Thursday, October 22, 2009

Sambungan Catatan ke Padang



Assalamualaikum wrh..

Insya-Allah, disini sambungan bagi catatan Misi 2 Haluan ke Padang...

Pariaman mempunyai 17 mukim dan kira-kira 320 buah kampong (Desa). Team kami hanya berkhidmat di lima buah kampung. Masjid dan surau di daerah Pariaman memang banyak , kira-kira 620 buah. Banyak masjid yang dibina mengikut suku kaum. Fahaman yang diamalkan disesuatu masjid sering berbeza. Kami sempat solat dibeberapa buah masjid dan itulah yang kami perhatikan.Keadaan dikawasan pendalam jauh lebih teruk. Kebanyakan masjid dan surau tidak terurus dan agak kotor. Ada diantaranya yang tidak memiliki tandas.


Ketika kami memberi khidmat perubatan di Desa Koto Tinggi, Pariaman, kami telah melihat masjid mereka yang runtuh.Maklumat dari jurupandu kami seorang muslimat PKS, masjid itu hanya digunakan ketika majlis-majlis seperti Maulidul Rasul, Isra’ mi’raj dan solat hariraya.Solat jemaah 5 waktu tidak ada. Anjing-anjing berkeliaran seperti ternakan lain. Penghuni pun kebanyakannya orang tua dan kanak-kanak . Sempat seorang pesakit wanita bercerita kepada saya. Dia kesempitan hidup, maklumlah isteri ke 2. Makan pun tidak cukup. Bila dia mengadu kepada suaminya. Suaminya mencadangkan agar dia menjadi seorang pelacur, jalan mudah dapat duit..


” Saya ngak sanggup Pak….walaupun rumah saya hancur, kerjapun ngak ada, saya tak sanggup lakukan itu” Kelopak matanya bergelinangan dengan airmata. Dalam hati saya tertanya juga, apa perlunya dia cerita semua ini, sedangkan tugas saya hanya untuk memberikan rawatan. Walaupun besar kemungkinan dia tidak solat ,tapi saki baki aqidah masih ada. Mental mereka benar-benar tertekan. Apa yang mampu saya katakan agar dia jangan sekali lupa pada Allah, minta dia jangan tinggalkan solat dan banyakkan berdoa agar Allah bebaskan dia dari penderitaan hidup ini. Sememangnya begitulah ujian Allah swt. Kesempitan hidup seringkali banyak menjauhkan manusia dari Allah swt, padahal Allah menjanjikan ganjaran yang cukup besar bagi orang-orang yang bersabar menahan penderitaan.


Kami dibantu oleh seorang relawan wanita PKS Indonesia, baru berusia awal dua puluhan. Melalui syaksiah dan cara dia berinteraksi dengan kami, kami tahu pasti dia seorang remaja yang berada dalam suasana tarbiyah.. Dia bersama abangnya sibuk membantu penduduk kampung mendapatkan rawatan disamping menjadi penterjemah kepada kami. Apabila sampai waktu masuk solat zohor, dia berkata, “ Pak,,,minta ijin, saya mahu solat dulu….” Dia tahu kami akan melakukan solat jama’ & qasar. Dia cukup menjaga waktu solat. Bila ditanya mengenai program tarbiyah yang di lalui , dia kata dia hanyalah sorang “mutarabbi” (orang yang menerima dakwah) dan belum boleh jadi murabbiyah lagi. Terbisik juga didalam hati saya, dimarhalah awal tarbiyah pun mereka sudah biasa dengan “term” arab. Bagaimana dengan kita..???


Menurut Pak Ridwan di sekitar Pariaman ada kira-kira 500 orang mengikut halaqah mingguan. Mereka bersemangat tinggi, bangga dengan vest dan baju yang tertulis dengan organisasi mereka. Mereka berhibur melalui nasyid-nasyid yang membakar semangat dan mencipta nasyid-nasyid jihad yang segar dan bersemangat. Melihatkan mereka, saya terasa sungguh kerdil. Bagaimana keadaan kita disini..kekurangan sensitivity, semangat..orang yang sudah lama berada dalam tarbiyah pun masih mahu dimanjai, tidak mahu menggembleng tenaga untuk kerja dakwah bahkan sukar sekali untuk kita mencari orang-orang yang sanggup menjadi Full-time Da’e..


Di Pariaman kita bukan memikul senjata, bukan mendaki gunung, bukan tidur didalam hutan, bukan menggali mayat-mayat yang busuk…Kita cuma memberi perkhidmatan dan rawatan, sama seperti yang kita lakukan di Malaysia. Hanya yang ada sedikit kepenatan dan keletihan. Tiada sorang pun dikalangan team kami yang mengeluh kesal , tapi yang ada hanyalah senyum kepuasan. Sungguh kami terasa puas dapat menyumbang kepada ummah pilihan iaitu ummat kepada deen yang suci ini, iaitu Islam. Walaupun nilainya tidak seberapa. Memang benar, bila kita turun ke medan amal, kita akan terasa lebih izzah terhadap kerja-kerja islam dan terasa satu kerugian jika kita berlambat untuk melaksanakan kerja-kerja ini. Jika sekalipun kita tidak mahu melakukannya, orang lain akan tetap melakukannya..dan kita akan terus ketinggalan..


Betullah rasa hati seorang sahabat Rasululllah Amr ibnu Al Jamuh ;


Amr ibn Al Jamuh, seorang yang tempang, memiliki 4 anak remaja yang ikut berperang bersama Rasulullah.Amr mahu ikut berperang bersama Rasulullah.Anak-anaknya berkata “ Allah telah memberi kemudahan kepada bapa,Bapa boleh duduk dirumah saja, biar kami menggantikan bapa kerana Allah tidak mewajibkan Jihad keatas bapa “. Lalu Amr ibn Al Jamuh telah merayu kepada Rasulullah saw dan berkata, Wahai Rasulullah, anak-anak saya telah menghalang saya untuk berperang bersama anda.Demi Allah saya sangat berharap hendak mati syahid agar saya dapat berjalan dengan kaki tempang saya didalam syurga.” Lalu Rasulullah saw telah bersabda kepadanya “Adapun engkau maka Allah tidak mewajibkan jihad keatas engkau” Kemudian Rasulullah sw telah bersabda kepada anak-anaknya”Apakah salahnya kamu berdoa semoga Allah mengurniakan mati syahid kepada ayahmu?. Kemudian Amr Al Jamuh keluar bersama Rasulullah lalu dia gugur syahid pada hari perperangan uhud.


Allahu Akhbar….seorang sahabat yang telah pun uzur dan tempang kaki, terlalu sedih kerana tidak dapat mengikuti angkatan perang Rasulullah saw, sentiasa berikhtiar untuk pergi berjihad. Kita pula bagaimana? Adakah kita berusaha sungguh-sungguh untuk menyahut seruan jihad dan menyumbang tenaga ataukah kita masih berkira-kira untuk waktu dan tenaga yang akan kita bazirkan untuk suatu pekerjaan yang tiada gaji ini?...Semua ini hanyalah sekadar latihan, tadrib dalam bentuk realiti… Saya memohon ampun kepada Allah kalau catatan ini ada kesilapan.Ia hanyalah sebagai muhabah untuk diri kita dalam menjalani kehidupan sebagai seorang daie , InsyaAllah. Jika ada peluang masa, saya akan cuba sambung lagi.Wassalam..


Catatan Perjalanan,
Dr.Mohd Ariff B.Abd Rasyid

Wednesday, October 21, 2009

Catatan Misi 2 Haluan Ke Padang


Assalamualaikum wrh...

Kaifahalukum al'an? Semoga teman-teman sentiasa dalam rahmat dan redhaNya..insya-Allah..Aduhai sebak pula rasanya mengenangkan teman-teman seperkuliahan sibuk membuat persediaan untuk bergempur dengan peperiksaan akhir kami, saya pula masih dalam tempoh pemulihan jasadi..tak mengapalah, semoga Allah swt permudahkan. Masanya akan tiba juga. Moga mujahid kecil ini memahami umminya seorang pelajar..


yea teman-teman,


insya-Allah disini saya selitkan catatan yang ditulis oleh ayah, pengalamannya berada di Padang. Mungkin keadaan sebenarnya disana tidak mampu tergambar dek tulisan, namun memadai kita ambil tahu atas rasa kasih sayang kita pada saudara seislam kita yang ditimpa musibah. Innalillahi wainnailaihi rojiuun.. Pemergian ke sana bukanlah atas matlamat yang sia-sia, tetapi kita nak bawa sekali akhlak dan syaksiah islam kita.. Saya teringat kata-kata Umar Tilmisani " Bagaimana kami merawat kesabaran dalam menghadapi kesulitan di atas jalan dakwah, sehingga kami merasa pantang menyerah kalah pada keadaan yang sulit. Kaki kami berenang dalam pasir dan lumpur. sapu tangan-sapu tangan yang kami bawa hampir hancur kerana kelelahan menyapu keringat dan sering keringat itu kering sendiri dek kerana perjalanan yang begitu jauh. Tarbiyah mengajar kami untuk biasa tidur beralaskan tikar, dan makan dari apa yang ada.."


Catatan Pengalaman di Padang


Hari pertama 14/10/09, kami pasukan kedua Team Misi Kemanusiaan Padang terus dibawa ke sebuah desa di kawasan pendalaman iaitu Desa Batu Mengaum. Kehadiran kami seakan-akan memang dinanti-nantikan oleh penduduk disitu. Wajah mereka kelihatan sugul dan muram terutama dikalangan org dewasa. Rumah mereka rosak atau roboh. Tiada yang selamat. Mereka hanya tinggal di dalam khemah-khemah, ada juga yang terpaksa berteduh dibawah runtuhan atap zink. Keadaan yang menjadi bertambah sulit buat mereka apabila hujan turun. Mereka hanya mengisi perut dengan mee segera, kerana ketiadaan wang untuk membeli beras. Melihatkan kanak-kanak disana, apalah yang mereka tahu tentang sebuah kesengsaraan dari tragedi itu, mereka tetap ceria dan gembira.


Klinik bergerak Haluan dibuka dari jam 3.00 ptg dan berakhir pada jam 10.00 malam. Jumlah pesakit yang dirawati adalah 150 orang. Sememangnya team kami berazam untuk memberi yang terbaik kepada penduduk kampung. Walaupun agak keletihan dengan jumlah pesakit yang ramai, kami sentiasa ceria melayan kerenah mereka dan kanak-kanak.


Situasi disana benar-benar mentarbiyah kami tentang hakikat sabar dalam menghadapi karenah mereka. Mana tidaknya, selepas ubat diberi, mereka meminta pula ubat untuk ibu dirumah, selesai itu, mereka minta pula ubat cacing untuk anak. Pelbagai permintaan dan ragam. Terasa memang geram…tetapi bila diingatkan kembali kita membawa risalah dakwah, ana tukarkan mind-setting dari perasaan geram kepada perasaan kasih sayang dan simpati. Bila ana berikan semua ubat yang diminta ana pun tanya dia “ Macam mana ibu..sudah puas hati? “ Dia pun menjawab “Sangat puas hati pak..terima kasih pak…” dia terus berlalu dari situ sambil tersenyum puas.


Misi kali ini diketuai oleh Akhie Zailani. Beliau sungguh cekap dalam menguruskan perjalanan klinik serta sangat berpengalaman di dalam pengurusan misi kemanusian. Beliau pernah menyertai misi kemanusiaan Haluan ke Acheh dan Jogjakarta, sementara akhie Amri pernah mengikuti misi kemanusiaan Haluan di Pakistan, Akhie Amri dan Akhie Azmi menjawat jawatan sebagai dispenser sementara akhie Hafiz (Haluansiswa) sibuk bertugas sebagai urugambar kami.


Menjelang maghrib, klinik ditutup sebentar. Kami dipelawa untuk menunaikan solat maghrib dirumah seorang penduduk berhampiran dengan klinik. Nasibnya agak baik kerana rumahnya hanya mengalami beberapa keretakan kecil. Ana kagum cara dia melayan kami. Dari percakapannya bolehlah dibuat kesimpulan yang dia amat gembira dengan rawatan dari kami (orang Malaysia). Klinik kemudiannya diteruskan sehingga jam 10 malam. Seorang penduduk wanita datang mendekati kami. Dia merupakan antara yang aktif menguruskan penduduk kampung untuk mendapatkan rawatan. Dia kata “Kami sudah lama ngak senyum pak…tapi hari ini kami boleh tersenyum…” Dari raut wajahnya memang dia nampak ceria. Ana bertanya kembali kenapa kata begitu. Dia jawab “ Sebab semua bapak disini baik-baik dan selalu tersenyum…kami senang sekali.” Terlintas difikiran, rupa-rupanya senyuman kita pun boleh menghilangkan stress dan membuat orang lain tersenyum..


Sebelum berangkat pulang, seorang kanak-kanak menyelinap masuk menaiki kenderaan kami. Dia tidak mahu turun walau beberapa kali telah dipujuk. Semua orang ketawa melihat telatah nya. Kemudian kenderaan kami bergerak. Terasa sebak didada…kita kembali menuju kemewahan hidup. Sedangkan mereka terus tinggal diselimuti penderitaan. Rumah tiada, makan pun susah. Siapalah yang sudi membantu mereka. Kita hanya bersimpati, tapi pernahkah kita menghulurkan sedikit wang untuk membantu mereka, melihat anak-anak menangis. hati terasa sayu....


Kami memang keletihan, keringat pun masih belum kering, perut pun dah terasa lapar. Dalam hati kami ada kepuasan, nikmatnya berada dijalan Allah. Perjalanan yang penuh dengan tarbiyah, makna sebuah kasih sayang, pengorbanan dan kesabaran dalam menempuh ujian.Teringatakan maksud firman Allah "Berangkatlah kamu sama ada didalam keadaan senang atau susah dan berjihadlah dengan harta dan jiwa kamu dijalan Allah.." Ana terlalu bersyukur kerana terpilih mengikuti misi kali ini.Sebelum datang ke Pariaman ana selalu berdoa kepada Allah agar dipilih mengikuti misi ini. Syukur kepada Allah hajat ana termakbul.Ameen.




Catatan Perjalanan,

Dr. Mohd Ariff Bin Abdul Rasyid
Misi-2 Haluan Ke Padang, Indonesia

Monday, October 19, 2009

Harapan Mereka

a.s.s.a.l.a.m.u.a.l.a.i.k.u.m w.r.h

Apa khabar teman-teman ?


Semoga sentiasa dalam redhaNya. Ada menyumbang sesuatu untuk deen ? Sudahkah mendoakan saudara-saudara kita ? Pasukan ke-2 Misi Kemanusiaan Di Padang telah selamat kembali semalam. Alhamdulillah, ayah pun telah selamat sampai. Mendengarkan sayup suaranya di telefon, begitu ceria dan bersemangat. Insya-Allah, pasti banyak yang ingin dikongsi dan diceritakan. Tarbiyah di medan amal dan di medan teori tidaklah serupa sama sekali. Masakan sama orang yang hanya bercakap dengan orang yang telah turun menempuh mehnah dan tribulasi di medan kerja bukan?..


Hari ni akhi oncoll lagi.. Jihad di medan amal semamangnya memerlukan kegigihan dan pengorbanan. Alhamdulillah, kini saya sudah berteman. Jika dulu keseorangan menanti akhi pulang, sekarang ni sudah ada mujahid kecil disisi. Kami akan terus menanti bersama. Semoga dalam penantian itu ada pengisian untuk si kecil yang baru mengenal dunia itu. Barangkali saya tidakla sehebat akhi yang tahu pelbagai doa-doa Rasulullah dan doa amalan orang-orang soleh, selalu dia titipkan pada mujahid kecil kami, waktu pagi dan petang jika dia ada, akan dibacakan mathurat..hm insya-Allah tentunya di antara selang waktu akhi tiada di samping mujahid kecil itu, peranan saya perlu disegerakan. Teringat pesanan seorang makcik sewaktu majlis kesyukuran rumah kami.. anti kena ingat nak didik anak mungkin tak susah, tapi anti sekarang bukan sekadar nak didik anak tapi anti nak bentuk seorang mujahid, its so hard. remember..Semoga Allah swt bantu dalam setiap proses tarbiyah kami..


Alangkah susahnya..


Harapan yang kita bina untuk melahirkan generasi baru islam ini. Seorang pemuda yang hatinya terlalu cinta pada akhirat akan tetapi tidaklah disana bererti dia menjauhi dunia dan tidak peduli dengannya sama sekali. Dia suka berjalan dan mengembara di setiap pelusuk dunia dan makan dari makanan yang baik-baik dan yang terbaik. Tetapi apabila urusan dunia mereka bertembung dengan apa yang dia cintai dalam dakwahnya, maka dia lebih memilih dakwah dan lebih mengutamakan hak-hak Allah swt..ini yang diharapkan pada generasi baru itu, akan tetapi halangannya pasti lebih banyak dan hebat. Begitulah, semua ibubapa juga memiliki impian ini, akan tetapi Allah swt pilih siapa yang Dia kehendaki untuk memiliki kefaqehan dalam deen ini.. Kerana itu meskipun melalui proses tarbiyah yang sama, namun ada antara anak-anak yang berjaya terus melangkah dalam dakwah dan sebahagiannya ada yang tergelincir dan kecundang.. Mungkin setelah Alalh swt letakkan kedudukan saya kini ditempat ummi dan ayah, saya lebih memahami harapan dan cita-cita mereka...Maha adilnya ALLAH swt...

Monday, October 05, 2009

Turun Ke Medan Amal..

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum wrh..Semoga sahabat-sahabat disini sentiasa dalam kesihatan yang baik, dalam keadaan iman yang sentiasa menyegarkan serta dipermudahkan segala urusan oleh Allah swt. Insya-Allah, saya yakin lewat waktu-waktu sisa perkuliahan yang ada ini..masing-masing pastinya sangat sibuk. Sibuk yang benar-benar sibuk kataorang tu..segalanya perlu disudahkan sebelum beberapa minggu lagi kita menempuh fatrah imtihan..Semoga Allah swt melapangkan hati kita..insya-Allah....


Menyoroti tragedi gempa bumi di Padang, hati terasa sangat sayu dan pilu...Melihatkan ratapan mereka yang kehilangan saudara dan kaum keluarga, jiwa kita bagaikan berantakan. Bagaimanakah kita dapat meredakan kesedihan mereka..? semoga Allah swt menempatkan mereka di kalangan orang-orang yang tinggi darjatnya di atas kesabaran mereka pada ujian yang menimpa..


nah, sungguh menyayat hati...begitulah kejadian demi kejadian yang berlaku bertimpa-timpa ke atas ummat ini.. Bila direnung-renungkan kembali, hakikatnya dunia ini benar-benar telah uzur dan tua..Akhirul zaman, berbagai kejadian yang berlaku yang menagihkan keinsafan kita dan untuk menarik kita kembali kepada Allah swt.. Jika dengan kejadian2 ini, hati dan diri kita masih belum sedar-sedar..tanyakan diri kita sendiri..kenapa begitu keras dan kaku hati ini..? Bagaikan tiada perasaan...hm tiada perasaan kerana Alalh swt telah mencabut perasaan takut pada azab-azab Allah swt....adakah kita mahu tunggu hingga ke saat itu ?...nauzubillah...


Semalam, ayah sibuk menyusun jadual waktunya bagi memenuhi seruan turun ke medan amal, membantu mangsa-mangsa gempa bumi di Padang..melihatkan kesungguhan team para-medik sahabat, saya teringat pada kata-kata seorang pakcik suatu waktu dulu, sesungguhnya ummat islam itu suatu ummat yang istimewa. Bila satu golongan di timpa musibah, satu golongan lagi akan bersegera membantu tanpa mengharapkan apa-apa imbuhan. Segalanya atas dasar Nahnu ikhwanul muslimun...'kita adalah saudara semuslim'..jika gerakan-gerakan bantuan kemanusian lain turun membantu, mereka sekadar membantu untuk memenuhi matlamat persatuan mereka dan mengharapkan imbuhan dana dari badan-badan kebajikan dunia..yea hairan bukan..dana itu juga adalah suatu keuntungan...Dunia kapitalis hanya berkiblatkan wang semata-mata...tetapi kita berkejaran mencari keredhaan ilahi, itulah keberuntungan orang-orang Islam sebenarnya..


Untuk ayah dan pasukan relawan haluan yang bakal ke Padang, semoga Allah swt permudahkan segala urusan, dilancarkan perjalanan serta dikurniakan kekuatan yang berganda untuk mencurahkan bakti semaksimum mungkin. Kata ayah, inilah peluang ayah untuk benar-benar praktikkan tamrin yang dijalani selama ini. Dalam apa jua keadaan, kita perlu bersedia..Mendengar kata-kata ayah inilah, akhi juga berhajat untuk ikut serta, namun keadaannya sebagai doktor pelatih masih tidak mengizinkan..Insya-Allah mungkin suatu hari nanti..