Friday, February 09, 2007

As-syahid Abu Maryam (1)


Dr. Abu Maryam adalah seorang doktor perubatan dari dari Mesir, yang juga mempelajari Ilmu Islam pada masa yang sama. Beliau telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Maryam, lantas nama beliau sedemikian, Abu Maryam. Meninggalkan isteri dan puteri beliau di Mesir, Abu Maryam tiba di bumi Jihad selatan Filipina dan tinggal di sana selama dua tahun membantu umat Islam Moro mempertahankan diri dan Islam daripada penindasan kerajaan Filipina.

Keperibadian beliau dapat digambarkan dengan sedikit percakapannya tetapi banyak tindakannya. Beliau akan mengajarkan ilmu Islam kepada semua Mujahideen. Pada masa yang sama, beliau akan mengubati mereka yang mengalami kecederaan dan jatuh sakit. Pada masa yang sama juga, beliau akan ke barisan hadapan dan berjuang pada Jalan Allah. Jelas sekali, beliau berusaha gigih membuat kebaikan pada setiap lapangan dan cara.

Saya mengenali beliau selama berbulan-bulan dan tempat tidur saya bersebelahan dengan beliau. Beliau kerap sekali menunaikan solat malam - bukan sekadar satu atau dua jam, tetapi sepanjang malam. Apabila saya terjaga dari tidur pada jam 10 malam, beliau sedang bersolat. Kemudian pada jam 12 malam, saya mendapati beliau sedang bersolat. Hinggakan pada jam 3 pagi, beliau masih bersolat. Saya selalu tertanya-tanya seorang diri, "Bilakah hamba Allah ini tidur atau berehat?" Beliau bukannya begini untuk satu atau dua malam, tetapi sehingga berminggu-minggu. Kemudian renungkan pula akan kegigihan beliau berjuang dalam keadaan persekitaran yang panas, cuaca tropika Filipina yang amat meletihkan. Dalam keadaan yang penuh mencabar ini, beliau biasanya berpuasa pada kebanyakan hari. Saya selalu tertanya-tanya bilakah beliau akan makan. Bibir beliau senantiasa basah dengan zikir mengingati Allah SWT. Tangan beliau sentiasa diisi dengan kitab Allah. Inilah yang diutamakan beliau, inilah yang mengisi masa terluang beliau.

Semasa Abu Maryam tinggal di Filipina, suatu kejadian yang menyayat hati telah berlaku. Tentera Kerajaan Filipina, di bawah arahan Ketua Komander, Tentera Kerajaan Filipina di Selatan Filipina, telah melancarkan satu serangan bedilan artileri yang hebat ke atas hospital para Mujahideen. Mereka mengebomnya dengan mortar, artileri dan roket. Kerosakan yang disebabkan oleh serang ini sangat teruk: seluruh hospital tersebut musnah, 22 orang umat Islam terbunuh (termasuklah para Mujahideen yang sedang dirawat, wanita dan kanak-kanak) dan ramai lagi yang cedera. Ini merupakan satu tindakan jenayah perang. Walaupun ketika dalam peperangan, serangan ke atas hospital, samada hospital awam mahupun hospital tentera, tidak dibenarkan. Abu Maryam berada di kawasan tersebut ketika serangan tersebut. Beliau berusaha sedaya upaya beliau membantu mereka yang tercedera melarikan diri dari runtuhan hospital tersebut. Beliau sangat sedih dan marah atas keganasan yang telah dilakukan oleh pihak Tentera Kerajaan Filipina tersebut.
_______________________________________________________

Wahai saudara-saudaraku, apa yang boleh kita katakan? Di sebab kesedihan kita, air mata kita menitis. Air mata kita menitis atas persahabatan yang dibina di atas dasar cintakan Allah dan persaudaraan.
[[Al-Muntalaq-Langkah Bermula]]
Syeikh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid-
Semoga semangat angkatan muda bersatu dengan kehebatan
pengalaman dan kepakaran angkatan lama...
Allahu alim...

1 comment:

Anonymous said...

al muntalaq, at thariq ilal qulub..fi zilail..masya allah..akak, moga dirimu sntiasa dlm jagaan-Nya..aku mngagumimu..

salam ukhuwah:)