Monday, June 22, 2009


Bismillahirahmanirahim…

Asbahna wa asbahalmul qulillah..walhamdulillahila syarikalah..la ilaha illah huwa wa ilaihin nusyurr…


Alhamdulillah..di kesunyian pagi yang indah dan nyaman ini, marilah sama-sama kita mengingati Allah swt..kehebatanNya..kebesaranNya..keagunganNya.. Mudah-mudahan hati-hati yang kering kan basah kembali dengan rasa kehambaan kepada Rabbal ‘Alamin..pemilik sekalian alam..


Apa khabar sahabat-sahabat sekalian ?

Semoga Allah swt sentiasa memimpin kita...menunjukkan kita jalan-jalan keredhaanNya..


Insya-Allah...


.....


Teringat pada kata-kata seorang sahabat...jadual harian seorang mukmin itu sebenarnya penuh.. kalau betul-betul kita senaraikan, memang tak menang tangan kita nak laksanakan..hm. Terkedu juga rasanya..bila dimuhasabahkan kembali, masa-masa yang berlalu dalam kehidupan saya sangat banyak berlebihan. melihatkan sifat rendah hatinya menuturkan peringatan itu, hati tertunduk malu.. mungkin, inilah tandanya saya tidak merancang betul2 utk menjadi seorang mukmin.. entahlah.. dalam kita kata sibuk merancang, kadangkala kita juga gagal merancang dengan betul.. mengikut pendapat sahabat saya itu ( semoga Allah swt merahmatinya ).. iman itu ada waktu naik dan turun. Di saat iman meningkat, kita melaksanakan ubudiyyah kita pada Allah swt dengan berkobar-kobar..di saat iman lemah pula...kita sedang mujahadah lawan keadaan lemah iman itu..


hm.. barangkali kerana itulah kita perlu sentiasa istiqomah duduk bersama-sama dengan sahabat yang soleh..suasana yang soleh.. dengan itu, di saat iman kita menurun, kita tidak terlalu jauh dari Allah swt. Suasana yang soleh akan sentiasa menghangatkan jiwa kita..meskipun di saat ia malap...


Begitulah hakikat sebuah kehidupan..Ubudiyyah kepada Allah swt adalah intipati utama dalam perjuangan...


Baiklah, hingga jumpa lagi nnti..jaga diri baik-baik yea.. Sentiasa menjaga DnT..penerusan tarbiah itu penting bagi memastikan suasana keimanan itu ada di sekitar kita...dan ingatlah Allah swt sentiasa agar DIA juga tidak lupa pada kita..



Tuesday, June 09, 2009

Ijtima Am..


Salam kasih sayang..

Alhamdulillah, bersyukur kepada ALLAH SWT kerana masih memberi peluang untuk kita mengingatiNya. Apa tah lagi, peluang untuk berada dalam didikan dan naunganNya. Marilah sama-sama kita merasai hakikat Tarbiyah itu sendiri, yang ingin menjadikan kita insan soleh dan beriman kepadaNya.


Tarbiyah adalah kehidupan kita. Ia adalah nadi kehidupan orang-orang beriman. Tarbiyah mempunyai matlamat dan targetnya yang tersendiri. Tidak lain tidak bukan ialah ingin mendekati dan mendampingi ALLAH SWT. Tarbiyah bertujuan menjernihkan, membersihkan dan menyucikan hati manusia. Alangkah nikmatnya apabila hati kita bersih. Alangkah bahagianya apabila jiwa kita suci lagi murni.


Barangsiapa yang mebersihkan jiwanya, maka ia akan dibersihkan.
Barangsiapa yang mengotori jiwanya, maka ia akan dicemari
Barangsiapa yang ingin jiwanya bersih maka bersihkanlah amal-amalnya


Ketahuilah, bahawasanya orang beriman selalu meningkatkan kualiti dirinya . Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk kembali kepada ALLAH SWT dan mengharap hanya kepadaNya. Mereka menanam dalam hati mereka kecintaan, kerinduan dan pengharapan hanya kepada Allah swt...


teman-teman yang dikasihi...



in tuqridullaha qardhan hasanan yidha'fhu lakum wa yaghfirlakum.. Alhamdulillah, beberapa perkara yg berlaku akhir2 ini banyak memberi pengajaran, teladan jua pengorbanan..moga kita terus bekerja dan serahkanlah pada ahlinya..utk berbicara..


Insya-Allah.. keikhlasan itu yang paling utama... =)


Ramai sungguh ketemu sahibah-sahibah lama pada ijtima am hujung minggu lalu..terutama saudara persis kembarku..Qairul Bariyyah. walaupun tidak lama dapat berbual, bertemu mata pun sudah cukup mengisi ruang-ruang rindu di hati ni. Melihatkan tawa riangnya terasa seakan-akan dunia ini masih sama seperti dulu-kala..Tidak ada yang berubah meskipun hakikatnya..terlalu banyak sudah perubahan dalam hidup kami berdua..Dia masih di halaman ayahbonda, manakala saya pula sudah berada di halaman sendiri..hehe...hm Busyro Afifah..tidak habis2 mengusik. barangkali hasil taaruf kami sekian lama, bila bertemu ada saja perkara yang ingin diusiknya. Taqiyyah, Ummul Ilyani dan adiknya, Fatimah, k.aisyah dan ramai lagi..Terasa kekurangannya tanpa Syaheed Awwal. Allah izin kan..padahal di hati saya dan dia sendiri terpendam hasrat untuk saling ketemu di Majlis itu..namun, Allah lebih tahu...



Sahabat-sahabat ini..

sungguh istimewa di hati..


Alhamdulillah Allah swt menganugerahkan mereka. untuk menjadi teman seperjalanan di dunia menuju ke gerbang akhirat..bersama-sama. Tidak jemu bercerita tentang mereka. Yea mungkin ada benarnya kataorang, bila kita menyintai seseorang kita akan sering berbicara tentangnya..meskipun berulang-ulang kali..mudah-mudahan Allah swt mempertemukan kita lagi sebagai teman-teman yang akrab di syurga nanti insya-ALLAH..apakah impian yang lebih tinggi dari itu ?...wasijah al-'aqidah wasijah al-uula..



Memetik kata-kata Allahyarham Syeikh Ustaz Mustafa Masyur


" sesungguhnya seorang muslim itu apabila berjalan di atas jalan dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja bahkan ia turut membawa bersama hati saudaranya..Setiap pahala dan rahmat yang diperolehinya di sepanjang perjalanan dakwahnya akan turut sama terbias pada saudaranya itu.."