Monday, February 26, 2007

Doktor Muslim Contoh

[Mustafa Masyur- Suri teladan di sepanjang Jalan dakwah]

1. Yang dikehendaki dengan seorang doctor muslim contoh ialah niat kerjanya itu kerana Allah dan bukan kerana dunia. Harta adalah sebagai yang mendatang bukan sebagai asal tujuan dan yang diniatkan untuk bekerja.

2. Doctor muslim contoh hendaklah beriktikad bahawa yang menyembuhkan penyakit itu ialah Allah. Apakah yang dibuatnya seperti memeriksa & mengubati adalah sebagai wasilah sahaja. Dia hendaklah selalu memohon kepada Allah semasa memeriksa pesakit dan mengubatinya.

3. Doctor muslim contoh hendaklah bersifat lemah lembut, lapang dada dan berperasaan, biasakan dengan kata-kata yang baik ketika melayani pesakit kerana cara itu memberi kesan psychology kepada pesakit. Dia hendaklah memberi harapan yang sepatutnya kepada pesakit untuk sembuh dengan izin Allah. Pesakit begiti sensitive terhadap perkataan dan pergerakan yang lahir dari doctor ketika pemeriksaan kerana pesakit mengharapkan penyakitnya sembuh.

4. Doctor muslim contoh hendaklah menunaikan tanggungjawab (kewajipannya) dengan cara yang paling sempurna dengan tidak mengira kedudukan pesakit itu sama ada fakir @ kaya, yang berpangkat @ tidak.

5. Janganlah mengenakan bayaran yang mahal kepada pesakit. Hendaklah menilai keadaan pesakut itu dari segi kewangannya walaupun dengan menanggung rugi bagi setengahnya. Tenangkanlah hati bahawa Allah akan menggantikannya dengan berkali2 ganda.

6. Doctor muslim contoh hendaklah menjaga peraturan kebersihan tempat kerjanya, menentukan setiap pesakit itu pada waktu-waktu yang tertentu (make appointment) supaya tidak membuang masa pesakit hanya kerana menunggu.

7. Doctor muslim contoh hendaklah menjaga waktu solat & memberikan kemudahan kepada pelanggannya untuk menunaikan solat ketika masuk waktunya.

8. Dia juga hendaklah mahir dengan hokum-hukum fiqh yang ada hubungan dengan kerjayanya supaya tidak terjerumus di dalam dosa. Begitu juga jika pesakit ingin tahu tentang hukum fiqh maka doctor dapat menunjukkanya.

9. Para doctor muslim sanggup bekerja di Negara-negara Islam walaupun jauh dari kehidupan kota. Kita tidak boleh membiarkan doctor-doctor missionary kristian mnyebarkan risalah Christian dikalangan pesakit-pesakit Islam sedangkan doctor-doctor muslim lebih mengutamakan kerja-kerja di negara-negara yang mempunyai kehidupan yang menyeronokkan.

10. Apa yang kami utarakan terhadap doctor-doctor muslim hendaklah menjadi contoh yang baik semasa melayani pesakit, sabar ke atas kesihatan mereka dan ‘empathy’ keadaan penderitaan mereka – kerana inilah medah dakwah kita.
___________________________________________
Doktor muslim contoh yang kita kehendaki...syukran buat sahibah ana nie.kita pernah bertemu..berkongsi cerita..berpisah..dan kini bertemu lagi...semoga dia bakal menjadi doktor muslimah yang idda'e..kata2 sahibah ana ni, masih baru dan hangat disanubari..meskipun pertemuan kita kian lama tempoh masanya...bagi saya, pertemuan itu suatu anugerah. kita takkan mampu bertemu tanpa izin Allah. dalam berjuta2 insan di dunia ini, Allah susun kita bersama..bertemu.Alangkah indahnya susunan Allah.kamu percaya ?

Monday, February 12, 2007

Singgah (3)


" Ya ALLAH, Kau takdirkan Kami saling mengenali dalam pangkuan bumiMu yang jauh, Kau berikan perasaan sedih dalam khusyuk ini....." -Aminah Qutb-

Setinggi-tinggi kesyukuran kita kembalikan kepada Allah swt, Khalik yang maha agung. Tidak ada yang disembah melainkan Allah....Sesungguhnya kehidupan ini adalah sesuatu yang sia-sia seandainya kita tidak beriman kepada Allah swt. Pentas yang nilainya pasti tidak akan memberikan pulangan yang lumayan kepada kehidupan seorang mukmin sekiranya dia tidak kembalikan kehidupan ini kepada Allah swt. Hidup ini hambar tanpa Iman. Keimanan adalah jalan yang menghubungkan antara Hamba dengan penciptaNya..Ia suatu jalan yang dipenuhi kebahagiaan meskipun kadar kelembapan dan kekuatan iman silih berganti dalam hati manusia.

Iman adalah membenarkan di dalam hati, mengakui pada lisan dan menterjemahkannya di dalam tindakan. Membenarkan dan mengakui bahawa Allah itu esa dan satu dan Muhammad saw itu adalah utusan Allah swt. Memenuhi hak-hak kita sebagai hamba adalah suatu kewajiban. Tidak ada pilihan melainkan kita harus menerimanya. Imam Abul'ala al-Maududi, dalam bukunya The Fundamental Of Islam, "you only have one choice,either you choose Allah or not. either you choose to be a muslim or kafir?..". Keimanan adalah buah-buah dari kesabaran. Kerana itu, orang yang beriman adalah orang-orang yang sabar. Sabar dalam berfikir, sabar dalam melaksanakan ibadah dan memenuhi tuntutanNya, sabar dalam menjauhi apa yang ditegah, sabar melayani karenah teman-teman, sabar ketika marah serta sabar untuk bersama-sama dengan orang yang soleh. Kehidupan orang soleh,sangat biasa...

Iman.keimanan membuahkan individu mukmin yang menepati piawai syarak..berfikir seperti seorang mukmin, makan seperti seorang mukmin, berjalan, melihat, bercakap, duduk, ketawa hatta tidur sekalipun..sebagai seorang mukmin. Kerana Islam itu sangat teliti dan waspada pada setiap keadaan dan ketika. Bermula dari pemilihan sifat2 mahmudah, pemilihan pakaian-pakaian yang syarak, pemilihan teman hidup, pemilihan gaya makan, pemilihan warna, kaedah tidur, cara berjalan hinggalah pada pemilihan perkataan-perkataan yang kita gunakan dalam percakapan seharian..kata seorang sahabat...islam ada seni yang tersendiri.kerana itu kadangkala, kita lihat seorang ulama..percakapannya sangat halus, lembut dan tersentuh ke hati..walaupun hanya satu patah perkataan,sudah cukup untuk melapangkan jiwa.Bait perkataannya juga sangat indah dan menjadi sebutan kita..Syeikh Abbas Assisy, "Perkataan yang lembut,mampu melunakkan hati..maka pikatlah hati-hati manusia dengan perkataan yang lembut..".Da'e sangat teliti orangnya....

Semoga Allah tingkatkan keimanan kita. Pelihara keimanan kita. Siramkan keimanan kita dengan benih-benih kasih sayangNya. Sempurnakan keimanan kita sebagai seorang muslem dan mukmin. Lindungi dan lindungi keimanan kita...sentiasa. Agar cahayaNya menerangi hati kita dan menjadi benteng pada arus kekufuran ini..
________________________________________

s1: die da'e.mmg kena teliti akhi..sbb dia bawak islam.
s2: anta? anta tak da'e ke?

s1: ana tak sesempurna die.camana nak bawak islam.
s2: tapi,bukan ke as muslim,kite beriman pd Allah.bile beriman pd Allah,automatically kite bawak islam.so..kite ni da'e lah

s1: anta ngaku anta da'e?

s2: ana da'e.adik2 ana pun dh jadi da'e.asalkan kite yakin that we r the messengger of our deen.
s1: wlpn kite tak perfect?
s2: Trust to Allah.
___________________________________
cerita dari satu perkampungan...ukhti sejati..
Perjalanan kita masih jauh..jalanan berliku akan kita tempuh.. Imbaslah kenangan semalam jadi azimat penguat semangat menempuh masa hadapan..

Sunday, February 11, 2007

Antara Masa Lalu dan Masa Kini


Dalam risalah 'Antara Masa Lalu dan Masa Kini' dalam tajuk 'Ranjau-Ranjau Di Perjalanan' Imam Hasan al-Banna telah mengatakan: "Saya ingin terus terang menyatakan kepada kamu, bahawa hari ini dakwah kamu ini masih belum dikenali orang ramai. Apabila mereka mengetahui dan memahami matlamat dan tujuan dakwah ini kamu akan menerima permusuhan dan pertarungan yang sengit dari mereka. Kamu akan mendapati di hadapan kamu kesukaran-kesukaran dan kamu akan dihalangi oleh ranjau-ranjau. Hanya pada ketika itulah sahaja kamu baru mula mengikuti jalan para pendukung dakwah... adapun sekarang ini, kamu masih belum dikenali, kamu masih dalam peringkat membuat persediaan untuk dakwah dan bersedia untuk menghadapi perjuangan dan jihad yang dituntut oleh dakwah.

Kejahilan umat tentang hakikat Islam akan tegak sebagai rintangan di pertengahan jalan, kamu akan mendapati ahli agama yang terdiri daripada ulamak rasmi akan memandang ganjil pemahaman kamu terhadap Islam dan mengingkari jihad yang kamu lakukan untuk memperjuangkan kefahaman kamu itu. Para pemimpin, ketua-ketua orang yang rindukan kemegahan dan kekuasaan akan menaruh dendam kesumat terhadap kamu.
Kesemua bentuk pemerintah akan tegak serentak menghadapi kamu, semua kerajaan akan berusaha membatasi kegiatan kamu dan meletakkan rintangan-rintangan di jalanmu." "Penyamun-penyamun ini akan memasang perangkap dengan apa cara sahaja untuk dapat menentang kamu dan memadamkan sinar dakwah kamu.

Dalam usaha-usaha mereka ini mereka akan menggunakan kerajaan-kerajaan yang lemah, akhlak yang rendah dan tangan-tangan yang sentiasa menadah sesuatu dari mereka tetapi melakukan kejahatan dan permusuhan terhadap kamu."
"Kesemua mereka akan menaburkan salah faham dan tuduhan-tuduhan kabur terhadap dakwah kamu dan mereka akan terus berusaha untuk melemparkan tuduhan yang mengatakan bahawa dakwah kamu itu tidak sempurna, tempang dan songsang, sekalipun mereka melemparkan tuduhan-tuduhan itu dengan cara yang paling kotor, menggunakan kekuatan dan kekuasaan mereka, berlaku zalim dengan menggunakan harta kekayaan dan kedudukan mereka. Firman Allah: "Mereka ingin hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah tetap menyempurnakan cahayanya sekalipun orang-orang kafir benci." (Ash-Shaff: 8) "Tidak syak lagi kamu akan mengharung dan menghadapi perkara-perkara tersebut dalam peringkat ujian dan cubaan, kamu akan ditangkap, dipenjara, dibuang daerah, dipindah dan diporak-perandakan. Segala kepentingan-kepentingan kamu akan dirampas, kerja-kerja kamu akan dibekukan dan rumah-rumah kamu akan digeledah.

Boleh jadi masa ujian ini kamu lalui dalam satu jangka waktu yang panjang.
Firman Allah: 'Apakah manusia itu menjangka bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji." (Al-Ankabut: 2) "Tetapi ingatlah bahawa setelah ujian-ujian ini Allah telah menjanjikan akan memberikan pertolongan kepada para mujahidin dan ganjaran bagi mereka yang beramal dan berbuat baik. Firman Allah: "Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan satu perniagaan yang dapat menyelamat kan kamu dari azab yang pedih, (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu, itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahuinya, nescava Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga `Adnin. Itulah keberuntungan yang besar.

Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang hampir (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman. Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putra Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Para pengikutnya yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong (agama) Allah, lalu segolongan dari Bani Israel beriman dan segolongan (yang lain) kafir. Maka kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang." (Ash-Shaff: 10-14)


"Tidakkah kamu akan tetap pendirian untuk menjadi ansarullah?"

[Imam As-syahid Hassan Al-Banna]

Friday, February 09, 2007

Singgah (2)

Bismillahirahmanirahim..
Doa seorang sahabat..."Ya Allah, janganlah kelemahan, kekurangan dan kecacatan kami menjadi pelemah sahabat-sahabat kami..Lindungilah segala ke'aiban kami agar ia tidak membawa fitnah kepada deen dan ummat ini.."
Ana cukup bahagia..Alhamdulillah. ketidaksempurnaan, bukanlah untuk selamanya..Ia bisa dibaiki, diubati dan dibina kembali.asal saja ia tidak dibiarkan tanpa tindakkan.
da'e perlu pada perubahan...
materialistik dari pandangan syarak...
___________________________________________

[[Shaheed]]
As-syahid Yahya Ayash - Entity beberapa hari lalu, syaheed awwal provd vcd perjuangan para pejuang islam di Afganistan, Palestin dan chechnya. Yahya Ayash seorang Jurutera dan seorang pakar membuat Bom, berkhidmat sepenuhnya kepada pasukan tentera islam, as-syahid terbunuh dalam letupan bom yang dibuatnya di palestin pada 5 jan 1996 (klu xsilp) ...

melihatkan mereka, iman ini tertunduk malu...biar berkobar,pasti tidak setanding...
siramkan wangian mawar putih pada sebuah kenangan yang lalu......

Allahu rabbuna..dafa'na jahiliyyah fa amsaqna bil islam....

As-syahid Abu Maryam (3)

Selepas menunaikan tekad beliau membunuh Ketua Komander tersebut, Abu Maryam berundur keluar dari dari bangunan tersebut dan bergegas ke arah Azzam yang berada di luar kawasan utama markas tersebut. Selama tiga puluh minit, mereka berdua kemudiannya terpaksa berhadapan dengan keseluruhan, 2000 orang askar di markas tersebut yang sudah menyedari akan serangan ke atas mereka. Setelah lama buntu, kereta-kereta perisai mula digunakan oleh askar-askar Filipina. Azzam menerima satu tembakan tepat peluru kereta perisai dan gugur Shahid (insha-Allah).

Tidak menyedari yang Azzam telah gugur, Abu Maryam terus berjuang dan seorang diri beliau bertahan selama kira-kira tiga puluh minit lagi. Beliau berjaya memusnahkan sebuah gudang peluru dan terus membunuh askar-askar musuh seorang demi seorang. Menurut saksi kejadian (ramai para penduduk bandar menyedari 'kekacauan' di markas tersebut), pada ketika ini Abu Maryam kelihatan tersenyum dan ketawa. Kereta-kereta perisai akhirnya pada ketika ini sudah mengepung beliau dan beliau ditembak dari semua arah. Akhirnya mujahid berani ini gugur akibat tembakan senjata automatik ke dada beliau dari atas sebuah kereta kebal dan sebutir peluru yang menembusi kepala beliau. Beliau menyertai saudaranya Azzam dan kita doakan mereka berdua diterima Allah SWT dari kalangan para Shuhada.

Tidakpun beberapa saat berlalu, haruman yang teramat wangi memenuhi persekitaran jasad Abu Maryam dan Azzam. Semua yang berada berhampiran kawasan tersebut, samada Muslim mahupun kafir, menghidu haruman istimewa ini. Keesokannya harinya ribuan umat Islam dari perkampungan-perkampungan berhampiran berkumpul untuk mengebumikan dua orang wira mereka. Semua yang menghadiri upacara pengkebumian terus menghidu haruman istimewa tersebut di kawasan kubur mereka walaupun selepas keduanya dikebumikan. Seorang lelaki mengoyak cebisan pakaian salah seorang dari mereka dan menunjukkannya kepada orang Islam. Ia masih berbau wangi.

Lewat hari tersebut, satu kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Kerajaan Filipina: dalam serangan ke atas Ibu-pejabat tentera pada hari sebelumnya, 21 orang askar terbunuh (termasuk 8 orang pegawai berpangkat tinggi) dan ramai lagi yang cedera. Semua ini hasil perjuangan ikhlas 2 orang Mujahid yang beriman pada Tuhan mereka, dengan keizinan-Nya."Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah." [al-Baqarah 2 : 249]

Saya masih teringat suatu hari ketika saya bersama-sama dengan Abu Maryam di tepi sebatang sungai untuk membersihkan diri. Saya melihat Abu Maryam berdiri di tebing sungai, merenung sekeping gambar yang berada di tangan beliau. Gambar tersebut adalah gambar anak perempuannya, Maryam, yang sudah dua tahun tidak bertemu. Saya lantas bertanya, "Kau rindukan anakmu, Abu Maryam?"

Mendengar soalan saya, Abu Maryam menitiskan air mata, dan menjawab, dengan air mata masih bergenang di kelopak matanya;

"Ya, aku merindui puteriku, tetapi demi Allah, aku merindui Allah dan Syurga lebih lagi."
______________________________________________________

Bayi seorang Pejuang Intifadah Palestin...
Try not to cry little one...
You’re not alone..

keimanan..ketaqwaan..
Rahsia gapai kejayaan...

As-syahid Abu Maryam (2)

Pada petang yang sama, Ketua Komander tersebut muncul di kaca National Television dan dengan bangganya mengumumkanm "Hari ini kami telah berjaya memusnahkan sebuah markas pengganas. Tiada orang awam yang mati dan tiada hospital yang dibedil." Apabila Abu Maryam melihat perkara ini, satu tekad yang mendalam disematkan di lubuk hati beliau. Satu tekad yang sangat tinggi yang hanya mungkin ditanamkan oleh seseorang yang telah menjual jiwanya kepada Allah SWT, sebuah perniagaan yang amat berharga.

Pada petang yang sama, Abu Maryam mula bertanyakan mengenai Ketua Komander tersebut; lokasinya, markasnya dan ibu-pejabatnya. Minggu demi minggu berlalu, Abu Maryam terus mengumpulkan maklumat mengenai Ketua Komander tersebut. Dengan setiap maklumat yang didapati beliau, beliau akan keluar bersama kamera, senjata dan sedikit makanan - menghabiskan waktu sehingga beberapa hari pada satu-satu masa, meneliti lokasi-lokasi tersebut. Beliau mengambil gambar kawan-kawasan berkenaan, markas-markas dan juga bangunan-bangunan yang berkaitan dengan Ketua Komander tersebut. Beliau biasanya ditemani oleh seorang mujahid dari Taif, sebuah bandar berhampiran dengan Makkah, Azzam.

Beberapa bulan kemudian, Abu Maryam memutuskan bahawa sudah tepat masanya untuk si kafir laknatullah itu membayar hutang darah-darah umat Islam yang ditumpahkannya. Abu Maryam al-Misri dan Azzam at-Taifee bergerak menuju ke sasaran mereka berbekalkan senjata, bekalan dan keimanan yang tinggi. Mereka juga dibantu oleh seorang Mujahid Moro yang bertindak sebagai pembantu sepanjang perjalanan. Sasaran mereka adalah ibu-pejabat Tentera Kerajaan Filipina bagi seluruh selatan Filipina, yang juga merupakan markas Ketua Komander tersebut. Ibu-pejabat yang terletak di tengah-tengah sebuah bandar ini menempatkan kira-kira 2000 orang tentera kerajaan.

Ketiga-tiga mereka berjaya tiba ke destinasi seperti yang dirancang. Mujahid Moro tersebut mengambil tempat di luar ibu-pejabat tersebut, pada posisi yang membolehkan beliau meninjau keseluruhan ibu-pejabat tersebut. Abu Maryam bersama Azzam pula terus menuju ke pintu masuk markas tersebut. Pengawal markas yang tidak mengesyaki apa-apa dibunuh dengan mudah. Mereka terus memasuki markas tersebut dan bertempur dengan askar-askar Filipina yang terkejut dengan serangan secara tiba-tiba tersebut. Selepas beberapa minit pertempuran dengan senjatapi automatik dan bom tangan, ramai askar-askar Filipina yang mengawal kawasan hadapan markas tersebut terbunuh dan selebihnya melarikan diri ke belakang. Azzam kemudiannya mengambil tempat di bahagian luar dan Abu Maryam terus memasuki kawasan utama markas tersebut seorang diri.

Beliau terus menghamburkan peluru dan bom tangan di dalam markas tersebut dan mara ke sebuah bangunan di tengah-tengah markas tersebut, yang menempatkan para pegawai. Beliau memasuki bangunan ini, membunuh tiga orang pegawai tentera yang cuba menghalang beliau. Beliau kemudiannya terus menembak dan mara ke tingkat dua menuju ke pejabat Ketua Komander tersebut. Ketua Komander tersebut, dalam keadaan kacau-bilau dengan hiruk-pikuk dentuman peluru dan bom tangan, cuba melarikan diri. Dia kemudiannya melompat keluar melalui tingkap pejabatnya. Dengan kuasa Allah SWT, pakaiannya tersangkut pada serpihan bingkai tingkap. Dalam kepanikannya cuba melepaskan diri, Abu Maryam memasuki pejabat tersebut dan memuntahkan peluru senjatapinya ke tubuh Ketua Komander tersebut. Bangkainya binatang kejam yang mengarahkan serangan ke atas hospital para Mujahideen dan membunuh 22 orang umat Islam akhirnya jatuh menyembah bumi.

As-syahid Abu Maryam (1)


Dr. Abu Maryam adalah seorang doktor perubatan dari dari Mesir, yang juga mempelajari Ilmu Islam pada masa yang sama. Beliau telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Maryam, lantas nama beliau sedemikian, Abu Maryam. Meninggalkan isteri dan puteri beliau di Mesir, Abu Maryam tiba di bumi Jihad selatan Filipina dan tinggal di sana selama dua tahun membantu umat Islam Moro mempertahankan diri dan Islam daripada penindasan kerajaan Filipina.

Keperibadian beliau dapat digambarkan dengan sedikit percakapannya tetapi banyak tindakannya. Beliau akan mengajarkan ilmu Islam kepada semua Mujahideen. Pada masa yang sama, beliau akan mengubati mereka yang mengalami kecederaan dan jatuh sakit. Pada masa yang sama juga, beliau akan ke barisan hadapan dan berjuang pada Jalan Allah. Jelas sekali, beliau berusaha gigih membuat kebaikan pada setiap lapangan dan cara.

Saya mengenali beliau selama berbulan-bulan dan tempat tidur saya bersebelahan dengan beliau. Beliau kerap sekali menunaikan solat malam - bukan sekadar satu atau dua jam, tetapi sepanjang malam. Apabila saya terjaga dari tidur pada jam 10 malam, beliau sedang bersolat. Kemudian pada jam 12 malam, saya mendapati beliau sedang bersolat. Hinggakan pada jam 3 pagi, beliau masih bersolat. Saya selalu tertanya-tanya seorang diri, "Bilakah hamba Allah ini tidur atau berehat?" Beliau bukannya begini untuk satu atau dua malam, tetapi sehingga berminggu-minggu. Kemudian renungkan pula akan kegigihan beliau berjuang dalam keadaan persekitaran yang panas, cuaca tropika Filipina yang amat meletihkan. Dalam keadaan yang penuh mencabar ini, beliau biasanya berpuasa pada kebanyakan hari. Saya selalu tertanya-tanya bilakah beliau akan makan. Bibir beliau senantiasa basah dengan zikir mengingati Allah SWT. Tangan beliau sentiasa diisi dengan kitab Allah. Inilah yang diutamakan beliau, inilah yang mengisi masa terluang beliau.

Semasa Abu Maryam tinggal di Filipina, suatu kejadian yang menyayat hati telah berlaku. Tentera Kerajaan Filipina, di bawah arahan Ketua Komander, Tentera Kerajaan Filipina di Selatan Filipina, telah melancarkan satu serangan bedilan artileri yang hebat ke atas hospital para Mujahideen. Mereka mengebomnya dengan mortar, artileri dan roket. Kerosakan yang disebabkan oleh serang ini sangat teruk: seluruh hospital tersebut musnah, 22 orang umat Islam terbunuh (termasuklah para Mujahideen yang sedang dirawat, wanita dan kanak-kanak) dan ramai lagi yang cedera. Ini merupakan satu tindakan jenayah perang. Walaupun ketika dalam peperangan, serangan ke atas hospital, samada hospital awam mahupun hospital tentera, tidak dibenarkan. Abu Maryam berada di kawasan tersebut ketika serangan tersebut. Beliau berusaha sedaya upaya beliau membantu mereka yang tercedera melarikan diri dari runtuhan hospital tersebut. Beliau sangat sedih dan marah atas keganasan yang telah dilakukan oleh pihak Tentera Kerajaan Filipina tersebut.
_______________________________________________________

Wahai saudara-saudaraku, apa yang boleh kita katakan? Di sebab kesedihan kita, air mata kita menitis. Air mata kita menitis atas persahabatan yang dibina di atas dasar cintakan Allah dan persaudaraan.
[[Al-Muntalaq-Langkah Bermula]]
Syeikh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid-
Semoga semangat angkatan muda bersatu dengan kehebatan
pengalaman dan kepakaran angkatan lama...
Allahu alim...

Thursday, February 08, 2007

Singgah (1)

+++
Discover a place that never leave you..and a friendship that will change you forever...
[[ B.R.I.D.G.E T.O T.E.R.A.B.T.H.I.A ]]
Two outsiders quickly become best friends. Together they create the secret kingdom of Terabithia, a magical place only accessible by swinging on an old rope over a stream in the woods near their homes. There, the friends rule the kingdom, fight the Dark Master and his creatures and plot against the school bullies.Fantastical creatures..and magical ideas.....
+++


[[ Cinta Sang Ratu ]]
-Ramlee Awang Mursyid-
Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya..."Sebagai manusia, aku sayang padamu.."


..Demi Tuhan, tidakku membelamu melainkan keranaNya...Kerana Agama..kita bersatu..Kerana cintaNya..kita berjuang..Hamba hanya musafir kelana...tidak kekal melainkan kembali padaNya...
______________________________
Syukran 2 syaheed awwal
Disaat kita berjauhan rasa inginku berlari

Wednesday, February 07, 2007

surat terakhir


[As-syahid syed Qutb buat adiknya Hamidah Qutb]
Di saat kita hanya berfikir untuk hidup bagi diri sendiri, terasalah oleh kita bahawa kehidupan ini begitu sempit dan pendek..dimulai dari kelahiran kita dan berakhir semasa kematian, berangkat dari pertama kali kita digelarkan di atas bumi dan kembali ke bumi lagi.. Jika hidup kita untuk akidah dan untuk orang lain, maka terasalah hidup ini cukup luas dan panjang, ia lahir bersama dengan kemanusiaan dan hanya akan mati setelah roh terlepas dari jasad kasar ini, berpisah dengan bumi. Kita akan merasa sangat berbahagia dan puas. Umur kita berlipat ganda melebihi jumlah angkanya, walaupun ia lebih kecil dari hitungan tahunnya. Itulah kebahagiaan yang hakiki, bukan kebahagiaan fantasi. Dalam kehidupan yang seperti itu, tergambarlah keuntungan yang kita peroleh dari sejak awal kelahiran kita, dari hari ke hari, dari masa ke masa, dan seluruh umur kita, dalam perasaan kita, pada setiap langkah kita. Terasa betul bahawa hidup ini bukan hanya sekadar berapa lama nafas ini keluar masuk dari tubuh kita, dan bukan pula berapa banyak jumlah angka umur kita, tetapi hidup ini diukur dan dinilai dari kepuasan rohani yg dapat kita rasakan!

Kenyataan seperti inilah yg disebut 'realiti' dan 'hakikat' , bukan imaginasinya kaum realistis materialistis itu. Dan inilah hakikat hidup di atas segala hakikat yg mereka pergunakan. Kita akan merasakan bahagia yg berlimpah - limpah, bila kita hidup untuk manusia lain. Seberapa kadar perasaan untuk hidup bersama orang lain, maka berlipat gandalah perasaan terhadap kehidupan kita sendiri, dan bererti kehidupan ini, dengan sendirinya akan berlipat n melimpah - limpah, akhirnya kita akan merasa bahagia hidup di dalamnya..
__________________________________________
Al-Fatihah di atas pemergian Aminah Qutb ke Rahmatullah, juga merupakan adik kepada As-syahid syed qutb...Adik-adiknya, Aminah Qutb, Hamidah Qutb dan Muhammad Qutb juga menyusuri keteguhan hatinya..melalui penyiksaan demi penyiksaan di penjara...beginilah dakwah dan dunia bukanlah perhentian kita..[syukran.entity li mardhotillah] k a u i n s a n p e n y a y a n g . . . b e t a p a k u m e r i n d u m u . . . .