Tuesday, March 31, 2009

Wahai Saudara Yang Jujur (2)


Allahumma solli'ala muhammad

Thibbil qulubi wadawa iha..



Bismillahirahmanirahim...Semoga kasih sayang Allah swt sentiasa bersama kita. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, miratur mukminin..Muhammad saw..ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda yang yang dirahmati..Saya kira, dalam keasyikan kita berkongsi-kongsi cerita dan pengalaman, lebih indah rasanya jika disana kita dahulukan perbincangan yang lebih aula. yea, rata-rata cerita-cerita kita pun tidak lebih hanyalah sekadar selingan semata-mata, nah jangan pula kerana selingan, matlamat utama dilupakan pula.betul tak?..




Manusia hari ini kehilangan sifat kehambaan terhadap Allah swt. Sifat kehambaan itu semakin lama semakin terhakis sedikit demi sedikit kerana sifat kebendaan dan material pergerakan arus hari ini mengatasi rasa takut dan gerun pada kekuasaan Allah swt. yea teman-teman, tidak perlu kita merenung jauh..didepan mata kita, itulah realitinya. Pemuda-pemudi islam larut dan terus larut. Yang tinggal hanyalah teorikal semata-mata. inilah natijahnya. Bukanlah seruan dakwah itu yang tidak sampai kepada mereka, bukanlah sifat da'e itu yang berputus asa, cumanya Allah swt hijabkan hati mereka untuk menerima walau sedikit pun kebenaran atas nama iman dan islam..hati itu telah pun mati. Kebenaran yang boleh diterima bukan atas nama islam tetapi atas nama moral sejagat. Salah laku akhlak hanya ditafsir menurut kaca mata undang-undang semata-mata dan bukan dari sudut halal atau haram menurut syariat islam..Saya kira, mungkin kerana itu, mutakhir ini kajian menunjukkan semakin ramai yang memakai kaca mata..bukan kerana banyak membaca atau sebagainya, tetapi kerana fitrah mata itu telah sakit akibat dijamu oleh banyaknya perkara maksiat. mata pun dah tak nak berfungsi dengan baik sebab manusia tak ikut cakap Allah swt..Mata pun tahu marah pada manusia...kan?



Sedih..amatlah sedih..

Bagaimana pun kita meratapinya, kata seorang ustaz..usahlah diratapi. jangan ditangisi. Keluarlah ditengah-tengah masyarakat yang hampir roboh ini sebagai pemuda-pemuda yang beriman. Agar disana, ia menjadi pelita..menjadi pewangi..menjadi inspirasi.



Pernah dahulu, As-syahid Hassan Al-Banna bercerita tentang cita-citanya kepada seorang sahabat ikhwan, katanya..Andai diumpamakan ISLAM seperti sebuah bangunan yang hampir roboh, maka Aku akan berjalan ke seluruh pelusuk dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda.. Aku tidak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka.. Tetapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas, untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersegam indah, kemudian masyarakat terkejut melihat betapa hebat dan indahnya bangunan yang dahulunya hampir roboh. Mereka tercengang-cengang melihatkan pemuda-pemuda yang berada di dalamnya..Mereka bermanis muka dan berpakaian kemas..sungguh berbeza dengan masyarakat luarnya..."


teman-teman yang dirahmati Allah swt..


Kemudian, adakah kalian juga punya cita-cita seperti ini ?

Alangkah hebatnya..Allah swt kurniakan cita-cita yang luar biasa...

Disini..beberapa nasihat dari IHAB dalam rangka pembinaan peribadi pemuda-pemudi yang beriman. kata IHAB, Islam itu seni dan teliti..sambungan dari siri yang lalu..



Wahai saudara yang jujur...


5. Anda hendaklah mengambil berat soal kebersihan dalam semua keadaan, kediaman, pakaian, makanan, tubuh badan dan tempat kerja. Kebersihan adalah teras agama ini.


6. Anda hendaklah sentiasa bercakap benar dan tidak akan sekali-kali menipu.


7. Anda hendaklah bersikap amanah pada janji dan setiap percakapan. Janganlah anda mungkiri janji walau apa keadaan sekalipun.


8. Anda hendaklah bersikap berani dan bersemangat waja. Sikap berani yang paling baik ialah lantang menyatakan kebenaran, bersedia menyembunyikan rahsia, mengakui kesilapan, jujur dengan diri sendiri dan mengawal diri ketika marah.


9. Anda hendaklah bersikap serius dan sentiasa bersungguh-sungguh. Walau bagaimanapun sikap serius ini tidak bermakna anda mengenepikan senda gurau yang benar dan gelak ketawa.


10. Anda hendaklah bersikap pemalu dan sensitif, amat peka dengan perkara yang baik dan yang tidak baik. Gembira melihat yang baik dan sedih melihat yang tidak baik. Anda juga hendaklah bersikap merendah diri tetapi bukan menghina diri atau mengampu. Jika apa yang anda minta itu lebih rendah daripada kedudukan anda nescaya apa yang anda minta itu pasti akan tercapai.


11. Anda hendaklah bersikap adil dan mampu memberikan keputusan yang betul dalam semua keadaan. Janganlah kerana kemarahan anda melupakan kebaikan dan jangan juga anda melelapkan mata melihat keburukan. Janganlah kerana persengketaan, anda melupakan nilai-nilai murni. Nyatakanlah kebenaran walaupun kepada diri anda sendiri atau kepada orang yang paling hampir dengan anda, walaupun ia pahit.


12. Anda hendaklah bergiat cergas dan terlatih untuk berkhidmat kepada masyarakat. Anda perlu merasa seronok dan gembira jika anda mampu memberikan sesuatu khidmat kepada orang lain. Anda hendaklah melawat orang sakit, membantu mereka yang memerlukan bantuan, orang yang lemah dan orang yang ditimpa malapetaka walaupun sekadar mengucapkan kata-kata yang baik. Sentiasalah berusaha untuk melakukan kebaikan.


13. Anda hendaklah mempunyai hati yang penyayang, pemurah dan pemaaf, sedia memaafkan, melayan dengan baik dan bersabar dengan manusia dan haiwan. Anda hendaklah memberikan layan yang baik kepada semua manusia. Anda hendaklah memelihara adab-adab pergaulan dalam Islam. Dengan ini bermakna anda perlu mengasihi anak-anak kecil, menghormati orang tua, memberikan orang lain ruang untuk duduk dalam majlis. Janganlah anda mengintip, mengumpat dan mengangkat suara. Minta izinlah ketika ingin masuk dan keluar. Begitulah seterusnya.



yea teman-teman,

barangkali, yang sedikit ini..akan cuba kita perbaiki. Saya akui sayalah yang harus mulakan dahulu berbanding kalian. Namun, sama-samalah kita berusaha. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan (Allah) sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar"....

Allahuwa ni'mal wakil...

Thursday, March 19, 2009

Surat Dari Qolbi


Assalamualaikum wrh..

Kehidupan kita..mudahan-mudahan sentiasa dibawah bimbingan hidayah Allah swt..

" ya Rabb ! Ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami berserta orang-orang yang banyak berbuat bakti.."

Alhamdulillah. Dapat lagi kita bertemu. Sudah lama rasanya saya berkebun disini..Dulu, matlamat dan azam saya, disini tiada yang personal...tiada yang bersangkut-paut dengan perkembangan semasa pekebun, tiada juga curahan perasaan dan sebagainya. Demi mengharapkan hasil tanaman ini hanyalah berkisarkan perbincangan ilmu semata-mata..nah, azam hanya tinggal azam..bukan? =) benar, bila direnungkan kembali..matlamat ini tak kesampaian..apa boleh buat, yang menulis itu namanya insan..yang ada perasaan..selalu saja akal dan logik fikiran kalah pada perasaan...

mungkin itu gambaran yang lebih tepat pada diri saya ni.. =)

Sejak seminggu lebih akhi cuti, hari ni akhi oncall lagi. Melalui episod baru di wad baru..pengalaman baru..latihan baru..Subhanallah, dari kehidupannya..mungkin saya banyak belajar erti kesabaran. Menjalani kehidupan di hospital sebagai doktor pelatih, sememangnya memerlukan kegigihan dan kekuatan mental serta fizikal..Saya terfikir, untuk menjadi seorang doktor, benar-benar Allah pilih. Chosen people. Tidak semua orang mampu melaluinya. Tanpa semangat dan bantuan dari Allah swt...pasti usaha yang panjang itu akan terhenti separuh jalan. Saya doakan..semoga Allah swt sentiasa membantunya melalui tiap saat dan ketika.. Menabur bakti buat ummah. Bantuan Allah..apakah nikmat yang lebih besar dari itu?? Insya-Allah, dalam kepenatan ada kegembiraan..dalam kepahitan ada kemanisan..

Mudah-mudahan,
Allah swt juga turut menetapkan diri ini. Pasti tidak sesenang yang diimpi. Untuk kebahagiaan, kita harus berkorban. Sebenarnya, bila akhi oncall..saya terasa sunyi sedikit. Barangkali banyak benarnya kata ibu mertua saya..walaupun ramai orang disekeliling kita, tetapi tetap tidak sama seperti dia seorang..=) ..yea, benarla tu. Manalah sama. Perasaan itu, Allah swt titipkan khusus untuk seorang suami...Bagiku, kamulah syurgaku..

" Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, kelak Allah swt yang maha pemurah akan menanamkan dalam hati mereka rasa kasih sayang" [Maryam:96]

nah teman-teman, ada yang pernah berkata..bernikah tanpa terlebih dahulu bercinta adakah akan kekal dan bahagia..hm. Sudah banyak buktinya. Cinta sebelum pernikahan boleh jadi cinta sejati yang tulus suci akan tetapi adakah ia cinta yang diredhai ?...janganla itu yang membimbangkan hati kita...tapaknya pada iman, bentengnya pada syariat..cinta yang lebih indah akan pasti hadir pada sebuah pernikahan yang dibina di atas dasar keimanan dan kehambaan kepada Allah swt..

Memang benar, perasaan itu pasti ada. Tapi simpan-simpankanlah..Biar ia kekal rahsia sehingga waktunya tiba dan insan yang dijanjikan Allah itu juga telah pasti dimiliki..

Ramainya hari ini, tidak berpasangan umpama tidak laku dan sebagainya. alangkah ruginya tanggapan begini...Pasangan itu, adakah ia mampu menjanjikan kebahagiaan yang didambai?..adakah benar-benar bahagia..? benar-benar gembira..? benar-benar telah menemui ketenangan? Belum berkahwin tetapi sudah keluar berdua, jalan bersama, duduk bersama, berbual-bual berdua..makan berdua..jika begitu, bila berkahwin nanti, apalah lagi yang kita harapkan..Kemanisan dan keindahan yang diimpi tidak juga kunjung tiba, kemudian hadir pula rasa jemu, bosan dan sebagainya...jadi, mengapa harus kecewa walhal..kita sendiri yang memulai perkahwinan itu dengan jalan yang tidak syar'ie..meniti di atas laluan-laluan kemurkaan Allah swt..Allah swt memberikan sesuatu itu sepadan dengan apa yang telah kita usahakan... Mahukah kalian mengharapkan rumahtangga yang sebegini..? Na'uzubillahi min zalik...

Rumahtangga yang kita doa-doakan..
yang menjadi tempat semaian iman bagi diri kita serta generasi anak-anak..tempat memakmurkan fikrah islam...tempat memperoleh sa'adah, mawaddah dan sakinah..tempat membentuk peribadi mukmin...tempat mencanai bakat-bakat seorang da'e dan sbgnya.

mudahan-mudahan Allah swt memakbulkan hajat dan doa kita..insya-Allah..

Sahabat-sahabat saya yang sudah bertunang..bila akan melansungkan pernikahan? ha..jangan bertangguh jika tiada sebab yang syar'ie..Segerakan pernikahan, lebih tenteram hati. Pertunangan itu suatu tempoh yang paling getir..ujian hati, ujian perasaan..kerananya, ramai yang tergelincir..nauzubillah. inilah yang saya katakan di atas tadi, seringkali akal kalah pada perasaan. Bila walimah ni, Allah bagi ketenangan dan kedamaian hati. Solat pun terasa lebih ikhlas dan khusyuk..boleh ambil angin petang bersama, berkongsi-kongsi cerita, berkelah, makan bersama..berduaan kemana saja, segalanya menitip pahala dan rahmat..di waktu lapang, dapat pula rasa masakan dari air tangan suami..Alhamdulillah..Semoga Allah merahmati pada suatu tautan yang dibina di atas cinta keranaNya..

Akhirul kalam..
mungkin..sampai disini sajalah. Masih lagi dengan sifat lama..bila dah bercakap itu, never ending orang putih kata.he3..moga-moga..pada sembang-sembang ini juga, kalian dan diri saya sendiri dapat memuhasabah kembali serta mengambil iktibar darinya..Dalam masyghul seharian, jangan lupa tunaikanlah hak terhadap hati untuk bersantai-santai seketika, berhibur yang sekadarnya agar hati gembira..hak terhadap badan untuk mendapatkan rehat yang cukup dan sebagainya..

Jumpa lagi nanti insya-Allah..Allahu yubarik fik..

Monday, March 16, 2009


Assalamualaikum wrh..
Artikel ini....
Ana simpan di pondok ilmu ana yang lama..Barangkali, ada yang pernah menjenguk pondok ilmu ana yang dulu, pernah membacanya..tidak mengapa..elok diulang-ulang baca. Agar kekuatan hamassah perjuangan itu tetap mengalir dalam diri dan kehidupan kita insya-Allah. di pagi yang indah ini, ana merasa jiwa ana subur kembali....


Mereka berjuang, berkorban dan terkorban di jalan Allah..roh2 mereka berterbangan bebas di syurga
...artikel ini amat menguatkan jiwa. Pernah suatu ketika, syaheed awwal dan ana bertungkus-lumus berusaha mendapatkan artikel ini di musalla surau kami.. Hasilnya, alhamdulillah..masing-masing menyimpan copy artikel ini..Uniknya syaheed awwal ni, perkara yang tidak mungkin kadangkala bisa menjadi mungkin... =)


Petikan kata2 ini, disampaikan oleh Syeikh Dr.Yusuf Al-Qardhawi ketika menjawab pertanyaan anak muridnya yang bimbangkan keselamatannya kerana beliau lantang mengkritik dan mengeluarkan pandangan tentang Amerika terutamanya selepas serangan amerika dan penaklukan kuasa besar itu ke atas Iraq...:


Sesungguhnya Amerika bukanlah tuhan. Mereka mahu menguasai alam tetapi mereka bukanlah tuhan. Mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu dan melaksanakan undang2 mengikut kemahuan mereka, bahkan tiada halangan dalam pelaksanaanya. Tetapi tidaklah bilamana amerika mengatakan sesuatu, maka ia wajib terjadi melainkan Allah mengizinkannya. Amerika juga adalah manusia di kalangan manusia dan makhluk dikalangan makhluk Allah. Kalaulah Allah mahu menimpakan ke atas mereka sedikit kegoncangan atau kehancuran nescaya mereka tidak akan mampu melakukan sesuatu pun.


Sesungguhnya kita adalah orang2 islam yang beriman atas nama tuhan yang maha berkuasa. Dialah yang mentadbir alam ini. Samada berlaku atau tidak sesuatu ia adalah bergantung pada kehendakNya. Oleh itu,janganlah kita takut. Umur kita telah ditentukan. Rezeki kita telah pun ditetapkan. Tiada sesiapapun yang mampu melambatkan walaupun sesaat.

Apapun yang mampu dilakukan oleh amerika adalah menakut-nakutkan sebelum membunuhku. Adakah ini menakutkan ? Demi Allah ini sedikitpun tidak menjatuhkan dan menakutkan aku. Kalaulah perkara ini berlaku maka tercapailah cita-citaku yang aku minta setiap kali dalam sujudku dan doaku diwaktu sahur supaya menjadikan akhir kehidupanku syahid di jalan Allah dan mengharapkan keredhaanNya. Biarlah ia menjadi pengakhir hayatku, balasan terhadap dosa-dosaku dan pemberat kepada timbanganku.


Adakah disana usaha yang lebih besar daripada hidupnya seorang manusia itu dalam keadaan berdosa dan mati syahid? Adakah aku lebih mulia daripada syuhada yang kita dengar khabar mereka gugur syahid di jalan Allah kerana orang2 israel. Hari ini, 5 orang telah gugur syahid, adakah aku lebih mulia dari mereka? Adakah aku lebih mulia daripada Solahsyuhadah, Abu Ali Mustofa, Fathi Syaqoqi, Yahya Bin Isa dan lain-lainnya? Adakah aku lebih tinggi daripada para syuhada yang gugur di jalan Allah seperti As-syahid Hassan Al-Banna, As-syahid Syed Qutb, As-syahid Ahmad Bila, As-syahid Faisal Bin Abd.Aziz dan As-syahid Abdullah Azzam? Tidak akan hilang orang yang mati syahid di jalan Allah.....


Demi Allah,ini sedikitpun tidak menggetarkan aku. Aku mendengar Khutbah Imam Hassan Al-Banna dihadapan ribuan manusia yang berkumpul dimuktamar kerana ingin menghalau puak Inggeris dari Sudan dan Mesir. Bersama dikala itu, Syeikh Yaqbi Al-Jamahir dan menggesa para hadirin dengan mengatakan.." Ya Allah ya Tuhanku, berikanlah kepadaku kehidupan dan kematian yang baik... Apakah kematian yang baik? Adakah kamu menyangka, kematian yang baik itu adalah tatkala matinya manusia di atas tilam, di sisi kaum keluarga tersayang ?..semua manusia boleh mati sedemikian. Malah, yang dikatakan kematian yang baik itu, adalah saat tanggalnya kepala dari jasad kerana memperjuangkan agama Allah..." Kemudian bertempiklah Syeikh Al-Jamahir dihadapan pada hadirin sambil menlaungkan takbir. Apa yang berlaku selepas itu, Allah mematikan Syeikh Al-Jamahir dengan cita-cita yang diharapkannya dan tertunailah doa yang dipintanya sebelum ini.

Aku memohon kepada Allah swt, mudah-mudahan aku menjejaki langkah guruku sebagai syahid di jalan Allah. Aku tidak takut akan kematian wahai saudara-saudaraku..... [Dr.Yusuf Qardhawi]

Semoga Allah melindungi pejuang2-Nya..mengurniakan setiap zaman, wakil2 tenteraNya yang gagah dan berani..dalam menentang arus kekufuran...

Thursday, March 12, 2009

Alhamdulillah...


Assalamualaikum wrh.. Sahibah-sahibah, teman-teman yang dikasihi.. Apa khabar? Kaifahalukunna? Semoga kasih sayang Allah swt melimpah serta mencurah-curah ke atas kita. PerhatianNya..PerhatianNya lah yang amat kita hajati.. yang kita dambakan..yang kita harap-harapkan..insya-Allah.


Memasuki penggal-penggal terakhir pengajian di semester ini, sudah cukup membuatkan ana lupa seketika pada kebun ini. Taklifan di medan ilmu kanun lebih ana amati berbanding usaha ana di sini. Sungguh sukar merentasi penggal ini jika tanpa bantuan Allah swt. Dengan bantuan dari Rabbul 'alamin, alhamdulillah...banyak perkara dipermudahkan....


Undang-undang Jenayah..

Undang-undang kecuaian

Undang-undang Siber

Undang-undang tanah

Undang-undang antarabangsa..


Peraturan ciptaan manusia, banyak lemahnya..walau dipinda, digubal kembali, dimansuhkan, ia tetap jua lemah. Namun, semoga ilmu ini serta ilmu-ilmu baru yang bakal digali kelak, akan membawa manfaat untuk kita dan ummat islam seluruhnya. Kata seorang sahabat, dari kelemahan sistem manusia, kita belajar mengenal kesempurnaan sistem Allah swt...

Hem..


Beberapa hari ini, ana dan akhi bertungkus-lumus menyempurnakan episod baru hidup kami. Insya-Allah, segalanya baru permulaan. Di kediaman baru ini, semoga peluang untuk membina persekitaran masyarakat islam yang konsisten lebih dipermudahkan oleh Allah swt. Mudah-mudahan Allah memberikan kita kekuatan, kerana jika kita tidak bekerja untuk dakwah maka dakwah itu tidak akan berjalan...Biah solehah yang dicita-citakan...salah satu pra-syarat utama tarbiah..


Sebut tentang tarbiyah islamiah..sesuatu yang tak boleh lari dari kehidupan kita. Bila pisahkan hidup kita dengan tarbiyah islam, maka kita nak kata hidup kita ni untuk apa lagi..? ... =)

Mudah-mudahan Allah swt memberkati kita sentiasa...