Bismillahirahmanirahim...
Alhamdulillah..kiranya Allah swt mengizinkan pertemuan kita dalam ruang waktu sesingkat ini. rancangan pasti hanya tinggal rancangan jika tanpa keizinan Allah swt..Saya perhatikan, sungguh banyak rancangan yang tersenarai, minta dilaksanakan..namun subhanallah diantara banyak rancangan2 tersebut, hanya yang tertentu sahaja yang Allah izinkan terjadi. Itulah KEHEBATAN ALLAH SWT. Allahu'azim..Allahu qabir..Dia mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya..bak kata org puteh..'The best among the best..' ..
Alhamdulillah,
semalaman semalam saya menelaah ke dunia motivasi Hilal Asyraf, peningkat kualiti spiritual. Bukunya, Langit Ilahi..sangat simple. Apa yang saya maksudkan dengan simple disini iaitu kandungannya, penyampaiannya sangat menggambarkan penulisnya yang seorang remaja yang matang yang mampu menggarap sesuatu topic itu dalam bentuk yang mudah untuk difahami.. Alhamdulillah diatas kurniaan Allah padanya. Namun, yang lebih menarik perhatian saya tentang 4 topic terakhir yang menceritakan pengalamannya bersama Mudir UDMZ..Sir Abduh, ustaz Mahadhir dan Lecturernya di Irbid..Syeikh Thowalbeh. Membaca saja tentang hikmah dan kebijaksanaan Syeikh Thowalbeh, saya terasa ingin sungguh menadah ilmu dari dada seorang guru yang soleh sepertinya..
Seketika tadi saya melayari beberapa halaman blog adik-adik tersayang. Allah izin terjumpa pula blog makcik Noraini Eslah. Atau kami kenali dia sebagai UMMU ANAS.. bagaimana ingin saya gambarkan kesyukuran ke hadrat Allah swt. Akhirnya Allah ketemukan dalam ruang maya yang kerdil ini. Jika biasanya kami ketemu diluar, dapat ber'salam semut'..di blog hanya mampu menitip rasa sayang melalui bait kata yang sedaya upaya disusun rapi..itu jua masih belum dapat menggambarkan rasa sayang fillah ini. Semenjak awal membaca nasihat2 Ummu Anas dulu-dulu.. perasaan sentiasa rasa terbelai dan terpujuk. Ummu Anas sungguh Allah jadikan dia Mar'ah istimewa dan Zaujah yang hebat yang mendokongi kekuatan dakwah Prof.Hakim..Semoga Allah swt menitipkan saki baki semangatnya buat diri kita..insya-Allah...
Selingan...
Hari ini, khabar emosi menukilkan beberapa kekecewaan terhadap situasi Politik di Perak. campur tangan kerajaan pusat terhadap konflik itu saya kira lebih-lebih lagi menambahkan sisa-sisa toksik yang mengeruhkan lagi air yang kian jernih. kadangkala pemerhatian saya, bukan kerajaan perak sekarang yang beriya-iya sangat mempertahankan kerajaannya serta untuk terus kekal sebagai MB..tapi kerajaan pusat yang seolah-olah lebih kuah dari nasi. Bersungguh benar dia mahu menakluki bumi tanah perjuangan Datuk Sagor dan Datuk Maharajalela tu. Macam kanak-kanak kecil yang mahukan candy..teringat kata-kata As-syahid Syed Qutb dalam pemerhatiannya terhadap manusia.."Aku perhatikan mereka seperti anak-anak yang berebutkan sebiji gula-gula..Aku melihat mereka sungguh kerdil dan kecil..Sedangkan bersama Al-quran, aku berasa seolah-olah dipuncak..Aku hairan, apakah mereka merasa seronok begitu..melainkan apa yang aku lihat ianya adalah suatu yang sia-sia.."
Kita menonton saban waktu 'sifat keanak-anakkan' mereka. Berebutkan kuasa dan negeri jajahan. Saling bercakaran, menggunakankan apa jua kekuatan yang ada untuk mendapatkan kuasa. kata mereka, untuk menegakkan keadilan rakyat. nah, keadilan rakyat atau kepuasan sendiri..Lagipun, keadilan apalah yang ditegakkan di akhir zaman ini..tiada keadilan yang sebenar jika bukan dengan mengamalkan sistem ISLAM. Al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih..Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya..
Suasana ini.. peristiwa ini.. Subhanallah..Allah swt telah merakam kemas dalam Al-Quranul Kareem..
"..Bagaimana mungkin ada perjanjian sedemikian, padahal jika mereka memperoleh kemenangan ke atas kamu, mereka tidak memelihara hubungan kekerabatan denganmu dan tidak pula memenuhi perjanjian. Mereka menyenangkan hatimu dengan mulutnya sedang hatinya menolak. Kebanyakkan mereka adalah orang-orang yang Fasik (orang yang tidak menepati janji). Mereka menjualbelikan ayat-ayat Allah swt dengan harga yang murah, lalu mereka menghalang dari jalan Allah swt. Sungguh, betapa buruknya apa yang mereka kerjakan. Mereka tidak memelihara hubungan kekerabatan dengan orang mukmin, dan tidak pula memenuhi janji dan mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.." [At-taubah:8-10]
"..dan kebanyakkan manusia tidak akan beriman walaupun kamu sangat menginginkan mereka beriman dan kamu tidak sedikitpun memintah imbalan terhadap seruanmu..." [Yusuf:103-104]
Pergolakkan yang terus berlaku kata seorang sahabat, biarkan saja. Ia tidak lebih dari hanya permainan semata-mata..Saya teringat prinsip Adolf Hitler dulu berdasarkan teori Survival Of The Fittest. yang kuat akan menggunakan cara apa sekalipun untuk terus menang..dan yang lemah akan terus tersingkir dan pupus..
Akhir sekali.. Marilah kiat membersihkan diri kita keseluruhannya. Semoga Allah swt membersihkan hati kita..membersihkan jiwa kita sebersih-bersihnya.. Bersih yang sungguh-sungguh sehingga tiada ada rasa isi hati, prasangka dan suul khuluk dalam diri hina kita ini. Kehidupan hanya sekali, maka..jadikannya pada JALAN ALLAH SWT.. Mereka yang terdahulu telah memilih dan berjaya dalam keimanan mereka kepada ALLAH swt. iaitu generasi yang As-syahid syed qutb gelarkan sebagai 'the walking quran'...Kita pula bagaimana, tidakkah mahu kita menjadi the return generation? ..generasi yang dinanti-nanti..
"..meskipun kegelapan itu masih panjang menyelubungi dunia islam..namun yakinlah masa depan tetap milik islam.." - Syeikh Ustaz fathi Yakan..