Sunday, November 09, 2008

Aktiviti Mingguan


Bismillahirahmanirahim…

Assalamualaikum wrh..
Apa khabar teman-teman disana?


Semoga hari-hari yang berlalu sentiasa membahagiakan kita semua. Setiap apa yang telah berlaku itu terkandung banyak hikmah dan pengajaran buat kita. Baik perkara itu yang kita sukai ataupun tidak, seharusnya kita mendidik hati kita untuk bersyukur ke hadrat Allah swt, Tuhan yang maha penyayang.


Tahukah kalian bahawa sebaik mana pun kita merancang untuk kehidupan kita, sebenarnya Allahlah yang lebih tahu apa yang terbaik untuk kita...Dia yang merencanakan segalanya. Subhanallah, bila direnungkan kembali perancangan Allah sangat teliti dan halus, hinggakan kita terasa kalau bukan Allah yang merancang untuk kita, entah bagaimanalah kehidupan kita ini...Alhamdulillah. Kerana itu, marilah sama-sama kita mendidik diri dan hati kita utk menerima perancangan Allah dgn redha dan ikhlas..ramai diluar sana yang selalu berprasangka pada Allah, bahkan ada yang marah dan kecewa bilamana apa yang mereka rancang dan harapkan tidak menjadi kenyataan..padahal Allah sedang merancang utk mereka.......anta rabbi wa ana ’abduka..



Yea sahabat-sahabat tersayang...


Beberapa pertanyaan rutin, minggu ini apa aktiviti khas kalian?...Sudahkah kalian merancang? Hm...jika ditanya melalui sms beberapa teman, saya tertarik pada satu jawapan..Kata sahabat saya tu, minggu ni ana nak beli hadiah yang terbaik untuk diberi pada adik-adik ana. Beri hadiah tanpa sempena. Hairan jugakan ? bila difikirkan kembali, masya-Allah terasa satu tarbiyah yang berguna. Selalunya, kita memberi hadiah sempena hari lahir, sempena kejayaan dan sebagainya..itu satu kebiasaan. Tapi bila kita memberi hadiah tanpa sempena apa-apa..ianya sungguh luar biasa. Tetapi disana, ada mesej yang ingin disampaikan. Iaitu mesej penghargaan dan kasih sayang...

Bayangkan teman-teman, betapa gembiranya orang yang menerima. Pasti dia akan rasa dihargai, disayangi dan diberi perhatian..bukankah ini dapat meningkatkan cinta dan kasih sayang sesama insan?....insya-Allah, justeru apa kata selepas ini, kita cuba amalkan. Boleh yea... Memberi hadiah tidak perlu tunggu sambutan atau hari tertentu, malah programkan dalam aktiviti kita, dalam sebulan atau seminggu, siapa target kita untuk menerima hadiah...kata sahabat saya lagi, hadiah itu salah satu wasilah untuk kita membina jambatan kasih sayang di antara kita dan kawan-kawan, keluarga serta sebagainya.. Hadiah itu tak perlu mahal, yang penting ia yang terbaik dari kita. Mukmin yang paling dicintai oleh Allah swt itu adalah mukmin yang paling baik terhadap saudaranya... orang suka..kita pun dapat pahala.betul x?


Hm. Jika diikutkan peristiwa yang berlaku sejak akhir-akhir ini, memang banyak yang nak diperkatakan. Terutamanya perkembangan semasa di Amerika Syarikat..



Kita sedia maklum, beberapa hari berlalu dengan kemenangan Barrack Obama. Seluruh dunia tertumpu pada Amerika..negara gergasi yang mengakui diri sendiri sebagai Tuan kepada seisi dunia...Hari itu, seakan-akan suatu cahaya yang mengetuk pintu negara itu. Wallahuwa’lam..namun, kita akui..dunia sedang menanti suatu perubahan. Seperti satu hutang yang tertunggak..Obama perlu langsaikan segala hutang2 itu. Cabaran pendamaian di palestin, ..cabaran krisis ekonomi global.. , keganasan yg meningkat di afganistan, iraq…berdepan dgn pimpinan2 islam. Semenjak 8 thn pentadbiran Bush, membina jurang yg besar antara Amerika dan dunia islam. Sejauhmana kehebatan Obama untuk mencorak pola pentadbiran Amerika, sama-sama kita saksikan....



hem terkenang pula pada pertanyaan ukhti Puteri laksamana Sunan malam tu, apa perasaan setelah Obama menang..ehehe. saya tidak merasa apa-apa waktu itu. Jauh disudut hati, saya tahu sahabat saya itu sangat prihatin..begitu prihatin dan sensitif pada perkembangan yg berlaku. Bila tiada perasaan apa2, itu kerana hati itu tidak senstif dengan masalah yang menimpa ummah ini..dia berpandangan jauh....

Alhamdulillah, Allah anugerahkan dia sebagai sahabat saya..


Hm..kalian pula bagaimana, apakah perasaan dan harapan kalian ?.. harapan ini sebenarnya adalah harapan kepada suatu perubahan...

Mungkin disini saja pertemuan kita. Mudah-mudahan saya dapat memberi sesuatu dan kalian juga dapat menerima sesuatu dari sini.. Moga masa yang kita luangkan ini mendapat barakah dan rahmat dari Allah swt....insya-Allah...

Seandainya kau disisi..hatiku tak sendiri..

Tuesday, November 04, 2008

Beberapa amalan


Assalamualaikum wrh…

Alangkah indahnya hidup ini..bila seisi dunia dibawah naungan islam...penuh kasih sayang dan keadilan….

Kaifahalukunna ? .. Sudahkah kalian menunaikan hak-hak terhadap diri ? menyeru diri merapati Allah swt..memperbaharui iman dan niat agar amal-amal kita menjadi amal mutawasil-amalan dan usaha yang berterusan…tidak hanya separuh jalan. Jalan dakwah dan tarbiyah ini, panjang..memenatkan..penuh mehnah..namun, meskipun begitu insya-Allah..kita akan terus merintisnya perlahan-lahan…


Sahabat-sahabatku yang tersayang..

Alangkah beruntungnya kita dapat merasai nikmat iman dan islam sedari kecil. Bertambah beruntung apabila kita dapat merasai indahnya hidup bersama Islam. Ramai yang mengetahui keindahan dan keberuntungan hidup dalam lingkungan agama ini, akan tetapi tidak ramai yang dapat mengecap kemanisan dan kelazatannya. Hanya mereka yang dipilih oleh Allah swt yang dapat mengecap indahnya hidup bertuhan.


Hari ini, kita merasa cukup bahagia kerana kita masih diizinkan oleh Allah swt untuk berada dalam keadaan islam. Menghayati tuntutan-tuntutannya serta berusaha beramal dengannya. Dalam kepayahan itu ada kemudahan..dalam kepahitan ada kemanisan.. Orang yang tidak berusaha beramal dengan tuntutan ad-deen, sudah pasti tidak akan dapat merasainya....alangkah ruginya jika kita tidak berusaha..Sanggupkan kita sekadar memerhati dari luar, bagaimana mereka yang beramal soleh ini menghirup udara segar keimanan di dalam sebuah bilik yang nyaman..sedangkan kita hanya mampu berdiri diluar, menapis udara dan debu-debu kotor..Sudah tentulah tidak sanggup bukan...Justeru, hendaklah kita usaha dan terus usaha memahami islam dan beramal dengannya..Agar kita menjadi hambaNya yang beruntung....Insya-Allah...



Semalam Cik Misra yang penyayang menghubungi ana. Perkenalkan.. Dia sahabat lama yang setia pada persahabatan kami. Sejak bila mula mengenali, hm..sejak dalam rahim ibu barangkali..he3..gurau saja..tapi ana tak ingat masa yang tepat..sedar2, kami dah rapat..Susunan Allah..kan. Jiwanya sangat penyayang. Allahu akbar, bila dengar cakap-cakap dia, iman ini rasa berkobar-kobar...apa yang diperkatakan, perkara biasa saja..rutin hidupnya, pengajiannya..tapi itulah..sahabat yg baik itu bila kita bersamanya, mengingatkan kita pd Allah swt...hebatnya mukmin ni kan..kata-katanya, nada suaranya, pertanya-pertanyaanya...semua ada seni yang tersendiri...

’ala kulli hal, semoga kalian juga akan bahagia mendapat sahabat sepertinya..Bagaimana sahabat pilihan kalian ?

Beberapa peringatan dari Risalah ta’alim – IHAB

1. Anda hendaklah mempunyai wirid harian, tidak kurang daripada satu juzuk al-Quran. Berusahalah supaya menghabiskannya tidak melebihi sebulan dan tidak kurang daripada tiga hari.

2. Anda hendaklah memperelokkan bacaan al-Quran anda atau mendengar dan mentadabbur maknanya. Anda hendaklah mempelajari sirah dan sejarah generasi silam mengikut kelapangan masa yang ada pada anda. Sekurang-kurangnya buku yang dibaca ialah, “Humatul Islam”. Anda hendaklah banyak membaca hadis Rasulullah s.a.w. dan hafallah sekurang-kurangnya empat puluh hadis, terutama hadis empat puluh Imam Nawawi. Anda hendaklah mempelajari buku-buku tentang asas akidah dan cabang fikah.


Insya-Allah, beberapa peringatan ini, sama-sama kita renungi. Mudah-mudahan kita menjadi mukmin yang berkualiti...


Rasa2, sampai disini saja yea..kerana hak-hak terhadap badan ni, masih belum terlaksana..berehat untuk cas balik tenaga.. =)

Jazakumullah sudi menemani..