea, rahsia itu bukanlah bererti lokek untuk berkongsi..cuma belum tiba masanya untuk bercerita...=)


hemm...


Alhamdulillah. Masih berbaki rupanya cuti kita bukan..? Terasa sekejap sudah masa berlalu. Senarai aktiviti yang ingin kita laksanakan hanya beberapa saja yang bertanda, selebihnya masih terbiar menanti tindakan kita. bukankah begitu ?...Tetapi walaubagaimana pun, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kita kepada Allah swt, rabbil 'alamin yang sentiasa mempermudahkan urusan-urusan kita, yang sentiasa memberikan perhatian tatkala kita benar-benar memerlukan bantuanNya. Kiranya DIA tiada, maka siapalah yang dapat menyelesaikan masalah-masalah kita sesempurna itu..Kata seorang sahabat, kita seadanya pada hari ini hanyalah kerana rahmatNya..Alhamdulillahirabbil 'alamin..



Teman-teman yang dirahmati Allah swt....



Syukran di atas keprihatinan terhadap teman ana yang kita disini kenali sebagai 'Maryam Jameelah'.. Insya-Allah, kisah yang ana ceritakan ttg dia adalah suatu realiti. Dia bukanlah kisah yang direka, justeru itu bagi yang menuntut kisah selanjutnya atau kata orang 'the ending' pada kisah ini, pastilah ana yang dhoif ini tidak dapat memberikan jawapannya. Hanya Allah dan Rasul yang maha mengetahui. Kita sama-samalah mendoakan dia ye. Di tengah-tengah kotaraya yang penuh pancaroba ini, semoga Allah mengikat hatinya bersama-sama dengan orang-orang yang soleh. Dia istimewa orangnya. Fitrahnya bersih. Barangkali ada dikalangan kalian yang hajat sangat nak kenal dia bukan?..yea ana tahu..usahla malu untuk mengakuinya.hehe..insya-Allah, ada kesesuaian waktu, jika diizinkan Allah, bolehlah kalian mengenalinya..Insya-Allah...



Apa yang dapat kita pelajari dari kisahnya...yakni...



Disana masih ada hati-hati yang berhajat kepada islam. Tidak kisahlah apa warna rambutnya, bagaimana gaya pemakaiannya serta bagaimana mereka berfikir. Kerana apa yang kita hajatkan adalah hati mereka. Dekatilah mereka serta tawan hati mereka. Paling penting, jangan sesekali kita bersikap prejudis terhadap mereka..Antunna bayangkan jika kita berada ditempat mereka..kita tidak tahu mampukah kita bertahan atau menjadi lebih dasyat dari itu. na'zubillah.. kalau mereka diberi peluang untuk kenal Allah, barangkali mereka lebih baik dari kita...



Begitulah...Manusia itu sering memberontak bila kurang kasih sayang dan perhatian. Justeru itu hampirilah mereka dengan kasih sayang. Jika kita menaburi mereka dengan ketaksuban dan sifat gopoh-gapah, nescaya mereka akan menjauhi kita. Biarkan masa berlalu, walaupun natijahnya kita tidak tahu bila, tapi insya-Allah kita harus yakin...Allah itulah Tuhan, yang memberikan hidayahNya kepada sesiapa sahaja yang dia kehendaki. Namun begitu, setiap usaha itu perlulah didirikan atas kehendak untuk melahirkan natijah. kalau kita usaha dan tidak berhajat kepada natijah, ha itu lain pula jadinya..Orang islam itu sifatnya mempunyai impian terhadap masa depan islam.. Justeru itu, dari kejernihan fikrah islam ini, kita mengharapkan suatu hari nanti, Islam akan kembali gemilang..itulah yang kita cita-citakan..insya-Allah...inilah yang dinamakan sebagai Usrah Muntijah..Pendidikan/tarbiyah yang mempunyai misi/natijah..




Insya-Allah, mudah-mudahan Allah swt merahmati kita semua. Dunia hari ini diibaratkan seperti sarang fahsya'i wal mungkar..yang mana kebenaran itu masyarakat lihat sebagai ekstrem..yang mereka mahu, islam yang simple. yea betul, islam itu sederhana. Tapi bukanlah bererti islam itu boleh pilih-pilih..Nak solat tapi tak mahu tutup aurat... Sama juga ada sesetengah tu, nak pakai tudung, tapi nak pakai juga baju ketat2, seluar ketat2..tudung pun cukup2 untuk kepala saja..Itu bukan tutup aurat tu, itu tutup kepala namanya.hehe..[astagfirullah..moga Allah lindungi kita]..tapi teman-teman, mereka ini tak bersalah..sistem yang menyembelih mereka. Mereka menjadi mangsa..


Sebenarnya ana berpendapat, jika tidak ada usaha-usaha dakwah untuk menyelamatkan diri dan masyarakat ini, mangsa seterusnya adalah generasi anak-anak kita. na'uzubillah.
takutkan ?...



Oh yea...



Adakah aktiviti ziarah sedang rancak bergerak di kalangan kita semua ?..bukan sekadar ziarah di blog saja yea..kalau boleh kita berziarah ke tempat sahabat-sahabat kita, saudara-saudara kita. Ziarah itu satu method terbaik dalam membina mawaddah fil qurba..jambatan hati..Macam IHAB, setiap minggu dia akan berjalan-jalan di pelusuk tempat untuk berjumpa sahabat-sahabatnya, kadangkala hanya bersua muka dan memberi salam saja. Mudah saja, tapi jarang kita dapat luangkan masa. Ini barangkali ana lah yang ditujukan.. masya-Allah, ana terasa kepentingan ziarah ni hinggakan sampai satu tahap tu kita akan rasa kalau tak ziarah sahabat kita, kita tidak akan tahu keadaan dia yang sebenarnya. Sakitkah dia, susahkah dia, adakah dia memerlukan bantuan kita...dan insya-Allah, lepas saja ziarah..terasa rahmat Allah mencurah-curah. Antaranya..ketenangan hati...



Insya-Allah...


Sehingga ini saja.


Mudah-mudahan apa yang kita sembang-sembangkan menjadi sesuatu yang tarbawi. Sesuatu yang dapat kita kutip manfaat serta kebaikkan darinya. Betapa indahnya merasa susah kerana Allah..rindu kerana Allah..Di hina kerana Allah, dicerca kerana Allah, menangis kerana Allah..marilah kita memperbaiki diri kita..insya-Allah, diri ana terutamanya. Disana masya-Allah, sungguh banyak......

jaga diri baik-baik yea.jumpa lagi.. Assalamualaikum wrh..



Friday, June 06, 2008

Kehilangan (2)


Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum sahabat-sahabatku...
Apa khabar ? sudah makan ?...Marilah sama2 kita duduk seketika. Merasai redup malam ini bersama-sama, dalam keimanan. Malam ni, bulan sungguh cantik. Subhanallah. Tidak terungkap dengan kata-kata. Justeru itu, ana tidak minta apa2 dari kalian..Alhamdulillah..terlalu banyak nikmat-nikmatnya yang mana jika kita hitung satu persatu, tidak tahu bilakan habis.. Untuk itu, marilah kita menundukan hati, berdoa, semoga Allah swt tidak mengurangkan perhatian kita terhadapNya, serta tidak juga mengurangkan perhatianNya terhadap kita..Marilah kita sama2 mengetuk pintu-pintu rahmatNya..kerana hanya itu yang kita semua hajatkan dalam hidup ini.. RahmatNya..Insya-Allah....


nah...bagaimana dengan topik perbincangan kita sebelum ini ?...dapatkah teman-teman sekalian melihat kehidupan persekitaran kita dari suatu sudut yang berbeza dari pandangan yang sebelumnya...? yea teman-teman..pandanglah segenap penjuru dunia ini, setiap ceruk di tempat kita..disana-sini..berlaku kedurhakaan terhadap Allah swt..Islam yang kehilangan taring dan jiwa-jiwa yang mentaatinya..Dapatkah kalian rasakan panasnya dunia hari ini dengan dosa dan kemaksiatan ?..toleh saja kanan, bertaburan anak-anak remaja yang tidak menutup aurat.. toleh saja kiri, lelaki dan perempuan asing yang sibuk berpacaran..berpesta..toleh ke belakang, nampak pula manusia-manusia yang tenggelam dalam kemewahannya malah yang lebih dasyat, bila kita pandang ke depan, ada manusia yang merasakan sudah tidak ada bezanya mereka islam atau tidak..[na'uzubillah]..inilah ummat terakhir..di akhir zaman..


..kali ini kita bercerita tentang Islam yang menempel kepada sistem lain. Sambungan yang lalu, kata Muhammad Qutb lagi, bagaimana boleh terjadi sistem islam yang lengkap itu hancur dan tinggal saki-baki sahaja..Kalau ada pun lagi islam, hanyalah saki-baki yang menempel kepada sistem yang dicipta oleh manusia. Tapi kesannya kita boleh lihat..sangat jauh berbeza. Contohnya kain sutera yang ditempelkan ke atas kain yang kesat untuk menutup lompangnya, tentu sangat ketara bezanya. Tidak boleh ditangkupkan sama-sekali..atau dicatukan..


Dalam banyak perkara, untuk menghalalkan majlis tari-menari, mengapa mereka memulakan majlis dengan bacaan doa..Untuk setiap makan malam, diadakan ruang tazkirah...tampilkan artis-artis yang qari dan hafaz al-quran, dalam masa yang sama..boleh menyanyi dan berlakon dengan cara yang tidak syar'ie..Sistem islam yang ada..disulam bersama mengikut kesesuaian selera mereka. Justeru itu teman-teman..sudah berpuas hatikah kita dengan keadaan ini?..Kata seorang da'e, tidak beberapa ratus tahun kita hidup dalam kehinaan, dimanakah pemuda-pemudi ini?..sudah redakah mereka dengan penghinaan2 ini..?


Inilah natijahnya...


Apa yg tinggal pada kita hari ini, hati yang dah tidak rasa apa-apa..seolah-olah disuntik oleh suatu racun..Kebal dari merasa apa-apa. Tidak rasa sakit, tidak rasa pedih, tidak juga rasa gembira. Semua sama saja. Islam ada atau tidak, Iman ada atau tidak..malah..sama ada Allah ada atau tidak, mereka rasa sama saja...Malah, kalau ada pun yang solat, rasa memadai dengan apa yang mereka buat, solat ala kadar, bila teringat..baru nak solat. seolah-olah..Allah pula berhutang pada mereka..masya-Allah...


Apa yang ana ceritakan disini, kata RB..inilah yang sedang berlaku dalam masyarakat kita. Tapi kita tidak sedar. Kita tidak rasa ada suatu kehilangan yang cukup besar yang sedang berlaku disekeliling kita. Apa yang paling dasyat, bila da'e itu sendiri tak jelas dengan islam yang dia pegang. Bercampur aduk semua sekali..bermula dari soal ibadah, akhlak, pergaulan..semuanya meniti di atas jalan-jalan yang tidak syar'ie. Kataorang, hilang seni seorang da'e.. Jadi da'e dia anggap suatu keseronokkan, tidak rasa suatu taklifan, suatu amanah..Allahu akbar..inilah yang nak kena kita muhasabahkan kembali..cukupkah kita untuk bergelar da'e kalau nak ikut hukum Allah pun kita berkira-kira..? Usah kita selidik dari sudut pergaulan kita, akhlak kita selagi kita tak check..niat kita ni betul tak kerana Allah..?..Astagfirullah..betul ke kita buat semua ini kerana Allah..? pastikah kita..?


Akhirul zaman.....


Rasulullah saw bersabda, "barangsiapa yang pegang islam di akhir zaman, umpama memegang bara api yang sedang menyala..".. boleh jadi, panasnya sampai melecur tangan kita..Kita hari ini, berpegang dengan islam, agak-agaknya melecur tak tangan kita..? La haulawala quwwata illa billah...


Inilah Islam yang tinggal sekarang. Satu deen yang kehilangan daulahnya. Deen yang kehilangan ummah islamiah..dan cacat pada hukum-hukumnya..Akhirnya, ia kehilangan tarbiah, hilang ubudiyah, hilang akhlak dan akhirnya..hilang syaksiah..Hilangnya ubudiyah yang subur bila tidak ada tarbiah yang nak membentuk hati yang taat...Inilah kesannya teman-temanku..kita dapat lihat kenapa berlaku dalam satu usrah atau satu keluarga itu, duduk dalam proses tarbiah yang sama, mendapat bahan yang sama..tetapi hasilnya berbeza. Ada yang semakin meningkat dirinya malah ada yang tidak mengalami apa-apa perubahan. Ini kerana penyerahan hati yang berbeza..


Ana teringat amanat UDMZ , katanya " ana merasa sungguh bahagia melihatkan sahabat2 masih setia bersama dakwah islam ini, masih lagi merasa tarbiah ini suatu yang menyegarkan. Kerana tarbiyah yang benar itu menjernihkan perasaan, meluruskan jiwa..dan melunakkan hati..Ia tidak akan pudar sehingga kita merasakan kita hidup untuk dakwah dan sekiranya kita tidak ada, maka dakwah itu tidak akan berjalan.."


Kerana itu..kita perlu pada perubahan...
jika perubahan ini tidak berlaku, generasi akan datang akan mengalami ancaman iman yang sangat dasyat. Azab dunia sedang meruntuh satu persatu.


Macamana kita nak buat..?...jika kita hajat pada perubahan, maka kita juga berhajatkan pada tindakan dan perancangan. Ini yang kita nak kena kembali pada proses.


Kata RB lagi, pertama sekali, kita kena mulakan dengan membetulkan hubungan dengan Allah [HDA]..nak luruskan hati ni masya-Allah..cukup susah. kadang-kadang dalam kejernihan hati itu pun, masih ada rawasib yang halus yang kita tak sedar. Dalam proses tarbiyah, kita akan banyak kali tergelincir, terjatuh, terluka..tapi walau macamana pun kena teruskan juga. sebab kita tak ada pilihan. kalau kita tidak berada dalam proses tarbiyah, proses lain yang akan membentuk diri kita. Seperti gelas kosong, sekiranya kita tidak penuhi ia dengan air, habuk, debu, udara-udara kotor tetap akan memenuhinya..Insya-Allah..


hem..


teman-teman...
nah selebihnya, ana tinggalkan pada antunna untuk menjawabnya..kalian lebih arif biiznillah.. mudah-mudahan kita beroleh keampunannya. Memiliki hati yang tawadhuk, sungguh ianya merupakan suatu nikmat yang besar dari Allah swt. Akhir-akhir ini kita banyak berjenaka, ketawa tidak tentu masa, semoga Allah ampunkan kelalaian kita. Kataorang, lalai itu salah satu ciri yang syaitan suka. Astagfirullah. Hingga disini saja, insya-Allah, kiranya masih ada ruang untuk kita, kita sambung kemudian saja yea.


Marilah kita berfikir sejenak..
Semoga tertingkat keimanan

[Ummi dan ayah, sahabatku yang paling akrab]