Thursday, December 10, 2009

Pendokong ...


Perlabuhan cinta yang disandarkan di atas cinta kepadaNya..

Isteri..yang memainkan watak utama dalam mendokong kerja-kerja dakwah suami..


Wahai Isteriku!

Aku ada terlalu banyak perkara untuk dikatakan padamu.

Moga Allah beri ganjaran padamu bagi pihakku dan bagi pihak umat Islam.

Kau sungguh bersabar bersamaku

dan kau berdiri bersamaku melalui segala kesusahan dan pancaroba,

dengan kesabaran dan ketabahan.

Darimu aku mendapat sokongan yang aku perlukan untuk meneruskan Jihad ini.

Aku berikan kau tanggungjawab ke atas rumah pada 1969, ketika kita mempunyai 3 orang anak-anak kecil hidup di sebuah bilik, tanpa dapur, tanpa peralatan. Apabila keluarga semakin besar, anak-anak membesar dan tetamu-tetamu kita bertambah, kau bersabar dengan ini....dan banyak lagi kerana Allah, juga ketaatan padaku sebagai suami.


Aku berdoa moga Allah memberi ganjaran padamu bagi pihakku. Jika tidak dengan kesabaranmu, aku tidak akan mampu menanggung beban ini seorang diri. Kau adalah isteri yang redho dan tidak mementingkan kebendaan dan kau tidak pernah merungut kerana kekurangan kebendaan ini. Kau juga tidak pernah boros ketika kita mempunyai sedikit kesenangan.


Kehidupan Jihad adalah kehidupan yang paling menyeronokkan,

bersabar dalam kesusahan adalah lebih baik daripada hidup mewah.

Bersabar dan redha dengan apa yang ada, Allah akan mencintaimu.

Jangan kau inginkan apa yang dipunyai oleh orang lain,orang akan mencintaimu.

Qur'an penghibur kehidupan, tahajjud, puasa sunat, memohon keampunan;

semua ini menjadikan hati jernih dan ibadah manis.

Cukup dengan keperluan asas, benda-benda halal, menjauhkan diri dari kelihatan 'hebat' dan

berlebih-lebihan membawa keamanan dan ketenangan pada hati.

Aku berdoa pada Allah semoga kita disatukan kembali di Syurga seperti Dia menyatukan kita di dunia.


[As-syahid Dr.Abdullah Yusuf Azzam]

12 Syaaban 1406H, 20 April 1986



Wednesday, December 09, 2009

Bahagiakah...


Assalamualaikum wrh...

Semoga hendaknya..setiap tingkah kita..setiap bicara kita..setiap deru-deru nafas kita..Allah redha.


Apa khabar kalian..sahabat-sahabat semua?..Saya mendoakan semoga Allah swt masih mengasihani kita semua lantaran itu, kita harapkan moga Dia tidak jemu-jemu memimpin kita pada jalan-jalan yang diredhaiNya..insya-Allah..


Alhamdulillah..Alangkah bahagianya apabila kita hidup berlandaskan syariat Allah swt...kita tidak makan melainkan makan untuk kekuatan beribadah dan berkerja, kita tidak bergaul jika pergaulan itu tidak mendatangkan kebaikan pada kita..kita tidak pilih sesuatu pakaian itu melainkan pakaian itu kita yakin boleh menutup aurat kita...bahkan kita tidak tidur, tidak berjalan, tidak bercakap melainkan itu semua untuk membantu kita meneruskan amal-amal kita pd Allah swt..begitulah bahagianya hidup kita....

Bahagia itu bila Allah redha pada kita..

Pernah dulu mas'ulah saya berpesan.." pergilah kemana saja, buatlah apa jua perkerjaan..tetapi letak Allah di hadapan.."..Kata makcik lagi..Bila kita pegang dengan syariat Allah swt, insya-Allah kita tidak akan tersesat. Saya teringat syair Muhammad Iqbal.." jalan itu seperti lorong yang gelap gelita..barangsiapa melaluinya, kamu memerlukan pelita..berpeganglah pada pelita itu, ia akan menjadi suluhan perjalananmu..itulah yang diandaikan..pelita itu adalah syariat Allah..

Siapa yang mematuhinya insya-Allah selamat...dan siapa yang melanggar pagar itu, apa pula nasibnya.. ?..


Indahnya hidup bila kita menjadi HAMBA ALLAH yang TAAT....


Sunday, November 01, 2009

Sabar terhadap Mad'u

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum wrh...

Alhamdulillah..setinggi-tinggi kesyukuran kita kepada Allah swt di atas saki-baki usia yang masih ada..Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah saw, para sahabat baginda..Al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih..islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi melainkannya..


Teman-teman yang dirahmati Allah swt...


Marilah sama-sama kita renungi kata-kata Syeikh Abbas Assisy.." Sesungguhnya dunia seluruhnya memerangai Islam. Apakah yang akan kita lakukan dalam menghadapi situasi gawat ini?..saudaraku, sekurang-kurangnya, kita menyelamatkan angkatan para pemuda kita dari kemusnahan. Apabila kita tidak mahu menyelamatkan mereka, mereka akan menyebelahi musuh-musuh islam, dan tanpa putera kita, senanglah kerja mereka.

Saudaraku, di antara wasilah di dalam dakwah adalah kamu memasuki hati manusia dengan lemah lembut. Kamu mendekatinya selangkah demi selangkah walaupun mengambil masa yang lama kerana yang paling penting disini ialah kamu sampai kepada tujuannya..."...

yea teman-teman...

apa yang kita dapati, dalam menghadapi sikap dan layanan mad'u kita, kita memang perlu sabar sangat-sangat..kerana kita yang berhajat kepadanya. Allah swt mengingatkan Rasulullah saw dalam mendekati kelompok manusia, datanglah kepada mereka dengan lemah lembut, sekiranya kamu datang kepada mereka dalam keadaan keras, maka nescaya mereka akan menjauhimu..insya-Allah, saya teringat cerita ayah tentang mad'unya..sudah bertahun-tahun ikut halaqah, di lentur dan sebagainya, tapi Allah izin sehingga kini masih tiada peningkatan. Hasil yang ada masih serupa dengan dulu. Sedangkan kalau ikutkan konsep halaqah muntijah, peserta halaqah pada akhirnya mampu menjadi pekerja untuk islam. Melihatkan keadaan ini, terasa ruginya masa sekiranya kita peruntukkan pada individu yang tidak berminat, tetapi kata ayah itulah tarbiyah. Proses tarbiyah itu sendiri memerlukan kepada kesabaran. Kerana ia suatu proses yang panjang dan lama...siapa tahu di akhir usaha kita atau di pertengahannya, Allah swt membuka hati-hati mereka?..sesungguhnya itu lebih baik dari dunia dan seisinya..


Sahabat sahibah yang dirahmati Allah swt...


Mengingatkan hakikat ini, memang ana terasa 'orang tua' disekeliling kita adalah qudwah. Kita melihat bagaimana mereka berfikir, merancang dan berkerja. Kita melihat kesungguhan dan kesabaran mereka. kita melihat dan mendengar sendiri bagaimana harapan dan cita-cita generasi tua ini kepada kita. Disini ana kira, tiada alasan kenapa kita tidak harus berusaha..Islam melahirkan generasi yang lebih baik dari generasi yang sebelumnya..Ana teringat kata-kata CD, ana rasa bangga kalau ana meninggal sekalipun dalam keadaan ana dah siap-siap tinggalkan generasi pewaris..ana melihat anak-anak dihadapan ana ini adalah pewaris kerja-kerja Rasulullah saw...

Sungguh sayu rasanya..
Besarnya harapan mereka..

Hari ini, seorang teman bersikap prejudis pun ana dah terasa seperti mahu saja memarahi dia. mahu saja rasanya pulangkan paku buah keras kepadanya.. Mendengarkan kata-katanya yang melampaui batas itu, memang hati terasa membara-bara..Namun, alhamdulillah, Umar Al-Fateh mengingatkan ana bahawa si kecil itu sedang memerhati syaksiah umminya.. Bila dimuhasabahkan kembali, memang benar, untuk apa sebenarnya dakwah jika kita tidak boleh bersabar untuk perkara-perkara yang kecil. Dakwah tidak akan wujud kecuali jika kita memandang mereka dengan penuh kasih sayang.


Mungkin pelaksanaan mu'alajah al-'uyub dalam diri ana masih tidak terancang..justeru sungguh lemah meskipun berdepan dengan keadaan yang simple ini..Allahu'alam...=(

Ohya,

Mabruk buat sahibah tersayang..Fatimah Misran sekeluarga di atas kelahiran Mujahid kecilnya.. Alhamdulillah, Allah izin..tarikh jangkaan kelahiran anak kami sama, tapi penyusunan Allah swt, ana awal 2 minggu, Fatimah pula lewat seminggu..Allah izin nama pun hampir sama kan?..Insya-Allah..ana doakan Umar Al-Fateh dan Muhammad Al-Fateh kelak dapat menjadi sahabat seperjuangan..moga Allah pertemukan kita yea fatimah...Semoga anti cepat sembuh..


Thursday, October 22, 2009

Sambungan Catatan ke Padang



Assalamualaikum wrh..

Insya-Allah, disini sambungan bagi catatan Misi 2 Haluan ke Padang...

Pariaman mempunyai 17 mukim dan kira-kira 320 buah kampong (Desa). Team kami hanya berkhidmat di lima buah kampung. Masjid dan surau di daerah Pariaman memang banyak , kira-kira 620 buah. Banyak masjid yang dibina mengikut suku kaum. Fahaman yang diamalkan disesuatu masjid sering berbeza. Kami sempat solat dibeberapa buah masjid dan itulah yang kami perhatikan.Keadaan dikawasan pendalam jauh lebih teruk. Kebanyakan masjid dan surau tidak terurus dan agak kotor. Ada diantaranya yang tidak memiliki tandas.


Ketika kami memberi khidmat perubatan di Desa Koto Tinggi, Pariaman, kami telah melihat masjid mereka yang runtuh.Maklumat dari jurupandu kami seorang muslimat PKS, masjid itu hanya digunakan ketika majlis-majlis seperti Maulidul Rasul, Isra’ mi’raj dan solat hariraya.Solat jemaah 5 waktu tidak ada. Anjing-anjing berkeliaran seperti ternakan lain. Penghuni pun kebanyakannya orang tua dan kanak-kanak . Sempat seorang pesakit wanita bercerita kepada saya. Dia kesempitan hidup, maklumlah isteri ke 2. Makan pun tidak cukup. Bila dia mengadu kepada suaminya. Suaminya mencadangkan agar dia menjadi seorang pelacur, jalan mudah dapat duit..


” Saya ngak sanggup Pak….walaupun rumah saya hancur, kerjapun ngak ada, saya tak sanggup lakukan itu” Kelopak matanya bergelinangan dengan airmata. Dalam hati saya tertanya juga, apa perlunya dia cerita semua ini, sedangkan tugas saya hanya untuk memberikan rawatan. Walaupun besar kemungkinan dia tidak solat ,tapi saki baki aqidah masih ada. Mental mereka benar-benar tertekan. Apa yang mampu saya katakan agar dia jangan sekali lupa pada Allah, minta dia jangan tinggalkan solat dan banyakkan berdoa agar Allah bebaskan dia dari penderitaan hidup ini. Sememangnya begitulah ujian Allah swt. Kesempitan hidup seringkali banyak menjauhkan manusia dari Allah swt, padahal Allah menjanjikan ganjaran yang cukup besar bagi orang-orang yang bersabar menahan penderitaan.


Kami dibantu oleh seorang relawan wanita PKS Indonesia, baru berusia awal dua puluhan. Melalui syaksiah dan cara dia berinteraksi dengan kami, kami tahu pasti dia seorang remaja yang berada dalam suasana tarbiyah.. Dia bersama abangnya sibuk membantu penduduk kampung mendapatkan rawatan disamping menjadi penterjemah kepada kami. Apabila sampai waktu masuk solat zohor, dia berkata, “ Pak,,,minta ijin, saya mahu solat dulu….” Dia tahu kami akan melakukan solat jama’ & qasar. Dia cukup menjaga waktu solat. Bila ditanya mengenai program tarbiyah yang di lalui , dia kata dia hanyalah sorang “mutarabbi” (orang yang menerima dakwah) dan belum boleh jadi murabbiyah lagi. Terbisik juga didalam hati saya, dimarhalah awal tarbiyah pun mereka sudah biasa dengan “term” arab. Bagaimana dengan kita..???


Menurut Pak Ridwan di sekitar Pariaman ada kira-kira 500 orang mengikut halaqah mingguan. Mereka bersemangat tinggi, bangga dengan vest dan baju yang tertulis dengan organisasi mereka. Mereka berhibur melalui nasyid-nasyid yang membakar semangat dan mencipta nasyid-nasyid jihad yang segar dan bersemangat. Melihatkan mereka, saya terasa sungguh kerdil. Bagaimana keadaan kita disini..kekurangan sensitivity, semangat..orang yang sudah lama berada dalam tarbiyah pun masih mahu dimanjai, tidak mahu menggembleng tenaga untuk kerja dakwah bahkan sukar sekali untuk kita mencari orang-orang yang sanggup menjadi Full-time Da’e..


Di Pariaman kita bukan memikul senjata, bukan mendaki gunung, bukan tidur didalam hutan, bukan menggali mayat-mayat yang busuk…Kita cuma memberi perkhidmatan dan rawatan, sama seperti yang kita lakukan di Malaysia. Hanya yang ada sedikit kepenatan dan keletihan. Tiada sorang pun dikalangan team kami yang mengeluh kesal , tapi yang ada hanyalah senyum kepuasan. Sungguh kami terasa puas dapat menyumbang kepada ummah pilihan iaitu ummat kepada deen yang suci ini, iaitu Islam. Walaupun nilainya tidak seberapa. Memang benar, bila kita turun ke medan amal, kita akan terasa lebih izzah terhadap kerja-kerja islam dan terasa satu kerugian jika kita berlambat untuk melaksanakan kerja-kerja ini. Jika sekalipun kita tidak mahu melakukannya, orang lain akan tetap melakukannya..dan kita akan terus ketinggalan..


Betullah rasa hati seorang sahabat Rasululllah Amr ibnu Al Jamuh ;


Amr ibn Al Jamuh, seorang yang tempang, memiliki 4 anak remaja yang ikut berperang bersama Rasulullah.Amr mahu ikut berperang bersama Rasulullah.Anak-anaknya berkata “ Allah telah memberi kemudahan kepada bapa,Bapa boleh duduk dirumah saja, biar kami menggantikan bapa kerana Allah tidak mewajibkan Jihad keatas bapa “. Lalu Amr ibn Al Jamuh telah merayu kepada Rasulullah saw dan berkata, Wahai Rasulullah, anak-anak saya telah menghalang saya untuk berperang bersama anda.Demi Allah saya sangat berharap hendak mati syahid agar saya dapat berjalan dengan kaki tempang saya didalam syurga.” Lalu Rasulullah saw telah bersabda kepadanya “Adapun engkau maka Allah tidak mewajibkan jihad keatas engkau” Kemudian Rasulullah sw telah bersabda kepada anak-anaknya”Apakah salahnya kamu berdoa semoga Allah mengurniakan mati syahid kepada ayahmu?. Kemudian Amr Al Jamuh keluar bersama Rasulullah lalu dia gugur syahid pada hari perperangan uhud.


Allahu Akhbar….seorang sahabat yang telah pun uzur dan tempang kaki, terlalu sedih kerana tidak dapat mengikuti angkatan perang Rasulullah saw, sentiasa berikhtiar untuk pergi berjihad. Kita pula bagaimana? Adakah kita berusaha sungguh-sungguh untuk menyahut seruan jihad dan menyumbang tenaga ataukah kita masih berkira-kira untuk waktu dan tenaga yang akan kita bazirkan untuk suatu pekerjaan yang tiada gaji ini?...Semua ini hanyalah sekadar latihan, tadrib dalam bentuk realiti… Saya memohon ampun kepada Allah kalau catatan ini ada kesilapan.Ia hanyalah sebagai muhabah untuk diri kita dalam menjalani kehidupan sebagai seorang daie , InsyaAllah. Jika ada peluang masa, saya akan cuba sambung lagi.Wassalam..


Catatan Perjalanan,
Dr.Mohd Ariff B.Abd Rasyid

Wednesday, October 21, 2009

Catatan Misi 2 Haluan Ke Padang


Assalamualaikum wrh...

Kaifahalukum al'an? Semoga teman-teman sentiasa dalam rahmat dan redhaNya..insya-Allah..Aduhai sebak pula rasanya mengenangkan teman-teman seperkuliahan sibuk membuat persediaan untuk bergempur dengan peperiksaan akhir kami, saya pula masih dalam tempoh pemulihan jasadi..tak mengapalah, semoga Allah swt permudahkan. Masanya akan tiba juga. Moga mujahid kecil ini memahami umminya seorang pelajar..


yea teman-teman,


insya-Allah disini saya selitkan catatan yang ditulis oleh ayah, pengalamannya berada di Padang. Mungkin keadaan sebenarnya disana tidak mampu tergambar dek tulisan, namun memadai kita ambil tahu atas rasa kasih sayang kita pada saudara seislam kita yang ditimpa musibah. Innalillahi wainnailaihi rojiuun.. Pemergian ke sana bukanlah atas matlamat yang sia-sia, tetapi kita nak bawa sekali akhlak dan syaksiah islam kita.. Saya teringat kata-kata Umar Tilmisani " Bagaimana kami merawat kesabaran dalam menghadapi kesulitan di atas jalan dakwah, sehingga kami merasa pantang menyerah kalah pada keadaan yang sulit. Kaki kami berenang dalam pasir dan lumpur. sapu tangan-sapu tangan yang kami bawa hampir hancur kerana kelelahan menyapu keringat dan sering keringat itu kering sendiri dek kerana perjalanan yang begitu jauh. Tarbiyah mengajar kami untuk biasa tidur beralaskan tikar, dan makan dari apa yang ada.."


Catatan Pengalaman di Padang


Hari pertama 14/10/09, kami pasukan kedua Team Misi Kemanusiaan Padang terus dibawa ke sebuah desa di kawasan pendalaman iaitu Desa Batu Mengaum. Kehadiran kami seakan-akan memang dinanti-nantikan oleh penduduk disitu. Wajah mereka kelihatan sugul dan muram terutama dikalangan org dewasa. Rumah mereka rosak atau roboh. Tiada yang selamat. Mereka hanya tinggal di dalam khemah-khemah, ada juga yang terpaksa berteduh dibawah runtuhan atap zink. Keadaan yang menjadi bertambah sulit buat mereka apabila hujan turun. Mereka hanya mengisi perut dengan mee segera, kerana ketiadaan wang untuk membeli beras. Melihatkan kanak-kanak disana, apalah yang mereka tahu tentang sebuah kesengsaraan dari tragedi itu, mereka tetap ceria dan gembira.


Klinik bergerak Haluan dibuka dari jam 3.00 ptg dan berakhir pada jam 10.00 malam. Jumlah pesakit yang dirawati adalah 150 orang. Sememangnya team kami berazam untuk memberi yang terbaik kepada penduduk kampung. Walaupun agak keletihan dengan jumlah pesakit yang ramai, kami sentiasa ceria melayan kerenah mereka dan kanak-kanak.


Situasi disana benar-benar mentarbiyah kami tentang hakikat sabar dalam menghadapi karenah mereka. Mana tidaknya, selepas ubat diberi, mereka meminta pula ubat untuk ibu dirumah, selesai itu, mereka minta pula ubat cacing untuk anak. Pelbagai permintaan dan ragam. Terasa memang geram…tetapi bila diingatkan kembali kita membawa risalah dakwah, ana tukarkan mind-setting dari perasaan geram kepada perasaan kasih sayang dan simpati. Bila ana berikan semua ubat yang diminta ana pun tanya dia “ Macam mana ibu..sudah puas hati? “ Dia pun menjawab “Sangat puas hati pak..terima kasih pak…” dia terus berlalu dari situ sambil tersenyum puas.


Misi kali ini diketuai oleh Akhie Zailani. Beliau sungguh cekap dalam menguruskan perjalanan klinik serta sangat berpengalaman di dalam pengurusan misi kemanusian. Beliau pernah menyertai misi kemanusiaan Haluan ke Acheh dan Jogjakarta, sementara akhie Amri pernah mengikuti misi kemanusiaan Haluan di Pakistan, Akhie Amri dan Akhie Azmi menjawat jawatan sebagai dispenser sementara akhie Hafiz (Haluansiswa) sibuk bertugas sebagai urugambar kami.


Menjelang maghrib, klinik ditutup sebentar. Kami dipelawa untuk menunaikan solat maghrib dirumah seorang penduduk berhampiran dengan klinik. Nasibnya agak baik kerana rumahnya hanya mengalami beberapa keretakan kecil. Ana kagum cara dia melayan kami. Dari percakapannya bolehlah dibuat kesimpulan yang dia amat gembira dengan rawatan dari kami (orang Malaysia). Klinik kemudiannya diteruskan sehingga jam 10 malam. Seorang penduduk wanita datang mendekati kami. Dia merupakan antara yang aktif menguruskan penduduk kampung untuk mendapatkan rawatan. Dia kata “Kami sudah lama ngak senyum pak…tapi hari ini kami boleh tersenyum…” Dari raut wajahnya memang dia nampak ceria. Ana bertanya kembali kenapa kata begitu. Dia jawab “ Sebab semua bapak disini baik-baik dan selalu tersenyum…kami senang sekali.” Terlintas difikiran, rupa-rupanya senyuman kita pun boleh menghilangkan stress dan membuat orang lain tersenyum..


Sebelum berangkat pulang, seorang kanak-kanak menyelinap masuk menaiki kenderaan kami. Dia tidak mahu turun walau beberapa kali telah dipujuk. Semua orang ketawa melihat telatah nya. Kemudian kenderaan kami bergerak. Terasa sebak didada…kita kembali menuju kemewahan hidup. Sedangkan mereka terus tinggal diselimuti penderitaan. Rumah tiada, makan pun susah. Siapalah yang sudi membantu mereka. Kita hanya bersimpati, tapi pernahkah kita menghulurkan sedikit wang untuk membantu mereka, melihat anak-anak menangis. hati terasa sayu....


Kami memang keletihan, keringat pun masih belum kering, perut pun dah terasa lapar. Dalam hati kami ada kepuasan, nikmatnya berada dijalan Allah. Perjalanan yang penuh dengan tarbiyah, makna sebuah kasih sayang, pengorbanan dan kesabaran dalam menempuh ujian.Teringatakan maksud firman Allah "Berangkatlah kamu sama ada didalam keadaan senang atau susah dan berjihadlah dengan harta dan jiwa kamu dijalan Allah.." Ana terlalu bersyukur kerana terpilih mengikuti misi kali ini.Sebelum datang ke Pariaman ana selalu berdoa kepada Allah agar dipilih mengikuti misi ini. Syukur kepada Allah hajat ana termakbul.Ameen.




Catatan Perjalanan,

Dr. Mohd Ariff Bin Abdul Rasyid
Misi-2 Haluan Ke Padang, Indonesia